Inovasi Dan Perubahan Sistem Pendidikan Negara

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

INOVASI DAN PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Sejauh

manakah

anda

menyediakan

diri

untuk

merealisasikan

hasrat

Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadi seorang guru mata pelajaran yang berkesan di sekolah?

Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun pesat seiring dengan negara-negara membangun yang lain. Bagi mengekalkan pembangunan yang telah dikecapi ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka beberapa perancangan yang dapat dijadikan wadah bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan negara di Malaysia. Wawasan 2020 merupakan salah satu target di mana dijangka pada waktu tersebut negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju mengikut acuan putaran kemajuan kini.

Bagi merealisasikan hasrat dan matlamat negara, guru merupakan agen terpenting bagi menghasilkan pelajar yang mampu bersaing dan juga dapat meningkatkan ekonomi negara. Seorang guru yang bijak akan berusaha untuk mengubah dan mempertingkatkan diri bagi menghadapi gelombang globalisasi yang sentiasa melanda. Guru pada masa kini haruslah mengubah cara berfikir daripada pemikiran yang berbentuk konvesional kepada pemikiran yang lebih kreatif dan juga inovatif. Kini, pelbagai kemudahan dan juga infrastruktur yang telah disediakan oleh kementerian bagi menggalakkan guru menjadi lebih inovatif.

Guru yang kreatif adalah berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan dapat memberi keseronokan kepada pelajar yang belajar. Hal ini bertepatan dengan imbasan jurnal akademik yang ditulis oleh Dr. Mohd. Aziz bin Mohd Din (2007) yang mana guru yang kreatif mampu menghasilkan pengajaran yang menarik dan menyeronokkan. Antara faktor yang menyumbang kepada pengajaran

yang berkesan adalah guru bijak dalam menggunakan bantuan alat bantu mengajar (ABM). Guru perlu lebih maju dan berusaha untuk menjadikan sebuah pengajaran menyeronokkan. Penggunaan kaedah chalk and talk merupakan kaedah lama yang boleh dianggap kurang relavan untuk digunakan pada pelajar zaman moden. Penggunaan alat-alat ini mampu memberikan pelajar rasa minat untuk belajar dan tidak mudah bosan. Alat bantu mengajar ini juga dapat menjadikan pelajar mudah untuk mengingat sesuatu subjek yang dipelajari. Selain itu pelajar juga mudah untuk memahami isi pengajaran guru. Guru harus kreatif untuk membina dan mencipta alat bantu mengajar dan juga bahan bantu belajar dari masa ke semasa dan juga mengikut keperluan pelajar.

Sebagi contoh, guru akan mengajar tajuk haiwan ternakan. Penggunaan bahan interaktif seperti gambar-gambar haiwan dapat menjadikan murid lebih tahu ciri fizikal dan juga gambaran sebenar mengenai haiwan ternakan. Guru juga boleh memasukkan bunyi-bunyi haiwan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini akan menjadikan pembelajaran pelajar lebih berkesan seterusnya dapat menarik minat mereka untuk kekal fokus pada pengajaran guru.

Selain itu, sebagi bakal guru saya juga harus mempelajari cara untuk menghasilkan suasana pembelajarn yang kondusif. Bagi menghasilkan suasana tersebut saya perlu mempelajari cara susunan perabot, pencahayaan, pengudaraan, keceriaan dan juga bahan bantu mengajar haruslah dijaga dengan rapi dan disusun dengan kemas. Pada pendapat saya pelajar akan menjadi lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah dan mengikuti pembelajaran di dalam bilik darjah. Suasana yang kondusif juga berupaya menjadikan pelajar lebih mudah menerima ilmu yang dipelajari. Guru juga haruslah lebih kreatif dalam menghias dan menceriakan bilik darjah dengan bahan bantu mengajar yang mempunyai pelbagai jenis dan menarik. Selain bilik darjah menjadi ceria, pelajar juga dapat menjadikan bahan bantu mengajar yang ditampal di sekeliling bilik darjah sebagai salah satu sumber rujukan.

