Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

PERBEZAAN ANTARA RMK 9 DAN RMK 10

NAMA: MEGAT ZAIM SYAMIM BIN MEGAT NAWAWI NO.MATRIX: 2011206976 COURSE: LECTURE: PN. NORMASFAZURA DATE: 10 SEPTEMBER 2013

1.0

PENGENALAN
Dalam membangunkan sesebuah negara yang maju, perancangan yang rapi harus

diwujudkan supaya sesebuah negara itu dapat membangun dengan terancang dan sistematik. Seperti di negara kita, Rancangan Malaysia telah diwujudkan bagi merancang negara ke arah kemajuan pada masa akan datang. Rancangan Malaysia adalah perancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Semasa pemerintahan British, pembangunan Tanah Melayu telah dirancang mengikut Draf Rancangan Pembangunan (DRP) atau lebih dikenali sebagai Buku Kuning. Buku Kuning ini merujuk kepada rancangan pembangunan Tanah Melayu dari tahun 1951 ke 1955. Buku Kuning merupakan rancangan rasmi untuk Tanah Melayu yang menyenaraikan semua projek pembangunan yang menjadi tanggungjawab pelbagai jabatan kerajaan untuk dilaksanakan. Akan tetapi, Buku Kuning ini tidak lengkap kerana ia mengabaikan sektor swasta serta tidak memasukkan perusahaan-perusahaan awam yang penting. Ia juga tidak membentuk jentera penyelarasan projek. Walaupun Buku Kuning tidak sempurna, ia merupakan permulaan kepada bentuk perancangan-perancangan seterusnya di Malaysia. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM). Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Perbezaan ialah perancangan ekonomi sebelumn tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

2.0

PERBINCANGAN Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) telah dibentangkan oleh Perdana Menteri

Malaysia kelima iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badwi. Rancangan Malaysia Kesembilan ini merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010. Rancangan ini telah dibentangkan di Parlimen pada 30 Mac 2006. Rancangan pembangunan lima tahun ini diumumkan setelah Malaysia melalui fasa 15 tahun pertama semenjak Wawasan 2020 diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad semasa membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991. Objektif utama bagi RMK-9 adalah Mengukuhkan Perpaduan Nasional bertemakan Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Seperti rancangan-rancangan pembangunan dahulu, RMK9 bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan dari krisis kewangan Asia dan kenaikan harga minyak. RMK9 mempunyai 5 teras utama iaitu pertama, meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Melalui teras ini, Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi sedia ada, serta mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Di samping itu, Kerajaan akan turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara. Kedua, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Berdasarkan teras ini, kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral. Ketiga, menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yg berterusan secara membina dan produktif. Melalui teras ketiga ini, kerajaan akan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan, menjana pembangunan lebih seimbang, serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama. Keempat, meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup. Teras ini, kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas bagi kehidupan

masyarakat seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain, namun penekanan harus diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber. Dan kelima adalah mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. Berdasarkan teras ini, kejayaan bagi perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksananya. Oleh itu, kerajaan komited dalam menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat. Di samping itu, kerajaan juga akan menangani isu-isu berkaitan dengan rasuah dan integriti di dalam sektor awam dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat umum. Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMK-9 ialah memantapkan bidang perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru. Selain itu, perjalanan RMK-9 perlu melalui kelima-lima teras yang telah digarap dalam Rancangan ini. Tumpuan juga turut diberi dalam aspek pembangunan modal insan yang mana ia merupakan usaha berterusan yang mampu mencorak ke arah kegemilangan negara. Dengan modal insan yang baik dan berkualiti ia mampu mencapai matlamat RMK-9. Daripada jumlah keseluruhan peruntukan, sejumlah RM 200 bilion telah diagih-agihkan mengikut sektor. 44.9 peratus akan diagih kepada projek pembangunan di bawah sektor ekonomi, 37.5 peratus sosial, 10.6 peratus sektor keselamatan dan 6.9 peratus sektor pentadbiran am. Dari segi sub-sektor pendidikan dan latihan akan diperuntukkan peratusan terbesar iaitu 20.6 peratus, selaras dengan keazaman kerajaan untuk meningkatkan kualiti modal insan. Sub-sektor pengangkutan akan diperuntukkan sebanyak 15.9 peratus, kemudahan awam dan tenaga, 10.9 peratus; perdagangan dan perindustrian 9.9 peratus; pertanian 5.7 peratus; kesihatan 5.4 peratus dan perumahan 5.0 peratus. Di bawah RMK-9, perancangan bagi pembangunan tiga wilayah koridor juga telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-5 iaitu Y.A.B. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Antara wilayah yang terbabit ialah Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Wilayah Ekonomi Koridor Utara meliputi negeri-negeri yang terletak di utara Malaysia seperti Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan wilayah-wilayah di sekitar Perak Utara. Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat industri asas tani yang moden dan berskala besar di samping industri-industri teknologi tinggi seperti ICT, bioteknologi dan automotif.

