Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886 1.0 PENGENALAN 1.

1 DEFINISI PENDIDIKAN KHAS Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagaikeperluan murid-murid khas.Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakanteknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas.Ini termasuklah dengan menggunakansumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas. Munurut Hallahan dan Kauffman(2006):Pendidikan Khas didefinisikan sebagaisatu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanakberkeperluan khas.Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakanprogram pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luarbiasa.ia mungkn memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajarankhusus.Friend(2005) menyatakan pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentukkhusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya.Pengajaran ini mungkindikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau di institusilain.Mansor(2005)Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yangberterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yangberkemahiran, berhaluan,berupaya, beriman,berdikari,mampu merancang danmenguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahlimasyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 1 2. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886 1.2 DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Kanak-kanak Khas ialah gelaran yang diberi kepada kanakkanak yangmemerlukan keperluan khas yang juga disebut sebagai kanak-kanak istimewa, kanak-kanak kurang upaya ataupun kanak-kanak cacat.Istilah kanak-kanak cacat tidak lagidigunakan pada masa kini atas faktor sensitiviti.Kanak-kanak khas didefinisikan sebagaikanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-cirimental,keupayaan sensori,keupayaan komunikasi, tingkahlaku sosial, ataupun ciri-cirifizikal.Perbezaanperbezaan ini adalah mencapai tahap yang mana kanak-kanakmemerlukan modifikasi dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikankhas bagi membolehkannya berkembang pada kapasiti maksimum.Menurut Kirk(1989),kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak khas apabila terdapat keperluan bagimengubahsuai program pendidikan.Oleh yang demikian, bantuan yang disediakan olehsekolah untuk kanak-kanak yang berbeza norma ini digelar pendidikan khas.Pendidikankhas adalah pengajaran yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan muridberkeperluan khas.Pendidikan ini dirancang secara teliti bagi membantu murid keperluankhas bagi mencapai tahap pendidikan tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan. Menyambut kelahiran anak yang sihat dan sempurna anggotanya dinanti-nantikanoleh semua ibu bapa.Banyak ibu bapa seolah-olah hilang akal ketika menyambut kelahiranbaharu yang dilabel sebagai Orang Kurang Upaya.Menurut Simon Olshansky(1976)dalam bukunya Child Devlopment, ibu bapa akan mengalami kesedihan yang sangatmendalam sehingga tidak dapat menerima kenyataan bahawa bayi itu tidak memenuhikriteria yang diharapkan iaitu anak yang normal seperti orang lain.Walau bagaimanapun,Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 2 3. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886reaksi ibu bapa akan semakin berubah kepada reaksi yang bersifat positif terhadap anakistimewa mereka. Menurut Eden (1976), ada ibu bapa yang dapat menyesuaikan diri dengan baikterhadap kehadiran anak istimewa mereka setelah satu jangka masa tertentu.Ibu bapa dapatmenerima kehadiran anak kurang upaya, akan dapat menyesuaikan diri dengan realitihidup bahawa anak mereka mempunyai ketidakupayaan. Ibu bapa tersebut akan berusahamenjalani pemulihan sebagai kesinambungan dan sentiasa menaruh harapan terhadapperkembangan anak-anak mereka (Ashman & Elkin 1998). Orang Kurang Upaya (OKU) ialah oarng yang mengalami keterbatasanmobilitinya merujuk kepada jenis kecacatannya sama ada fizikal (anggota), mental(ringan, sederhana atau berat), penglihatan dan pedengaran.Tujuan istilah OKU inidiketengahkan adalah bagi mengelakkan sebutan orang cacat yang bermaksud melabelkanorang itu cacat daripada semua aspek (Hashim Omar 1991). Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah untuk membelanasib golongan ini dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk muris-muridpemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan,pendengaran dan bermasalah pembelajaran.Kategori kanak-kanak bermasalahpembelajaran di bawah tanggung jawab Kementerian Pendidikan Malaysia adalah sepertisindrom Down, Autisme ringan, Attention Deficit Hyperaktif Disorder, terencat akalminimum termasuklah masalah mental Carebral Palsy, bermasalah pembelajaran spesifikseperti Disleksia. Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani,emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Namun begitu,Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 3 4. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886pendidikan yang diberikan mestilah setaraf dengan kemampuan yang mereka miliki(Mohd Dan, 2007). 2.0 Autisme Autisme merupakan istilah yang mungkin untuk sesetengah orang hanyamemahami sebagai tanda. Namun, bagi sebahagian orang lagi, terutama para ibu bapayang mempunyai anak pengidap autism, istilah itu sudah tidak asing lagi. Paraprofessional yang membuat kajian dalam bidang perkembangan kanak-kanak telahmembuat penyelidikan tentang autism, psikopatologi, cara pencegahan, dan punca-puncanya, serta kesannya terhadap perkembangan anak dengan autism di kemudian hari. 2.1Definisi AutismePada masa ini, masalah autism mendapat perhatian, terutama dari ibu bapa. Selain itu,perasaan bimbang timbul di kalangan ibu-ibu muda yang bakal melahirkan anak. Inikerana autism akan dihidapi oleh sesiapa

