Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PEMBENTUKAN KATA DALAM BAHASA MELAYU 3.

0 PEMBENTUKAN KATA

Bidang pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem bahasa. Dalam konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata adalah proses mengolah unsur-unsur bahasa sehingga menjadi pekataan yang boleh diujarkan dan difahami oleh penuturnya. Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu, bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripada sudut prosesnya. Selalunya, pembentukan satu-satu perkataan itu adalah melalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan.

Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarang proses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat dan yu.Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk.Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata.

Kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata, dan gabungan awal huruf dan suku kata perkataan atau rangkai kata yang ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan tersendiri. Contohnya: cerpen (daripada cerita pendek), Gapena (daripada Gabungan Penulis Nasional), dan kugiran (kumpulan gitar rancak).

Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu imbuhan awalan, yang hadir sebelum kata dasar, imbuhan akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, imbuhan apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan imbuhan sisipan, yang hadir di celahan kata dasar.

Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh imbuhan-imbuhan tertentu. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tata- contohnya, membentuk kata nama terbitan. Akhiran imbuhan yang membentuk kata nama, iaitu -an, -wan, -wati, dan sebagainya. Antara imbuhan yang membentuk kata kerja pula ialah awalan-awalan meN-, beR-, ter- dan di- serta akhiran -kan dan i. Jumlah apitan juga banyak dalam bahasa Melayu, misalnya peN--an, ke--an, pe-an, dan peR--an yang membentuk kata nama, dan meN--kan, beR-...-kan, meN--kan, meN--i, dan mempeR--kan yang membentuk kata kerja. Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar, dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.Contohnya kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih.

Bentuk kata yang terakhir ialah kata ganda. Kata ganda ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa atau berentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu kata dasar,contohnya cantik-cantik dan mata-mata. Penggandaan separa bermakna pengulangan sebahagian daripada kata dasar sahaja, yang boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal biasanya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan kata gandanya terletak pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu juga mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal (e) pepet. Misalnya, laki kepada laki laki dan kemudian kepada lelaki.

Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan pula hanya menggandakan kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan, serta berlaku hanya pada kata kerja dan kata adjektif tertentu. Bentuk gandaan separa boleh terletak di bahagian belakang kata dasar, misalnya berturut-turut dan mencari-cari atau bahagian kata dasar,contohnya bantu-membantu dan cinta-mencintai.

Penggadaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan ini berlaku sama ada melalui pengulangan vokal, contohnya

kuih-muih, tungkus-lumus. Melalui pengulangan konsonan pula misalnya simpangsiur dan mandi-manda.

3 .1 PROSES PEMBENTUKAN KATA

Pada umumnya, proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu melibatkan bentuk- bentuk kata tunggal, terbitan, majmuk dan ganda.

BENTUK KATA TUNGGAL

Kata tunggal ialah perkataan yang tidak mengalami sebarang proses penggandaan dan perangkaian kata. Selain itu, kata tunggal juga tidak menerima sebarang penambahan imbuhan pada katanya sama ada imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan. Tambahan lagi, kata tunggal juga terbahagi kepada beberapa jenis kata tunggal seperti kata tunggal satu suku kata, kata tunggal dua suku kata, kata tunggal tiga suku kata serta kata tunggal empat suku kata dan lebih. Dalam masa yang sama, kata tunggal juga boleh diperluaskan atau dikembangkan membentuk kata terbitan setelah kata tunggal menerima proses pengimbuhan, proses penggandaan dan proses pemajmukan. Dalam pembentukan kata tunggal, sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal (V) disertai satu konsonan (K), satu vokal (V) sahaja atau satu vokal (V) dengan beberapa konsonan (K). Konsonan-konsonan itu hadir dengan beberapa konsonan sama ada hadir di hadapan dan di belakang vokal atau secara serentak di hadapan dan belakang serta ada juga konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK).

BENTUK KATA MAJMUK Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk seperti ini jumlahnya adalah besar. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat pecahkan kepada tiga kelompok, iaitu seperti yang berikut:

a) kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas

Contohnya:

gambar rajah biru laut air hujan jalan raya nasi minyak terima kasih luar biasa merah muda

alat tulis bandar raya tengah hari jam tangan meja tulis bom tangan kapal terbang kuning langsat

Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran,

Contohnya: Perdana Menteri Duta Besar Raja Muda Setiausaha Politik Penolong Pendaftar Ketua Menteri Naib Censelor Profesor Madya Timbalan Ketua Pustakawan Ketua Setiausaha Negara

b) kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah

Contohnya:

model linera garis pusat lelefon dail terus lesung sendi kanta tangan

mata pelajaran pita suara darah panas kertas kerja batu kapur

c) kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa

Contohnya:

kaki ayam buah hati duit kopi makan angin pilih kasih

anak emas bulan madu manis mulut tumbuk rusuk berat tangan

KATA TERBITAN Takrif : Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima baik awalan,sisipan,akhiran atau apitan ( imbuhan ) Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat dan harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Jenis Imbuhan a.Awalan - hadir sebelum kata dasar. b.Akhiran - hadir sesudah kata dasar c.Apitan - hadir secara mengapit kata dasar secara serentak di awal dan akhir kata dasar. d.Sisipan - hadir di celahan kata dasar Kata Terbitan Berawalan Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan,kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan. Contohnya : 1.Awalan kata nama pe- ( pelari, perakus,penyapu ) pem- ( pembawa,pembuka ) pen- ( pendatang,pendua ) peng- ( penggali,penggubal ) pel- ( pelajar ) ke- ( ketua,kelepek ) juru- ( juruukur,juruwang ) pra- ( prakata,prasejarah ) dwi- ( dwifungsi,dwibahasa ) 2.Awalan kata kerja me- ( melawan,menyikat,merasa) memper- ( memperhamba,memperisteri) ber- ( berjalan,berganti, berserta ) ter- ( terjebak,terbentuk ) di- ( diatur,ditimbang,disusun ) diper- ( dipercepat, diperoleh ) 3. Awalan kata adjektif ter- ( terbesar,terputih) te- ( teruncing,terendah,teringin ) se- ( secantik,secerah,setebal )

