Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1.0 PENGENALAN 1.1.

Pengenalan Alat Bantu Mengajar merupakan satu bentuk komunikasi bertujuan untuk memberitahu, mempengaruhi, mempengaruhi dan menghibur. Tugas pengajar untuk memberitahu atau menyampai satu himpunan maklumat atau fakta kepada muridmurid. Tujuan ABM juga untuk mempengaruhi dan menghibur. ( Kamarudin Husin :1989 )

ABM juga merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan

mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambargambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. ( Atan Long :1981 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. ( Noraziah Abdul Hamid :1981 ) membahagikan ABM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. ( Hanapiah Sudin :1979 ) dan ( Khairiah Ahmad :1980 ) mengkelaskannya kepada dua iaitu sof tware dan hardware. ( Ngui Kuen Sang : 1981 ) mengenai ABM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang. ( Atan Long :1982 ) ABM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan ABM.
Ahmad Fadzlee Bin Donald Daryllichelle Dayang Anak Dinggun ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 1

Di samping itu, alat bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan. Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam Bahasa Melayu dan sastera. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali gus menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan bahawasanya pembelajaran Bahasa Melayu adalah membosankan. Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam pengajaran adalah penting kerana ia dapat meningkatkan kejayaan pembelajaran dan boleh menimbulkan ransangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran dan menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan.

1.2. Alat Bantu Mengajar Yang Disediakan


Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Multimedia Interaktif Dalam Mengajar Bahasa Melayu Pengajaran:

Sukatan Pelajaran:
1. Mengenal dan mengecam bentuk dan bunyi huruf pada simbol yang dilihat/ditayangkan. 2. Mengenal, menekap, meniru bentuk huruf, suku kata dan perkataan.

Ahmad Fadzlee Bin Donald Daryllichelle Dayang Anak Dinggun

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 2

Deskripsi Pelajaran Hari Ini: Isi pelajaran pada hari ini ialah mengukuhkan ingatan murid kepada lima huruf yang telah dipelajari iaitu a, e, i, o dan u. Mereka telah mempelajari huruf-huruf ini secara satu persatu di dalam pembelajaran yang lepas. Pada hari ini, mereka diterangkan bahawa hurufhuruf ini berada di dalam satu kumpulan yang sama iaitu huruf-huruf vokal. Kemahiran Sedia Ada: Murid pernah melihat dan menyebut perkataan api, ekor, ikan, obor dan ulat. Perkataanperkataan ini mempunyai huruf vokal di awal perkataan. Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 1. Murid ditunjukkan/ditayangkan gambar api, ekor, ibu, aki, isi, ulu, obor dan ubi. 2. Murid diminta menyebut gambar-gambar tersebut dengan suara yang kuat. 3. Murid diminta memberi penekanan suara pada bunyi sebutan pada awal perkataan. 4. Guru menunjukkan cara membunyikan perkataan itu dengan sebutan yang betul dengan bantuan bahan multimedia. 5. Murid diimbas kembali pada skrin LCD huruf-huruf vokal yang telah dipelajaria, e, i, o, u. 6. Murid menunjukkan huruf-huruf vokal mengikut bunyi yang disebut oleh guru. 7. Guru dan murid melengkapkan puzzle huruf dan puzzle gambar yang berkaitan seperti dalam bahan multimedia. 8. Murid juga membentuk huruf vokal tersebut dengan menggunakan plastisin. 9. Bagi menilai kefahaman terhadap pembelajaran pada hari ini, murid diberi latihan memadankan huruf dan gambar yang betul seperti bahan multimedia.

Ahmad Fadzlee Bin Donald Daryllichelle Dayang Anak Dinggun

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 3

Set Induksi: Murid ditunjukkan keratan gambar ubi di skrin. Murid dan guru bersoal jawab tentang gambar ubi yang ditunjukkan. (Dengan iringan muzik)

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada: 1. Murid diimbas kembali dengan klip perkataan yang mempunyai huruf vokal pada awal perkataan (satu per satu dengan iringan muzik). 2. Guru akan menyebutkan bunyi awal dan murid akan menyambung untuk bunyi yang seterusnya bagi membentuk satu perkataan bermakna. Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid: Guru menayangkan gambar dan perkataan ibu. Guru menyatakan bahawa

pembelajaran pada hari ini adalah berkaitan dengan bunyi huruf pada awal setiap perkataan, contohnya [ i ] = ibu.