Perkataan inovatif menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru. Melalui definsi ini dapat kita lihat bahawa guru pada masa kini harus berani untuk mencipta kaedahkaedah dan juga teknik-teknik pengajaran yang baharu supaya pembelajaran pelajar akan menjadi lebih bermanfaat dan dapat mencapai tahap optimum.

Selain cuba mencipta dan menggunakan alat dan bahan pengajaran yang baharu, guru juga harus mencari strategi yang sesuai bagi menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Strategi yang digunakan oleh guru haruslah sesuai dengan trend masa kini iaitu berdasarkan kaedah inkuiri atau penemuan. PBL atau Pembelajaran Berasaskan Projek merupakan salah satu strategi pembelajaran yang baru

diperkenalkan. Pelajar pada masa kini tidak hanya menadah ilmu daripada gurunya. Tetapi pelajar kini sudah bijak memanfaat kemudahan yang ada dengan mencari ilmuilmu baru dengan melayari laman-laman sesawang yang ada.

Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) boleh dijadikan sebagai salah satu latihan pengayaan kepada pelajar setelah sesuatu topik pelajaran disampaikan pada waktu persekolahan. Melalui tugasan atau projek yang telah diberikan guru, pelajar akan mencari maklumat yang berkaitan bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah dan Zuraidah A. Majid, pelajar akan mengalami proses pembelajaran apabila dapat membina pengetahuan hasil daripada maklum balas yang diterima, seterusnya menggunakan maklumat yang diterima untuk meneroka, menterjemah seterusnya menghasilkan sesuatu yang baharu. Pelajar akan mengalami bentuk pembelajaran yang

menyeronokkan serta mereka bebas meneroka untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Strategi lain yang boleh digunakan oleh guru ialah pembelajaran berasaskan masalah. Menurut bertajuk Ramlee Mustapha dan Zahratul Laili Abdul Rahim dalam jurnal Pembelajaran berasaskan masalah bagi mata Pelajaran elektronik: satu

kajian tindakan di Sekolah menengah teknik menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran. Ianya didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah,

kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya. Melalui strategi ini pelajar dapat menghadapi masalah yang realistik iaitu berdasarkan dunia sebenar pelajar. Perkara ini dapat menarik minat pelajar kerana masalah yang diberikan amat berkait rapat dengan kehidupan sebenar. Pembelajaran akan berlaku apabila pelajar dapat mengaitkan pengalaman lepas dengan maklumat baharu bagi meyelesaikan masalah yang telah diberi oleh guru.

Selain itu, guru pada masa kini juga haruslah bersedia dengan pengetahuan yang mendalam mengenai ilmu yang akan disampaikan kepada pelajar. Sebagai

seorang bakal guru bagi mata pelajaran Bahasa Melayu saya haruslah membuat persiapan yang rapi supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Ilmu yang ada pada seorang guru juga dapat menjadikan guru dipandang tinggi dan dihormati oleh pelajarnya. Bukan itu sahaja, apabila guru dapat mendalami ilmu yang akan diajarkan kepada pelajar dengan baik maka ilmu yang akan disampaikan kepada pelajar tepat dan bersesuaian dengan sukatan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

Sebagai bakal guru, saya juga harus menyiapkan diri dengan mengetahui dan memahami sukatan pelajaran yang bakal diajar kelak. transformasi yang sering berlaku dalam Kurikulum haruslah sentiasa diambil tahu oleh guru. Transformasi dilakukan bertujuan untuk menambah baik serta membawa perubahan kepada sistem pendidikan negara. Perubahan yang dilakukan haruslah disokong oleh guru-guru bagi mendapat hasil yang maksimum kelak.Sokongan daripada guru-guru amatlah penting kerana

sukatan yang telah dirancang mempunyai matlamat yang hendak dicapai dan guru merupakan perantara bagi mencapai matlamat tersebut.

Menurut Noriati A. Rashid at all. Asas kepada perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kepesatan dunia globalisasi kini telah banyak mempengaruhi corak pegajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai bakal guru, saya harus mempersiapkan diri dalam bidang TMK. Perkara ini perlu untuk peningkatan tahap perkembangan pelajar. Pelbagai inisiatif telah diberikan oleh Pihak Kementerian Pelajaran bagi menjadikan institusi pendidikan di Malaysia setanding dengan institusi pendidikan di negara lain. Antara usaha tersebut ialah penubuhan sekolah bestari.

