Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

PENGARUH SOKONGAN INTERPERSONAL IBU BAPA, RAKAN SEBAYA, SEKOLAH) DAN PERSEKITARAN FIZIKAL TERHADAP PENGLIBATAN REMAJA DALAM

AKTIVITI FIZIKAL

ROZITA ABDUL LATIF

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

FAKULTI PENDIDIKAN UIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2009

11

PENGAKUAN

Saya akui karya mi adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

10 November 2009

ROZITA ABDUL LATIF P35130

COPYRIGHT UiTM

111

PENGHARGAAN Syukur Alhamduliilah kepada Allah S.W.T kerana memberikan saya kesihatan yang cukup, masa dan kematangan fikiran untuk menyiapkan kajian mi dalam bentuk sebegini rupa. Jutaan terima kasih yang rasanya tidak saya mampu untuk balas kembali hingga ke akhir hayat saya kepada penyelia utama Prof. Puan Sri Dr. Faridah Karim dan penyelia kedua, Dr. Abdul Razaq Ahmad atas bantuan yang begitu besar, bimbingan, teguran dan nasihat yang begitu berguna sepanjang kajian mi. Kedua-dua penyelia mi telah tanpa jemu memberi sokongan clan galakkan di sepanjang pengajian saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru SMTSP, Penis dan SMDO, Butterworth atas jasa membimbing saya sebelum mi. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah UPM, USM dan UUM dalam meluangkan masa semata-mata untuk membantu saya rnenyiapkan kajian mi. Buat pensyarah-pensyarah UKM, terirna kasih juga diucapkan atas bantuan dalarn rnenyiapkan tesis. Pengalaman menyiapkan tesis mi adalah sesuatu yang sangat bermakna dalam alam akademik. Rakaman terima kasih juga diucapkan kepada UiTM, amnya clan Fakulti Sains Sukan clan Rekreasi, khasnya dalam menyediakan peluang yang bermakna mi sehingga saya berjaya. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua dan para guru sekolah di daerah Kota Setar, Kedah; Seremban, Negeri Sembilan; Muar, Johor clan Kuantan, Pahang yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan mi. Tanpa kerjasama clan pertolongan yang ikhlas daripada mereka sudah pasti penyelidikan mi tidak dapat disempurnakan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada suami tersayang Roslan Bin Haji Ariffin, ayahanda Haji Abdul Latif Bin Haji Abdul Rahman, bonda Hajjah Nasiah Binti Haji Mohd Yunos, mentua Hajjah Sopiah Binti Haji Abdullah, anak-anak yang dikasihi: Farah Wahida, Fatin Nabila dan Farhani Baiqis, serta saudara mara yang sangat memahami serta memberikan dorongan yang tak terhingga, hanya ucapan terima kasih dapat diungkapkan. Sekalung terima kasih juga kepada rakan seperjuangan di UiTM dan UKM atas bantuan yang diberikan. Akhir sekali, kepada semua yang telah membantu saya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, budi baik clan keikhlasan yang diberikan itu akan saya kenang sepanjang hayat dan saya berdoa agar ALLAH S.W.T. jualah yang dapat memberi ganjaran yang setimpal.

COPYRIGHT UiTM

IV

ABSTRAK Tujuan kajian mi adalah untuk mengenalpasti hubungan di antara sokongan sosial dan fizikal dan efikasi kendiri, dengan penyertaan dalam aktiviti fizikal masa lapang remaja di Malaysia. Matlamat utama kajian mi adalah untuk mengenalpasti persepsi remaja terhadap sokongan sosial yang diberikan ibu bapa, rakan sebaya, sekolah, kemudahan fizikal dan hubungannya dengan penglibatan aktiviti fizikal dalam masa senggangan. Dua teori, Teori Ekologi dan Teori Pembelajaran Sosial digunakan sebagai kerangka konseptual kajian mi. Seramai 913 reponden remaja yang berumur antara 13 hingga 17 tahun dari empat buah zon di Semenanjung Malaysia, telah dipilih menerusi teknik persampelan rawak kelompok berlapis. Metodologi yang digunakan adalah kaedah survey/tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Ujian univariat (ANOVA, ujian t) clan analisis multivariat (Korelasi Pearson r dan regresi berganda) digunakan untuk menguji perhubungan sokongan sosial dan fizikal, dan efikasi kendiri dengan penglibatan aktiviti fizikal masa lapang. Hasil kajian mendapati bahawa hanya 20% remaja yang terlibat dalam kajian yang bergiat secara aktif dalam aktiviti fizikal masa senggang. Manakala dari aspek jantina pula, menunjukkan remaja lelaki lebih aktif (M=910.70) daripada remaja perempuan (M=379.85) dan efikasi diri di kalangan remaja lelaki adalah lebih baik daripada remaja perempuan (t = 7.95, p<0.05). Analisa juga menunjukkan sokongan ibu bapa (instrumental: r0. 12), rakan sebaya (emosi: r=0. 16, instrumental: r0. 16), sekolah (r=0.04) dan persekitaran yang selamat (r=0.10)[ p<0.05] mempunyai hubungan secara signifikan dengan penglibatan remaja dalam aktiviti fizikal masa senggang. Analisis regresi pula menunjukan efikasi din (13=0.13, p<0.05), pengalaman remaja (13=0.15, p<0.05) dan sokongan emosi rakan sebaya (13=0.09, p<0.05) merupakan penyumbang kepada perlakuan aktiviti fizikal mereka. Implikasi daripada kajian menunjukkan bahawa program-program intervensi adalah sangat diperlukan bagi meningkatkan penglibatan remaja dalam aktiviti fizikal masa lapang secara menyeluruh. Selain daripada itu, adalah disarankan agar penyampaian makiumat dilakukan secara berkesan dan mewujudkan persekitaran yang kreatif, selesa dan selamat agar pembabitan remaja dalam aktiviti fizikal masa lapang pada masa hadapan.