Tunjang utama bagi projek pembangunan Wilayah Koridor Utara ialah pembuatan atau perkilangan, pertanian dan perkhidmatan. Antara senarai projek-projek yang akan dilaksanakan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara adalah pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang bernilai RM3 bilion. Jambatan ini akan menghubungkan Batu Kawan dengan Batu Maung. Jambatan yang berukuran 24 kilometer itu dijangka siap pada tahun 2011. Selain itu, ada beberapa lagi projek lain yang termasuk di dalam Wilayah Ekonomu Koridor Utara. Antaranya: Pusat Pemakanan Utama Pusat Pemakanan Tambahan (Penubuhan Zon Khas Makanan) Pusat Pemprosesan Halal Berintegrasi? Pusat Akuakultur Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan Pembinaan Lebuhraya Rentas Pedalaman Kedah Pembinaan Lebuhraya Tunjang Sentral Pembinaan Lebuhraya Ekspres Utara-Selatan

Wilayah kedua yang tercatit di dalam perancangan RMK-9 adalah Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar. Wilayah Pembangunan Iskandar ini meliputi kawasan di Selatan Johor. Wilayah Pembangunan Iskandar ini juga merupakan projek pembangunan terancang yang paling besar dalam sejarah negara. Berlandaskan kekuatan kawasan Selatan Johor dari segi lokasi, Wilayah Pembangunan Iskandar akan dibangunkan untuk menjadi destinasi antarabangsa bagi pelaburan, perniagaan, industri, pelancongan dan kebudayaan. Antara senarai projek-projek yang akan dilaksanakan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia adalah:

Pembinaan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan Negeri Johor Pelabuhan Tanjung Pelepas Lapangan Terbang Senai (Hab Penerbangan Senai) Bandaraya Cyber Berteknologi Tinggi Pelabuhan Tanjung Langsat (Hab Bahan Api Bio Negara) Menempatkan Sekolah Antarabangsa dan Universiti Luar Negara bertaraf dunia (Hab Pendidikan) Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan

Wilayah yang ketiga yang disebutkan di dalam perancangan RMK-9 adalah Wilayah Ekonomi Koridor Timur. Wilayah Ekonomi Koridor Timur ini meliputi negeri-negeri yang terdapat di pantai timur Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat pertumbuhan baru bagi industri petrokimia serta pelancongan. Pelan konsep pembangunan Wilayah Koridor Timur ini masih dalam peringkat perancangan dan pembangunan. Ia akan mengalami penyesuaian daripada semasa ke semasa. Selain itu kemudahan pendidikan teknikal akan dibina bagi menyokong bentuk perniagaan yang baru diperkenalkan. Di samping itu juga, pembangunan rangkaian produk halal untuk dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah melalui program pembangunan sub-kontraktor juga merupakan projek yang ada di dalam perancangan Wilayah Ekonomi Koridor Timur. Berikut adalah antara projek lain yang terdapat di dalam perancangan Wilayah Ekonomi Koridor Timur: Memperkenalkan teknik perladangan moden dengan meluas. Fasa Kedua: Projek Lebuhraya Pantai Timur Penambahbaikan Industri Kompleks Petroleum Petronas terbesar di Pantai Timur.

