Laporan Ahli Jawatankuasa Cenderahati

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA CENDERAHATI SEMINAR PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PENYELIDIKAN TINDAKAN

Pada 15 hingga 18 Januari 2013 yang lalu, satu seminar pembentangan kertas kerja penyelidikan tindakan telah diadakan bertempat di Dewan Raflessia IPG Kampus Tawau. Dalam Seminar Pembentangan Kertas Kerja Penyelidikan Tindakan pada kali ini, kami dilantik sebagai ahli jawatankuasa cenderahati.

Sebelum seminar ini berlangsung, pelbagai tugas yang perlu kami laksanakan bagi memastikan seminar ini berjalan dengan lancar. Antara tugas yang dilaksanakan termasuklah berbincang dengan semua peserta seminar berkaitan bentuk cenderahati yang bersesuaian dan juga kutipan wang yang diperlukan untuk membeli cenderahati kepada semua peserta seminar. Melalui hasil perbincangan, kami telah menemui kata sepakat untuk mengutip RM 5 daripada setiap peserta untuk membeli cenderahati. Manakala, dari segi bentuk cenderahati pula, kami telah bersepakat untuk memberikan pen dan juga gelas sebagai tanda kenangan kepada setiap peserta seminar.

Selain

itu,

sebelum

berlangsungnya

seminar

juga,

kami

turut

bertanggungjawab membuat tempahan sijil penyertaan sebanyak 73 keping daripada bahagian stor untuk diberikan kepada peserta seminar. Setelah kesemuanya selesai, kami kemudiannya membahagikan tugas kepada setiap ahli jawatankuasa cenderahati untuk membeli cenderahati, menyiapkan sijil penyertaan dan membalut cenderahati berkenaan. Dengan adanya,

pembahagian tugas seperti ini sekaligus memudahkan lagi pengurusan cenderahati ini.

Manakala, semasa seminar pembentangan berlangsung, setiap ahli jawatankuasa cenderahati bertugas secara bergilir-gilir untuk menyampaikan

cenderahati berkenaan kepada peserta seminar mengikut jadual bertugas yang telah disediakan oleh ketua ahli jawatankuasa cenderahati. Jadual bertugas ini disediakan bagi memastikan tidak berlaku pertindihan tugas diantara ahli-ahli.

Secara keseluruhannya, tidak berlaku sebarang masalah besar yang dihadapi oleh kami sepanjang menjalankan tugas sebagai ahli jawatankuasa cenderahati. Segala kesulitan yang dihadapi dapat ditangani dengan baik melalui kerjasama penuh yang diberikan oleh setiap ahli sehingga Seminar

Pembentangan Kertas Kerja Penyelidikan Tindakan pada kali ini dapat berjalan dengan lancar dan baik.

You might also like