Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Laporan akhir Penilaian Berasaskan Sekolah di SK Taman Maluri Kuala Lumpur Saya Md Fuhad bin Mon @ Nor, no kad

pengenalan 900121-01-6695 pelajar G.10 ambilan Januari 2010 major pendidikan Jasmani dan minor bahasa melayu dan bahasa inggeris program Ijazah Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Pada semester ini kami dikehendaki untuk melaksanakan Penilaian

Berasaskan Sekolah (PBS) . Setiap guru pelatih diberikan peluang untuk memilih sekolah masing-masing, kecuali bagi guru pelatih major Pendidikan Jasmani, kami telah ditetapkan oleh Jabatan Sains Sukan. Tugasan ini memerlukan kami untuk

melakukan secara berpasangan. Saya telah bergandingan dengan saudara Muhammad Nurul Sholihin bin Abd Rani. Setelah mengetahui alamat sekolah iaitu tempat kami melakukan PBS, saya dan rakan seperjuangan terus mencari lokasi sekolah. Pencarian kami akhirnya berjaya. Hari pertama merupakan hari yang mendebarkan kerana ini kali pertama kami melakukan PBS di sekolah. Dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi, kami melangkah ke kawasan sekolah dengan penuh yakin. Sejurus sampai, kami terus ke dataran perhimpunan kerana pada hari Isnin merupakan perhimpunan Rasmi Sekolah Taman Maluri. Perhimpunan mengambil masa kira-kira 40 minit. Antara agenda yang disampaikan mengenai disiplin pelajar dan sukan. Hal ini kerana, minggu tersebut akan berlangsung hari sukantara dan sukan sekolah. Selepas perhimpunan, kami melapor diri di Pejabat untuk berjumpa Guru besar. Perjumpaan kami penuh bermakna kerana guru besar telah memberi amanat kami untuk menjadi guru yang cemerlang,gemilang dan terbilang suatu hari nanti. Kemudian kami dibawa ke bilik guru untuk berkenalan seterusnya ke padang untuk melihat raptai sukaneka. Pergerakan kami seterusnya ialah berjalan di kawasan sekolah untuk melihat persekitaran sekolah ini sambil mengambil gambar untuk pengumpulan data berkaitan dengan tugasan yang kami terima. Persekitaran sekolah ini sangat cantik

memandangkan adanya tumbuhan yang menghijau. Kami sekali lagi berjumpa Guru Besar untuk menemu bual beliau tentang latar belakang dan mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Maluri. Kami pulang pukul 1.30 petang setelah menandatangan

buku kehadiran keluar guru praktikum di pejabat dan kami merancang memakai baju sukan untuk hari esok kerana sekolah menjalankan raptai sukanneka pada hari esok. PBS kali ini mengkehendaki kami untuk menyiapkan tugasan. yang diberikan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan iaitu Perkembangan Kanak-Kanak. Saya dan rakan telah menjalankan kajian terhadap murid-murid seperti mengukur berdasarkan pengukuran fizikal ke atas murid dan juga perlu mengambil gambar serta menerumah untuk menyiapkan tugasan. Antara peralatan yang perlu diguna ialah seperti pita pengukur, penimbang, soalan yang berkaitan dengan Piagets Conversation Tasks dan berjumpa dengan Guru Panitia Pendidikan Jasmani iaitu selaku mentor kami untuk meminjam di stor sukan. Selepas itu, kami melakukan tugasan kami yang lain iaitu menemubual pihak pentadbiran dan juga para guru. Kerjasama yang diberikan oleh semua guru sangat kami hargai dan ucapan jutaan terima kasih. Tambahan pula, PBS kali ini memberi input yang sangat berguna kepada kami kerana dapat memperoleh pengalaman yang baru untuk diaplikasikan di maktab dan di sekolah pada suatu hari kelak. Sebagai contoh, kami didedahkan dengan cara mengajar apabila kami berkesempatan untuk menggantikan kelas 1 Tekun dan Rajin. di samping itu, kami juga berkesempatan melihat cara guru pendidikan jasmani mengajar dalam P&P. Ini memberikan kami gambaran awal tentang dunia profesion guru yang sebenar. Saya juga berkesempatan untuk turut serta menjadi juru masa dalam sukaneka yang melibatkan tahap satu. Acara yang dilangsung seperti soccer kids, mencari gulagula dalam tepung, berlari dalam guni dan banyak lagi. Semangat yang ditonjolkan oleh peserta yang mengambil bahagian sungguh mengkagumkan. Pada hari terakhir, kami berjumpa dengan guru besar untuk menanda kehadiran kami seterusnya

mengesahkannya. Saya juga berjumpa dengan guru kanan bidang, guru-guru dan warga sekolah yang terlibat untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas bantuan dan bimbingan yang kami terima selama kami menjalani PBS di sekolah yang penyayang ini.

Namun pertemuan kami tidak berakhir di situ. Hal ini kerana pihak sekolah menjemput kami untuk hadir dalam kejohanan sukan sekolah yang berlangsung pada hari Sabtu minggu yang sama. Kami sangat seronok dengan PBS kali ini.

You might also like