Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

ISU / MASALAH Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar

dari nilai dan norma sosial masyarakat, tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar. Berikut adalah berdasarkan pengalaman saya sepanjang mengikuti program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sebuah sekolah yang terlatak di sebuah bandar di negeri Kedah. Kes yang telah dikaji adalah telah berlaku di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kalaimagal. Sekolah ini mempunyai kelas untuk murid masalah pembelajaran iaitu kelas pemulihan dan di dapati terdapat pelbagai masalah tingkah laku dalam kalangan murid di sekolah tersebut. Walaupun secara puratanya tingkah laku normal muridmurid adalah lebih ketara di sekolah tersebut, namun tingkah laku bermasalah juga wujud sehingga menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan teratur. Sepertimana yang telah dijelaskan dalam pengenalan, tingkah laku bermasalah diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu tingkah laku bermasalah positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif dalam aspek proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif turut berlaku atau di sekolah dipanggil hiperaktif positif. Walaupun secara umumnya perlakuan tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran seorang murid, namun sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku. Tingkah Laku bermasalah Negatif pula ialah Hiperaktif. Ganguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di kalangan kanak-kanak (Barkley, 1990). Ia merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsive yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal.

Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD berlaku dengan begitu ketara pada sesetengah kanak-kanak terutamanya pada waktu prasekolah atau tadika dan murid-murid sekolah rendah. Gejala ini menyebabkan kanak-kanak yang mengalaminya sukar mengawal tingkah laku mereka atau memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Satu kajian menunjukkan terdapat antara 3% hingga 5% kanakkanak menghidap ADHD atau sekitar 2 juta orang kanak-kanak di Amerika Syarikat. Ini bermakna, di dalam sebuah kelas yang mengandungi 25 atau 30 orang murid, sekurang-kurangnya seorang daripada mereka menghidap ADHD. Menurut Sir George F. Still (1902), ADHD disebabkan oleh disfungsi genetik bukannya oleh asuhan yang lemah. Sebagai contoh kes yang berlaku kepada seorang murid di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan, yang bernama Jaya a/l Nathan. Semasa saya melakukan pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu di kelas 1 valluvar bagi memenuhi tugasan PBS saya, pada masa itu telah berlaku suatu peristiwa. Iaitu semasa proses P&P berlaku Jaya tidak menumpukan perhatian terhadap P&P yang berjalan di hadapan kelas. Saya telah memerhatikan gerak-geri murid tersebut. Jaya tidak menumpukan perhatian terhadap P&P malah dia tengok murid kelas lain bermain di padang. Selepas itu murid tersebut bangun dari tempat duduknya dan jalan keluar dari kelas. Pada masa itu guru matapelajaran bahasa melayu iaitu Pn Saras tidak memerhatikanya. Beliau langsung tidak ketahui bahawa muridnya keluar dari kelas dan beliau hanya meneruskan proses P&P. Selepas beberapa minit kemudian, pelajar tersebut masuk balik ke dalam kelas. Selepas itu, dia terus pergi kacau dan mengganggu murid lain. Pada masa itu juga guru tidak mengambil sebarang tindakan. Guru tersebut hanya bagitahu murid lain untuk tidak mempedulikan Jaya dan terus menyambung proses P&P. Kemudianya Jaya terus ke tempat duduknya. Beberapa saat kemudian Jaya telah mengambil pensil mekanikal dan terus tikam tangan rakan sebelahnya iaitu Bala. Bala telah mengadu kepada Pn Saras. Pn Saras telah mengarahkan Jaya untuk keluar dari kelas. Jaya pun dengan begitu gembira telah keluar dari kelas dan bermain di padang sekolah dan merayau-rayau di sekitar sekolah. Selepas tamat proses P&P Bahasa Melayu, saya bagitahu Pn Saras bahawa tadi pada masa P&P berjalan murid bernama Jaya telah keluar dari kelas tetapi