Ahmad Fadzlee Bin Donald Daryllichelle Dayang Anak Dinggun

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 4

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid: Langkah Pertama

Vokal + konsonan vokal 1. Murid ditayangkan/ditunjukkan carta gambar yang bermula dengan huruf a, e, i, o,u iaitu gambar api, aki, ekor, ibu, ikan, obor, orang, ular dan ubi dalam klip video satu per satu dengan iringan muzik. 2. Murid diminta menyebut bunyi perkataan tersebut. 3. Selain itu, murid diberi penekanan tentang bunyi pada awal perkataan. 4. Guru akan menayangkan/menunjukkan huruf vokal pada setiap bunyi awal perkataan yang disebut. 5. Murid juga diminta menunjukkan huruf vokal yang betul apabila bunyi huruf disebut oleh guru. Langkah Kedua

Puzzle 1. Guru dan murid bersama-sama melengkapkan puzzle huruf pada skrin LCD. 2. Murid menyebut huruf dan perkataan yang dibentuk. 3. Murid diminta memadankan puzzle gambar berdasarkan perkataan yang diberikan pada sebelah atas gambar. Ahmad Fadzlee Bin Donald Daryllichelle Dayang Anak Dinggun ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 5

4. Murid memilih puzzle gambar yang disediakan. Langkah Ketiga 1. Guru menunjukkan cara untuk membentuk huruf a, e, i, o, u dengan menggunakan plastisin. 2. Selain itu juga, guru menyediakan template bagi murid membentuk huruf -huruf tersebut. Penilaian Latihan dengan Bimbingan: 1. Murid ditunjukkan cara untuk memadankan huruf vokal dan gambar yang berkaitan di dalam multimedia interaktif yang disediakan. Bunyi Betul dengan tik () apabila padanan itu betul dan sebaliknya bunyi Salah dengan pangkah (X) jika padanan itu salah. 2. Murid memadan perkataan dan gambar pada lembaran kerja yang disediakan. Latihan Kendiri: Bagi murid yang dapat menulis dengan cara yang betul, guru menyediakan latihan tambahan untuk diselesaikan di rumah. Penutup Pengajaran: 1. Guru meminta murid menunjukkan huruf vokal yang betul apabila guru menyebut perkataan yang telah dipelajari sebentar tadi. 2. Guru memuji semua murid yang berjaya mengikuti pembelajaran hari itu dengan baik.

Ahmad Fadzlee Bin Donald Daryllichelle Dayang Anak Dinggun

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 6

1.3. Subjek Yang Diajar


Subjek yang akan diajar adalah Bahasa Melayu. Memandangkan Bahasa Melayu merupakan bahasa yang pertama dipelajari oleh kanak-kanak sejak dari awal lagi. Hal ini disebabkan pembelajaran secara tidak formal telah berlaku di rumah memandangkan ibu bapa lebih cenderung untuk bertutur dalam Bahasa Melayu berbanding bahasa lain. Tambahan pula, Bahasa Melayu akan menggunakan abjad-abjad yang biasa digunakan mahupun dalam Bahasa Inggeris.

1.4. Kumpulan Sasaran


Kumpulan sasaran yang terlibat bagi penggunaan Alat Bantu Mengajar yang disediakan adalah lebih difokuskan pada kanak-kanak prasekolah dan kanak-kanak pemulihan iaitu yang mempunyai masalah dari segi keupayaan membaca. Memandangkan kedua-dua kumpulan kanak-kanak diatas memerlukan bahan-bahan rangsangan seperti ABM untuk merangsang pemikiran mereka. Justifikasinya, ABM ini bersesuaian digunakan bagi kedua kumpulan kanakkanak diatas.