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) pula telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Razak. Rancangan Malaysia kesepuluh ini merupakan rancangan lima tahun pembangunan Malaysia bagi tempoh 2011-2015. Rancangan Malaysia Kesepuluh ini telah dibentangkan di Parlimen pada 10 Jun 2010. Menurut Datuk Seri Najib Razak, Rancangan Malaysia Kesepuluh ini mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Ekonomi Baru yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. RMK10 menggariskan lima teras strategik ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Antara lima teras strategik itu adalah meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara. Kedua, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama. Ketiga, menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan. Keempat, meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup. Dan kelima adalah mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara. RMK-10 amat penting bagi memulihkan keadaan ekonomi negara yang tergugat kesan daripada kejatuhan ekonomi diseluruh dunia. Menurut Mohd. Ayop Abdul Razid iaitu Ketua Unit Komunikasi Media, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, pada keseluruhannya, prestasi ekonomi negara menguncup pada 2009 dan berkembang semula secara perlahan pada 2010. Pencapaian ekonomi negara dari tahun 2000 2009 pula adalah pada kadar 4.5 peratus hingga 5.0 peratus. Prestasi pertumbuhan dalam tempoh RMK-9 mencatatkan 4.2 peratus setahun. Ia juga meninggalkan kesan pada tahun 2010 iaitu di mana berlakunya jurang sebanyak 26 peratus bagi pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), manakala jurang di dalam Keluaran Negara Kasar (KNK) pula adalah 52 peratus. Oleh itu, kadar pertumbuhan ekonomi negara perlu dinaikkan agar tidak wujud jurang yang besar. Selain itu juga, ia adalah cabaran kerana untuk tempoh lima tahun akan datang, ekonomi dunia dijangka berkembang pada kadar 4.5 peratus. Ia berasaskan kepada pertumbuhan ekonomi negara membangun dan negara baru yang dianggarkan pada kadar 6.6 peratus setahun. Walau bagaimanapun , dari segi agenda nasional, RMK-10 sangat penting bagi mencapai Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad. Justeru, RMK-10 harus meningkatkan pertumbuhan KDNK pada kadar enam peratus setahun. Kerajaan juga harus mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus dalam tahun 2010 kepada kurang daripada tiga peratus pada tahun 2015.

Petunjuk positif pertumbuhan ekonomi negara sudah ada. Bagi suku tahun pertama tahun ini, ekonomi negara sudah mencapai pertumbuhan sebanyak 10 peratus. Pasaran eksport negara dijangka meningkat sebanyak 10.6 peratus setahun di mana sektor pembuatan dilihat akan menyumbang sebanyak 78.8 peratus daripada jumlah eksport pada akhir RMK-10. Selain itu, kerajaan juga telah meletakkan sasaran urusan perniagaan negara pada kedudukan 10 negara teratas di dunia menjelang akhir 2015. Sasaran itu juga akan meletakkan negara mampu berdaya saing di peringkat global serta menjadi destinasi penting menjalankan perniagaan di Asia. Dasar kewangan negara yang dinamik dan pragmatik juga telah menyumbang kepada pemulihan ekonomi domestik. Daya tahan sistem kewangan negara tetap kukuh. Sistem perbankan kita tidak terjejas. Menurut Laporan Tahunan dan Kestabilan Kewangan 2009, modal wajaran risiko perbankan kita meningkat pada paras 14.8 peratus pada akhir 2010 berbanding 12.6 peratus pada 2008. Yang nyata, RMK-10 menampakkan satu perancangan rapi oleh kerajaan bagi melakukan program reformasi ekonomi negara. Dengan jumlah peruntukan sebanyak RM290 bilion, kerajaan berusaha menyediakan pentas bagi transformasi ekonomi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Ini bermakna dalam tempoh lima tahun RMK-10, purata pendapatan rakyat perlu ditingkatkan sekali ganda daripada kadar sedia ada iaitu sebanyak RM26,420 kepada RM38,850 setahun. Di antara cabaran kerajaan bagi menjayakan RMK-10 adalah mengurus kewangan awam secara mapan dengan mengimbangkan di antara usaha menyokong pertumbuhan ekonomi dengan pengurangan defisit fiskal secara teratur dan berkesan. Defisit fiskal kerajaan membesar sejak 12 tahun lalu kerana kekurangan pelaburan modal dari sektor swasta dan Pelaburan Asing Langsung (FDI). Senario itu telah menyebabkan kerajaan terpaksa lebih banyak melabur dan menyebabkan defisit fiskal kerajaan tidak dapat dikecilkan. Oleh itu, di dalam RMK-10, kerajaan akan memastikan sektor swasta akan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Bagi pengurusan awam yang mapan, kerajaan akan melaksanakan beberapa perkara iaitu memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan subsidi secara berperingkat, meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam perolehan, memacu produktiviti melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta memperluas akses pungutan cukai Bagi memastikan RMK-10 berjalan dengan lancar dan berkesan, kerajaan telah menyediakan mekanisme bagi memantau pelaksanaan program dan aktiviti melalui petunjuk

