Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 2 / 2012

HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

790202125063001 790202-12-5063 013-8517922 knigt2279@oum.edu.my Pusat Pembelajaran W.P. Labuan

ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 Pendahuluan Perpaduan Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan 2.1 2.2 2.3 2.4 3.0 4.0 Laporan Razak (1956) Laporan Rahman Talib (1960) Akta Pelajaran 1961 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 1 2 3 5 6 6 6 7 7 8 9 9 10 11

Falsafah Pendidikan Negara - Dalam Konteks Perpaduan Kelemahan Sistem pendidikan Malaysia - Dalam Konteks Perpaduan 4.1 4.2 4.3 4.4 Sistem Persekolahan Pelbagai Aliran Pengisian Kurikulum dan Kokurikulum Hasrat Merealisasikan wawasan 2020 Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Mengadakan dan menganjurkan program keseluruhan bersama murid dan guru yang melibatkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (Cina dan Tamil). 5.2 Mengkaji semula kurikulum di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) iaitu dengan mewajibkan mengambil bahasa mandarin atau bahasa tamil. 5.3 5.4 Elemen-elemen kebudayaan, pemakanan dan adat resam perlu diterapkan dalam persekitaran sekolah Pengisian kurikulum dan ko-kurikulum perlu seiring dengan keperluan masyarakat yang menekankan nilai-nilai jati diri, mempunyai sifat patriotisme dan bertoleransi yang harus diperkasakan.

5.0

Cadangan Meningkatkan Perpaduan Melalui Pendidikan 5.1

11

12

6.0 7.0

Kesimpulan Apendiks

13 14

HBEF1503

1.0

Pendahuluan Sejarah kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia telah melalui proses yang

amat panjang. Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo ketika itu di dominasi oleh orang asli, orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Namun demikian pada waktu itu memang terdapat penghijrahan daripada kaum dan etnik lain tetapi lebih kepada sekitar kepulauan Melayu. Namun demikian, corak masyarakat dan budaya ketika itu adalah lebih kurang sama kerana dari segi rumpun Melayu. Ledakan migrasi telah berlaku semasa era penjajahan British bermula dari tahun1786 hingga 1957. Faktor utama pendorong kepada migrasi semasa era kolonial British adalah di sebabkan faktor ekonomi yang dijlankan oleh pihak penjajah. Kaum Cina daripada negara China adalah merupakan kaum terbesar yang berhijrah ke Tanah Melayu semasa era penjajahan British. Faktor pendorong kepada penghijrahan kaum Cina adalah di sebabkan oleh kemiskinan dan penderitaan di negara meraka. Kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu bertujuan bagi menampung keperluan tenaga buruh terutamanya dalam sektor perlombongan. Kaum India daripada India selatan adalah merupakan kaum kedua yang terbesar berhijrah ke Tanah Melayu semasa era penjajahan British. Negara India semasa zaman tersebut turut mempunyai masalah tersendiri menyebabkan penduduknya berhijrah ke negara lain. Tujuan kemasukan kaum India semasa zaman penjajahan British adalah dari sudut faktor ekonomi iaitu bagi menampung tenaga buruh dalam sektor perladangan. Negeri Sabah dan Sarawak juga tidak terkecuali daripada tumpuan migrasi ke negeri tersebut. Namun demikian, di Sabah dan Sarawak migrasi lebih tertumpu kepada masyarakat Indonesia dan Ceylon atau sekarang dikenali sebagai Sri Lanka. Masyarakat Indonesia terdiri daripada etnik Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Manakala masyarakat Ceylon terdiri daripada kaum Sinhalese. Semasa zaman penjajahan British, terdapat lima jenis sekolah di negara ini iaitu sekolah aliran Melayu, Inggeris, Agama, Cina dan Tamil. Laporan Barnes 1950 telah 3

