Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Huraikan peranan dan kepentingan unsur- unsur tradisi dan kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

KONSEP KONTRAK SOSIAL Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapidari perspektif lain, kontrak sosial

sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara. Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan perkongsian hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat majmuk di negara ini. Seperti dalam mana-mana kontrak atau

perjanjian, walaupun ada sebahagiannya yang tidak disuratkan dan boleh dipindamengikut keadaan, namun segala perubahan itu mestilah merupakan persetujuan bersama atau keizinan bersama. Kontrak atau perjanjian tidak boleh diubah secara satu pihak sahaja. Semua yangterlibat dalam perjanjian itu mesti setuju kepada perubahan dan pindaan. Apatah lagi kontrak sosial itu telah diinstitusikan dengan menyuratkannya ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Di samping itu, asal usul dan rentetan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan, diperturunkan, dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama generasi muda daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti memahami dan menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak sosial itu. Hal ini amat penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai resipi

kehidupan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, aman makmur dan harmoni. Penyebaran luas maklumat mengenai kontrak sosial perlu dijalankan secara sungguh-sungguh, terutamamelalui sistem pendidikan di pelbagai peringkat sama ada rendah, menengah, kolej dan universiti.

KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan

mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum. Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan. Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran. Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu yang sudah berlalu.Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka iaadalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak

sosial. Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu. Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan

membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami. Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan. Penulis teringat polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) satu ketika dahulu iaitu tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut agar semua orang Cina mendapat semua perkara yang dianggap sebagai hak mereka dan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.[Utusan Malaysia, "Suqiu keterlaluan PM -Kerajaan menolak sama sekali tuntutan hapuskan hak istimewa orang Melayu", 24 Disember 1998]. Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.[Utusan Malaysia, "Lupakan formula kontrak sosial antara kaum Keng Yaik", 14 Ogos 2005]. Menurut beliau, formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati. Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara perpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka akan memberi lebih banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia. Ini kerana jika ini sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan ini sekaligus boleh menimbulkan ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itu bagi mengelakkan rasa prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak dijangka adalah lebih wajar jika kita mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan tentang kontrak sosial secara terbuka.

KEPENTINGAN UNSUR-UNSUR TRADISI Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi

mengekalkan keistimewaan mereka iaitu institusi beraja, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan. Empat perkara tersebutlah yang di ambil kira semasa membentuk perlembagaan iaitu Bahasa Kebangsaan, agama persekutuan ,Kedudukan

keistimewaan orang melayu dan pemerintahan beraja. Semua unsur-unsur tradisi tersebut memainkan peranan yang penting dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. i) Bahasa Kebangsaan Bahasa kebangsaan diwujudkan untuk komunikasi dan bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara dan kontrak sosial. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan. ii) Kedudukan istimewa orang melayu Masyarakat Melayu bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan Oleh British. Selain itu juga, masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka sebagai penduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari negara China dan India. Kerana itu, kontark sosial antara kaum di Malaysia member jaminan kepada masyarakat pribumi. Perlembagaan Malaysia mempunyai satu

peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang diPertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa

menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu

dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai

sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

iii) Agama Persekutuan Selain itu juga, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan orang Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan: Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan [Perkara 3: Perlembagaan Persekutuan] Islam sebagai agama rasmi negara tidak membimbangkan kaum lain kerana kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan iv) Pemerintahan beraja Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah. Apabila Tanah Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula tergugat. Semasa penjajahan British,kuasa mutlak raja telah dihadkan hanya kepada hal adat istiadat dan agama islam sahaja. British memperkenalkan Malayan Union yang menghapuskan sistem beraja sebelum memberikemerdekaan kepada Tanah Melayu. Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaan diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan [Salleh Abbas, 1997]. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Masyarakat bukan melayu harus memahami sejarah ini dan ....... KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, kontrak sosial dan undus-unsur tradisi adalah satu

formula mewujudkan satu cara hidup yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam kepelbagaian berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu. Formula ini sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan,

yang diamalkan secara bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan inspirasi untuk membawa Malaysia muncul dalam peta dunia sebagai sebuah negara maju. Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontak sosial dan unsur tradisi ini dengan menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme; dan pada masa yang sama terus memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yang erat dan padu serta mengadunkannya dalam acuan tersendiri yang unik dan menyenangkan. Dalam kata-kata yang ringkas, unsur-unsur tradisi dan kontrak sosial menjunjung semangat keadilan dan perpaduan berasaskan kepada prinsip duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Dan inilah semangat kontrak sosia dan unsur tradisil yang perlu kita pertahankan bersama dalam sebuah masyarakat majmuk di Malaysia bagi menjamin keamanan negara.

You might also like