COPYRIGHT UiTM

INFLUENCE OF INTERPERSONAL SUPPORTS' FROM PARENT, PEER GROUP, SCHOOL AND PHYSICAL ENVIRONMENT TOWARDS PHYSICAL ACTIVITY INVOLVEMENT AMONG ADOLESCENTS. ABSTRACT

The aim of this study is to examine the relationship between social and physical support and self-efficacy, with participation in leisure physical activities of adolescents in Malaysia. The main objective of this research is to identify students' perception on the social support given by parents, peer group, school, physical environmental safety, and the relationship of these supports with the self-efficacy and involvement in physical activities. Two theories, Ecological theory and Social Cognitive theory, were use as theoretical framework. The sample comprised of 913 adolescents, ages between 13 to 17 years selected from four zones in Peninsular Malaysia by means of cluster stratified random sampling based. The survey method was use in this study, and data collected by questionnaire. Univariate (ANOVA, ttest) and multivariate analysis (Pearson r correlation and hierarchical regression) were used to test the relationship of social and physical support, self-efficacy and leisure physical activity participation behaviour. The study found that only 20% of the sample studied was active in leisure physical activities. Gender-wise, it showed males (M=910.70) more active than females (M=379.85) and self-efficacy among males adolescents were higher than females (t = 7.95, p<0.05). The results indicated that parental support (instrumental: r=0.12), peer support (emotional: r0. 16, instrumental: r=0.16), school support (r=0.04) and physical (safety) support (r0.l0)[p<0.05] were significantly related to adolescents participation in physical activities. Regression analysis showed self-efficacy (13=0.13, p<0.05), experience (13'O. 15, p<0.05) and emotional support from friends (13=0.09, p<0.05) were the contributor to physical activity behaviour. The implications from the study showed that implementation intervention programmes are greatly needed to increase adolescents' overall involvement in leisure physical activities. It is suggested there must be more effective dissemination of information and creating conducive safe environment for future involvement of young people in leisure time physical activities

COPYRIGHT UiTM

KANDUNGAN Hataman PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI ILUSTRASI SENARAI SINGKATAN
11 111

iv
V Vi

xi xiv
XV

BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pendahuluan 1.0.1 Remaja di Malaysia 1.0.2 Kesan aktiviti fizikal ke atas kesihatan 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Pernyataan masalah Kerangka teori clan konseptual kajian Objektifkajian Persoalan kajian Hipotesis Kepentingan kajian Batasankajian Definasi istilah 1.8.1 1.8.2 1.8.3 1.8.4 1.8.5 1.8.6 1.8.7 Sokongan sosial Aktiviti fizikal Penglibatan yang kerap clan aktif Remaja Ibubapa SES Sikap COPYRIGHT UiTM 4 7 9 13 16 16 17 18 19 21 21 22 23 24 24 24 25

vii

1.8.8 Rakan sebaya 1.8.9 Sekolah 1.8.10 Persekitaran fizikal 1.8.11 Efikasi din im Kesimpulan

26 27 28 29 29

BAB II ULASAN PERPUSTAKAAN 2.0 2.1 Pengenalan 31 32 33 a38 40 41 41 42 47


51

Sokongan teori berkaitan 2.1 .1 2.1.2 2. L' 2.1.4

Teori Sistem Ekologi (TE) Teori Kognitif Sosial (TKS)Bandura Teori Efikasi-diri (SET) Pendekatan keindividuan (person in context)

2.2

Konsep aktiviti fizikal 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4

Definisi aktiviti fizikal Dos aktiviti fizikal Pengukuran aktiviti fizikal Aktiviti fizikal di kalangan remaja

2.3 2.4
2.5

Proses sosialisasi dalam sukan

52
55

Perkaiatan sokongan sosial (SS) dan tingkah laku

Faktor-faktor berkaitan dengan penyertaan remaja dalam aktiviti fizikal


2.5.1 2.5.2 2.5.3

59

Pengaruh intrapersonal dan personal dan aktiviti fizikal Sokongan interpersonal dan aktiviti fizikal Sokongan persekitaran dan aktiviti fizikal

60 74 94 99 102

2.6 2.7

Penglibatan masyarakat Malaysia dalam aktiviti fizikal Kesimpulan

BAB III METODOLOGI Pengenalan 103

3.0

COPYRIGHT UiTM

vii

1.8.8 Rakan sebava 1.8.9 Sekolah 1.8.10 Persekitaran fizikal 1.8.11 Efikasi din 1.9 Kesimpulan

26 27 28 29 29

BAB II ULASAN PERPUSTAKAAN Pengenalan 31 32


1

2.0 2.1

Sokongan teori berkaitan

2.1.1 2.1.2
2. 1.3

2.1.4 2.2

Teori Sistem Ekologi (TE) Teori Kognitif Sosial (TKS)Bandura Teori Efikasi-diri (SET) Pendekatan keindividuan (person in context)