cikgu tidak memerhatikanya. Cikgu Saras kata bahawa Murid Jaya merrupakan murid yang bermasalah dan tidak boleh berubah. Jadi dia membiarkanya saja murid tersebut itu. Beliau juga berkata bahawa dia tidak kisah tentang murid itu pergi mana dan buat apa asalkan dia tidak mengganggu murid lain dan proses P&P beliau. Selain itu, beliau juga berkata bahawa beliau bukan guru kelas tersebut dan perkara seperti ini harus diteliti oleh guru kelasnya. Selepas berbincang dengan beliau, saya telah pergi berjumpa dengan guru kelas Jaya iaitu Pn Anjali. Pn Anjali telah beritahu saya bahawa murid tersebut adalah murid hyperaktif dan mempunyai masalah tingakah laku. Beliau juga berkata bahawa beliau telah melakukan beberapa kajian dan temubual tentang murid ini untuk mengetahu masalah murid ini. Menurutnya nama Bapa Jaya ialah En Nathan dan nama ibu ialah Pn Megala. En. Nathan dan Pn. Megala telah berkahwin selama 12 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Jaya berusia 7 tahun merupakan anak kedua pasangan ini dilaporkan oleh gurunya dia kerap kali menganggu dalam bilik darjah, sering bertindak agresif dan tidak menyiapkan kerja yang diberikan. Guru kelas kemudiannya menemuduga ibu bapa Jay untuk melihat kelakuan Jaya semasa di rumah. Ibu Jaya melaporkan beliau mengalami kesukaran ketika hendak melahirkan Jaya berbanding adik beradiknya yang lain. Jaya juga dilaporkan kerap menangis dan selalu mengadu sakit perut. Ketika Jaya meningkat dewasa, Jaya sering bertindak agresif dan ganas berbanding adik beradiknya yang lain. Apabila dia dimarahi ibunya, Jaya akan bertindak membuang barang-barang yang berdekatan dengannya, memecahkan barang-barang dan akan menjerit sekuat hati. Selain itu hubungan Jaya dengan adik beradiknya yang lain kurang mesra. Ibu bapa Jaya menyifatkan kelakuan Jaya sama dengan kelakuan anak jirannya. Jaya juga tidak boleh menumpukan perhatian dalam sesuatu perkara dan adalah mustahil ibu bapa Jaya membawa Jaya keluar makan bersama. Semasa terapi bersama pihak sekolah, Jaya dilaporkan menghadapi masalah disiplin dan mempunyai mood tidak baik, suka menganggu rakan-rakannya dan sering bertindak agresif. Ujian IQ telah dilakukan untuk melihat tahap kebijaksanaan Jaya. Walaupun tahap IQ Jaya berada pada paras 120, namun dia tidak dapat membaca dengan baik dan lemah dalam subjek matematik. Hasil temubual dengan guru kelas Jaya, didapati Jaya tidak suka duduk diam dalam kelas, tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dan mempunyai hubungan yang tidak baik dengan rakan-rakannya. Guru

