Laporan Ajk Keselamatan Kursus Bina Insan Guru

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN AJK KESELAMATAN KURSUS BINA INSAN GURU PISMP SEMESTER 1 GSTT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU

AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS Sebelum Program Bina Insan Guru ( BIG ) yang fasa pertama dijalankan, ahli-ahli jawatankuasa induk dan pelaksana akan dipilih untuk bersama melaksanakan tugasan masing-masing supaya program ini boleh dijalankan dengan berjaya. Saya telah dipilih sebagai Ketua Keselamatan bagi BIG ini. Jawatan sebagai Ketua Keselamatan merupakan jawatan yang baru bagi saya kerana ini adalah kali pertama saya mengambil jawatankuasa ini. Walau bagaimanapun, saya bersyukur dan menerima jawatan ini sebagai satu cabaran yang baru. Mesyuarat diadakan sebelum program BIG dijalankan, ini adalah untuk berbincang mengenai pengendalian aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan dan mengagihkan tugasan-tugasan kepada setiap ahli jawatankuasa. Semasa menjalankan tugasan ini, saya diberi bertanggungjawab untuk menyediakan peti pertolongan cemas yang mengandungi ubat-ubatan asas yang diperlukan dan juga peralatan kecemasan yang lengkap. Saya juga perlu memastikan semua ahli termasuk guru-guru pelatih dan pensyarah-pensyarah tidak tertinggal sewaktu menjalankan setiap aktiviti pada bila-bila masa. Selain itu, saya juga perlu menjaga keselamatan dan kebajikan setiap ahli dan memastikan mereka dalam keadaan yang sihat. Sebelum bertolak, saya juga pula belajar untuk membuat satu jadual yang ringkas mengenai tugas kawalan keselamatan malam mengikut giliran. Dalam proses ini, saya didapati saya boleh menyerap pengalaman yang banyak dan menimba ilmu pengetahuan yang lebih luas. Semasa menyediakan ubat-ubatan dan peralatan kecemasan, saya telah belajar lebih ilmu yang berkaitan tentang penggunaan ubatan secara asas dan juga mendapat pengalaman untuk menjalankan tugasan saya sebagai seorang Ketua Keselamatan seperti mengagihkan tugasan kepada ahli yang menjaga kawalan luar malam supaya keselamatan setiap orang yang bermalam di dalam khemah berada dalam keadaan yang selamat. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, _______________ ( Hng Lee Yong ) Ketua AJK Keselamatan, Kursus Bina Insan Guru Fasa Pertama PISMP Semester 1 GSTT

You might also like