38 40 41 41 42 47 51 52

Konsep aktiviti fizikal 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4

Definisi aktiviti fizikal Dos aktiviti fizikal Pengukuran aktiviti fizikal Aktiviti fizikal di kalangan remaja

2.3 2.4
2.5

Proses sosialisasi dalam sukan

Perkaiatan sokongan sosial (SS) dan tingkah laku

55
59

Faktor-faktor berkaitan dengan penyertaan remaja dalam aktiviti fizikal


2.5.1 2.5.2 2.5.3

Pengaruh intrapersonal dan personal dan aktiviti fizikal Sokongan interpersonal dan aktiviti fizikal Sokongan persekitaran dan aktiviti fizikal

60 74 94 99 102

2.6 2.7

Penglibatan masyarakat Malaysia dalam aktiviti fizikal Kesimpulan

BAB III METODOLOGI Pengenalan 103

3.0

COPYRIGHT UiTM

VIII

3.1 3.2 3.3

Reka bentuk kaj ian Kawasan kajian Populasi dan persampelan kajian 3.3.1 Pemilihan sampel

103 105 107 107 110 114 115 122 123 124 124 125

3.4

Instrumen kajian 3.4.1 3.4.2 3.4.3 3.4.4


3.4.5

3.4.6 3.4.7

Profil sampel Sokongan sosial (ibu bapa, rakan sebaya dan sekolah) Keselamatan persekitaran Kesedaran kemudahan sukan (fizikal) Efikasi din Sikap terhadap aktiviti kesenggangan Penyertaan dalam aktiviti fizikal dalam masa lapang! senggang

3.5

Kajian rintis kedua


3.5.1

126 126 130 131 132 132 133 137

3.4.2 3.6 3.7

Analisis item sokongan sosial interpersonal (ibu bapa, rakan sebaya, sekolah) clan persekitaran fizikal Kebolehpercayaan clan kesahan soal selidik

Prosedurkajian Penganalisisan data 3.7.1 3.7.2 Deskriptif Inferensi

3.8

Rumusan

BAB IV

PENGANALISISAN DATA

4.0 4.1 4.2 4.3 4.4

Pendahuluan Ciri-ciri demografi remaja Penglibatan remaja dalam AFML pada masa sekarang Tahap penglibatan clan efikasi remaja berdasarkan demografi Perkaitan SES dan sikap ibu bapa terhadap aktiviti fizikal dengan bentuk sokongan yang diberikan kepada remaja COPYRIGHT UiTM

139 139 143 144 150

Ix

4.5

Perhubungan antara sokongan sosial interperseonal (ibu bapa, rakan sebaya dan sekolah) dengan efikasi diri dan penglibatan remaja dalam AFML Persepsi remaja terhadap keselamatan kemudahan dan tahap penggunaan kemudahan kesukanan!rekreasi di persekotaran mereka Perhubungan antara sokongan persekitaran fizikal (tahap penggunaan dan keselamatan) dengan efikasi diri dan penglibatan remaja dalam AFML Hubungan antara efikasi diri dan penglibatan remaja dalam AFML Sumbagan pemboleh ubah ke atas penglibatan remaja dalam AFML Aktiviti pilihan remaja pada masa sekarang Kesimpulan

152

4.6

159

4.7

I 0,

4.8

165

4.9

165

4.10 4.11

170 178

BABV RUMUSAN, PEBINCANGAN DAN CADANGAN 5.0 5.1 5.2 Pendahuluan 179 179 180 181 185

Ringkasan kajian

Perbincangan dan rumusan 5.2.1


5.2.2

5.2.3

5.2.4

5.2.5

Efikasi diri dan keaktifan remaja berdasarkan jantina, umur, pengalaman dan SES keluarga Pengaruh SES keluarga dan sikap ibu bapa terhadap aktiviti fizikal dengan bentuk sokongan yang diberikan kepada remaja untuk terlibat dalam aktiviti fizikal. Perkaitan antara sokongan sosial interpersonal (ibu bapa, rakan sebaya dan sekolah) dengan efikasi din dan penglibatan dalam aktiviti fizikal Persepsi remaja terhadap persekitaran fizikal kemudahan kesukanan dan rekreasi di persekitaran mereka Perkaitan antara sokongan persekitaran fizikal (keselamatan dan penggunaan kemudahan) dengan efikasi diri dan penglibatan remaja dalam aktiviti COPYRIGHT UiTM

186

191

192

fizikal. Perbezaan efikasi diri clan bentuk sokonganyang diterima remaja. 5.2.7 Perhubungan antara efikasi diri dengan penglibatan remaja dalam aktiviti fizikal. 5.2.8 Sumbangan pemboleh ubah ke atas penglibatan remaja dalam aktiviti fizikal. 5.2.9 Aktiviti pilihan remaja pada masa lapang clan aktiviti yang dijalani remaja pada masa sekarang. 5.2.10 Lain-lain dapatan 5.2.6
5.3

193 196 197 197 200 202

Implikasi kajian
5.3.1 5. 3 ).2

Implikasi penyelidikan Implikasi amalan

202 207 215 224 226

5.4 5.5

Kesimpulan

Cadangan kajian lanjutan Penutup

5.6

RUJUKAN

227

LAMPIRAN

A B C

Kompedium aktiviti fizikal oleh Ainsworth (2002) Surat kebenaran EPRD clan Pejabat Pendidikan Negeri Pengiraan saiz sampel menggunakan formula Krijcie clan Morgan Jadual Penentuan Ujian (JPU) Penilai soal selidik Soal selidik kajian Senarai adaptasi dan ubahsuai item sokongan sosial ibu bapa dan rakan sebaya.