sahaja. Ia tidak memilih perbezaan status sosial-ekonomi, pendidikan, golongan etnik atau bangsa. Jumlah kes yang dilaporkan cenderungmeningkat dari tahun ke tahun.Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autism berasal daripada perkataanbahasa Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini . autos merujukkepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri.Seorang ahli psikologi dari Harvardiaitu Leo Kanner telah memeperkenalkan istilah autis pada tahun 1943 berdasarkanpemerhatian beliau terhadap pengidap autism yang menunjukkan respon yang negatifdalam berkomunikasi dengan orang lain., pengasingan diri, keadaan yang tidak fleksibalKajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 4 5. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian,(Michael Waldman, Sean Nicholson, & Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yangbertajuk Does Television cause Autism? menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan pengidap autisme. Menurut Kamus Oxford Advance Leaner Autism ialah a mental condition in whicha person is unable to communicate aform relationship with other. Kamus elektronikEncarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autism ialah disturbancein phycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretationof the world, and the formation of relationships are not fully established and followunusual pattern. Maka , dapat disimpulkan di sini, autism merupakan gangguan psikologiterhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial dansentuhan. Kannar (dalam safari, 2005) mendefinisikan autism sebagai ketidakmampuanuntuk berinteraksi dengan orang lain. Cohen dan Bolton(1999) mendefinisikan Autismesebagai keadaan yang mempengaruhi anak membuat mereka tidak dapat membentukhubungan sosial atau mengembangkan komunikasi secara noramal. Menurut Ginanjar(2001), autism adalah gangguan perkembangan yang komplekdisebabkan oleh adanya kerosakan pada otak., sehingga mengakibatkan gangguanterhadap perkembangan komunikasi, perilaku, kemampuan sosialisasi, kepekaan terhadappersekitaran dan pembelajaran.Biasanya tanda-tanda akan mula kelihatan ketika anakberusia 3 tahun ke bawah.Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 5 6. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886 2.2 Peringkat Autismea)Autisme Ringan Pada tahap ini, anak autism masih menunjukkan adanya kontak mata walaupuntidak berlangsung lama. Anak Autisme ini dapat memberikan sedikit respon ketikadipanggil namanya, menunjukkan ekspresi-ekspresi muka, dan dalam berkomunikasi punmasih boleh dilakukan secara dua arah meskipun hanya sesekali. Tindakan tindakan yangdilakukan seperti memukulkan kepalanya sendiri, menggigit kuku, gerakan tangan yangsterotipik dan sebagainya. Masih boleh dikendalikan dan dikawal dengan mudah.b)Autisme sedang Pada tahap ini, anak autism masih menunjukkan sedikit kontek mata, namun iatidak memberikan respon ketika namanya dipanggil. Tindakan agresif atau hiperaktif,menyakiti diri sendiri, acuh dan gangguan motorik yang stereotipik cenderung agak untukdikendalikan tetapi masih boleh diusahakan.c)Autisme Berat Pada tahap ini, anak autism menunjukkan tindakan-tindakan yang sangat tidakterkendali. Biasanya anak autism memukul-mukul kepalanya ke tembok secara berulang-ulang dan terus-menerus tanpa berhenti-henti. Ketika orang tua berusaha mencegah,namun anak tidak memberi respondan tetap melakukan, bahkan kondisi beradadipelukkan orang tuanya, anak autism tetap memukul-mukul kepalanya. Ia akan berhentisetelah mereka rasa keletihan kemudian langsung tertidur.Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 6 7. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886 2.3 Ciri-Ciri Kanak Autismea)Masalah Komunikasi Seseorang kanak-kanak autism biasanya tidak menunjukkan perkembangan bahasaseperti kanak-kanak lain. Malahan, tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahappenggunaan bahasanya terbantut. Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami. Umpamanyajika seseorang bertanya sudah makan?, dia menjawab sudah makan. Jika ditanyaSudah minum?, di menjawab sudah minum. Dalam istilah Inggeris, ini dinamakanecholalia. Dia tidak pandai menggunakan bahasa dengan kreatif.b)Suka Bersendirian Masalah paling ketara ialah kanak-kanak autism tidak menunjukkan kebolehanberinteraksi secara spontan dengan orang lain. Dia seolah-olah hidup dalm dunianyasendiri. Ibunya mendapati sukar untuk menjalinkan kemesraan dengannya kerana dia tidaksuka dibelai, dicium atau dipeluk. Realitinya, kemesraan yang cuba ditunjukkan olehibunya tidak mendapat gerakbalas.Dia berkelakuan seperti kanak-kanak pekak, buta atauseolaholah tiada apa yang berlaku. Mereka turut mempunyai tingkah laku yang aneh atauberlainan daripada kanak-kanak biasa. Kanak-kanak autism biasanya akan leka bermainsehingga berjam-jam lamanya dengan sesuatu barang yang diminatinya dan akan menjadibaran jika barang itu diamabil, dialih atau hilang. Kebanyakkan kanak-kanak autisme akanmenunjukkan tinkahlaku yanag bermacam-macam ragam dan pelik seperti menepuk-nepuk tangan, menjengkitjengkit kakinya apabila berjalan, memutar-mutar benda sepertiKajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 7 8. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886tudung botol dan alat-alat permainan seperti mangkuk-mangkuk plastik, serta mengumpulbatu-batu, bermain suis lampu dan sebagainya. Kebanyakan kanak -kanak autistik menunjukkan ciri -ciri perkembanganbahasa dan sosial yang terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian,didapati hampir 30 peratus kanak-kanak autistik mempunyai tahap intelek yang normal.Ibu bapa kanak -kanak yang terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi,anak mereka tidak suka didukung atau dibelai dan gemar dibiarkan bersendirian. Bayiyang berusia tiga bulan biasanya sudah mula mesra dengan ibunya tetapi ini jarang-jarangdirasai atau dinikmati oleh ibu -ibu yang mempunyai anak-anak autistik. Bayi-bayi dariusia sembilan bulan ke atas sudah gemar mengikut-ikut perkataan yang dilafazkan olehibu mereka tetapi kanakkanak autistik jarang berbuat demikian. Ada sekumpulan kanak-kanak autistik yang didapati normal perkembangan mereka tetapi mula menunjukkan ciri-ciri autistik menjelang usia tiga tahun. Mereka dikatakan sudah boleh bercakap

sepertikanak-kanak lain tetapi kebolehan ini kemudian hilang sama sekali. Berdasarkan masalah utama di atas, ternyata hampir 70 peratus kanak-kanakautisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaranmereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan oranglain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.Individu autistik sukar memahami keadaan persekitaran yang menyebabkan mereka sukarterbabit secara langsung apabila berbual-bual. Hakikatnya, tingkah laku yang sukamencederakan diri menandakan autisme teruk. Biasanya ia berlaku jika IQ kanak-kanakberkenaan kurang daripada 20. Bagaimanapun ia boleh dibantu dengan pengambilan ubatKajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 8 9. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886anti kemurungan. Kebiasaannya, kanak-kanak autisme memilih satu bahasa pertuturan.Jika selesa berbahasa Inggeris, mereka bertutur dalam bahasa berkenaan dengan sesiapajuga dan ibu bapa disaran menggunakan bahasa pilihan anak ketika berinteraksi denganmereka. Ini penting dalam mewujudkan interaksi dengan kanak-kanak autism danmemudahkan komunikasi ketika mereka berada bersama masyarakat.c) Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan Kanak-kanak autistik suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahumenerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan sertasering menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau rodakereta mainan berpusing. Mereka juga sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi.Contohnya mereka berasa terganggu apabila mendengar bunyi mesin pengisar danmenunjukkan perlakuan di luar kawalan. Mereka sentiasa bergerak dan seringmenunjukkan pergerakan yang pelik dan serta melakukannya berulang-ulang.d) Masalah tingkah lakuMasalah tingkah laku kanak-kanak autistik boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu; i. Suka mengasingkan diri. Kanak-kanak autistik dalam kategori ini biasanya menunjukkan kekecewaan yangterlampau dengan tindak balas yang negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif(yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan sepertimencederakan diri. Justifikasi kepada orang lain akan menimbulkan kebimbangan akanKajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 9 10. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886dicederakan oleh kanak-kanak autistik walaupun secara lahiriahnya mereka tidak berniatuntuk mencederakan sesiapa. ii. Kumpulan pasifKanak-kanak dalam kategori ini agak bermasalah kerana kebiasaannya tidak memahamikeadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi merekabiasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain. Dalam konteks ini, tingkahlaku mereka bersandarkan apa yang mereka lakukan tanpa mengira apa yang berlaku disekeliling mereka. Ironinya, mereka lebih senang berada dalam persekitaran mereka. iii. Tidak tahu bersosialOleh sebab kanak-kanak kategori ini hidup dengan dunianya sendiri menjadikan dirinyatidak tahu bersosial dengan rakan lain. Paling ketara kanak-kanak ini tidak yakin dengankemampuan dirinya untuk berinteraksi dengan orang lain. iv. Aktif tetapi berperangai pelikKanak-kanak autistik jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanyamereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain. Kanak-kanak tidak kisah diejek atau dibuli,tetap dengan sikapnya seolah-olah dia tidak mempunyai perasaan.3.0 Ciri sampingan kanak-kanak Autisme Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalinhubungan sosial dan berfikir secara kreatif.Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduliKajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 10 11. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Mereka hidup di dalam dunia merekasendiri. Malahan, pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri sertamenunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidaksuka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi. Jika sakit, luka atau duka, anakautistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini berertijarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidaksuka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Merekamempunyai suatu corak komunikasi yang digelar echolalia, iaitu suka mengulangipercakapan orang lain. Selain itu, mereka sanggup menggunakan masa yang panjanguntuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan,melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku. Malah terdapat masalah sampingan yang lain melibatkan anggota keluarga yanglain iaitu timbulnya kebimbangan antara anggota keluarga untuk membawa anak-anakautisme ini keluar. Ironinya, peluang untuk melawat sahabat-handai atau berekreasi sukardiperoleh kerana tumpuan perlu diberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti-aktivitiseperti membeli belah, bersiar -siar pada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasadiselubungi oleh perasaan khuatir kalau -kalau anak mereka bertindak di luar kawalan. Dalam pada itu, kanak-kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untukmemastikan agar keperluan mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahanejekan orang lain serta terdedah pada keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Inisering menyebabkan ibu bapa yang terlibat mengalami ketegangan jiwa. Selalunya,mereka sukar mendapat bantuan orang lain untuk menjaga anak mereka terutamanya disaat -saat yang memerlukan. Lebih menyukarkan lagi jika anak sering berkelakuan ganasKajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 11 12. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886terhadap adik -beradiknya dan menyulitkan keluarga . Keadaan ini boleh menggugatkesihatan mereka. Sudah pastinya adik-beradik kepada kanak-kanak autistik mungkin juga tidakterlepas daripada masalah emosi. Malah, ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -kawan datang ke rumah. Mereka juga mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa keranaperhatian sering tertumpu kepada adik autistik mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akankeadaan ini mungkin akan menjauhkan diri daripada keluarga berkenaan. Sememangnyaada juga jiran yang mengambil berat dengan keluarga kanaka-kanak autistik denganmemberi komen yang membina agar mereka kuat dalam menghadapi anak-anak yangberkeperluan khas

malah ada juga yang mengambil kesempatan dengan mengejek kanak-kanak tersebut. Realitinya inilah yang berlaku kepada mereka sehingga mereka maluuntuk berhadapan dengan dunia luar. Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami-isteri dalam usaha merekamencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul sehingga boleh menggugatkestabilan rumah tangga mereka. Tetapi , apa yang menarik sekali ialah kebanyakanpasangan yang mempunyai anak -anak yang autistik, terencat akal , spastik, pekak dansebagainya tetap mempunyai ikatan perkhawinan yang kukuh. Dalam konteks ini, ibubapa amnya perlu ada rasa tanggungjawab serta perasaan kasih terhadap anak merekamengatasi segala-galanya dan masalah-masalah yang dihadapi tidak dibiarkan menggugatkestabilan rumah-tangga mereka.Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 12 13. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886 Malahan, cara mendidik dan mengatasi masalah-masalah yang timbul akibatdaripada penjagaan kanak-kanak autistik tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengankeluarga yang lain. Kanak-kanak itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakatyang tertentu. Terdapat juga kanak-kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik ataumatematik serta bijak menyusun jigsaw-puzzles serta menggunakan komputer atau mesintaip. Oleh sebab itu, penilaian terhadap kanak-kanak autistik perlu merangkumi aspek-aspek riwayatnya yang terperinci, pemeriksaan fizikalnya yang teliti serta penilaiankeupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan- kelemahan dan kekuatan-kekuatan yang adapada dirinya perlulah dikenal pasti.3.0 KAJIAN KES Kajian kami bermula pada 1 Oktober 2012 hinggalah 31 Oktober 2012.Kajianyang kami lakukan ialah di sekolah SK Taman Seri Gombak. Sekolah tersebut mempunyaikelas muridmurid normal dan juga kelas murid berkeperluan khas ataupun masalahpembelajaraan.Sekolah tersebut mempunyai seramai 13 orang guru pendidikan khas dan 7orang pembantu pengurusan murid(PPM) serta 81 orang murid yang mempunyai pelbagaijenis ketidakupayaan sebagai contoh, Sindrom Down,Autisme,Disleksia dan MasalahPembelajaran.Selebihnya pelajar yang diinklusifkan separa .Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 13 14. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J438863.1 PROFIL DAN LATAR BELAKANG SUBJEK 1. Nama : FATHIMAH BINTI KHALID 2. Jantina : PEREMPUAN 3. Bangsa : MELAYU 4. Agama : ISLAM 5. Tarikh Lahir : 14 OKTOBER 2005 6. No.Surat Beranak : BP12498 7. Bil.Adik Beradik : 3 ORANG 8. Anak Ke : 2 9. Nama Bapa : KHALID BIN HJ ZAKARIA 10. Pekerjaan Bapa : - 11. Nama Ibu : NOREHA BINTI MOHD NOH 12. Pekerjaan Ibu : SURIRUMAH 13. Alamat Rumah : 12 JLN SM 11, TAMAN SUNWAY BATU CAVES, 68100, BATU CAVES, SELANGOR.Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 14 15. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J438863.2 TUJUAN KAJIAN Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti apakah jenis-jenisketidakupayaan kanak-kanak tersebut.Sebelum menjalankan kajian kami telahmenyediakan senarai semak atau instrumen diagnostik mengenai ketidakupayaan ketidakupayaan tertentu bagi mengetahui apakah ketidakupayaan murid tersebut iaituAutisme.Apakah ciri-ciri yang boleh dikatakan seseorang itu mempunyai masalahautisme. .Setelah mengenalpasti ciri-ciri yang dimiliki, seseorang itu akan dikenalpastiapakah jenis ketidakupayaan yang dialami. Selain itu, kajian dijalankan adalah untuk menilai sejauh mana tahap pencapaianseseorang kanak-kanak itu.Penilaian pencapaian ini dapat dilihat melalui aktivitiaktivitilatihan yang telah diberikan oleh guru-guru.Penilaian pencapaian yang dijalankanmembolehkan guru-guru menilai kebolehan seseorang murid dan mengetahui kelemahanserta kekuatan murid. Ini penting bagi guru-guru untuk membolehkan guru-gurumenyediakan Rancangan Pendidikan Individu(RPI) yang sesuai. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menilai tingkah laku, mental dan emosikanak-kanak yang berkeperluan khas.Sebagai yang kita ketahui mereka mempunyai sifatdan sikap yang berbeza dengan murid-murid normal yang lain.Maklumat yang diperolehidapat membantu sseorang guru itu untuk menyelidik dan menyelesaikan masalahtingkahlaku, emosi dan mental kanak-kanak berkeperluan khas.Hal ini kerana, masalah-Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 15 16. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886masalah ini memerlukan cara penyelesaian yang bersesuaian dengan keadaan sebenarmurid-murid khas.3.3 KAEDAH KAJIAN(LAMPIRAN 1) Dalam kajian yang telah kami jalankan, terdapat beberapa kaedah yang telah kamigunakan.Kaedah-kaedah ini dapat membantu kami dalam menjalankan kajian sertamelengkapkan laporan ini. Di sini kami telah menggunakan 3 kaedah iaitu: Pertama, kaedah temubual.Kami telah menemubual beberapa orang gurupendidikan khas dan Pembantu Pengurusan Murid(PPM) bagi mengetahui dengan lebihlanjut mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh murid yang dikaji.Selain itu, kamijuga sempat menemubual bapa murid berkenaan yang mana bapanya merupakan AhliJawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru bagi Kelas Pendidikan Khas.Namun begitu,apa yang kami dapati guru-guru lebih mengetahui masalah murid tersebut. Tambahanpula, guru mempunyai lebih banyak pengalaman dalam bidang pendidikan khasini.Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, kami dapati banyak maklumat yangdiperoleh dan mudah untuk difahami. Kedua, kami telah menggunakan kaedah soal selidik.Soal selidik telah diedarkankepada guru-guru pendidikan khas di sekolah tersebut bagi mengisi maklumat-maklumatyang berkaitan dengan murid yang dikaji.Ini memudahkan lagi tugasan kami untukmenganalisis serta mengenal pasti apakah jenis ketidakupayaan yang dialami oleh muridtersebut.Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 16 17. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886 Ketiga, kami telah melakukan kaedah pemerhatian.Pemerhatian telah dilakukandengan melihat segala perbuatan atau tingkahlaku murid yang dikaji.Pemerhatian yangdilakukan adalah untuk mengenal pasti sama ada murid tersebut bergaul dengan orang lainataupun tidak.Melalui kaedah ini juga kita dapat melihat kelima-lima aspek perkembanganmurid yang dikaji.Aspek yang dimaksudkan ialah kognitif, kemahiran komunikasi,kemahiran motor, sosial , emosi dan pengurusan dirinya.3.4 PENILAIAN PENGESANAN Langkah pertama yang kami jalankan ialah mengenal pasti apakah jenisketidakupayaan Subjek . Jadi untuk mengenal pasti kami telah menggunakan penilaianpengesanan.Sebagaimana yang diketahui,

penilaian pengesanan merupakan penilaian yangtidak formal yang dilakukan dengan cara pemerhatian.Melalui pemerhatian tersebut, kitadapat menyenaraikan tingkah laku serta tanda-tanda ketidakupayaannya. Sewaktu kalipertama melihat Subjek, kami berpendapat Subjek bermasalah Autisme. Jadi, untukmeneguhkan lagi pendapat, kami telah menggunakan senarai semak yang berkaitandengan ciri-ciri masalah autisme. Terdapat beberapa kategori yang dicirikan sebagai Autisme iaitu tidak mampubersosial, tidak boleh bertutur dan berkomunikasi, mempunyai masalah dalam pemikirandan perlakuan serta masalah tingkah laku. Setelah menjalankan pengesanan terhadapsubjek didapati subjek menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal sepertitidak menghiraukan orang lain pada waktu mula berjumpa dengannya, tidak sukabersentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang) , tidak berminat dalam permainan yangperlu menggunakan imaginasi, tidak boleh berkomunikasi dengan baik dan mempunyaiKajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 17 18. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886masalah bercakap dan memahami percakapan orang. Di samping itu, subjek juga sukamelakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan dan tidak bolehduduk diam. Jadi kesimpulannya, penilaian pengesanan yang telah dijalankan ke atas Subjekmendapati bahawa dia mempunyai ciri-ciri seorang yang bermasalah Autisme. Inidikukuhkan lagi dengan laporan perubatan yang telah dijalankan oleh Pegawai Perubatandan Kesihatan Hospital Selayang pada tarikh 8 Februari 2011 oleh Dr Nurulwafa BintiHussain(lihat lampiran).3.5 PENILAIAN PERKEMBANGAN Penilaian perkembangan merupakan perubahan secara kuantitatif yang berlakusecara berterusan sejak lahir hinggalah ke akhir hayat seseorang dan ianya dipengaruhioleh faktor baka dan persekitaran.Penilaian perkembangan dijalankan bagi menilai 5 tahapperkembangan seseorang kanak-kanak atau murid-murid dari segi kognitif,social,emosi,,motor,yang terdiri daripada motor halus dan kasar, bahasa dankomunikasi.Sekiranya seseorang kanak-kanak atau individu itu tidak berupayaberkembang secara normal, guru-guru boleh serta harus menjalankan proses intervensiawal untuk membantu kanak-kanak tersebut berkembang mengikut tahap umurnyawalaupun tidak sepenuhnya.4.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS YANG DIPILIH. Berdasarkan kajian kes yang telah dilakukan,kanak-kanak yang dikenali sebagaiSubjek merupakan kanak-kanak berkeperluan khas. Subjek merupakan kanak-kanakKajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 18 19. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886autism .Subjek dipilih dalam kajian kes ini kerana kanak-kanak autism merupakan kanak-kanak yang snagat unik. Kanak-kanak berkeperluan khas ini mempunyai tingkah lakuyang berlainan, Namun begitu kanak-kanak autism mempunyai kelebihan dankeisetimewaan yang tersendiri jika kita berjaya mendorong mereka melakukan sesuatuyang lebih baik. Berdasarkan cerita gurunya yang mendapat maklumat daripada ibunya, beliaumenyatakan bahawa pada awalnya Subjek kelihatan seperti kanakkanak normal lain.Namun begitu, beliau mula risau apabila anaknya berusia 6 tahun kerana telah diberitahuoleh guru tadikanya bahawa anaknya berkemungkinan autisme. Akhirnya beliau telahmembawa anaknya melakukan pemeriksaan doktor pada bulan Februari 2011 dan barulahbeliau mengetahui anak beliau merupakan kanak-kanak autisme.4.1 Fizikal Subjek adalah merupakan kanak-kanak yang dikategorikan sebagai kanak-kanakautism. Dari aspek fizikal, kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang kemas danmenarik. Kanak-kanak ini mempamerkan ciri-ciri kebersihan yang sesuai dengan tahapumurnya. Tidak seperti kanak-kanak normal yang lain, Subjek didapati lebih sukabersendirian dan tidak gemar bersosial.4.2 Komunikasi Selain itu,ciri-ciri lain yang dapat dilihat pada subjek ialah subjek mempunyaikebolehan mendengar dan melihat tetapi tidak mengikut norma-norma yang biasa keranakadangkala dia seolah-olah tidak memahami apa yang dituturkan dan apa yangKajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 19 20. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886dilihat..Dengan kata lain. Subjek dilihat seperti berada dalam dunianya yang tersendiri.Masalah utama yang dihadapi oleh Subjek ialah kemahiran komunikasi daya ingatan yangpendek. Hal ini menyebabkan dia gagal memulakan atau melibatkan diri dalamkomunikasi. Ini akan menjadi masalah yang serius juka dibiarkan berterusan. Sekiranyatidak diberi rawatan ataupun tidak dibantu mempertingkatkan komunikasi, ia akanmenjejaskan kehidupan sosial Subjek pada masa hadapan. Hal ini akan menyebabkanSubjek merasa tersisih daripada masyarakat normal yang lain.4.3 Gangguan Deria Ciri seterusnya ialah gangguan deria ialah tidak suka dipegang atau disentuh. Ciriini merupakan ciri yang terdapat pada Subjek berdasarkan pemerhatian yang dibuat.Sebagai contoh, di dalam kelas matematik Subjek tidak suka disentuh oleh gurunya iaituPuan Siti Khadijah.Apabila melihat Subjek hanya mendiamkan diri gurunya tersebutmemegang tangan dan membantu menulis nombor tersebut. Namun begitu, kelihatanSubjek tidak selesa apabila berbuat demikian.4.4 Emosi Selain itu,dari segi emosi subjek mudah berubah-ubah dan sangat sukar untukdiramal. Subjek akan mengamuk apabila melakukan sesuatu yang tidak disukaiolehnya.Selain itu, dia juga tidak mampu mengawal emosinya daripada menyembunyikanperasaan suka atau tidak suka kepada seseorang. Perkara tersebut sangat berbeza denganperkembangan emosi kanak-kanak normal seusia dengan Subjek yang sudah mampumengawal emosinya.Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 20 21. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J438864.5 Sosial Dari aspek perkembangan sosial pula, Subjek menjadi handicap apabilaberinteraksi dengan orang lain. Subjek sentiasa menjauhkan diri apabila ada orang hendakberinteraksi dengannya.Oleh sebab,Subjek suka menyendiri maka Subjek tidak sukabersosial . Hal in disebabkan Subjek lebih suka atau berminat bercakap mengenai dirinyaberbanding memahami orang lain . Kesimpulan yang boleh dibuat, ciri-ciri yang didapati pada Subjek sememangnyamenunjukkan bahawa Subjek merupakan murid autism.Oleh itu , subjek perlulahdiberikan perkhidmatan pendidikan yang sesuai untuk dirinya .5.0 PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN KHAS YANGDITERIMA.5.1 PERKHIDMATAN