Jaya turut menggunakan pelbagai kaedah untuk mendisiplinkan Jaya. Guru Jaya juga menggunakan soal selidik Conner Rating Scale untuk melihat tingkah laku Jaya (Hiperaktif). Menurut guru kelas, mendapati Jaya akan bangun dari tempat duduknya melebihi enam kali dan melihat ke luar tingkap apabila mendengar bunyi. Jaya sering bercakap dengan rakan-rakannya dan tidak menumpukan perhatian pada pembelajaran. Apabila guru menegurnya, Jaya tidak ambil kisah sehinggalah gurunya terpaksa menjerit dan memarahinya. Sesi kedua iaitu bersama keluarganya mendapati sikap Jaya bermula dari kecil lagi. Jaya akan marah jika kehendaknya tidak dituruti dan kerap melakukan perkara berbahaya seperti memanjat bilik tidurnya dan. Jaya juga didapati tidak mempunyai kawan yang rapat dengannya. Hasil temubual bersama ibu Jaya, mendapati pasangan ini mempunyai masalah dalam perkahwinan dan Ibu Jaya juga sering menggunakan hukuman secara fizikal untuk menagani masalah Jaya kerana khuatir Jaya tidak akan berubah sikap apabila dewasa kelak. Temubual bersama ayah Jaya pula mendapati beliau juga mengalami masalah sama seperti Jaya semasa kecil dan berubah apabila meningkat dewasa. Jadi Ayah Jaya mengharapkan Jaya akan berubah apabila meningkat dewasa kelak. Seterusnya ialah hubungan Jaya dengan adik beradiknya. Didapati Jaya dan adik beradiknya sering merebut barang permainan. Jaya juga sering merosakkan barang permainan dan akan menipu ibunya jika adiknya mengadu kepada emaknya. Semasa makan malam juga Jaya sering menggangu adiknya, lebih-lebih lagi apabila ayah ada di rumah. Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap kes Jaya menunjukkan Jaya boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang mengalami gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau attention deficit hyperactivity disorder (ADHD). Mengikut DSMIV (APA,1994), untuk melayakkan seseorang individu didiagnos sebagai ADHD, simptom tersebut mesti wujud sebelum umur tujuh tahun dan diperlihatkan dalam sekurang-kurangnya dua seting (misalnya di rumah, sekolah dan sebagainya). Namun menurut Sciutto, Terjesen dan Frank (2000), diagnosis ADHD yang tepat kerapkali menjadi rumit kerana banyak masalah yang berkaitan dengan ADHD juga merupakan ciri kecelaruan kelakuan kanak-kanak yang lain dan ADHD selalunya

diiringi dengan pelbagai kecelaruan perkembangan. Selain itu, kanak-kanak yang mengalami ADHD terdiri daripada populasi pelbagai yang simptomnya berbeza antara seting, pengasuh, dan kerumitan tugasan. Berdasarkan kajian kes yang dilakukan menunjukkan Jaya yang berusia 7 tahun mengalami sindrom-sindrom seperti suka menggangu rakan-rakannya di sekolah dan menggangu adiknya semasa berada di rumah. Masalah psikososial dan persekitaran mungkin boleh terdiri daripada peristiwa negatif dalam hidup, masalah persekitaran, tekanan keluarga atau hubungan interpersonal dan kekurangan sokongan sosial atau sumber peribadi. Masalah ini dikategorikan kepada sembilan kumpulan sokongan primer, masalah berkaitan dengan persekitaran sosial, masalah pendidikan, masalah pekerjaan, masalah perumahan, masalah ekonomi, masalah berkaitan dengan kemudahan kesihatan masalah berkaitan dengan interaksi sistem perundangan atau jenayah dan masalah psikososial dan persekitaran yang lain. Berdasarkan kajian kes, didapati Jaya turut mengalami masalah psikososial dan persekitaran dimana Jaya tidak mempunyai kawan karib kerana sikapnya yang suka menggangu kawan-kawannya. Jaya juga mengalami masalah pendidikan dimana Jaya tidak boleh membaca dengan baik dan lemah dalam subjek matematik walaupun Jaya mempunyai tahap IQ yang tinggi iaitu pada tahap 120. Selain itu, hubungan Jaya dengan adik-beradiknya juga renggan dan ibunya juga sering mengenakan hukuman fizikal bagi menghukum tingkah laku Jaya. Semasa di sekolah juga, guru Jaya memarahi Jaya apabila dia tidak memberi tumpuan dalam kelas. Keadaan Jaya semakin menjadi-jadi apabila ayahnya hanya membiarkan sahaja tingkah laku Jaya kerana beranggapan Jaya akan berubah apabila dewasa kelak. Ini merupakan Masalah yang dihadapi oleh murid yang bernama Jaya a/l Nathan. Sepatutnya masalah ini dapat diselesaikan jika mempunyai cara penyelesaian yang sesuai dan tepat mengikut keadaan fizikal dan mental murid tersebut. Masalah ini merupakan kajian kes kumpulan Kami. Terdapat satu analisis terhadap kes ini dan beberapa aspek telah dimasukkan dalam kes ini. Antaranya ialah Pernyataan masalah, punca-punca masalah, cadangan penyelesaian dan sebagainya.

You might also like