Jurnal Reflektif 6

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

JURNAL REFLEKTIF MINGGU 6 MASALAH Kelas saya pada minggu ini berkurangan disebabkan murid tahun 6 akan menghadapi

UPSR. Namun kelas yang lain tetap diteruskan seperit biasa. Masalah yang utama yang melanda saya pada minggu ini adalah pengajaran saya menyukarkan murid untuk ingat dalam jangka masa yang panjang. Masalah ini jelas kelihatan ketika saya mengajar kelas 5 Harapan. Kelas ini merupakan kelas terbelakang sekali. Seterusnya memberi cabaran kepada saya. Murid di dalam kelas ini memahami apa yang saya ajarkan Cuma mereka tidak boleh ingat isi pelajaran tersebut apabila ditanya pada akhir waktu. Fenomena ini boleh memberi masalah kepada mereka dan saya juga. ANALISIS MASALAH Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah kepada masalah ini. Antaranya: 1. Pengajaran guru banyak secara sehala sahaja. Murid cepat lupa apa yang diajarkan walaupun guru mengulangi beberapa kali. 2. Tulisan guru di papan putih kurang sesuai. CADANGAN Saya telah menggunakan pendekatan: 1. Membanyakkan komunikasi dua hala supaya ada interaksi dengan murid. Saya memberi lebih peluang kepada murid untuk menyuarakan pendapat mereka ketika mengajar. Jadi, penglibatan murid secara aktif dapat dilaksanakan dengan jayanya. 2. Meneliti saiz tulisan saya di ketika mengajar. Saya pastikan tulisan saya boleh dibaca dan kemas.

TINDAKAN SUSULAN 1. Saya berbincang dengan guru kelas dan guru pembimbing supaya mereka memberi penyelesaian kepada masalah saya ini. Ada beberapa cadangan yang mereka berikan. 2. Saya menggunakan penulisan fakta secara akronim dalam kertas kosong. Murid akan tahu kata kunci kepada isi pelajaran yang diajar apabila mereka melihat kertas tersebut. 3. Saya pelbagaikan warna tulisan sewaktu menulis di papan putih. Sepertimana dalam kajian saintifik menerangkan bahawa warna boleh membantu manusia mengingati maklumat sehingga 70%. Setelah dicuba kadah ini, saya lihat ada peningkatan yang boleh dibanggakan.

KESIMPULAN Murid sekolah rendah masih lagi memerlukan kaedah mengajar secara eksplisit kerana tahap keupayaan mereka masih lagi sederhana. Guru tidak boleh menerapkan nilai murni melalui cara ini juga. Kaedah yang pelbagai merupakan jalan penyelesaian terbaik supaya murid dapat memahami isi pelajaran. Guru juga perlu titipkan bahawa mengajar murid untuk memberi mereka ilmu untuk bekalan kehidupan bukanlah untuk lulus peperiksaan sahaja. Melalui aplikasi dalan Teori Behaviorisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dilihat sebagai proses menyesuaikan diri dengan persekitaran dilihat sesuai. Bahan sumber pengajaran bukan sahaja merangkumi buku teks, papan putih dan gambar-gambar sahaja. Tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

You might also like