255

268 276

D F F G

277 279 282


295

COPYRIGHT UiTM

xi

SENARAI JADUAL

No. Jadual 1.0 2.0 2.1 2.2


2.3

Halaman Aktiviti Harian bagi Penduduk Malaysia (2001) Garispaduan Perskrepsi Senaman, 1975-2000. Keaktifan fizikal berdasarkan kalori (kcal) Pengukuran aktiviti fizikal di kalangan remaja. Ciri-ciri sokongan sosial Zon mengikut negeri Perangkaan Murid Sekolah Menengah Harian (biasa) yang terlibat dalam kajian mengikut daerah. Soal selidik yang digunakan dalam kajian. Kebolehpercayaan item dari indeks sokongan sosial ibu bapa. Kebolehpercayaan item dari indeks sokongan sosial rakan sebaya. Kebolehpercayaan item indeks sokongan sekolah. Interpretasi skor mm Min dan sisihan lazim persepsi remaja terhadap remaja terhadap sokongan ibu bapa (emosi) Min dan sisihan lazim persepsi remaja terhadap sokongan ibu bapa (instrumental) Min dan sisihan lazim persepsi remaja terhadap sokongan rakan sebaya (emosi) 10 44 46 50 58 106 109

3.0 3.1

3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7

112 120 121 121 126 127

3.8

127

3.9

128

3.10

Min dan sisihan lazim persepsi remaja terhadap sokongan rakan sebaya (instrumental) Min dan sisihan lazim persepsi remaja terhadap sokongan sekolah. Kebolehpercayaan (a) soal selidik kajian Tafsiran kekuatan hubungan Davies (1971) Demografi responden. Tahap penglibatan remaja dalam aktiviti fizikal. Hubungan antara masa clan kekerapan dengan penggunaan kalori dalam aktiviti fizikal di kalangan remaj a. Keaktifan remaja dalam aktiviti fizikal berdasarkan COPYRIGHT UiTM

129

3.11 3.12 3.13 4.1 4.2 4.3

129 131 136 141 143 144

4.4

146

xii

kepada jantina, umur, pengalaman, kawasan dan SES keluarga.


4.5

Efikasi diri remaja berdasarkan jantina, umur, pengalaman dan keaktifan penglibatan dalam AFML. Perbezaan efikasi diri berdasarkan jantina

147

4.6 4.7

148 148

Perbezaan efikasi diri berdasarkan umur, pengalaman dan keaktifan penglibatan dalam AFML. 1-lubungan SES keluarga dan bentuk sokongan ibu bapa. Hubungan sikap terhadap aktiviti fizikal ke atas bentuk sokongan yang diberikan ibu bapa. Hubungan sokongan ibu bapa, rakan sebaya, dan sekolah terhadap efikasi dirl aktiviti fizikal dan AFML remaja. Perkaitan antara item sokongan yang diberikan oleh ibu bapa dengan penglibatan remaja dalam AFML.

4.9 4.10

151 151

4.11

153

4.12

155

4.13

Perkaitan antara item sokongan yang diberikan oleh rakan sebaya dengan penglibatan remaja dalam AFML. Perkaitan antara item sokongan sekolah dengan penglibatan remaj a dalam AFML.

157

4.14

158

4.15

Persepsi remaja terhadap ciri-ciri keselamatan persekitaran tempat beraktiviti. Kesedaran kemudahan sukan di kalangan remaja. Penggunaan kemudahan sukanlrekreasi di kalangan remaja Pilihan tempat beraktiviti Hubungan sokongan penggunaan kemudahan dan keselamatan terhadap efikasi diri remaja dan penglibatan dalam AFML. Hubungan antara efikasi diri aktiviti fizikal dengan penglibatan remaja dalam aktiviti fizikal.

160

4.16 4.17 4.18 4.19

160 162 163 164

4.20

165

4.21

Sumbangan pemboleh ubah sokongan sosial dan persekitaran ke atas penglibatan remaja dalam aktiviti fizikal Analisis Varian

166

4.22 4.23

167 168

Pengaruh sokongan ibu bapa terhadap aktiviti fizikal di kalangan remaja. COPYRIGHT UiTM

XIII

4.24 4.25

Jadual Varian

168 169

Pengaruh sokongan rakan sebaya aktiviti fizikal di kalangan remaja. Analisis Varian

4.26 4.27

169 170

Pengaruh persekitaran terhadap aktiviti fizikal di kalangan remaj a. Analisis Varian

4.28 4.29

170 171

Lima aktiviti utama dilakukan oleh remaja berdasarkan han. Aktiviti-aktiviti pilihan remaja. Keutamaan aktiviti pilihan remaja berdasarkan jantina Keutamaan aktiviti pilihan remaja berdasarkan umur Alternatif tindakan perlaksanaan bagi menggalkkan penyertaan remaja dalam AFML.

