Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

UM juara debat kefahaman Islam

Oleh Rosniza Mohd Taha

PENDEBAT UM, Ali Asyraf (kiri), Nur Izzati dan Azri Zahier bersama piala kemenangan mereka. UNIVERSITI Malaya (UM) muncul johan kali kedua berturut-turut Pertandingan Debat Kefahaman Islam Antara Institusi Pengajian Tinggi 2009, baru-baru ini. Pada pertandingan akhir di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam (Ikim), Kuala Lumpur itu, pendebat UM yang dibarisi Nur Izzati Wan Hanapi, Mohd Zulfadhli Khairuddin, Azri Zahier Azmi dan Ali Asyraf Mohamed, selaku pencadang dalam membahaskan tajuk Keganasan Dunia Akibat Salah Tafsir Tentang Jihad berjaya menundukkan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) dengan memperoleh 67.71 markah. Kemenangan itu melayakkan UM menerima hadiah wang tunai RM15,000, geran RM10,000 untuk kelab debat, piala pusingan, buku terbitan Ikim, langganan majalah e@Siswa selama tiga bulan serta sijil.

UM turut mengulangi kejayaan tahun lalu apabila Ali Asyraf diumumkan pendebat terbaik pertandingan akhir itu, sekali gus menerima wang tunai RM2,000, buku terbitan Ikim dan langganan Majalah e@Siswa selama enam bulan. Usim yang diwakili Ummu Umairah Azahari, Mohd Zaini Othman, Mohd Ikhwan Mohd Rosseli dan Mohd Ridhuwan Remly menerima wang tunai RM10,000, buku, langganan majalah e@Siswa selama tiga bulan serta sijil. Sementara itu, Universiti Teknologi Petronas dan Institut Perguruan Islam Selangor masingmasing di tempat ketiga dan keempat menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan RM3,000,

buku serta langganan majalah e@Siswa. Hadiah disampaikan Pengerusi Ikim, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid. Mengulas mengenai kejayaan itu, Ali Asyraf, 23, berkata ia hasil persediaan rapi pasukan termasuk perbincangan bagi membolehkan setiap ahli mengemukakan pendapat serta hujah dengan sebaik mungkin. Kami menitik beratkan aspek kefahaman tinggi terhadap topik atau isu ditetapkan. Selain tafsir al-Quran, pensyarah Akademi Pengajian Islam turut menjadi sumber rujukan kami jika timbul sebarang persoalan, katanya. Mengenai kejayaannya merangkul anugerah pendebat terbaik, beliau berkata, ia memberi motivasi baginya untuk terus mengasah bakat dalam bidang pengucapan awam itu. Berdebat memberi kepuasan kepada saya kerana berupaya meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai sesuatu topik atau isu, katanya.

You might also like