1.5. Objektif Pengajaran


Objektif pengajaran dengan berbantukan alat bantu mengajar adalah untuk

memudahkan murid-murid memahami sesuatu pelajaran dengan lebih mudah. Penggunaan alat bantu mengajar dapat merangsang pemikiran mereka secara langsung akan membuat mereka berfikir dan mengaplikasikan sesuatu melalui apa yang dilihat,didengar atau disentuh melalui deria yang ada pada mereka. Pembelajaran dan pengajaran akan jadi lebih berkesan sekiranya murid-murid dapat mengaplikasikan sesuatu melalui deria mereka dengan kehadiran alat bantu mengajar. Berikut beberapa objektif pengajaran berbantukan alat bantu mengajar yang lain.: 1. Menggalakkan murid-murid berfikiran kritis dan kreatif. 2. Membolehkan murid-murid menggunakan daya imaginasi mereka dengan baik. 3. Membantu mereka memahami pemebelajaran dengan lebih baik disebabkan kehadiran alat bantu mengajar secara langsung.

4. Membolehkan mereka mengaplikasikan sesuatu melalui alat bantu mengajar tersebut.

Ahmad Fadzlee Bin Donald Daryllichelle Dayang Anak Dinggun

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 7

2.0 ESEI 2.1. Esei Alat Bantu Mengajar Multimedia Dapat Merangsang Pemikiran Murid
Saya memilih Multimedia sebagai bahan bantu mengajar untuk mengajar Bahasa Melayu kerana teknologi multimedia mampu memberi kesan yang besar dalam bidang komunikasi dan pendidikan. Ianya boleh mengintegrasikan unsur-unsur yang melibatkan pengunaan pelbagai deria teks, grafik, animasi, audio dan video. Multimedia telah mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih dinamik. Tambahan lagi, aplikasi multimedia interaktif ini telah mengambilkira teori-teori pembelajaran atau yang berkaitan dengannya berdasarkan suasana dan keperluan semasa. Pendidikan menerusi multimedia ini menekankan kepada proses bagaimana seseorang pelajar belajar. Elemenelemen di dalam multimedia ini telah menyokong penggunaan pelbagai sensor (multi-sensory) serta mampu merangsangkan penggunaan pelbagai deria manusia. Multimedia juga turut menyediakan kemudahan interaktiviti dan membenarkan pengguna mengawal perjalanan dan masa media yang digunakan Ivaughan, 1981). Multimedia juga dikatakan mampu menjadi medium komunikasi yang positif dan efektif kerana melalui teks, audio, video serta animasi yang pelbagai warna dan corak mampu dipaparkan di dalam seduah skrin pada suatu masa yang sama. Disamping itu juga, penggunaan media interaktif juga mampu menarik perhatian serta muda untuk difahami berbanding penggunaan bahan-bahan yang statik dan bisu (Vaughan, 1998). Pengguna yang tertarik akan memberi lebih penumpuan pada persembahan isi kandungan atau maklumat yang ingin disampaikan dan seterusnya ini akan membolehkan proses penyampaian maklumat berlaku dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, semasa mengajar sesuatu pengajaran yang pertama iaitu lagu burung, kanak-kanak akan membuat pergerakan seperti burung semasa menyanyi lagu tersebut. Dalam melakukan aktiviti tersebut, kita akan dapat melihat berbagai gaya yang dipersembahkan oleh murid, samada seperti terbang, berjalan, melompat, makan atau sebagainya. Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar atau mewarnakan gambar burung. Semasa pembelajaran ini kanak-kanak akan dapat membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya. Semuanya ini menguatkan lagi rasional yang menyatakan bahawa multimedia amat sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini.