'I...,

174 176 177 219

4.31

4.32 5.0

COPYRIGHT UiTM

xiv

SENARAI ILUSTRASI

No. Rajah 1.0 1.1

Model Ekologi (adaptasi McLeroy et al. 1988) Kerangka konseptual kajian yang diadaptasikan daripada Teori Ekologi (Bronfenbrenner, 1977) clan Teori KognitifSosial (Bandura, 1986) Interaksi tiga hala antara personal, persekitaran clan tingkahlaku. Kebolehan yang mempengaruhi tingkahlaku Model Konsep sosialisasi dalarn sukan clan sosialisasi melalui sukan. Perhubungan dalam sokongan sosial (adaptasi dari Finfgeld-Connett, 2005) Teknik persampelan. Model pembinaan instrumen soal selidik kajian oleh Abu Bakar. Keaktifan remaja berdasarkan daerah Model sokongan sosial dsn persekitran secara rnikro, meso dan makro.

Halaman 13 15

2.1 2.2
2.3

36 37 53
56

2.4 3.0 3.1 4.0 5.0

105 116 145 216

COPYRIGHT UiTM

xv

SENARAI SINGKATAN

ACSM AFML CDC COPEC DSN EPRD FITT lB TOM IPPBM


Kcal

American College of Sports Medicine

Aktiviti fizikal masa lapang


Centers for Disease Control and Preventions (Pus at Jagaan dan

Pengawalan penyakit)
Council for Physical Education for Children

Dasar Sukan Negara


Educational Policy and Research Division (Bahagian Penyelidikan dan Komersialan, Kementerian Pelajaran Malaysia)

F =frequancy atau kekerapan, I = intensity atau intensiti, T = time atau masa dan T = type atau jenis Ibu bapa
Institution of Medicine (Institut Perubatan)

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia Kilokalori Kementerian Belia dan Sukan
Metabolic Energy tremo genesis (Tahap aktiviti setara) National Association for Sport and Physical Education

KBS METs NASPE PA Pi


PJK RS SES SET

Aktiviti fizikal Pendidikan jasmani Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rakan sebaya Sosio ekonomi sosial
Self efficacy theory (Teori Efikasi Din)

TE TKS UPE USDHSS WHO VPA

Teori Ekologi Teori Kognitif Sosial Unit Perancang Ekonomi


Physical Activity and Health: A Report of the Surgeon General World Health Organization / Pertubuhan Kesihatan Dunia

Aktiviti fizikal sederhana-vigorus

COPYRIGHT UiTM

BAB I

PENDAHULUAN

1.0

PENDAHULUAN

Pelancaran MALAYSIA CERGAS pada tahun 1983 adalah bertujuan untuk memberi penekanan kepada usaha untuk meluaskan kegiatan sukan clan rekreasi supaya lebih ramai rakyat Malaysia menyertainya bagi meningkatkan kualiti hidup clan kesihatan (Malaysia Cergas, Kementerian Belia clan Sukan (KBS) 1983). Dalam pada itu, gaya hidup mi juga dianggap dapat mengatasi masalah sosial seperti ponteng sekolah, vandalisme, lepak dan banyak lagi yang sedang dihadapi di negara ini. Seterusnya, program mi merupakan satu proses pendidikan seumur hidup (KBS 1983) yang dapat diterapkan melalui pelbagai program bagi mencapai Wawasan 2020.

Malahan Datuk Seri Dr. Mahathir (1996) mendapati sukan adalah penting dalam sesebuah negara kerana ia dapat membantu menaikkan imej negara di mata dunia seperti dalam ucapannya di perasmian Kovensyen Sukan Kebangsaan pada tahun 1996.

Sukan adalah sama pentingnya dengan sektor-sektor lain seperti ekonomi, pelajaran dan pertahanan dalam memajukan negara. Kita telah menerima hakikat bahawa sukan mampu memberi ransangan ke arah pembentukan rakyat Malaysia yang bersatupadu. mi jelas ditunjukkan daripada pengalaman kita ketika memenangi semula Piala Thomas 1992. Sukan juga mampu menaikkan imej negara melalui kejayaan-kejayaan atlit kita di pertandingan antarabangsa. Oleh itu sukan mempunyai peranan di negara mi..... Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad, 11 April, 1996.

COPYRIGHT UiTM

Pandangan Tun Mahathir Mohammad telah lama dilaksanakan melalui Dasar Sukan Negara (DSN, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 1988) yang mana sukan telah dijadikan sebagai sebahagian daripada polisi negara. Penekanan yang diberi dalam DSN adalah penyertaan individu dalam Sukan Massa dan Sukan Prestasi Tinggi. Sukan Massa adalah kegiatan sukan atau rekreasi fizikal yang berlaku secara spontan atau diuruskan untuk menggalakkan penyertaan yang meluas dan bukan untuk pertandingan di peringkat tertinggi. Manakala Sukan Prestasi Tinggi pula merujuk kepada sukan pertandingan yang diurus mengikut peraturan dan syarat persekutuan sukan antarabangsa serta jawatankuasa olimpik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukan pemenangnya (DSN 1988).

