Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PENGETUA SMK POKOK SENA 2 SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN ALAT BANTU PEMBELAJARAN CALTEX FUEL YOUR

SCHOOL

Bismillahirahmanir Rahim, Yang Dihormati, 1. Encik Mokhtar Ali Ismail, Pengurus Besar, Polisi, Kerajaan & Hal Ehwal Awam, Chevron Malaysia 2. Encik Muhammad Hanifi bin Muhammad Bazil, Pengurus Program, MyKasih Foundation. Yang berusaha , 1. En. Mohd Anuar Hassan, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusian, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. 2. En Mohd Firdaus Bin Abdullah, Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru, SMK Pokok Sena 2, 3. Pn Hjh Zainab Bin Yaman, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Pokok Sena 2 4. Us Mansor Bin Ab. Latif, Penolong Kanan HEM, SMK Pokok Sena 2.

Yang dialukan Tuan-tuan dan puan-puan dari Chevron Malaysia, Caltex Malaysia dan MyKasih Foundation Seterusnya guru-guru, para pelajar dan hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum wrt. Wbt

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan mtuan-tuan dan puan-puan dari Chevron Malaysia, Caltex Malaysia dan MyKasih Foundation ke SMK Pokok Sena 2. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan sekalian pada hari yang bersejarah ini sungguh bermakna bagi kami, warga SMK Pokok Sena 2. Alhamdulillah, saya merafakkan penuh kesyukuran kerana kita berpeluang bersua dalam Majlis Penyampaian Bahan Pembelajaran sempena Kempen Caltex Fuel Your School yang diadakan baru-baru ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Chevron Malaysia, Caltex Malaysia dan MyKasih Foundation kerana telah menjalankan usaha murni ini iaitu penganjuran Kempen Caltex Fuel Your School dalam usaha membantu para guru untuk melaksanakan projek-projek kelas yang inovatif melibatkan Pembelajaran Sains, Teknologi, Bahasa Inggeris dan Matematik (STEM) dengan berpeluang mendapatkan bahan dan alat bantu mengajar sehingga RM5,000. Sesungguhnya inisiatif yang dijayakan oleh pihak tuan ini bukan sekadar berorientasikan Tanggung Jawab Sosial Korporat (CSR) malah boleh dianggap pendukung usaha murni kerajaan dalam memajukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sub Pendidikan. Saya berharap lebih ramai lagi syarikat-syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil melaksanakan program-program seumpama ini untuk membantu pihak sekolah melonjak tahap pendidikan anak-anak kita terutamanya pelajar-pelajar luar bandar dalam usaha merapatkan jurang pendidikan. Kepada pasukan Young Chemists di bawah kendalian En. Mohd Shamshul Nizam yang telah memenangi alat bantu mengajar dan bahan pembelajaran dalam Program Caltex Fuel School bagi peringkat negeri Kedah, syabas diucapkan atas kejayaan ini. Sesungguhnya kejayaan yang dilakarkan merupakan rentetan kejayaan yang telah mengharumkan nama Sekolah Menengah Pokok Sena 2. Buat para pelajar yang terlibat, gunakan sebaik-baiknya peralatan yang disumbangkan oleh pihak Caltex Malaysia dan MyKasih Foundation untuk meningkatkan tahap pembelajaran pelajar yang dikasihi semasa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas. Mudahmudahan anak-anak sekalian yang bergelar Young Chemists ini akan menempa kejayaan yang lebih gemilang yang dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara kelak. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada:

Chevron Malaysia

Caltex Malaysia & Rakan Niaga Caltex Malaysia

MyKasih Foundation

Encik Mokhtar Ali Ismail, Pengurus Besar, Polisi, Kerajaan & Hal Ehwal Awam, Chevron Malaysia

Puan Karina Bt. Mohamed Kamal

Pengurus Program, MyKasih Foundation.

Encik Muhammad Hanifi bin Muhammad Bazil, Pengurus Program, MyKasih Foundation.

En. Mohd Anuar Hassan, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusian, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Persatuan Ibu Bapa & Guru, SMK Pokok Sena 2.

Individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Kempen Caltex Fuel Your School Peringkat Negeri Kedah.

Sekian, wassalamualaikum wrt wbt.

You might also like