menjadi penggerak kepada perubahan sistem pendidikan yang lebih bercorak kepada nasionalisme selepas tamat Perang Dunia II pada tahun 1946 (Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som, 1999:9). Mengikut Laporan Barnes 1950, kewujudan sekolah vernakular tidak menyumbang kepada ke arah perpaduan kaum dan perlu dibubarkan dengan hanya mewujudkan satu jenis sekolah sahaja. Masyarakat Cina telah merasa tergugat dengan laporan tersebut, maka terhasilah laporan Fenn-Wu 1951 yang mempertahankan kedudukan masyarakat Cina. Maka, Ordinan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1952 impak daripada hasil Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan digubal berasaskan daripada Laporan Razak 1956. Seterusnya laporan ini telah disemak semula dan diperkukuhkan melalui Laporan Rahman Talib 1960 yang diperakukan dalam Akta Pelajaran 1961. Matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Ordinan 1957 adalah bertujuan membentuk sistem pendidikan kebangsaan yang akan meningkatkan perkembangan sosio-budaya, ekonomi dan politik negara. Daripada sejarah penubuhan negara Malaysia, terutamanya sesudah merdeka kerajaan pada waktu itu telah berusaha dan mendapati bahawa pendidikan adalah merupakan satu instrumen bagi menyatupadukan semua kaum dan etnik di Malaysia. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti hormat menghormati, bertoleransi, bekerjasama dan aspek-aspek moral bagi melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk memupuk perpaduan dikalangan masyarakat. 2.0 Perpaduan Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan Penggubalan satu-satu dasar adalah perlu bagi tujuan untuk mengatasi masalahmasalah masyarakat atau isu-isu politik dan sosial serta meningkatkan taraf hidup rakyat dalam pelbagai bidang. Selaras dengan itu, Dasar Pendidikan Kebangsaan digubal sebagai garis panduan untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.

HBEF1503

Pada asasnya sewaktu selepas kemerdekaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan digubal bermatlamat kepada perpaduan negara, iaitu meliputi setiap kaum dan etnik dengan tidak mengira anutan agama masing-masing. Untuk mendidik rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan kebangsaan supaya membolehkan mereka menjadi warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan bagi mencapai taraf hidup yang lebih baik serta memenuhi kehendak-kehendak negara yang sedang membangun sesuai dengan Dasar Ekonomi Baru di samping mewujudkan satu masyarakat yang taat setia, berdisiplin dan bersatu padu selaras dengan Prinsip-prinsip Rukunegara. Berdasarkan petikan yang diperolehi daripada buku berjudul Pendidikan Di Malaysia (Abdullah Sani dan P.Kumar, 1990), matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk perpaduan negara dan telah termaktub dalam Ordinan 1957. Pada waktu itu cadangan-cadangan yang dikemukan di dalam Laporan Razak (1956) adalah merupakan teras kepada sistem pendidikan negara. Bagi membincangkan kekuatan Dasar Pendidikan Negara melalui konteks perpaduan, adalah perlu mengetahui asas dasar pendidikan di Malaysia yang mementingkan perpaduan antara kaum melalui (1) Laporan Razak 1956, (2) Laporan Rahman 1960, (3) Akta Pelajara 1960 dan (4) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974. 2.1 Laporan Razak (1956) Langkah Ke Arah Perpaduan Berbilang Kaum

Menerusi Pendidikan Pemimpin terdahulu mendapati bahawa bagi memupuk semangat perpaduan dikalangan pelbagai kaum semasa sebelum merdeka dan sesudah merdeka adalah melalui pendidikan. Bertolak dari kesedaran inilah Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berasaskan kepada Laporan Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 telah diwujudkan. Prinsip dan cadangan asas laporan tersebut telah dimaktubkan di dalam Ordinan Pelajaran 1957 dan telah menjadi asas kepada Dasar Pelajaran Kebangsaan pada masa itu. Antara cadangan-cadangan penting di dalam laporan itu adalah seperti berikut:

1. Penubuhan dua jenis sekolah sahaja iaitu sekolah-sekolah rendah yang bersendirian atau yang menerima bantuan dan sekolah-sekolah menengah yang bersendirian atau mendapat bantuan terus. 2. Menukarkan sekolah-sekolah rendah yang ada sekarang kepada sekolah-sekolah umum dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan bahasa pengantarnya, Bahasa Cina, Bahasa Tamil atau Inggeris. 3. Menjadikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib di semua sekolah rendah dan menengah. 4. Penubuhan satu jenis sekolah menengah kebangsaan terbuka secara saingan kepada semua bangsa, menggunakan sukatan pelajaran yang seragam untuk semua aliran, suatu kurikulum pelajaran yang boleh diubahsuai untuk membenarkan pengajaran semua bahasa dan kebudayaan Tanah Melayu serta mempunyai ruang untuk berbagai-bagai bahasa menjadi bahasa pengantar. 5. Mengorientasikan semua sekolah ke arah Tanah Melayu melalui kandungan sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama. 6. Mengambil langkah-langkah bagi memupuk perkembangan bahasa kebangsaan dan mempertingkatkan pengetahuan di kalangan penduduk di Persekutuan Tanah Melayu. Dalam sejarah pendidikan di Malaysia, Laporan Razak 1956 dianggap sebagai asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan di negara kita. Jika di amati satu persatu cadangan yang diutarakan di dalam laporan itu mendapati bahawa pendidikan adalah merupakan satu kaedah ke arah mencapai perpaduan berbilang kaum di Malaysia. Antara ciri-ciri terpenting Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai garis panduan pelajaran sejak waktu itu ialah: 1. Hasrat hendak membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum. 2. Hasrat bahawa matlamat akhir bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama.

HBEF1503

3. Hasrat untuk mengadakan kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling Malaysia dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannnya. 4. Hasrat untuk memperkukuhkan Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah dan pelajar. Cadangan-cadangan di dalam Laporan Razak (1956) telah dioperasionalisasikan serta dilaksanakan melalui program-program dan projek-projek pendidikan bagi memupuk semangat dan identiti kebangsaan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 2.2 Laporan Rahman Talib (1960) Dasar pendidikan negara telah disemak semula oleh jawatankuasa penyemak yang diketuai oleh Y.B. Encik Abdul Rahman bin Talib pada tahun 1960. Tujuan semakan itu bagi mempertegaskan dan memperkukuhkan kemantadapan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kontek perpaduan di dalam Laporan Rahman Talib (1960) adalah seperti berikut: 1. Memperkenalkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama 2. Penggunaan bahasa rasmi untuk Peperiksaan Awam. Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) mempunyui matlamat yang sama iaitu mewujudkan perpaduan diantara kaum dan etnik melalui pendidikan. Impak daripada kedua-dua laporan ini melalui konteks perpaduan menerusi pendidikan ialah: 1. Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama supaya murid-murid dari berbilang kaum dapat berhubung, berinteraksi dan memahami di antara satu sama lain. Persahabatan dan kemesraan yang telah dijalin di anatara mereka dapat dijadikan asas untuk membina perpaduan kaum. 2. Sistem mengumpulkan sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan sekola jenis kebangsaan dapat memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan dan pada masa yang sama memelihara bahasa dan budaya kaum-kaum yang lain. 7

3. Semua peperiksaan awam di sekolah-sekola menengah diadakan di dalam salah satu bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Bagi tujuan perpaduan negara, matlamatnya ialah untuk mengurangkan sekolah menengah yang berunsur perkauman. 2.3 Akta Pelajaran 1961 Akta ini digubal berpandukan syor-syor daripada Laporan Rahman Talib (1960). Dari segi perspketif perpaduan, akta ini dirangka iaitu dengan menetapkan satu kurikulum yang sama untuk semua sekolah yang berlainan aliran bagi tujuan mewujudkan perpaduan kaum di negara ini. Kedua, penggunaan Bahasa Melayu juga digunakan dengan sepenuhnya di semua peringkat pengajian iaitu dari sekolah rendah hingga ke pusat pengajian tinggi. Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan pada waktu itu memperkukuhkan lagi perpaduan pelbagai kaum menerusi sistem pendidikan. 2.4 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 Pada tahun 1974, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan bagi mengkaji semula dan memperbaiki pelaksanaannya dalam mencapai matlamat melahirkan datu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin sertan memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlati bagi pembangunan negara. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. Hasil daripada laporan ini, kerajaan telah memperkenalkan kurikulum baru untuk semua sekolah termasuklah sekolah swasta iaitu KBSR dan KBSM. Murid-murid dikehendaki mengikuti mata pelajaran yang sememangnya menganjurkan ke arah perpaduan seperti Pendidikan Agama Islam atau Pendidikan Moral, Sivik dan ilmu pendidikan sosial yang lain. Mata pelajaran Bahasa Malaysia diutamakan memandangkan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan. 3.0 Falsafah Pendidikan Negara - Dalam Konteks Perpaduan Falsafah Pendidikan Negara adalah merupakan kandungan dan hasrat yang dihasilkan daripada Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960) dan Laporan

