Folio Sejarah (Bangunan Stadthuys

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Elemen 1

Bangunan:
Bangunan Stadthuys
Sumber:
a) Internet-
http://ws.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Stadthuys

b) Buku ilmiah-MALAYSIA Gerald Cubitt, MALAYSIA


WONDERS AND CONTRASTS, MELAKA HISTORIC
TOURISM, History of the Dutch in Malaysia dan Malacca
Ftraits of Enchantment

c) Orang sumber- bapak aku (Husin Bin Aman) dan temu


bual orang summer (bapak aku)

d) Melawat- tiket melawat, tarikh melawat, alamat: Jalan


Kota Melaka Tengah 75000 Melaka, risalah bangunan
stadthuys

e) Majalah- xxxxxxxxxx (aku x tau)


RUJUKAN
1. Orang Sumber

NAMA: Husin bin Aman.


UMUR: 48 tahun
ALAMAT: BT 19 ¼
Kampung Kesang Tua
77000 Jasin,
Melaka

2. Melawat Tempat Kajian

Perbandaran Muzium Melaka Kompleks Stadthuys


Jalan Kota,
Melaka Tengah
75000 Melaka

3. Buku Ilmiah

♦MALAYSIA Gerald Cubitt: Wendy Moore


♦MALAYSIA Wonder And Contrasts: Peter Chay’s
♦MELAKA HISTORIC TOURISM: Melaka State Goverment
♦History of the Dutch in Malaysia: Dennis De Witt
♦MALACCA FTRAITS of ENCHANTMENT: Viscom

4. Internet

http://www.ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_SStadthuys

Elemen 2

Bangunan Stadthuys

Nama Calon :xxxxxxx


Tingkatan : xxxxxxxx
Nombor kad. Pengenalan : xxxxxxx
Nama sekolah : xxxxxxxx
Nama guru : xxxxxxx

Tajuk Kajian

SEJARAH
BANGUNAN
STADTHUYS

PENGHARGAAN

Dalam menyempurnakan tugasan ini, saya ingin memberi


penghargaan dan terima kasih kepada banyak pihak. Pertama, saya ingin
mengucapkan tarima kasih kepada guru Sejarah saya iaitu Puan Zabedah
Binti Aman kerana telah banyak memberi binbingan sepanjang masa saya
melakukan tugasan ini. Jasa beliau cukup besar sehingga saya dapat
menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, saya juga tidak akan melupakan jasa kedua ibu bapa saya
iaitu Husin Bin Aman dan Meriam Binti Abdul Wahab kerana telah banyak
menyumbang dari segi kawangan dan masa untuk saya mendapatkan bahan
bagi membuat tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan
kepada mereka berdua kerana turut memberi sokongan moral sepanjang
tugasan ini dijalankan.
Terima kasih juga saya ucapkan buat Encik Husin Bin Aman keranan
sudi ditemu bual oleh saya dan rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat
sejarah Bangunan Stadthuys. Beliau sanggup meluangkan masa untuk
ditemu bual dan banyak memberi kerjasama dalam menjawab soalan temu
bual kami.
Akhir sekali, tidak lupa juga saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada rakan-rakan saya iaitu Nur Hafizzah Binti Abu Hassan,
Nur Fatihah Diyana Binti Abu Hassan, Noraida Binti Kamarudin dan Siti
Noor Hasirah Binti Shari yang sangat setia dengan kerja-kerja yang
diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam
memberikan buah fikiran dan semangat,serta cadangan. Akhir kata, saya
ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.
Hanya Allah S.W.T sahaja dapat membalas budi baeik kalian.

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S


1. Tajuk Kajian
2. Senarai Kandungan
3. Penghargaan
4. Objektif Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Hasil Kajian –A. Nama bangunan
B. latar belakang.
Asal usul pengasas, tarikh
pembinaan, lokasi tujuan
enubuhan bangunan, kos
pembinaan (jika ada) perasmian
(jika ada)
C. keistimewaan bangunan
bersejarah, reka bentuk pelan,
bahan binaan, pengubahsuaian
hiasan dalaman, kegunaan
dahulu dan sekarang cara
pembinaan.
7. Rumusan
8. Lampiran
9. rujukan

OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu
bangunan bersejarah di negara kita. Bangunan yang dipilih
oleh saya ialah Bangunan Stadthuys di Melaka. Kajian ini
merangkumi objektif-objektif berikut :
a) Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang
sahih
♫ Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk
mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini
akan dapat membantu saya membuat satu kajian
ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat

b) Menambah pengetahuan tentang bangunan


bersejarah yang ada di Malaysia serta
memupuk perasaan bangga terhadap tanah
air
♫ Kajian ini dapar menambah pengetahuan saya
tentang bangunan bersejarah yang ada di Malaysia. Ia
juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap
tanah air dalam diri saya. Kajian ini juga dapat
menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya
bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya
menyedarkan kita untuk menjaga dan
membertahankan bangsa serta memupuk semangat
kekitaan dikalangan rakyat Malaysia

c) Menanam semangat patriotisme di dalam diri


♫ Saya juga dapat menanam semangat patriotisme di
dalam diri saya dan juga kalangan generas muda
memalui kajian ini.