prestasi utama (KPI) bagi setiap menteri dan kementerian. Disamping itu, usaha untuk mewujudkan persekitaran yang boleh merangsang dan menjayakan pertumbuhan ekonomi dan NKEA akan diberikan keutamaan. Terdapat 10 premis atau idea utama di bawah RMK-10 yang akan berupaya melonjakkan status negara maju. Premis-premis tersebut adalah ekonomi yang dipacu oleh faktor dalam negeri di samping mengambil kira persekitaran luar Negara, memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk mencapai kejayaan di pentas antarabangsa, transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi menerusi pengkhususan, menjayakan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi; memupuk, menarik dan mengekalkan modal cemerlang, memastikan peluang sama rata dan melindungi golongan yang mudah terjejas, pertumbuhan menyeluruh, pembangunan inklusif, menyokong perkongsian pintar dan berkesan, menghargai khazanah dan alam sekitar serta kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing. Jika kita teliti, idea-idea tersebut nampaknya menyokong dan mendukung lapan inisiatif yang digariskan oleh Majlis Penasihat Ekonomi negara (MPEN) bagi merealisasikan Model Baru Ekonomi. Lapan inisiatif yang digariskan itu termasuklah menyubur kembali sektor swasta, membangun tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, menyubur ekonomi domestik yang berdaya saing, mengukuh sektor awam, tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran, membina infrastruktur berasaskan pengetahuan, meningkatkan sumber pertumbuhan dan memastikan kebolehmapanan pertumbuhan.

Potensi perkembangan ekonomi di bawah RMK-10 perlu direalisasikan melalui peningkatan pelaburan dan produktiviti, kreativiti dan inovasi serta penggunaan modal insan dan sumber asli dan kewangan secara optimum. Keperluan terhadap penggunaan modal insan yang berkualiti dan cemerlang amat penting dan ia dilihat sebagai faktor kritikal bagi menjayakan RMK-10. Oleh demikian, tumpuan akan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka. Di antara isu yang harus ditangani kerajaan dalam soal modal insan ini ialah pengaliran kepakaran dan tenaga kerja mahir ke luar negara. Negara rugi apabila modal insan yang telah dilatih melalui sumber kewangan kerajaan dimanfaatkan oleh negara lain. Pendapatan dan insentif yang lebih baik harus dirangka bagi membendung aliran itu.

Berdasarkan senario yang ada pada zaman kini, beberapa cabaran mungkin dihadapi oleh negara. Cabaran yang paling besar ialah kemungkinan berlakunya sentimen pelaburan yang rendah kesan daripada pertumbuhan ekonomi global yang perlahan. Selain itu, dasar inward looking di negara maju serta persekitaran pelaburan yang semakin kompetitif boleh menjejaskan FDI. Justeru, kita perlu yakin perkara itu dapat diurus dengan baik kerana di bawah RMK-10 kerana kerajaan sudah menggariskan lima tumpuan utama bagi menjayakan RMK-10 iaitu pertama, mewujudkan persekitaran untuk pertumbuhan ekonomi yang diterajui oleh sektor swasta. Kedua, mewujudkan pembangunan sosioekonomi secara inklusif supaya kekayaan negara diagihkan secara saksama bagi mengurangkan ketidaksamaan. Ketiga, membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia, terutama dalam menggalakkan produktiviti dan pertumbuhan diterajui inovasi. Keempat, mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup supaya selari dengan status negara berpendapatan tinggi. Dan kelima, mentransformasikan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia supaya mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi. Walaupun RMK-9 dan RMK-10 telah dibentangkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 dan Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada masa ini, terdapat beberapa perbezaan diantara kedua-dua RMK tersebut. Berdasarkan kepada kedua-dua RMK tersebut, perbezaannya adalah dari segi pendidikan, perumahan, keselamatan, kesihatan, pengangkutan, insfrastruktur, ekonomi, dasar keadilan sosial, alam sekitar, kawasan luar bandar, awam-swasta, kebajikan warga emas dan akhir sekali tenaga mahir. Jadual di bawah merupakan perbezaan antara RMK-9 dan RMK-10: PENDIDIKAN RMK - 9 Bumiputra: Tiada Bukan Bumiputra: Bumiputra: Lepasan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama yang memiliki sijil SPM diberi menjadi guru program RMK- 10