HBEF1503

Jawatankuasa Kabinet (1979). Falsasah Pendidikan Negara adalah dinyatakan seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke ara memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emaosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Menurut Abdullah Sani dan P. Kumar (1990), ciri paling penting Falsafah Pendidikan Negara ialah perpaduan, sekaligus membina sebuah negara dan membuang kesan-kesan sisa penjajah. Falsafah Pendidikan Negara menggariskan tiga bidang utama yang merangkumi keperluan individu, negara dan ekonomi. Perkembangan Individu dapat diperkembangkan secara menyeluruh ke arah melahirkan insan yang sempurna dan baik akan menyumbangkan kepada kewujudan perpaduan rakyat dan kemakmuran negara. Kesemua ini dapat dilaksanakan dengan sistem pndidikan negara selepas Laporan Kabinet (1979) dibentangkan iaitu dengan memperkenalkan kurikulum baru pada waktu itu iaitu KBSR dan KBSM yang menerapkan semua elemen penting bagi perkembangan individu terutama sekali berkaitan perpaduan melalui pendidikan. 4.0 Kelemahan Sistem Pendidikan Malaysia Dalam Konteks Perpaduan Dasar Pendidikan Negara adalah merupakan asas kepada perkembangan pendidikan negara. Dasar Pendidikan Negara juga berubah seiring dengan perkembangan politik, sosiologi dan ekenomi negera. Jika di imbau kembali rentetan dasar pendidikan negara telah mula mengalami revolusi dengan terbentangnya laporan Razak 1956 sehingga ditambah baikan dari masa ke semasa. Namun demikian, terdapat beberapa kelemahan dasar pendidikan negara pada masa kini terutamanya dalam konteks perpaduan yang perlu dikaji disebabkan negara sedang menuju ke era globalisasi.

4.1

Sistem Persekolahan Pelbagai Aliran Globalisasi adalah merupakan satu cabaran kepada mana-mana negara terutama

sekali dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat yang boleh berubah-berubah. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil. Isu-isu sistem persekolahan adalah merupakan isu sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Ini kerana bukan mudah untuk mencapai persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza. Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak berubah dari segi aspek perpaduan. Kewujudan sekolah pelbagai aliran seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) telah menjejaskan perpaduan kaum. Kewujudan sistem persekolah ini adalah tidak releven kerana jika masih lagi diteruskan maka jurang perhubungan masyarakat Malaysia akan semakin jauh. Ini kerana sekolah adalah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal antara satu sama lain. Secara realitinya di sekolah-sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan muridmurid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang perbezaan yang luas antara murid-murid Melayu, Cina dan India. Ini disebabkan oleh masalah penggunaan bahasa yang menyebabkan berlakunya jurang perpaduan melalui pendidikan. 4.2 Pengisian Kurikulum dan Ko-kurikulum Menurut Mukhriz Mahathir (2008) telah memberi pandangan bahawa supaya sistem persekolahan diwujudkan dengan menerapkan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai subjek wajib diambil oleh murid-murid Cina dan India. Murid Melayu boleh mengambil bahasa Mandarin atau bahasa Tamil sebagai salah satu subjek pilihan. Secara

10

HBEF1503

tidak langsung cadangan ini membolehkan ketiga-tiga kaum terbesar di Malaysia ini boleh menguasai ketiga-tiga bahasa agar merapatkan jurang perbezaaan. Penggubalan dasar pendidikan negara melalui Laporan Kabinet (1979) telah menghasilkan satu kurikulum baru iaitu KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Baru Sekolah Menengah). Tujuan kurikulum ini diperkenalkan adalah bagi meningkatkan lagi pendidikan dan perpaduan masyarakat. Menurut Charil Marzuki et al. (1995), keberkesanan kurikulum KBSR dan KBSM untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum masih memerlukan penambahbaikan. 4.3 Hasrat Merealisasikan Wawasan 2020 Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. bagi merealisasikan Wawasan 2020, sektor pendidikan adalah merupakan peneraju utama dalam mencapai sasaran ke arah perpaduan negara. Namun begitu, dengan situasi masyarakat dan negara sekarang timbul persoalan tentang keutuhan perpaduan yang ada sekarang. Sistem persekolahan yang sedia ada sekarang sepatutnya menjadi medium penggerak kepada masyarakat supaya dapat disatupadukan melalui peluang pendidikan. Tetapi, masih terdapat segelintir pihak mahu pihak kerajaan mengekalkan sistem persekolahn sedia ada manakala sesetengah pihak memerlukan perubahan. 4.4 Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). PPSMI telah diperkenalkan semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003 bertujuan memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan masyarakat Malaysia. Namun demikian, pada tahun 2009 PPSMI dimansuhkan