KAEDAH KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa
kaedah kajian. Antaranya ialah :-

Melayari internet : Melalui kajian ini saya telah mencari maklumat mengenai
bangunan ini dengan melayari internet. Banyak
maklumat yang saya perolehi memalui memalui kaedah
tersebut. Salah satu laman web yang saya layari ialah
Wikipedia. Wikipedia ialah ensiklopedia di dalam
internet. Kita boleh mendapatkan banyak maklumat dan
fakta-fakta memaluinya dalam pelbagai bahasa. Selain
itu, saya juga merujuk kepada buku ilmiah yang ada di
perpustakaan. Di dalamnya terdapat sedikit sebanyak
sejarah tentang Bangunan Stadthuys.

Buku ilmiah : Melalui kajian ini juga saya telah mencari maklumat melalui buku
ilmiah yang terdapat di perpustakaan awan Jasin. Salah satu
buku ilmiah ialah Kesan Sejarah Dan Tempat-Tempat
Menarik Negeri Melaka, Malaysia, Malaysia Wonders
And Contrasts, Melaka Historic Tourism serta History of
the Dutch in Malaysia. Ter dapat banyak maklumat
menganai bangunan Stadthuys di dalam buku ilmiah ini.

Melawat tempat : saya dan rakan-rakan telah pergi


kajian melawat tempat kajian. Pelbagai maklumat yang saya dapat
seperti risalah yang telah di jual di sana. Pelbagai
maklumat yang ada di dalam risalah itu seperti asal-usul
bangunan, tarikh bangunan di bina dan sebagainya.
Orang sumber : saya dan rakan-rakan telah menembual dengan seorang orang
yang lebih tahu pasal bangunan ini. Nama orang sumber
saya ialah Husin Bin Aman. Beliau telah banyak memberi
tunjuk ajar kepada saya dan banyak menerangkan tentang
bangunan Stadthuys ini.

HASIL KAJIAN

1. Nama Bangunan

Stadthuys adalah membawa maksud State House (Dewasan


Bandaran)

2. Latar Belakang

♥Asal usul

Bangunan Stadthuys adalah salah ssebuah bangunan yang tertua


yang telah dibina oleh Pemerintah Belanda di Melaka.

♥Tarikh pembinaan

Tiada rekod yang menyatakan tarikh yang tepat bangunan ini di


bina. Ada yang mengatakan bangunantersebut telah dibina di
antara tahun 1641 hingga 1656 dan ada pula pendapat yang
menyebut bangunan ini telah dibina pada tahun 1650an.

♥Lokasi

Bangunan Stadthuys ini terletak di Jalan Kota Melaka Tengah


yang berhampiran dengan Gereja St. Paul.
♥Tujuan penubuhan bangunan

Dizaman pemerintahan Inggeris di Melaka, mereka juga


mengunakan bangunna ini sebagai pusat pentadbirannya.
Setelah Melaka mencapai kemerdekaan, bangunan ini terus
digunakan sebagai pusat pebtadbiran kerajaan Negeri dan
Persekutuan sejak dari tahun 1957 hinggalah ke tahun 1980.
setelah pejabat-pejabat kerajaan berpindah ke bangunan baru,
tidak lama selepas itu beberapa bahagian dari bangunanini
(terutama di ruang utama) telah pula di guna oleh badan-badan
berkanun.
Pejabat Antikuiti Wilayah Setalan yang dulunya dikenali
sebagai Arkeologi Zon Selatan yang berpejabat di Muzium
Melaka Lama, juga menggunakan ruang atas bangunan ini yang
dulunya merupakan ruang pejabat kapada Ketua Menteri
Melaka, pada tahun 1980. Di akhir tahun 1982 , di ruang utama
bangunan Stadthuys ini telah di jadikan muzium sejarah
sementara ianya beroperasi.