444 buah SJKC telah menerima peruntukan pertimbangan itu dengan nilai RM25,408,761

pendidikan agama Islam dan J-Qaf.

160 buah SJKT turut menerima bantuan sama Bukan Bumiputra: dengan nilai RM15,474,410, diikuti 157 buah Guru lulusan Unified Examination Certificate sekolah mubaligh (RM10,804,915) dan 11 (UEC) buah SABK (RM733,000). yang memiliki sijil SPM

dipertimbangkan mengikuti pengajian bagi program bahasa Cina.

Bumiputra dan Bukan Bumiputra:

Peruntukan

RM280

juta

bagi

tujuan

Universiti Darul Iman di Terengganu dan mengubahsuai dan menaik Universiti Darul Naim di Kelantan dibina. Peruntukan RM1.15 bilion disediakan untuk menerima RM70 juta iaitu:

taraf sekolah

bantuan modal di mana setiap satu akan

menambah baik kemudahan sekolah luar i) Sekolah jenis kebangsaan Cina bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak. ii)Sekolah jenis kebangsaan Tamil Sebanyak 180 sekolah rendah dan 229 iii)Sekolah agama sekolah menengah dan sekolah berasrama iv) Sekolah mubaligh (mission schools) penuh dibina dalam RMK9. RM690 juta disediakan untuk membina Bumiputra dan Bukan Bumiputra: rumah guru, hampir separuh daripadanya untuk Bantuan pembayaran utiliti iaitu bil elektrik rumah guru di luar bandar. dan air sehingga RM2,000 sebulan bagi hampir RM1.51 bilion disediakan untuk program 1,900 buah sekolah bantuan modal. pengkomputeran sekolah manakala RM284 Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan juta diperuntukkan untuk program ditingkatkan daripada 28% kepada 60%. Prestasi pelajar dalam subjek kritikal terutamanya Inggeris, Bahasa Sains dan Malaysia, Matematik Bahasa akan

pembestarian sekolah.

dipertingkatkan dengan penambahan guru yang berkualiti. Syarat pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda. 20 buah sekolah diberi status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi pelajar

mencapai kecemerlangan dan akan ditambah

kepada 100 buah pada akhir tahun 2012. Sekolah Amanah (Trust Schools) akan diperkenalkan bagi memudah cara perkongsian awam-swasta. Pendidikan awal kanak-kanak sebagai agenda penting nasional melalui program PERMATA. Penyertaan kanak-kanak (empat hingga lima tahun) peringkat prasekolah akan

dipertingkatkan daripada 67% kepada 87% menjelang tahun 2012. Insentif RM10 ribu kepada sektor swasta yang menubuhkan institusi prasekolah swasta. Kanak-kanak dalam isi rumah 40% terendah akan terus diberi peluang dalam pendidikan.

PERUMAHAN RMK-9 RMK-10 RM500 juta bagi tujuan membiayai kerja-

Sebanyak 43,000 unit rumah kos rendah 78,000 buah rumah mampu milik akan dibina. dibina melalui program perumahan rakyat. Syarikat Perumahan Negara Berhad membina kerja membaik pulih dan penyelenggaraan 29,000 rumah kos rendah dan sederhana rumah mampu milik awam mahupun swasta. rendah.

KESELAMATAN RMK-9 Tiada RMK-10 Sebanyak 496 buah CCTV sedang dipasang di seluruh negara bagi meningkatkan keupayaan pemantauan.