Kajian juga mendapati bahawa penggunaan teknologi multimedia telah mendapat maklum balas yang positif daripada pelajar dari pelbagai disiplin ilmu bagi pelbagai peringkat usia. Ianya juga mampu menyokong pembelajaran serta terbukti berkesan dalam membentuk Ahmad Fadzlee Bin Donald Daryllichelle Dayang Anak Dinggun ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 8

serta mengekalkan maklumat untuk tempoh masa yang panjang dan ianya boleh dicapai kembali dalam masa yang lebih pantas berbanding kaedah pengajaran tradisi (Ng dan Kmiya, 2000; Hofstetter, 1995). Selain dari itu, penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga di dapati mampu menarik minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap proses pembelajaran (Thomas, 1996). Memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan latihan dan seterusnya membentuk kemahiran berfikir pada aras yang lebih tinggi. Dengan berbuat demikian membolehkan bahan bantu mengajar ini digunakan dalam bentuk penyelesaian masalah. Kajian Farrimond dan rakan-rakan (1997) berpendapat memanfaatkan teknologi multimedia sebegini telah

memindahkan kaedah pembelajaran secara kes tradisi kepada simulasi berkomputer mampu membangunkan kefahaman mereka terhadap pembelajaran dengan lebih efektif. Simulasi berkomputer juga mampu meningkatkan motivasi, mengurangkan berlakunya salah konsep dalam pembelajaran, mengintegasikan informasi dengan berkesan serta meningkatkan peluang berlakunya pembelajaran yang lebih bermakna (Mayes, 1992). Bahan bantu mengajar ini boleh digunakan dalam proses pembelajaran secara kendiri mahupun melalui kerjasama di kalangan ahli dalam kumpulan. Menurut Fry dan Coe (980), apabila para pelajar berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti pembelajara secara aktif, mereka akan mendapati proses pembelajaran lebih menyeronokkan serta memberi kepuasan

berbanding proses pembelajaran yang dilalui secara pasif. Ini disokong oleh Joohnson et al., (1986), persekitaran pembelajaran sebegini mampu menyediakan pelajar dalam menangani proses pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi sama ada dari sudut interaksi mahupun tingkah laku. Pada masa kini, ramai guru telah mempunyai kemahiran dan keyakinan diri bagi menggunakan keupayaan teknologi ini dengan cara yang paling berkesan. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif, lebih menggalakkan komunikasi aktif antara pelbagai hala. Penggunaan komputer multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah dengan matlamat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Dengan berkembangnya teknologi multimedia, unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik boleh diserap di dalam perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Konsep permainan dalam pembelajaran digabung untuk menghasilkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Perisian-perisian ini adalah dari jenis pembelajaran di dalam kelas atau pembelajaran kendiri. Ia boleh digunakan untuk pembelajaran di rumah dan di sekolah. Ahmad Fadzlee Bin Donald Daryllichelle Dayang Anak Dinggun ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 9

Sesi pembelajaran boleh disesuaikan dengan tahap penerimaan dan kefahaman pelajar. Pencapaian dan kefahaman pelajar akan diuji. Jika pelajar tidak mencapai tahap yang memuaskan, maka sesi pemulihan pula akan dilaksanakan. Rekod pencapaian pelajar akan disimpan supaya prestasi pelajar boleh diawasi. Konsep pembelajaran kendiri dapat dilaksanakan dengan jayanya jika perisian tersebut menarik dan memotivasikan pelajar untuk terus belajar. Ini dapat dicapai jika perisian direkabentuk dengan baik menggunakan multimedia. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif akan menggalakkan komunikasi aktif pelbagai hala ( pelajar-guru, pelajar-pelajar, pelajar-komputer ). Gabungan pelbagai media yang memanfaatkan sepenuhnya deria penglihatan dan pendengaran mampu menarik minat belajar. Namun yang utamanya ialah pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Penggunaan alat bantu mengajar berasaskan multimedia membolehkan pengajaran guru lebih selesa dan menggalakkan dalam proses pengajaran asas bacaan. Keputusan ini bertepatan dengan pendapat Mohd Daud Hamzah ( 1990 ) yang menyatakan bahawa semakin banyak pancaindera yang dilibatkan semakin banyak pengalaman pembelajaran yang diperolehi bagi mengembangkan keintelektualan pelajar dengan berkesan. Keputusan ini menunjukkan bahawa guru bukan lagi menggunakan kata, suara, isyarat, papan tulis dan kapur sahaja dalam menyampaikan pengajarannya terutama sekali kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran asas bacaan. Keputusan ini amat bersesuaian dengan pendapat Rasihidi Azizan & Abdul Razak Habib (1998) yang menyatakan bahawa penggunaan alat bantu mengajar merupakan sebahagian daripada usaha guru bagi memberangsangkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran yang seterusnya menjamin pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh pelajar. Selain itu ianya juga membantu mengajar menambah minat pelajar untuk terus mengikuti pengajaran sewaktu di dalam bilik darjah. Apabila menggunakan alat bantu mengajar, pelajar menjadi lebih berminat mengikuti pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas membaca. Hal ini disebabkan, sesuatu benda yang dapat dilihat, didengar ataupun disentuh akan menjadikan para pelajar cenderung untuk mengikuti pembelajaran seterusnya. Secara tidak langsung minat pelajar tersebut akan terus kekal sehingga ke akhir sesi pembelajaran. Di samping itu, minat para pelajar ini amat penting kerana keberkesanan untuk pelajar memahami sesuatu bergantung pada minat pelajar tersebut. Tambahan pula, dalam aktiviti untuk mengajar kemahiran membaca pelajar perlu didedahkan dengan sesuatu yang visual atau tampak bagi membantu mereka untuk mengaplikasikan pelbagai jenis abjad dan ingatan terhadap beberapa Ahmad Fadzlee Bin Donald Daryllichelle Dayang Anak Dinggun ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 10