11

sepenuhnya pada tahun 2012 akibat timbulnya masalah terutamanya dikalangan masyarakat Melayu. Antara sebab-sebab mendapat bantahan dari banyak pihak terutamanya dikalangan masyarakat ialah kerana: 1. 2. 3. Bertentangan dengan Perlembagaan 152, iaitu memertabatkan Bahasa Melayu. Prestasi pelajar Melayu merosot dalam subjek Sains dan Matematik. Tentangan daripada pejuang-pejuang Bahasa Melayu, para cendikiawan, tokoh akademik, ahli poltik dan NGO yang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Kesan daripada PPSMI amat dirasai oleh pelajar luar bandar apabila menunjukkan kemerosatan dalam subjek Matematik dan Sains berbanding pelajar yang tinggal dibandar. Pihak yang membantah PPSMI khuatir akan menyebabkan berlakunya jurang pendidikan yang besar dikalangan pelajar bandar dan luar bandar disebabkan oleh kelemahan penguasaan bahasa Inggeris. Impak dari segi perpaduan juga boleh berlaku iaitu pelajar luar bandar akan berasa segan untuk berkomunikasi dengan pelajar daripada bandar. 5.0 Cadangan Meningkatkan Perpaduan Melalui Pendidikan. Bagi mencapai hasrat membina bangsa Malaysia yang bersatu padu, terdapat petikan yang diberi oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu: Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, kita telah memperkenalkan pelbagai dasar dan program dalam tempoh 30 tahun lalu selain Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Dasar-dasar tersebut termasuk Dasar Pendidikan, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Perpaduan Negara dan sebagainya adalah matlamat penting dalam dasar dan program berkenaan. Kemudian dasar dan program boleh menyumbang

12

HBEF1503

ke arah hubungan sosial yang sihat di kalangan masyarakat majmuk, perkongsian nilai dan persepsi, persamaan identiti sebagai rakyat Malaysia dan kebudayaan yang mengekalkan warisan bangsa. Daripada petikan di atas menunjukkan bahasa penggubalan Dasar Pendidikan Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik boleh menjurus kepada perpaduan negara. Kajian secara berterusan tentang Dasar Pendidikan Negara perlu di teruskan dari semasa ke semasa disebabkan oleh faktor persekitaran, politik, ekonomi dan pemikiran yang semakin mencabar terutamanya dalam sudut perpaduan melalui pendidikan. Bagi penambahbaikan Dasar Pendidikan Negara dalam konteks perpaduan adalah seperti berikut: 5.1 Mengadakan dan menganjurkan program keseluruhan bersama murid dan guru yang melibatkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (Cina dan Tamil). Antara platform perpaduan pada masa kini yang dianjurkan oleh kerajaan ialah gagasan 1Malaysia. Usaha ini perlu dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia seawal peringkat pra-sekolah, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila dibincangkan Gagasan 1Malaysia, kementerian pelajaran perlu memperhebatkan lagi perancangan, program dan strategi dalam usaha memupuk perpaduan dikalangan murid dan guru dengan menggunakan medium Gagasan 1Malaysia. 5.2 Mengkaji semula kurikulum di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) iaitu dengan mewajibkan mengambil bahasa mandarin atau bahasa tamil. Dalam usaha menyatupadukan semua kaum di Malaysia, subjek Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil perlu diajar dan diperkenalkan di sekolah kebangsaan dengan lebih meluas. Dengan cara ini ibu bapa yang berketurunan Cina dan India akan 13