Program

Safe Cities terus

dilaksanakan

dengan menggembleng tenaga pelbagai agensi kerajaan termasuk PDRM, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Undang-undang dan peraturan berkaitan sedia ada akan disesuaikan bagi mendorong

penyertaan besar daripada wanita. Rondaan polis akan ditambah di 50 hotspots yang telah dikenal pasti. Peruntukan RM2.04 juta bagi tujuan

melaksanakan pendekatan baru dalam sistem keadilan jenayah yang menekankan

penglibatan semua pihak termasuk agensi kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri, sektor swasta dan warga negara melalui program memupuk semangat kesukarelawan. Polis penjaga akan membuat saringan untuk terhadap menjamin

kanan-kanak

keselamatan dan perlindungan kanak-kanak yang berada di bawah jagaan pihak lain seperti pusat jagaan, pusat asuhan dan tadika. RM2.4 bilion untuk kebajikan anggota polis seperti menaik taraf balai polis dan kuarters serta menambah baik prospek kerjaya sebagai motivasi dalam meningkatkan prestasi. Peruntukan RM120 juta di bawah Skim Rondaan Sukarela dalam bentuk inisiatif untuk terus menggalakkan aktiviti kesukarelawan dalam program Rukun Tetangga dengan penyertaan penduduk setempat di kawasan

kejiranan.

KESIHATAN RMK-9 RMK-10

Dalam tempoh RMK-9, sejumlah RM10.28 Kerajaan akan membina 8 hospital, termasuk bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor hospital-hospital pakar, 197 klinik dan juga kesihatan, Sebahagian besar daripada tambahan sebanyak 50 klinik 1Malaysia yang

peruntukan ini disediakan bagi pelaksanaan akan disiapkan dalam tempoh separuh pertama program penggalakan penyakit kesihatan kesihatan awam dan termasuk rancangan ini. pencegahan RM600 juta turut disediakan bagi pembinaan pembangunan empat hospital baru dan empat hospital

serta

peningkatan

sumber manusia. Usaha R&D serta menaik gantian. Ini termasuk institusi perubatan khas taraf dan mengubahsuai kemudahan penjagaan iaitu Institut Kanser Nasional dan Pusat kesihatan sedia ada juga diberi penekanan. 8 buah hospital dibina di seluruh negara Rehabilitasi Cheras. Klinik bergerak, perkhidmatan doktor udara

RM2.3 b diperuntukkan kepada Majlis Kanser dan wakil kesihatan kampung akan diperluas Nasional, National Forensic Institute and bagi memenuhi keperluan masyarakat di National Institute for Oral Health kawasan terpencil. Penyampaian pra-hospital dan penjagaan

kecemasan juga turut akan diperluaskan selain perkhidmatan penjagaan ambulatori.

PENGANGKUTAN RMK-9 RM3.5 b membina dan menaik taraf jalan RMK-10 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

Jambatan kedua Pulau Pinang dibina bagi (SPAD) telah ditubuhkan sebagai agensi merangsang pertumbuhan di kawasan tunggal yang bertanggungjawab merancang,

berdekatan merangkumi Pulau Pinang, Kedah mengawal setia dan menguatkuasakan sistem

dan Perak Utara.

serta operasi pengangkutan awam darat.

Sebuah Suruhanjaya Nasional ditubuhkan Kerajaan akan memperkemaskan lagi juraian untuk mengawal selia pengangkutan awam dan rangkaian perhubungan awam di Kuala manakala suruhanjaya khusus ditubuhkan bagi Lumpur dengan pelaksanaan projek Mega kawasan Lembah Klang. Mass Rapid Transit berkapasiti tinggi. Terminal pengangkutan bersepadu dibina di Pembinaan landasan sepanjang lebih kurang Gombak dan Bandar Tasik Selatan sebagai hab 150km yang membolehkan dua juta perjalanan transit ke Kuala Lumpur. sehari berbanding 480,000 perjalanan bagi Pembinaan terminal bas dan rel seperti Pengangkutan dilaksanakan Bersepadu bagi Gombak akan Monorel Pulau Pinang dan lebuh raya sistem pengangkutan bandar masa kini. hubungan penyuraian timur di Johor dibina.

kelancaran

perjalanan

pengangkutan awam. Sistem Bas Rapid Transit akan diperkenalkan di Wilayah Iskandar, Johor. Bas awam akan ditambah sebanyak 200 buah di Pulau Pinang.