perkataan dapat ditingkatkan melalui pengalaman secara langsung. Tuntasnya, penggunaan alat bantu mengajar mampu menambah minat serta mendapati pengajaran guru amat menyeronokkan.

Ini jelas membuktikan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar berbantukan komputer tidak dapat dinafikan lagi telah berjaya mempertingkatkan prestasi penguasaan asas bacaan dalam kalangan pelajar bermasalah dalam menguasai ilmu 3M (Membaca, Menulis, Mengira). Peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar ini jelas bertepatan dengan Abdul Rahman Abdul Rashid ( 1995 ) bahawa penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam proses P&P adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran.
Penggunaan multimedia secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada guru dan pelajar menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi terkini dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran teknologi baru yang akan datang.

Ahmad Fadzlee Bin Donald Daryllichelle Dayang Anak Dinggun

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 11

3.0 RUMUSAN

Setiap bahan bantu mengajar yang digunakan sebenarnya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri termasuk multimedia interaktif ini. Namun begitu, guru sendiri harus mahir menangani setiap masalah berkaitan media pilihan. Dalam situasi ini, kewibawaan guru menghadapi situasi sukar dan tidak dijangka amat diperlukan. Penggunaan bahan kartun sebagai bahan bantu mengajar perlulah selari dengan kesungguhan guru dalam mengaplikasikan bahan tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak boleh mengajar sambil lewa samasa menggunakan bahan ini kerana bahan ini mungkin akan menjadi perhatian melebihi sesi pengajaran. Oleh kerana sifatnya, ia boleh dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Apa yang penting ialah sikap, kebolehan dan kreativiti guru melihat dari sudut mana yang dirasakan sesuai dan boleh mengintegrasikan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya guru mengajar tanpa alat, murid belajar dengan ralat; guru yang hanya banyak bercakap, mungkin murid bertambah gagap; guru menjadi pemudahcara, kelak murid pintar bicara.

Ahmad Fadzlee Bin Donald Daryllichelle Dayang Anak Dinggun

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 12

4.0 REFLEKSI INDIVIDU Refleksi


Setelah berusaha saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkani ini. Sepanjang masa penghasilan kerja kursus ini banyak yang telah saya pelajari. Pelbagai pengalaman dan kenangan yang telah dilalui sepanjang membuat kerja kursus ini seperti berjaga malam dan mengorbankan masa bermain. Tambahan lagi saya telah banyak mempelajari tentang subjek Kemahiran Berfikir ini. Pada mulanya saya menganggap subjek ini semata-mata berfokus pada kemahiran Berfikir sahaja. Namun setelah mengkaji subjek ini dengan lebih mendalam melalui tugasan ini barulah saya sedari bahawa terdapat beberapa teknik belajar yang sangat berkesan dan efektif. Selain daripada itu, saya juga dapat mempelajari beberapa teknik memperoleh maklumat dan memproses maklumat. Kemahiran ini sangat berguna dan mendatangkan banyak faedah terutamanya dalam membantu guru-guru untuk meningkatkan pengetahuan mereka.