Sukan juga digunakan dalam agenda polisi bagi mengukuhkan social inclusion (pemupukan semangat kendiri yang positif) dalam komuniti dan pembangunan sumber manusia. Hasil kajian literatur oleh Zaini (2003) mendapati bahawa sukan dilihat sebagai alat untuk pembangunan masyarakat di Australia, United Kingdom dan Scotland. Negara-negara tersebut telah menjadikan sukan sebahagian daripada polisi negara dalam mengukuh penyertaan sosial dalam komuniti dan pembangunan sumber manusia negara mereka. Sukan pada masa senggang adalah digalakkan kerana peranannya yang penting dalam memperbaiki dan meningkatkan pembangunan kendiri dari segi harga din, meningkatkan interaksi sosial, membina semangat komuniti, menyediakan aktiviti berfaedah untuk golongan muda dan mengurangkan benlakunya penlakuan anti sosial (dalam Zaini 2003). Hal mi bermakna bergiat secara aktif dalam aktiviti fizikal berbentuk sukan, senaman dan berekreasi adalah penting untuk pembangunan kendiri pelaku agar mereka dapat berada dalam masyarakat secara amnya.

Sejajar dengan itu, pihak kerajaan telah menambah peruntukan KBS dan RM227.5 juta (tahun 2002) kepada RM657.9 juta pada tahun 2003 bagi menyediakan pelbagai aktiviti dan prsarana bagi menggalakkan keaktifan penduduk Malaysia. Begitu juga dalam Rancangan Malaysia ke-9, kerajaan telah memperuntukan sejumlah wang bagi membina 13 buah kompleks sukan komuniti bagi menggalakkan lagi penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan, senaman dan rekreasi (Dato' Seri Abdullah 2006). Hal mi bermakna pembinaan komplek sukan komuniti dan COPYRIGHT UiTM

kemudahan setempat bertujuan menggalakkan dan membolehkan masyarakat melakukan aktiviti sukan, senaman dan rekreasi secara sukarela pada bila-bila masa.

Selain daripada itu, sukan juga turut dilihat sebagai sosial exclusion atau tarikan pengasingan sosial dalam masyarakat (The Center Coucil of Physical Recreation 2002). Bagi Tony Blair, Perdana Menteri Britain (Mac 2002 dalam The Center Council of Ph ysical Recreation 2002), rnenganggap pengasingan sosial adalah penarikan individu ke dalam aktiviti fizikal supaya masalah sosial dapat dikurangkan dengan menggalakkan individu berkenaan untuk terlibat dalam aktiviti fizikal secara aktif pada masa lapang mereka. Hal mi demikian kerana penglibatan secara sukarela dalam aktiviti fizikal dan berbentuk kesenggangan mempunyai potensi terapeutik iaitu keupayaan merawat atau menyembuh individu dan 'kesakitan' sosial. Aktiviti bersukan, bersenam dan berekreasi juga dapat dijadikan sebagai perantaraan untuk mengatasi dan mengurangkan pengasingan sosial di peringkat negeri dan nasional, (Bryant 2001) kerana pengasingan sosial merupakan satu masalah yang wujud untuk jangka masa pendek hasil daripada kewujudan beberapa masalah sosial seperti gejala lepak, kemiskinan, merokok dan sebagainya yang dihadapi oleh individu atau masyarakat (dalarn Bryant 2001).

Peringkat umur sekolah atau zaman remaja adalah satu peringkat yang kritikal di dalam pembentukan tabiat fizikal yang akan berterusan sehingga ke alam dewasa (Dishman, Sallis & Orenstein 1985; McAuley & Mihalko 1998). Penglibatan dan pengekalan dalam aktiviti fizikal adalah hasil daripada tingkah laku yang diamalkan semasa zaman kanak-kanak atau remaja. mi kerana tingkah laku di zaman mi akan dijadikan satu amalan atau tabiat apabila mereka meningkat dewasa. Oleh itu, remaja atau remaja sekolah perlu dijadikan sebagai kumpulan sasaran utama dalam menggalakkan tabiat aktiviti fizikal yang aktif dan kerap bagi mempertingkatkan penglibatan yang maksimum dalam sukan.

COPYRIGHT UiTM

1.0.1 Remaja di Malaysia

Malaysia merupakan salah satu negara muda' di dunia. 'Muda' di sini bermaksud lebih dan 50% penduduk di negara mi terdiri dari golongan muda (Azizi, Yusuf & Kamaliah 2002). Bilangan remaja yang berumur antara 10 hingga 19 tahun adalah seramai 2,268,257 orang dan merupakan kumpulan terbesar di Malaysia (Jabatan Peran(2kaan Malaysia 2005). mi adalah aset negara yang sangat penting dan mempunyai potensi yang besar untuk membawa negara ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang. Keupayaan orang muda daripada sudut mental dan juga fizikal tentulah lebih baik daripada golongan tua. mi memerlukan pengamalan cara hidup yang positif di kalangan orang muda mi.

Namun begitu, masih banyak masalah sosial berlaku dalam kalangan remaja dan belia berlaku di Malaysia. Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) 2006) mendapati belia negara mi tidak aktif dalam aktiviti kesenggangan yang mana mereka tidak rnenyertai sebarang kegiatan atau aktiviti berpersatuan atau kelab, kurang bersukan dan kurang bersenam (indeks = 21.0) dan kebanyakannya melakukan aktiviti lepak (indeks = 26.8). Ketidak aktifan mereka akan mengundang pelbagai masalah dari segi kesihatan seperti meningkatnya obesiti dan sakit jantung serta meningkatkan masalah sosial seperti jenayah juvenil di Malaysia. Kebosanan turut menggalakkan belia terlibat dalam aktiviti-aktiviti sosial yang tidak bermoral bagi mengisi masa lapang yang sedia ada (McCready 1997). Gejala kurang sihat mi perlu dielakkan, dan ia perlu dibenteras di peringkat awal iaitu semasa zaman kanak-kanak dan remaja. Hal mi demikian kerana kanak-kanak dan remaja merupakan pelapis kepada generasi akan datang (Dishman et al. 1985)

