Sejarah Sekolah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

A.

SEJARAH SK SRI TIRAM


Sejarah sekolah ini bermula pada 1 Disember 1949 dengan dikenali sebagai Sekolah Melayu Tiram Buruk. Bilangan guru hanyalah seramai 4 orang termasuk Guru Besar. Jumlah muridnya seramai lebih kurang 300 orang yang terdiri dari murid-murid yang tinggal di kampung ini dan kampung berdekatan seperti Kampung Parit Serong, Kampung Sungai Gulang-Gulang dan Sawah Sempadan. Bangunan sekoah pada masa itu hanyalah terdiri dari sebuah blok bangunan papan sahaja yang kini telah dinaik taraf menjadi dewan sementara. Pada masa itu tidak terdapat sebarang kemudahan asas. Murid-murid terpaksa belajar di atas lantai. Terdapat juga 1 blok unit rumah guru berkembar. Pada tahun 50an sebuah blok papan yang baru telah dibina untuk menapang pertambahan murid yang menjangkau hampir 700 orang. Pada masa ini kemudahan asas juga belum mencukupi. Pada awal 60an sebuah blok pejabat dibina dan kini telah digunakan sebagai bangunan Perpustakaan Desa Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Pada tahun 1963 juga 2 unit rumah guru telah dibina untuk menampung pertambahan guru di sekolah ini. Pada awal 70an juga dibina sebuah blok kantik yang kini dijadikan bangunan koperasi sekolah. Sebelum ini pengusaha kantin hanya menjual makanan di bangunan sementara. Blok bangunan kantin yang baru kemudiannya dibina pada tahun 1985.

Pada awal 70an pagar disekeliling sekolah juga telah dibina untuk membina imej baru kepada sekolah yang selama ini tidak berpagar. Bekalan elektrik hanya disambungkan ke sekolah pada akhir 70an dimana sebelum itu sekolah hanyalah menggunakan kuasa generator sahaja. Pada tahun 1974 satu blok bangunan dua tingkat telah dibina dan mula digunakan. Di sini terletak pejabat sekolah dan bilik darjah. Sebuah blok papan kemudiannya dibina secara projek gotong-royong pada tahun 1979. Bangunan ini menempatkan 4 buah bilik darjah. Pada tahun 2001 sebuah blok kilat telah dibina yang menempatkan 4 buah bilis darjah. Pada tahun 2002 4 unit rumah guru dua tingkat berkembar telah dibina dan mula diduduki pada julai 2003. Pada tahun 2009 telah dibina bangunan pra-sekolah untuk menempatkan murid-murid pra-sekolah. Bilangan murid di sekolah ini sentiasa berubah-berubah kerana pembinaan beberapa sekolah baru di sekitar kampung-kampung yang berdekatan. Pada tahun 2004 bilangan murid sekolah ini ahla seramai 387 orang. Pada tahun 2009 seramai 369, 2010 seramai 388 dan pada 2011 seramai 379 orang murid bersekolah di sini. Kini sekolah hanya mempunyai 14 bilik darjah termasuk bilis darjah pra-sekolah. Sebarang pertambahan kelas tidak dapat ditampung kerana ketiadaan bilis darjah. Keluasan kantin yang kecil yang tidak dapat memuatkan semua pelajar, oleh waktu terpaksa dijadualkan dua kali.

Berhampiran sekolah ini terdapat sebuah sekolah menengah, dua buah sekolah rendah dan sebuah sekolah jenis kebangsaan cina. Sekolah-sekolah tersebut ialah i. ii. iii. iv. SMK Tiram Jaya ( 1.5 km dari SK Sri Tiram ) SK Sawah Sempadan ( 5 km dari SK Sri Tiram ) SK Parit Serong ( 5 km dari SK Sri Tiram ) SJK ( C ) Ming Tee ( 4 km dari SK Sri Tiram )

You might also like