INFRASTRUKTUR RMK-9 RMK-10

RM10bilion - pembangunan infrastruktur Pelaksanaan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Iskandar Malaysia di bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan Pembangunan RM1bilion menaik taraf Lapangan Terbang ekonomi utama dan kawasan industri. Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) rangkaian pengangkutan

multimodal untuk menyokong pertumbuhan negara seperti projek Lebuh raya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu yang telah berada dalam Fasa 2 dengan kos RM3.7 bilion. Projek landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Baru dengan anggaran kos

RM8 bilion sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baru di Selatan. Loji rawatan kumbahan (Sewerage Treatment Plant) berdasarkan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan akan diperluaskan ke seluruh negara.

EKONOMI RMK-9 Bumiputra: Capai sasaran 30% pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang tahun 2020. Bukan Bumiputra: Meningkatkan pemilikan ekuiti etnik India kepada 3% menjelang tahun 2020. Bumiputra: Program ekuiti swasta dalam syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan seperti PNB, Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera akan diperbaharui dan diperkukuh dalam usaha memperluas pemilikan dan kawalan ekuiti Bumiputera. Bumiputra dan Bukan Bumiputra: KDNK sebenar pada kadar 6% setahun KNK per kapita dijangka meningkat pd 5.9% setahun Kerajaan bercadang menubuhkan dua badan bertindak pelaksanaan Negara yang pertama untuk memantau projek RMK9 dan yang kedua bagi memantau program masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera generasi baru yang dipengerusikan oleh Kerajaan akan menyokong usahawan RMK-10

Bumiputera. Tabung Pelaburan Amanah Hartanah akan ditubuhkan untuk mengurangkan kekangan kepada Bumiputera untuk melabur dalam sektor hartanah komersial dan industri. Kampung Bharu, Kuala Lumpur akan dibangunkan semula agar pemilik tanah dapat merealisasikan nilai sebenar hartanah mereka tanpa menjejaskan kedudukan orang-orang Melayu sebagai pemegang asal tanah-tanah di kawasan ini. RM1.5 bilion atau separuh daripada

Perdana Menteri. RM200bilion disediakan oleh Kerajaan

Persekutuan bagi perbelanjaan pembangunan tambahan dana Skim Jaminan Modal Kerja untuk mencapai Misi Nasional dalam tempoh sebanyak RM3 bilion akan diperuntukkan RMK9. Projek bernilai RM20bilion lagi kepada usahawan Bumiputera. dilaksanakan melalui inisiatif pembiayaan RM3 bilion bagi organisasi swasta. Pembangunan keusahawanan seperti MARA dan PUNB. Terus membangunkan guna tenaga

profesional Bumiputera secara lebih tuntas. Menubuhkan satu Majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.

Bukan Bumiputra: TIADA

Bumiputra dan Bukan Bumiputra: Tumpuan kepada berdensiti sebilangan yang kluster

perbandaran

berteraskan

industri bernilai tinggi untuk menarik perhatian pelaburan dan tenaga kerja mahir. Pembangunan kluster akan ditumpukan kepada sektor-sektor terpilih dengan mengenal pasti aktiviti dan pelaburan utama termasuk GLC dan syarikat swasta. Kerajaan menyediakan Skim Jaminan Modal Kerja sebanyak RM7 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua. Tambahan RM3 bilion menjadikan jumlah sebanyak RM10 bilion.

DASAR KEADILAN SOSIAL RMK-9 TIADA Bumiputra: Fokus kepada golongan terpinggir yang tinggal di pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak serta orang Asli di Semenanjung Malaysia . Kerajaan sedang mempertimbangkan kaedah untuk memberi hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. RMK-10

Bukan Bumiputra: Fokus kepada golongan terpinggir seperti pekerja Estet di Semenanjung Malaysia. Memperbaiki kualiti hidup pekerja ladang dan displaced estate workers. Sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar atau kurang dan terletak tidak melebihi 5 kilometer dari paip utama dengan peruntukkan RM109 juta. Penduduk yang tinggal di kampung baru Cina akan diberi bantuan. RM100 juta disediakan sebagai pinjaman bagi membantu mereka membuat pembayaran premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan.