Kata Terbitan Berapitan Apitan wujud dalam kata nama terbitan,kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan 1.Apitan kata nama pean ( pelaksanaan,perasaan ) pengean ( pengesahan,pengehadan) kean ( kelaianan,kelebihan ) 2.Apitan kata kerja mekan ( memainkan,melukakan ) memkan( membaharukan,membaikkan ) berkan ( beralaskan,berlaukkan ) diperi ( diperdengarkan,diperbahaskan ) kean ( kehujanan,kehausan,kepanaskan) dikan ( didekati,dimulai,diadili ) memper..i ( memperingati ) 3.Apitan kata adjektif kean ( keinggerisan,kearaban,kecinaan )

Kata Terbitan Bersisipan Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam 1.kata nama 2.kata adjektif Contohnya : i. Sisipan kata nama -el- ( kelengkeng,telunjuk,kelabut ) -er- ( keruping,seruling,serabut ) ii. Sisipan kata adjektif -el- ( selerak,gelembung ) -er- ( serabut,gerigi ) -em- ( gemilang,semerbak,gemerlap ) -in- ( sinambung )

Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda Proses penggandaan dalam bahasa melayu ialah proses yang menggandakan (mengulangi) kata dasar. Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis penggandaan iaitu : Penggandaan penuh (melibatkan seluruh kata dasar) Penggandaan separa (melibatkan sebahagian kata dasar) Penggandaan berentak (berdasarkan rentak bunyi tertentu) Penggandaan Penuh Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar samaada mengandungi imbuhan ataupun tidak. Penggandaan penuh yang terjadi pada kata dasar yang tidak ada imbuhan menggandakan seluruh kata dasar.Contohnya : ~ negara-negara ~ guru-guru ~ pulau-pulau ~ mandi-mandi ~ buku-buku ~ suku-suku ~ cantik-cantik ~ minum-minum Penggandaan Separa Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandaan separa boleh berlaku dihadapan atau dibelakang kata dasar. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertama dan letak gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar. -lelaki -jejari -sesiku -rerambut -lelangit Penggandaan Berentak Ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam pergandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikian,maka penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis : Pergandaan berentak pengulangan vokal

Pergandaan berentak pengulangan konsonan Pergandaan berentak bebas

Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal: Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu,iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal.Contohnya : ~ sayur-mayur ~ kuih-muih ~ selok-belok ~ lauk-pauk ~ gotong-royong

Kata Kerja Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada : A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau ) B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif 1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). 2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek ) 3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan me- sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. Contohnya: Atan mendengar radio. mendengar ialah kata kerja transitif radio ialah objek (kata nama) Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya: Contoh ayat : 1. Kucing itu menangkap seekor burung. 2. perempuan itu menjual sayur. 3. Bapa sedang menulis surat. Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut. Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut. Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat

atau penyambut. (a) (b) (c) (d) (e) (f) Pak Abu menjala ikan. Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu. "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung. Jangan suka memperdaya orang yang bodoh. Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih. Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.

Subjek ( pembuat ) Dia suka Jamilah Abidin Ramli Kereta itu

Kata kerja transitif membaca memukul menjual berjalan melanggar

penyambut ( Objek ) buku seekor ular kuih-muih ke sekolah seekor lembu

Kata Kerja Transitif Aktif Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Kata Kerja Transitif Pasif Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-. Penyambut Kata Kerja Transitif Radio itu Burung itu Sayur itu Ikan itu Surat itu didengari ditangkap oleh dijual oleh dijala oleh sedang ditulis oleh Pembuat Atan seekor kucing seorang perempuan Pak Abu bapa

B. Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut. Contohnya :: 1. Mereka berjalan pada hari cuti. 2. Anjing itu sedang tidur. 3. Hujan turun dengan lebatnya semalam. Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain. Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain. Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain. Subjek ( pembuat ) Kami Dia Saya Hassan Kata kerja tak Transitif mandi senyum menyanyi berjalan keterangan di tasek itu. semasa berjalan dengan kuat ke sekolah

Kata Kerja Tak Transitif 1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam

ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi. 2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada

yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah kan atau Idi hujungnya. Contoh ayat: 1. Mereka menjalankan jentera itu. 2. Emak sedang menidurkan adik. 3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori. 4. Halim mengikuti perbualan mereka.

5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

KATA KERJA TAK TRANSITIF BERPELENGKAP Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut). Pembuat Kata Kerja Tak Transitif Keterangan Kami mandi di tasik Dia senyum semasa berjalan Air sungai beransur surut

KATA KERJA TAK TRANSITIF TAK BERPELENGKAP Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat. Pembuat Kata Kerja Tak Transitif Rumahnya roboh Radio itu berbunyi Turunnya Union Jack itu, berkibar Jalur Gemilang pula

Kata Kerja Pasif 1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja

transitif tetapi yang tidak berawalan men. Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya. 2. Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja

pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga 3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.

Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan. 4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.

Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan. 5 Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.

Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan

You might also like