3. Keistimewaan Bangunan Bersejarah

♥Reka bentuk pelan

Mengenai bentuk asal bangunan Stadthuys tidak banyak


rujukan yang dapat di jadikan panduan. Hanya tulisan Laurena
Vis dalam The Stadthuys Of Malacca yang menyentuh
Stadthuys secara menyeluruh dan hanya menumpukan
bangunan ini dalam bentuk pelan asal bangunan yang dibina di
zaman Belanda yang di keluarkan pada tahun 1982 dan juga
kertas kerja mengenai bangunan ini yang dibuat oleh En. Amir
Hamzah bin Mohd. Yunus.
Di dalam sebuah lukisan yang di lukis pada tahun 1807
dan di petik penerangannya “The Two Plate Of Malacca
Engraved For The Eight Volume Of Pinkertones General
Collection Of Voyages Published In 1811, from a scetches made
by E.H Locker in 1807”. Dari ilusterasi atau lukisan yang
dibuat oleh E.H Locker ianya menunjukkan bangunna
Stadthuys yang asal yang dibina di zaman Belanda yang belom
di tokok tambah
Bangunan Stadthuys di zaman Belanda mengandungi dua
tingkat. Bahagian hadapan tiga tingkat dan dua tingkat di
bahagian belakang. Oleh kerana kedudukannya di liring bukit
St. Paul, bangunan ini kelihatan seperto bertingkat-tingkat.

♥Bahan binaan

Asas dan bahan binaan bangunan Stadthuys berbeza


dengan bahan binaan bangunan masa kini.
Ukuran tembok yang diperbuat dari batu bata laterite yang
telah dibentuk empat segi bujur tidak menentu. Bahagian atas
tembok di susun bercampur-campur batu laterite dan juga batu
bata (batu bata zaman Belanca)
Lantai pada bangunan ini pula terdiri dari tiga bahan
uatama iaitu tarakota, grinite dan kayu.lantai grinite dan lantai
tarakota merupakan lantai dibahagian bawah manakala lantai
yang tidak berasaskan tanah dari lering bukit dan lantai
dibahagian atas menggunakan lantai kayu.
Plaster yang digunakan pada keselurukan tembok
menggunakan motar kapur. Agak sukar untuk menentukan
campuran yang digunakan di dalam adunan motar kapur ini.
Kulit kerang yang tidak hancur di kesan pada motar plaster.
Menurut cerita, kulir kerang direndam dan dihancurkan menjadi
kapur. Didalam membuat bancuhan motar, kulir kerang ini
dicampurkan dengan pasir dan air serta bahan pelekat yang
dikatakan dari putih telur dan madu.
Kayu-kayu yang digunakan untuk membina bangunan
Stadthuys ini sebahagian besar dari jenis kayu jati yang
merupakan kayu yang terbaik.

♥pengubahsuaian

Laurens Vis juga mencadangkan binaan tambahan yang


merupakan binaan kongkrit yang dibina bercamtum dengan
bangunan utama di musnahkan dan diganti dengan binaan asal.
Walaupun cadangan tersebut di persetujui, kerana peruntukan
yang terhad, tambahan binaan mengikut bentuk asal di kawasan
tersebut tidak dapat di laksanakan. Oleh kerana binaan kongkrit
yang tidak lagi kukuh, di dalam kerja-kerja fasa pertama ini
ianya di runtuhkan dan kawasan tersebut di biarkan sebagai
bahagian dari ruang terbuka (cordyard). Di masa-masa yang
mendatang pihak pengurusan bangunan Sadthuys harus
menimbangkan semula untuk mewujudkan semula binaan
tersebut yang boleh di manfaatkan sebagai ruang pameran dan
perkara-perkara yang di fikirkan sesuai.
Seperti yang dinyatakan, kerja-kerja restorasi di bangunan
Stadthuys ini di bahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama pada
tahun 1986 di mulakan dengan memecah dan membersihkan
binaan-binaan tambahan baru terutama binaan-binaan
berbentuk sementara seperti tandas dan setor yang dibina di
ruang halaman bahagian belakang dan juga di ruang halaman
bahagian belakang dan juga di ruang terbuka. Selain itu juga
tumpuan kerja pada fassa pertama ini dulakukan di bahagian
bumbung bangunan. Di sebabkan ini adalah kerja-kerja
restorase pertama yang di laksanakan oleh pihak JKR baik di
Melaka mahupun di lain-lain tempat, walaupun hasratnye untuk
mengekalkannya dalam bentuk asal, di sebabkan kurangnya
pengalaman di dalam melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan,
banyak dari bahan-bahan yang boleh di gunakan semula telah
tidak digunakan sepenuhnya. Ini di sebabkan beberapa faktor
yang diantaranya tidak dapat memastikan akan kekuatan bahan-
bahan lama. Tidak pula teknik yang boleh dijadikan garis pandu
terhadap kerja-kerja pemuliharaan kerana pemuliharaan
terhadap gangunan Stadthuys ini akan di jadikan sebagai
landasan.
Antara kerja-kerja yang di lakukan di fasa pertama adalah
seperti berikut :-
1- Meruntuhkan bangunan-bangunan binaan baru dan
membersihkan dari kawasan tersebut. Antara
binaan tersebut ialah bangunan talikom, setor
pejabat daerah dan binaan tandas yang terdapat di
halaman bahagian dalaman bangunan.
2- Membuka atap genting Belanda di cuci dan
digunakan semula. Menukat atap genting India,
china dan asbestos kepada corak asal genting
Belanda.
3- Merawat kerja kayu yang masih boleh digunakan
dan menggantikan kayu-kayu dari jenis yang
terbaik kepada kerja kayu yang telah rosak teruk
dan tidak boleh dirawat.
4- Menguat dan membaik pulih beberapa bahagian
tembok bangunan yang telah retak dan merawat
plaster yang masih boleh di kekalkan. Plaster yang
tidak boleh dihendaki di tanggalkan dan di plaster
semula dengan menggunakan bahan yang sesuai
seperti plaster asal.