Bumiputra dan Bukan Bumiputra: Program latihan kemahiran akan disediakan terutama golongan muda pelbagai kaum yang tercicir daripada persekolahan.

KAWASAN LUAR BANDAR RMK-9 RMK-10 Pembinaan sepanjang 6,200 kilometer

jalan berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500 kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di Sarawak. Liputan air di luar bandar yang lebih berkualiti dan berterusan sebanyak 99% di Semenanjung Malaysia, 98% di Sabah dan 95% di Sarawak. Juga melibatkan

penyambungan bekalan air kepada 117,000 rumah di Semenanjung Malaysia, 112,700 di Sabah dan 87,400 di Sarawak. Kemudahan elektrik akan diperluaskan meliputi 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak. Juga akan menyediakan amenity sosial dan kemudahan teknologi maklumat kepada

masyarakat luar bandar.

ALAM SEKITAR RMK-9 RM510 m pemuliharaan sungai RMK-10 RM1.5 bilion melalui Skim Pembiayaan

RM4 bilion dibelanjakan bagi projek tebatan Teknologi Hijau untuk mempertingkatkan banjir . aplikasi teknologi hijau dalam pengeluaran produk dan penyediaan perkhidmatan. Garis panduan, piawaian dan undang-undang berkaitan akan diperkenal bagi memastikan kecekapan penggunaan tenaga, termasuk

penurunan tahap pelepasan gas rumah hijau. Putrajaya dan Cyberjaya dijadikan model perintis bagi bandar hijau contoh.

AWAM SWASTA RMK-9 RMK-10

Perluasan Taman Teknologi Tinggi Kulim, 7 lebuh raya dengan anggaran kos RM19 penubuhan Taman Teknologi Sarawak dan bilion. Taman Teknologi Perak, penubuhan 20 Taman 2 buah Projek Loji Jana Kuasa Elektrik Industri dan PKS di seluruh negara. Arang Batu dengan anggaran kos RM7 bilion. Pembangunan tanah Lembaga Getah Kelompok industri petrokimia di Pahang dan Terengganu

Malaysia di Sungai Buloh seluas 3,300 ekar dengan anggaran RM10 bilion. Pihak swasta berpeluang menyertai projekprojek pembangunan beberapa projek lain yang dipimpin syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) yang beranggaran RM3 bilion. RM20 bilion melalui Dana Mudahcara atau Facilitation Fund bagi membantu merapatkan jurang daya maju pelaburan swasta dalam

melaksana projek bernilai tinggi.

WARGA EMAS RMK-9 TIADA RMK-10 Mendapat infrastruktur yang lebih mesra, akses kemudahan kesihatan yang mampu dibiayai, rumah perlindungan yang mencukupi dan juga peluang pekerjaan di samping mengukuhkan kewangan.

TENAGA MAHIR RMK-9 RMK-10 RM500 juta disediakan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran untuk

latihan sekurang-kurangnya 38,000 pekerja.

3.0

KESIMPULAN Rancangan Malaysia telah banyak memberi kesan yang sangat positif kepada

pembangunan negara ke arah negara yang maju. Usaha kerajaan untuk bersaing dengan negara yang membangun seperti negara-negara di Barat sudah nampak hasilnya. Kini, negara Malaysia tinggal 7 tahun sahaja lagi bagi menjelang Wawasan 2020. Oleh itu, RMK-10 sangatlah penting kerana ia menentukan sejauh mana kemampuan negara kita dalam menuju negara yang maju dan membangun. Walaupun RMK-9 dan RMK-10 mempunyai banyak perbezaan, namun, matlamatnya tetap sama iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan makmur.

4.0

RUJUKAN

http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/html/bahasa.htm http://www.epu.gov.my/web/guest/tenth-malaysia-plan-10th-mphttp://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1302:intipatirancangan-malaysia-ke-10-2011-2015&catid=120:artikel&Itemid=148&lang=bm http://hafiy.tripod.com/adm/interstitial/remote.html http://saiminginsariipkent.blogspot.com/2009/02/selepas-merdeka-kerajaan-memberi.html http://www.moa.gov.my/web/guest/rmk-91 http://www.aspirasidigital.net.my/buletin/buletin13_for_web.pdf

You might also like