Pejuang Kemerdekaan Di Sarawak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pejuang Kemerdekaan di Sarawak Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.

Beliau berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Mac 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan antikolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak. Tokoh terkenal masyarakat Iban pada masa dahulu termasuklah seorang panglima yang bernama Rentap. Antaranya kisah perjuangan Panglima Rentap yang menentang Rajah Brooke pada sekitar tahun 1840 dan 60-an di Layar dan Sungai Skrang. Untuk menangani masalah pemberontakan ini, Rajah Brooke telah membina sebuah kubu yang dinamakan sebagai 'Fort Lily' bagi tujuan pertahanan yang seterusnya telah dijadikan pusat pentadbiran pada tahun 1858. Pemberontakan kaum Iban yang diketuai oleh Rentap ini berakhir apabila Rajah Brooke membuat serangan besarbesaran sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1857, 1858 dan 1861.

Pejuang Kemerdekaan di Sarawak Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Mac 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan antikolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak. Tokoh terkenal masyarakat Iban pada masa dahulu termasuklah seorang panglima yang bernama Rentap.. Antaranya kisah perjuangan Panglima Rentap yang menentang Rajah Brooke pada sekitar tahun 1840 dan 60-an di Layar dan Sungai Skrang. Untuk menangani masalah pemberontakan ini, Rajah Brooke telah membina sebuah kubu yang dinamakan sebagai 'Fort Lily' bagi tujuan pertahanan yang seterusnya telah dijadikan pusat pentadbiran pada tahun 1858. Pemberontakan kaum Iban yang diketuai oleh Rentap ini berakhir apabila Rajah Brooke membuat serangan besarbesaran sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1857, 1858 dan 1861.

You might also like