Kerja-kerja fasa ke-2 di mulakan pada bulan ogos,1988.


jabatan Muzium tidak terlibat secara langsung dan hanya di
perlukan di dalam kes-kes yang melibatkan temuan-temuan
yang tidak di duga. Tumpuan kerjanya pula adalah di bahagian
luar bangunan. Antara kerja-kerja yang di lakukan adalah
seperti berikut :-
1- Membersihkan tambahan-tambahan baru (sekatan
ruang-ruang pejabat) yang terdapat di dalam
bangunan Stadthuys.
2- Baik pulih tembok-tembok ruang dalam
menggunakan bahan dari jenis yang seakan bahan
binaan asal.
3- Meruntuh dan membersihkan binaan tambahan
baru di ruang terbuka.
4- Membaik pulih kerja kayu pintu dan tingkap yang
asal. Pintu dan tingkap buatan baru di gantikan
dengan bentuk pintu zaman Belanda.
5- Mengantikan lantai yang telah rosak mengikut
jenis dan bentuk ruangruang yang berlainan di
bangunan tersebut iaitu lantai tarakota, grinite,
batu bata dan lantai kayu.
6- Melaksanakan kerja-kerja di luar jangka yang tidak
di duga.

♥kegunaan dahulu dan sekarang

Keguanan bangunan di zaman Belanda :-


Di tingkat satu ruang bangunan utama di percayai di
gunakan sebagai pejabat pentadbiran dan diikuti dengan
ruang pejabat Gabenor Belanda.
Di bahagian belakang dari ruang utama adalah
dipercayai sebagai kentin atau tempat berehat pembesar-
pembesar dan askar-askar Belanda kerana kedudukannya
bertentangan dengan binaan yang di panggil sebagai
dapur Belanda. Dapur ini di bina berasingan dengan
bangunan utama. Saiz dapur yang agak besar memberi
gambaran jumlah masakan yang banyak dalam satu-satu
masa.
Anjung kecil selebar pintu yang di buat bertentangan
dengan kedudukan beranda diantara dua tangga asalah
dipercayai berperanan sebagai tempat Gabenor berucap
atau pun tempat gabenor memberi tabik hormat di hari-
hari perbarisan,

Kegunaan bangunan di zaman Inggeris :-

Penggunaan ruang yang semakin mendesak, di


akhir-akhir zaman pemerintahan Inggeris telah membina
bangunan-bangunan dilering bukit yang dicantum dengan
Bangunan Stadthuys. Diantaranya dubuatkan halaman
sebagai pemisah.

Kegunaan bangunan selepas merdeka :-

Penggunaan berterusan sebagai pusatpentadbiran


Negeri. Antara jabatan yang menduduki bangunan ini
ialah Pejabat Ketua Menteri Melaka, Jabatan Pentadbiran
Negeri, Jabatan Tanah dan Daerah, Pendaftaran dan lain-
lain. Setelah jabatan-jabatan berkenaan berpindah pada
tahun 1979, bangunan Stadthuys tidak ditinggalkan
kosong begitu sahaja. Lain-lain jabatan pula memenuhi
ruang-ruang terutama di ruang bangunan utama. Pejabat
Antikuiti Wilayah Selatan yang sebelum ini di kenali
sebagai Arkeologi Zom Selatan berpindah e ruang tingkat
atas yang terdapat lukisan kaligrafi china pada tahun
1980.
Pada tahun 1982 diatas daya usaha Ketua Menteri
Melaka Datuk Sri Abdul Rahim Tambu Chik, ruang
uatama bangunan Sadthuys ini telah di jadikan Muzium
Sejarah Melaka dalam bentuk sementara.

