Kesetiaan Hang Tuah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kesetiaan Hang Tuah. Hang Tuah ialah salah seorang laksamana dalam kesultanan Melayu Melaka.

Nama asal beliau ialah Daeng Mempawah dan beliau dikatakan berasal dari Mengkasar. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini, beliau dapatlah dikatakan salah seorang hamba Melayu yang memperlihatkan sifat taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap raja. Dalam hal ini, sifat taatsetia itu terserlah semasa beliau dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mansur Syah atas tuduhan yang belum dibuk tik an kebenarannya. Beliau langsung tidak menentang hukuman tersebut sebaliknya menerimanya dengan penuh taat. Walau bagaimanapun, beliau bernasib baik kerana hukuman itu tidak dilaksanakan oleh Seri Nara Diraja yang lebih rasional daripada baginda sultan dan berpandangan jauh pula. Apabila Hang Jebat menimbulkan keadaan huru-hara di Melaka, Hang Tuah telah d i p a n g g i l s e m u l a o l e h S u l t a n M a n s u r . H a n g T u a h t i d a k menggunakan kesempatan itu untuk membalas dendam terhadap penganiayaan baginda, sebaliknya dengan berbekalkan sikap taat setianya, beliau bersedia untuk membunuh Hang Jebat yang merupakan sahabat karibnya. Begitu juga, demi kesetiaannya, beliau sanggup menyelamatkan kuda baginda sultan yang telah masuk ke dalam kolam najis setelah tiada seorang hamba pun sanggup untuk melakukannya.

Tema Hikayat Hang Tuah Tema merupakan suatu teknik yang amat penting dalam sesebuah karya kerana temalah yang menjadi pokok cerita kepada sesebuah karya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2008) pula, tema ialah sebjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita dan sebagainya. Tema juga merupakan tajuk atau pokok utama sesebuah cerita. Dalam Hikayat Hang Tuah, tema yang cuba ditonjolkan oleh pengarangnya ialah tema berkenaan dengan ketaatan atau kesetiaan Hang Tuah kepada rajanya. Ketaatan Hang Tuah dapat dilihat dengan banyaknya dalam Hikayat Hang Tuah. Hang Tuah merupakan seorang hamba yang perlu mempunyai raja untuk mengabdikan kesetiaan dan ketaatannya. Oleh itu, kata taat yang menjadi tema dalam hikayat ini telah menjadi landasan bagi Hang Tuah dalam melakukan segala tindakan terhadap rajanya. Dalam erti kata yang lain, teks Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah teks yang menceritakan ketaatan seorang hamba kepada rajanya. Sifat taat yang terdapat dalam diri Hang Tuah ini menjadikan beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk rajanya. Sebagai contoh, Hang Tuah sanggup terjun ke telaga tahi untuk menyelamatkan kuda anak raja. Dia juga sanggup masuk ke dalam kubur supaya dapat menceritakan kepada raja bagaimana pengalaman seseorang yang dikebumikan. Hang Tuah juga sanggup membunuh Hang Jebat iaitu sahabatnya sendiri sedangkan Hang Jebat melawan raja adalah untuk menuntut bela atas tindakan raja yang menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah. Selain itu, Hang Tuah turut sanggup bertarung nyawanya dan melakukan sesuatu yang tidak rasional dengan melarikan Tun Teja ke negeri Melaka hanya untuk menunjukkan kesetiaannya terhadap raja Melaka

You might also like