Tuntasnya, guru dapat mengaut pelbagai ilmu melalui proses kaedah memperoleh dan memproses maklumat. Sebagai tambahan, saya serba sedikit dapat membuat pemaparan grafik yang mana boleh diaplikasi dalam mencatat nota yang padat dan ringkas. Grafik ini bukan sahaja dapat membantu dalam mengulangkaji malah menjimatkan masa dan tenaga untuk belajar. Banyak lagi yang kita belum kaji dan selidik. Sesuatu yang biasa bagi kita kalau dikaji mungkin akan jadi sesuatu yang baru bagi kita. Sepanjang penghasilan kerja kursus ini banyak yang saya pelajari. Saya berharap agar, apa yang saya dapat ini terus berada didalam ingatan dan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

_____________________________________ DARYLLICHELLE DAYANG ANAK DUNGGUN PPISMP SEMSETER II PK / PJ / BM / PSV 4 MARCH 2011
Ahmad Fadzlee Bin Donald Daryllichelle Dayang Anak Dinggun ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 13

Refleksi
Tugasan Kajian Terhadap Kemahiran Generik ( Kemahiran Berfikir ) ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej opsyen saya iaitu PK/BM/PJ/PSV. Meskipun saya tidak mengambil opsyen ini sewaktu mendapatkan ijazah, saya pernah belajar mata pelajaran Kemahiran Berfikir di sekolah menengah dahulu. Jadi saya tidaklah janggal sangat dengan mata pelajaran ini. Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer saya.

Di samping itu tugasan ini juga banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan kajian yang saya jalankan ini. Namun, banyak pengalaman yang dapat saya perolehi semasa mencari maklumat-maklumat ini. Hal ini kerana dapat membuatkan saya lebih mahir dan cekap menggunakan kemudahan internet dengan sebaiknya.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran Pengajian Melayu ini. Ia mejadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap menyelidik atas jenis dan cara berfikir dengan lebih proaktif. Sikap ingin mengetahui juga dapat memberi saya sedikit sebanyak mengenai ilmu tatabahasa ini. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak.

_____________________________________ AHMAD FADZLEE BIN DONALD PPISMP SEMSETER II PK / PJ / BM / PSV 4 MARCH 2011
Ahmad Fadzlee Bin Donald Daryllichelle Dayang Anak Dinggun ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 14

RUJUKAN

Rujukan Buku Asas Multimedia dan Aplikasinya Dalam Pendidikan, retrieved pada 6 April 2011 dari http://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/MIEducation.pdf Bahasa Melayu 1 (Huruf-huruf vocal), retrieved pada 6 April 2011 dari http://epkhas.ses.usm.my/lesson-plan/bahasa-melayu-1-huruf-huruf-vokal Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), Multimedia dalam Pendidikan, PTS Publications: Bentong Penggunaan Bahan Kartun Sebagai Bahan Bantu Pengajaran Bahasa Melayu, retrieved pada 6 April 2011 dari

Rujukan Internet http://www.scribd.com/doc/12807608/Definisi-ABM http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/PENULISANPERSOALAN%20KAJIAN.PDF.pdf http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/NGYINGSHYAAP000332D2004 TTP.pdf http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/NURBAIZURAAP030318DTTP.p df. http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2008/charliejn2008.pdf http://www.scribd.com/doc/12082980/Pemilihan-Bahan-Kartun-dalam-PengajaranBahasa-Melayu.

Ahmad Fadzlee Bin Donald Daryllichelle Dayang Anak Dinggun

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 15

You might also like