Menurut Mohd Bakri Omar, Ketua Polis Negara yang mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa pembabitan murid sekolah dalam jenayah sepenti penyalahgunaan dadah, perilaku seks bebas dan gengsterisme semakin membimbangkan berikutan peningkatan kes membabitkan kira-kira 1,400 murid sejak tiga tahun iaitu dalam tahun 2002. Bagi lima bulan pertama tahun 2005, purata 121 murid ditangkap setiap bulan yang membabitkan 1,048 kes jenayah dan ia perlu COPYRIGHT UiTM

diberi perhatian serius kerana membabitkan remaja bersekolah (Berita Harian, 12 Julai 2005). Bukti mi lebih kukuh lagi dengan statistik yang dikeluarkan oleh ibu pejabat polis Bukit Aman yang menunjukkan pada tahun 2005 sebanyak 3,936 kes jenayah juvenil dilaporkan dengan 2,996 tangkapan dilakukan yang melibatkan 5,393 remaja lelaki dan 148 remaja perempuan di seluruh negara (Ama Khadeja 2006). Statistik turut menunjukkan remaja yang berumur antara 16 hingga 18 tahun lebih banvak (4,363 orang) melakukan jenayah berbanding dengan mereka yang berumur antara 13 hingga 15 tahun (147 orang) (Ama Khadeja 2006).

Selain daripada jenayah juvenil, kajian berkaitan dengan remaja juga tertumpu kepada cara gaya hidup yang tidak sihat. Kajian PROSTAR (v.prostar.gov.my/Latar_BM.htm) mendapati keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang boleh menjurus kepada jangkitan HIV yang ketara dan membimbangkan. Kajian tingkah laku lepak di kalangan remaja yang dijalankan pada tahun 1994, mendapati 18 peratus daripada 6,110 responden remaja mempunyai pengalaman melakukan seks bebas, dan 14 peratus pernah menggunakan dadah. Kajian Remaja dan AIDS yang dijalankan pada tahun 1996 ke atas 4,347 orang remaja awam yang berumur 13-25 tahun pula, mendapati 6 peratus(%) pernah melakukan seks bebas, lima (5) peratus(%) pernah terlibat dengan penagihan dadah clan 31 peratus(%) pula merokok (www.prostar.gov.my/Latar BM.htrn). Hal mi menunjukkan golongan remaja adalah kumpulan individu yang perlu diberi perhatian yang sebaiknya dengan mendedahkan remaja kepada tingkah laku yang positif dan gaya hidup sihat. Oleh itu, Fauzi Saari, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (dalam Ama Khadeja 2006) mencadangkan kaedah yang bersifat berkesinambungan perlu bagi mengatasi clan mengurangkan masalah tersebut seperti pandangan Robert (1990) yang berpendapat bahawa aktiviti bersukan boleh mencapai matlamat negara dengan mengintegrasikan belia yang berisiko (melakukan jenayah) dengan menggalakkan penggunaan masa lapang secara berfaedah.

Pelbagai program clan aktiviti dijalankan oleh kerajaan bagi memastikan rakyatnya aktif, namun rakyat Malaysia masih tidak aktif (Chek Mat 2001 dalam Mohd Salleh 2004; IPPBM 2006; Unit Perancang Ekonomi (UPE) 2003). Hal mi menunjukkan walaupun terdapatnya pendedahan melalui pendidikan di sekolah dan COPYRIGHT UiTM

media massa akan pentingnya bersukan dan bersenam, namun kegiatan tersebut tidak menjadi satu gaya hidup mereka. Oleh itu pengaruh, dorongan dan impak individu di sekeliling pelaku adalah penting untuk membentuk nilai, sikap dan perlakuan yang diingini agar dapat mernupuk semangat swadaya. Pengaruh dan dorongan dalam memupuk nilai, sikap dan perlakuan merupakan sebahagian daripada proses pemupukan identiti dan sikap individu ke dalam sukan yang dinamakan sosialisasi dalam bidang sukan (Leonard II 1998).

Aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak dan remaja selalunya berlaku pada waktu petang atau pagi dan pada hari cuti persekolahan. la boleh berlaku di mana-mana sahaja sama ada di sekeliling rumah, di padang permainan, atau di kompleks-kompleks sukan. Bagi kanak-kanak dan remaja, terdapat tiga jenis aktiviti fizikal yang sering dilakukan oleh mereka pada masa lapang (Wold 1989) iaitu bermain, aktiviti luar atau outdoor activities dan bersukan dan selalunya dirujuk sebagai free play. Apabila kanak-kanak meningkat ke alam remaja, penglibatan dalam aktiviti bermain akan berkurangan dan mereka mulai terlibat dalam aktivitiaktiviti yang berbentuk berstruktur (Hofferth & Sandbery 2001).

Bagi memastikan kanak-kanak dan rernaja terlibat secara aktif dalam kegiatan sukan dan bersenam, perhatian terhadap pemboleh ubah berkenaan perlu dikenal pasti dan diberi perhatian (Ebbeck, Gibbons & Loken-Dahle 2000). Hal mi kerana pengaruh kepada "sebab" adalah sebahagian daripada motivasi individu ke arah tingkah laku berkenaan (Wold 1989). Terdapat pelbagai pemboleh ubah yang mempengaruhi tahap aktiviti fizikal kanak-kanak dan remaja dan ia terbahagi kepada empat kategori yang utama (Kohl III & Hobbs 1997) iaitu:

i. ii.