PENDIDIKAN DI LUAR. Subjek mendapat pendidikan di luar iaitu belajar di Maahad Tahfiz At-Tijara, dimana dalam masa seminggu tiga hari Subjek akan menhadirkan diri ke kelas PendidikanKhas dan dua hari lagi ke Maahad Tahfiz At-Tijarah(Seperti lampiran surat kebenaran danjadual).5.2 PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (KELAS KHAS) Antara aktiviti yang dijalankan ke atas Subjek:-Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 21 22. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J438861)Terapi Berkuda Tempat :Rawang(Jelalang Warisan) Masa : Setahun 2 kali mengikut kesesuaian. Tujuan : Terapi untuk tulang belakang,Postur badan,Kawalan mental dan Keseimbangan tubuh badan(Dengan bimbingan guru)2)Lawatan Sosial Contoh : 1)Tempat:Petrosains(KLCC) Tujuan : Komunikasi dan sosial(pendedahan pada persekitaran) 2)Kilang Roti High 5 Tujuan : Memahami aktiviti yang dijalankan(Pengurusan diri)3)Terapi Air(alat Noodle) Tempat : Temple Park Tujuan : Kekuatan pergelangan tangan /Fokus saikomotor mata dan tangan. Masa : 2 kali setahun (Di bawah bimbingan Carolina Binti Wan Hassan)4)Terapi Bowling Tujuan :Lenturan badan , fokus mental dan koordinasi.(Pertama kali diperkenalkan.5.3 .Rancangan Pendidikan Individu(RPI)(Lampiran 4) Kanak-kanak Khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri.Dalamprogram tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai olehkanak-kanak tersebut(Kauffman dan Hallahan, 2005). Oleh itu sejarah dan perkembanganKajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 22 23. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886Rancangan Pendidikan Individu(RPI) bermula di Amerika Syarikat apabila PL 94-142digubal menjadi satu akta yang dikuatkuasa dari segi perundanganSeterusnya RPI menjadipanduan dibeberapa buah negara termasuk negara kita Malaysia.dalam melaksanakan RPImurid-murid Khas perlu mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti:1)Tahap pencapaian murid yang terkini.2)Matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun.3)Objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran mengikut langkah-langkah berurutan hingga membawa kepada penguasaan matlamat tahunan4)Jenis pendidikan Khas yang perlu disediakan oleh murid.5)Jenis perkhidmatan berkaitan(jika perlu) yang akan disediakan untuk murid.6)Jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa.7)Ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka masa perkhidmatan. Rancangan Pendidikan Individu bagi subjek contoh bermasalah pembelajaran(boleh di lihat seperti dalam lampiran). Contoh matlamat jangka panjang untuk Subjekiaitu boleh menghasilkan perkaitan antara huruf konsonan dan vokal sehingga terhasilsukukata manakala objektif jangka pendek pula ialah Subjek akan dapat mengenal hurufdan boleh membeza vokal dan konsonan.Gurunya telah menggunakan pendekatan flashKajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 23 24. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886card , menyebut berulang-ulang dan menulis semula.Sehingga Mac 2012 didapati banyakpenambahbaikan perlu dibuat ke atas subjek. Kesimpulannya Rancangan Pendidikan Individu(RPI) adalah rancangan programpenilaian berterusan untuk seseorang murid dan sebagai teras perancangan pendidikandalam program pendidikan khas.6.0 PENCAPAIAN SUBJEK DALAM BIDANG AKADEMIK, TINGKAH LAKUPENYESUAIAN, KEMAHIRAN-KEMAHIRAN KHUSUS DANSEBAGAINYA.(LAMPIRAN 5)6.1 Bahasa Melayu Subjek disifatkan sebagai murid yang berada pada tahap sederhanaIQnya.Walaupun murid ini kategori Autisme , akan tetapi Subjek ini boleh mengikutipengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.Kekangan yang dihadapi olehguru adalah sifat tumpuannya dalam mendalami mahupun menjalankan kerjakerjapsikomotor.Subjek tetap menjalani pengajaran dan pembelajaran mengikut RancanganPengajaran Individu(RPI)yang disediakan oleh guru.Melalui pemerhatian yang dibuatmengikut mata pelajaran, Subjek ini boleh mengikuti pembelajaran akan tetapi padamatapelajaran-matapelajaran tertentu sahaja.Hal ini disebabkan masalah tumpuan yangdihadapinya.Bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Subjek didapati baik dalam penulisan.Responden dapat membuat penilaian dengan menggunakan bahan maujud dan kadimbasan, dengan cara menyebut berulangulang dan menulis semula. Di dapati denganKajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 24 25. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886cara ini subjek dapat mengikuti pengajaran gurunya dengan baik walaupun kadang-kadangSubjek tidak dapat memberikan tumpuan.6.2 Matematik Seterusnya pemerhatian dibuat terhadap matapelajaran Matematik.Kelas tersebutmengandungi 6 orang murid .Apa yang dapat diperhatikan guru membuat pendekatanyang baik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan minatmurid untuk belajar.Penggunaan bahan maujud dapat memainkan peranan kepadapengajaran dan pembelajaran dalam kelas terutamanya murid yang amat memerlukanperhatian yang lebih daripada seorang guru.Berdasarkan pemerhatian dan temuramahdengan guru Matematik didapati Subjek boleh mengikuti pengajaran dan pembelajaranguru dengan baik. Subjek sudah dapat menulis nombor dari 1 hingga 100 dengan baikdan dapat mengenal nombor-nombor tersebut.Keadaan ini menunjukkan bahawa Subjeksudah dapat menerima pengajaran dan pembelajaran guru. Gurunya juga menggunakanpendekatan dua hala yang mampu menarik minat murid.Tambahan pula, guru sentiasamemastikan murid-muridnya berada dalam keadaan berminat untuk mengikutipembelajaran.Cara guru Matematik mendekati murid juga merupakan faktor yang amatpenting bagi mencapai RPI yang dirancang oleh seseorang guru itu.6.3 Kemahiran Manipulatif Bagi kemahiran manipulatif pula, melalui temubual secara tidak formal denganSubjek didapati bahawa Subjek tidak berminat dalam matapelajaran PendidikanSeni..Hasil daripada aktiviti yang dijalankan dalam kelas pendidikan seni didapati,Kajian Kes KanakKanak Atisme Page 25 26. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886lukisan, tampalan dan sebagainya dilakukan oleh Subjek tidak kemas.Walaupun, Subjekdapat menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar dengan baik contohnya bagikemahiran motor kasar Subjek dapat menolak bola, membaling bola, mendakap bola,menggolek bola dan sebagainya (seperti lampiran) . Bagi kemahiran motor halus puladidapati Subjek boleh merenyuk kertas,

memerah span, mengoyak kertas, menampal kolajdan sebagainya(seperti lampiran).Tetapi disebabkan subjek tidak mempunyai minat dalampendidikan Seni maka hasil aktiviti Subjek tidak begitu kemas.6.4 Pengurusan Tingkahlaku Bagi rekod pengurusan tingkah laku pula, Subjek didapati dapat menguruskan diridengan baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Sebagai contoh dari segi disiplin diri,Subjek dapat beratur mengikut keperluan di sesuatu tempat, mematuhi arahan yangditerima, mematuhi pakaian seragam sekolah, dan dapat memperkenalkan diri sendiri. Jikadilihat dari segi sosial pula, subjek dapat mengenal rakan-rakan sebaya dalam kelas dandapat melafazkan panggilan yang sesuai untuk orang lain.Begitu jika dilihat dari segikeselamatan didapati subjek dapat menguruskan diri sendiri dengan selamat.Daripadaprestasi pengurusan tingkahlaku Subjek maka dapat memudahkan gurugurunya untukmenguruskan subjek di dalam kelas mahupun di luar kelas.6.5 Muzik Berdasarkan temubual dengan gurunya didapati Subjek amat berminat dengansubjek Muzik kerana apabila tiba waktu muzik subjek didapati bersungguh-sungguhsemasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh gurunya.Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 26 27. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J43886 Oleh itu, dapatlah dilihat di sini perbezaan dan masalah yang dihadapi oleh Subjekberbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Walaupun Subjek merupakan kanak-kanak berkeperluan khas , ini tidak bermaksud dia perlu diabaikan. Terdapat beberapacadangan intervensi awal yang boleh dibuat untuk Subjek. Intervensi awal yang bolehdibuat ke atas Subjek contohnya terapi muzik memandangkan subjek suka muzik.Terapimuzik dapat dilakukan ke atas subjek kerana penggunaan muzik ini membolehkan kedua-dua bahagian otak menerima pelbagai aspek yang terdapat di dalam muzik iaitu melodi,pic, ton, ritma, dan lain-lain. Penggunaan terapi muzik dengan aktif dapat memberikanketenangan kepada kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanak autism. Malah terapi inijuga, dapat menstimulasikan dan menghiburkan kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanakautism sangat berminat pada muzik yang mempunyai daya tarikan yang luar biasa padamereka. Elemen-elemen muzik ini haruslah diterapkan di dalam pengajaran danpembelajaran pendidikan khas ini kerana terapi ini secara tidak langsung dapat membantukanak-kanak seperti subjek ini menyebut perkataanperkataan mahupun angka yang diajardi dalam kelas. Selain itu, kanak-kanak ini juga mampu didisiplinkan melalui muzik. Kesimpulan berdasarkan pemerhatian,soalselidik dan temubual yang dijalankandidapati bahawa proses pengajaran yang dijalankan iaitu berdasarkan pelaksanaan dankeberkesanan Rancangan Pengajaran Individu yang dirancang oleh guru untuk Subjektelah mencapai objektif pengajaran dengan bantuan dan tunjuk ajar oleh guru.Melaluilaporan ini juga, maka dapat membantu guru-guru untuk menentukan kaedah pengajaranyang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran seterusnya kepada Subjek.Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 27 28. [KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS] J43404 / J438867.0 PENUTUP Secara kesimpulannya, permasalahan autism ini semakin meningkat dalamkalangan kanak-kanak. Dengan ini pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Inikerana, kanak-kanak autism memerlukan rawatan yang terperinci dan pemeriksaan fizikalserta penilaian perkembangan intelek dan emosinya. Kaunseling dan intensif diperlukanuntuk meningkatkan kemampuan ibu bapa melatih dan memberi rawatan kepada anak-anak mereka. Ini memerlukan kesabaran, pengorbanan masa , tenaga dan kewangan. Kepada guru-guru tindakan dan kaedah yang sesuai hendaklah diaplikasikan dandirealisasikan bagi mengelakkan kanak-kanak pengidap autism ini daripada berterusandengan kepelbagaian masalah yang mereka timbulkan serta dapat mengawal danmembantu mereka dengan sewajarnya.Kajian Kes Kanak-Kanak Atisme Page 28

You might also like