♥cara pembinaan

Ukuran kaju untuk tujuan pembinaan ini tidak menentu


dan mengikut keperluan. Kabanyakan kayu-kayu tidak di ketam
halus. Kebanyakan kayu-kayu yang digunakan di tarah
menggunakan kapak atau gergaji sahaja. Siling bagi bangunan
utama merupakan siling dua lapis. Siling sebelah atas
merupakan papan lebar manakala siling di bahagian bawahnya
pula merupakan papan yang disusunrapi. Siling dibahagian
balakang merupakan siling selapis yang disusun mengikut
curam bumbung. Atap asal bangunan ini merupakan atap
genting seperti corak yang terdapat di negera Belanda
Lantai tarakota di tempatkan dibahagian anjung
bertentangan dengan jam besar dan di beranda bahagian
belakang bangunan yang bertentangan dengan tembok penahan
dan banggunan lama di lering bukit St. Paul. Manakala lantai
dari batu grinite pula digunakan pada hampir keseluruhan ruang
dan beranda iringan yang bertentangan batu asa pembinaan
Muzium Sejarah. Di ruang bahagian daam bangunan Stadthuys
ini juga menggunakan lantai tarakota dan lantai yang disusun
dari batu bata zaman Belanda. Penggunaan lantai yang tidak
seragam di tingkat satu yang merangkumi lantai kayu, grinite,
tarakota dan batu bata menjadi ianya sebuah bangunan yang
unik yang pernah di bina di zaman pemerintahan Belanda di
Melaka.
Tingkap-tingkap dibangunan utama merupakan tingkap
empat petak dan ianya merupakan tingkap dua lapis.
Dibahagian luar di perbuat dari kayu dan ruang tingkap ini
merupakan kayu nako yang boleh di gerakkan ke atas dan ke
bawah. Tingkap di bahagian dalamnya pula merupakan tingkap
cermin.
Tingkap-tingkap di bahagian belakangnya pula merupakan
tingkap dua muka dan dibuat hanya selapis. Ukurannya juga
lebih kecil dari tingkap di bangunan utama.
RUMUSAN

Secara keseluruhanya, dalam usaha mengumbal maklumat untuk dimuatkan


ke dalam tugasan ini saya mendapat banyak pengalaman baru misalnya
dalam proses menemubual orang sumber bersama rakan kumpulan. Kami
dapat mengetahui bahaimana persediaan sebelum, semasa dan
tindakan selepas proses temubual dibuat.
Selain itu, pada sepanjang tugasan ini dibuat banyak mengajar saya
bagaimana cara berkerjasama, bertolak ansur dan bantu membantu
dalam kumpulan. Saya juga, sedar betapa pentingnya untuk mengekal,
memelihara dan memulihara bangunan Stadthuys ini.
Tidak ketinggalan juga, saya dapat mendalami bagaimana cara
sebuah bangunan bersejarah yang telah lama di bina termasuk bahan-
bahan yang digunakan, pengubahsuaian dan reka bentuk pelan yang dibuat.
Oleh yang demikian, ia dapat menerapkan perasaan bangga dan cinta
terhadap bangunan bersejarah ini.
Rumusan daripada tugasan ini, saya berpendapat kerja kursus seumpama
ini wajar diteruskan agar dapat memberi pengalaman dan pendedahan
kepada generasi akan dating. Selain dapat menerapkan rasa bangga dan
cinta kepada bangunan bersejarah yang ada di sekeliling kita

LAMPIRAN
RUJUKAN
5. Orang Sumber

NAMA: Husin bin Aman.


UMUR: 48 tahun
ALAMAT: BT 19 ¼
Kampung Kesang Tua
77000 Jasin,
Melaka

6. Melawat Tempat Kajian

Perbandaran Muzium Melaka Kompleks Stadthuys


Jalan Kota,
Melaka Tengah
75000 Melaka

7. Buku Ilmiah
♦MALAYSIA Gerald Cubitt: Wendy Moore
♦MALAYSIA Wonder And Contrasts: Peter Chay’s
♦MELAKA HISTORIC TOURISM: Melaka State Goverment
♦History of the Dutch in Malaysia: Dennis De Witt
♦MALACCA FTRAITS of ENCHANTMENT: Viscom

8. Internet

http://www.ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_SStadthuys

You might also like