Fisiologikal - tahap kematangan dan kecergasan aerobik, Psikologikal - ciri personal seperti motivasi dan pengawalan deria,

iii.

Sosio-budaya - tumpuan adalah sokongan ahli keluarga terutama ibu bapa, rakan-rakan serta sosio-demografi seperti jantina dan umur,

iv.

Persekitaran - kemudahan yang ada, keselamatan dan climate. COPYRIGHT UiTM

Walaupun terdapat empat kategori utama, namun pemboleh ubah setiap kategori tidak boleh dijadikan sebagai satu pemboleh ubah tetap bagi setiap individu kerana setiap kumpulan urnur mernpunyai pembentukan yang berbeza-beza (Sallis, Simon-Morton, Stone, Corbin, Epstein et al. 1992) dan ia boleh digunakan sebagai asas dalam mempromosikan aktiviti fizikal ke masyarakat secara umumnya.

1.0.2

Kesan aktiviti fizikal ke atas individu

Amalan gaya hidup sihat sangat digalakkan bagi setiap individu kerana kesannya ke atas fizikal sosial dan mental telah diakui oleh para sainstis (WHO 2003). Dan perspektif perubatan, aktiviti fizikal telah membuktikan sesuatu yang positif secara klinikal dengan memberi kesan terus kepada fisiologi, sosial dan psikologi kanakkanak dan remaja serta mempengaruhinya ke alam dewasa (dalam Aarnio 2003). Penglibatan dalam aktiviti fizikal akan memberi kesan jangka pendek dan jangka panjangnya. Kesan positif jangka pendek jika rnelibatkan diri dalam aktiviti fizikal adalah memperbaiki kualiti kehidupan dengan mengurangkan kadar obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja serta dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Mengikut Sallis dan Patrick (1994), penglibatan dalam aktiviti fizikal secara tidak langsung dapat mempengaruhi pembentukan tisu-tisu adipos, kefungsian psikologi, status imunisasi dan mengurangkan risiko kecederaan otot-otot skeletal di kalangan orang muda.

Aktiviti fizikal juga dapat meningkatkan kesejahteraan psikologikal serta mengurangkan sindrom tekanan dan kebimbangan (Calfas & Taylor 1994; Steptoe & Butler 1996). Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa individu yang aktif dapat meningkatkan konsep kendiri dan estim diri dengan pengurangan tekanan, pembentukan sosial dan moral yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak aktif (Norris, Carrol & Cochrane 1992; Sheilds & Bredemeier 1994). Di kalangan orang dewasa, penglibatan yang kerap dikaitkan dengan pengurangan penyakit seperti penyakit kardiovaskular, hipertension, sakit tulang belakang dan esteoporosis, tekanan perasaan dan jenis-jenis kanser tertentu di samping dapat meningkatkan COPYRIGHT UiTM

kestabilan emosi dengan memberikan kegembiraan dan keseronokan kepada pelaku (dalam Aarnio 2003; Centers for Disease Control and Prevention (CDC) 1999). Malahan Fox (1991) menyatakan bahawa dengan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan kegiatan sukan dapat memperkayakan kualiti dan meningkatkan kesejahteraan hidup secara pendedahan kepada pelbagai pengalaman dan membolehkan mereka mengendalikan kehidupan dengan mudah sekali.

Keberkesanan aktiviti fizikal ke atas kesihatan adalah bergantung kepada


pengamalannya. International Concencesus Confrence on Physical activity

Guideline for Adolescents menyarankan agar remaja melakukan aktiviti fizikal setiap hari atau hampir setiap han (Sallis & Patrick 1994). Garis panduan aktiviti fizikal menekankan supaya remaja melibatkan diri sekurang-kurangnya lima kali dalam aktiviti intensiti sederhana atau tiga kali aktiviti vigorus seminggu yang berlangsung antara 30 hingga 60 minit per aktiviti (Addy, Wilson, Kirtland, Ainsworth, Sharpe & Kimsey et al. 2004; Booth, Dobbins & DenneyWilson 2008) seperti permainan, sukan, kerja, pengangkutan, rekreasi, pendidikan jasmani atau senaman (Sallis & Patrick 1994).

Selain daripada itu, aktiviti sukan dan rekreasi juga dapat memberikan pelbagai faedah sosial kepada individu yang menyertainya (Wan Sabri, Rush, Mohd Basri Hamzah & Mohd Zin 1993) antaranya ialah:-

i. Pertandingan: aktiviti sukan memberi peluang seseorang menunjukkan kebolehannya, sama ada berbanding dengan kebolehan orang lain atau berbanding dengan kebolehan dirinya sendiri pada masa sebelumnya. ii. Kordinasi jasmani: dapat dikembangkan dan dipelihara dengan melakukan pelbagai bentuk aktiviti. iii. Hubungan sosial: dapat meningkatkan hubungan sosial dengan rakan-rakan dan persekitaran.

Kesan mi wujud disebabkan peningkatan penggunaan tenaga yang mana ia menyumbang kepada keberkesanan fungsi-fungsi dalam badan dan pengawalan berat COPYRIGHT UiTM

You might also like