Konsep sekolah bestari telah diperkenalkan pada tahun 1997 ia merupakan sebuah misi nasional untuk mencapai Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1999, 84 buah sekolah telah dijadikan sekolah rintis untuk projek sekolah bestari. Sekolah bestari didefinisikan sebagai institusi pendidikan yang mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah yang menyediakan pelajar kepada era teknologi maklumat dan antara langkah yang dijalankan untuk membestarikan sekolah termasuklah penyediaan makmal komputer, TV pendidikan dan penyediaan kemudahan SchoolNet. Jadual 1 menunjukkan secara terperinci

kemudahan teknologi maklumat yang disediakan untuk setiap program yang dilaksanakan. Ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan untuk menerapkan elemen teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 1: Program Pembestarian Sekolah Program Sekolah Bestari Kemudahan yang disediakan i). Melibatkan 88 buah sekolah ii). 5, 809 komputer disediakan iii). 261 pelayan (server) disediakan Makmal Komputer i). 4,495 makmal komputer disediakan ii). 93,372 komputer disediakan iii). 4,495 pelayan (server) disediakan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) TV Pendidikan SchoolNet i). 97,104 komputer riba disediakan ii). 69,009 projektor disediakan iii). 2,286 televisyen disediakan iv). 9,662 mesin pencetak disediakan i). 11,709 televisyen disediakan Kemudahan SchoolNet untuk sekolah luar bandar dan pedalaman yang tidak mempunyai aksess Internet

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007)

Jika kita lihat, pihak kementerian telah menyediakan tapak kepada guru-guru di Malaysia untuk meningkatkan kemahiran ICT dan seterusnya mendedahkan kepada palajar mengenai TMK ini. Pembelajaran elektronik atau (e-learning) merupakan pembelajaran yang perlu menggunakan segala kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan. Pada pendapat saya, guru yang mahir menggunakan ICT dapat memaksimumkan manfaat yang terdapat melalui pembelajaran e-learning ini. Perkara ini juga mampu memudahkan guru dalam berhubung dan menyampaikan pengajaran secara maya kepada pelajar walaupun guru tersebut tidak dapat hadir ke sekolah dengan alasan tertentu. Pembelajaran tetap dapat diadakan pada bila-bila masa dan dimana-mana dengan menggunakan komunikasi atas talian seperti perisian SKYPE. Guru dan murid tetap dapat berkomunikasi secara dua hala walau di mana sekalipun.

Perkara ini mengimbau pengalaman yang saya alami sewaktu berada di sekolah menengah. Guru TMK mengajar saya mengenai cara membuat e-mail, menggunakan email dan juga cara untuk mendapatkan maklumat menggunakan kemudahan internet. Perkara ini amat membantu saya dalam menghadapi situasi apabila berada di institusi pengajian tinggi. Walaupun perkara yang diajar merupakan perkara asas namun daripada perkara asas itulah saya dapat meneroka dan seterusnya dapat menambah lagi pengetahuan saya mengenai TMK. Sukatan pelajaran pada masa kini juga telah menetapkan pada tahap satu lagi pelajar akan didedahkan dengan penggunaan ICT dan sebagainya.

ICT dianggap penting untuk dikuasai oleh pelajar kerana pasaran pekerjaan masa kini amat memerlukan kemahiran ICT yang tinggi. Pelajar harus disiapkan dengan kemahiran ini supaya mereka lebih yakin dan mempu bersaing untuk mendapat tawaran pekerjaan yang baik kelak. Oleh yang demikian sebagai seorang bakal guru saya harus menyiapkan diri sebaik mungkin untuk mengajar kelak.

Bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia, guru juga harus mahir dalam bidang penaksiran sekolah. Penaksiran biasanya dilaksanakan untuk

membolehkan guru mendapat maklumat tentang apa jua yang dipelajari pelajar dan juga tahap penguasaan pelajar terhadap pembelajaran yang berlaku. Menurut Angella Cooze (2012) penaksiran membolehkan guru mengukur pemahaman dan prestasi murid, menentukan sasaran untuk prestasi selanjutnya dan merancang palajaran seterusnya. Sebagai seorang bakal guru, saya harus mahir dalam bidang pentaksiran kerana pentaksiran yang dijalankan di dalam bilik darjah mempunyai manfaat yang banyak dan berguna kepada saya kelak. pentaksiran boleh dibuat bagi tempoh jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Perkara ini akan menjadi sebahagian daripada tugas mengajar dan juga sebahagian daripada proses pembelajaran murid.

Noriati at. all. menyatakan bahawa penaksiran terbahagi kepada empat jenis iaitu penaksiran prestasi, penaksiran berasaskan portfolio, penaksiran kendiri dan penaksiran berasaskan komputer. Keempat-empat penaksiran ini haruslah saya kuasai supaya apabila menjadi guru kelak tidak timbul masalah ataupu bebanan tugas kepada saya. Melalui penaksiran ini pelajar dapat mengetahui tahap yang dapat dicapai oleh mereka. Penaksiran yang berkesan dan mempunyai kesahan serta kebolehpercayaan yang tinggi akan membuahkan hasil yang baik dan berkualiti. Guru juga boleh memperbaiki dan menambah baik amalan pengajarannya supaya pelajar yang dilahirkan dapat menjadi insan yang cemerlang dan seimbang dari aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan juga intelek.

Persediaan lain yang perlu ada bagi bakal guru seperti saya ialah kesediaan untuk membuat penyelidikan. Menurut Richards dan Lockhart (1994), dalam Manual Penyelidikan Tindakan (2008) menyatakan bahawa penyelidikan tindakan merupakan kajian bilik darjah yang dijalankan oleh pendidik untuk mempertingkatkan pemahaman, pengetahuan, pembelajaran dan pengajaran bilik darjah serta untuk mengubah keadaan sesuatu amalan bilik darjah. Penyelidikan tindakan biasanya melibatkan projek-projek kajian secara kecil-kecilan oleh guru bilik darjah. Ini bertepatan dengan peranan guru yang berada dekat dengan pelajar. Guru merupakan insan yang lebih memahami dan mengetahui situasi sebenar atau permasalahan yang wujud dalam bilik darjah berbanding orang lain. Oleh yang demikian, amatlah wajar untuk guru menjalankan penyelidikan bagi mengatasi masalah atau meningkatkan sesuatu amalan atau kemahiran pelajar. Pendedahan awal pada peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG) lagi membolehkan guru membuat penyelidikan supaya masalah-masalah pembelajaran yang berlaku dapat diselesaikan dan juga untuk mempertingkatkan amalan profesion keguruan.

Kesimpulannya, seorang guru haruslah mempunyai daya kreativiti dan juga inovatif yang tinggi. Usaha untuk berubah menjadi yang lebih positif dan baik amat perlu terutamanya bagi guru masa kini. Guru haruslah mengalami perubahan perubahan seiring dengan zaman dan juga kemajuan teknologi kini. Guru yang mahir dalam bidangnya dan juga mahir bagi bidang lain merupakan guru yang mampu menjadi seorang guru mata pelajaran yang berkesan dan seterusnya mampu merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rujukan

Angella Cooze (2012). 100 Panduan bagi guru pelatih. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Manual penyelidikan tindakan edisi ketiga. Putrajaya.

Dr. Mohd Aziz Mohd Din. (2007). Guru yang kreatif menghasilkan pengajaran yang menyeronokkan dan berkesan. Jurnal Akademik IPG Kampus Kota Bharu.13.

Kamus Dewan Bahasa. Edisi Keempat (2002). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A. Rashid.,Boon Pong Ying.,Sharifah Fakhriah Syed Ahmad., Zuraidah A. Majid (2010). Guru dan cabaran semasa. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar.

Ramlee Mustapha & Zaharatul Laili Abdul Rahim. (2008). Pembelajaran berasaskan masalah bagi mata pelajaran elektronik: satu kajian tindakan di Sekolah Menengah Teknik. Jurnal Teknologi, 49(E) Dis. 2008: 109127. Universiti Teknologi Malaysia.

You might also like