lebih tertarik menghantar anak mereka bersekolah di sekolah kebangsaan. Wakil pergerakan Wanita Umno, Datuk Norhayati Omar (Mymetro, 19 Jun 2012) mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya Bahasa Mandarin dan Tamil perlu diajar di sekolah kebangsaan. Dengan mengetahui pelbagai bahasa jurang perbezaan antara murid boleh dikurangkan dengan cara memperkenalkan pengajaran bahasa lain. 5.3 Elemen-elemen kebudayaan, pemakanan dan adat resam perlu diterapkan dalam persekitaran sekolah. Bagi memupuk perpaduan berbilang kaum di Malaysia, sudah sampai masanya elemen kebudayaan, pemakanan dan adat resam boleh dipraktikkan di persekitaran sekolah. Sebagai contoh ialah dari segi penyediaan makanan di kantin sekolah. Pengurusan kantin perlu menyediakan menu berkonsepkan makanan pelbagi kaum agar setiap murid dapat mengetahui makanan tradisi kaum-kaum lain. Faktor persekitaran ini dapat menggalakkan hubungan yang positif antara kaum. 5.4 Pengisian kurikulum dan ko-kurikulum perlu seiring dengan keperluan masyarakat yang menekankan nilai-nilai jati diri, mempunyai sifat patriotisme dan bertoleransi yang harus diperkasakan. Kementerian Pelajaran perlu mengkaji semula kurikulum dan kokurikulum sekolah berpandukan suasana dan iklim semasa yang kian mencabar terutamanya di kalangan minda murid. Sebagai contoh, subjek sivik dan kewarganeraan adalah meruapkan subjek yang menitik beratkan pelbagai perkara dalam kehidupan. Jika matapelajaran ini hanya diajar sebagai teori dan tidak dipraktikkan, matlamat untuk melahirkan kesedaran sivik tidak akan terhasil. Malah ia akan kembali kepada asal dan tidak dihiraukan oleh murid yang hanya mementingkan lulus dalam matapelajaran tersebut. Oleh itu, langkah memperkasakan matapelajaran sivik dan kewarganegaraan perlu dilaksanaka dengan segera sebagai satu cara memupuk perpaduan berbilang kaum diperingkat sekolah.

14

HBEF1503

6.0

Kesimpulan Dasar Pendidikan Negara terbentuk melalui sejarah pendidikan negara bermula

daripada zaman penjajahan British. Perkembangan Dasar Pendidikan Negara seiring dan sentiasa ditambahbaik bagi memupuk perpaduan masyarakat majmuk rakyat Malaysia. Perubahan dalam sektor pendidikan menjadi perkara asas dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih baik kerana melalui pendidikanlah menjadi peneraju kepada pembentukan masyarakat. Dasar pendidikan negara pada masa kini telah menekankan aspek-aspek nilai murni dalam masyarakat majmuk. Namun demikian, terdapat kelemahan-kelemahan yang wujud dan perlu diambil serius bagi mengelakkan perpecahan berlaku dikalangan masyarakat. Bagi mencapai matlamat perpaduan yang kukuh dikalangan kaum, kerajaan perlu sentiasa membuat penambahbaikan dalam Dasar Pendidikan Negara bagi menjamin keharmonian pelbagai kaum masyarakat Malaysia.

(2,990 patah perkataan)

15

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI Mohd Fathi Bin Adnan, Rohana Bt. Hamzah, Amirmudin Bin Udin. (2010). Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan dalam pendidikan teknik dan vokasional di [Online]. http://eprints.utm.my/14917/.[15 April 2012]. Mior Khairul Azrin Bin Mior Jamaluddin. (2011). Sistem Pendidikan Di Malaysia: Dasar Cabaran Dan Pelaksanaan Ke arah Perpaduan Nasional. [Online]. http://www.usm.edu.my. Kenyataan Mukriz Mahathir dalam Utusan Online di http://www.utusan.com.my [dilayari di Kuala Lumpur, Malaysia: 2 Disember 2008]. Kenyataan dalam Datuk Norhayati Omar Mymetro Online di http://www.mymetro.com.my [dilayari di Kuala Lumpur, Malaysia: 19 Jun 2012]. Mok Soon Sang. (2000). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,edisi ketujuh. Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

16

HBEF1503

Ibrahim Saad. (1986). Pendidikan dan Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Abdullah Sani & P.Kumar. (1990). Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Longman Sdn. Bhd.

17

You might also like