Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA JAWATANKUASA INDUK PELANCARAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH PERAK TENGAH

TAHUN 2012 HARI / TARIKH MASA TEMPAT KEHADIRAN: Seperti di lampiran 1. Ucapan Pengerusi ( En. Ahmad Zakuan Bin Mohd Razi ) 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan wakil Agensi pada mesyuarat ini. Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab. 1.2 KPJ telah ditubuhkan pada 1999 dan tidak aktif bagi peringkat daerah. 1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat pada petang ini bertujuan untuk melantik jawatankuasa pelaksana bagi menyelaraskan Majlis Perasmian Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Perak Tengah Tahun 2012. 1.4 Semua sekolah di Daerah Perak Tengah diarahkan menubuh KPJ di peringkat sekolah 1.5 Pengerusi memaklumkan bahawa kelab ini bertujuan supaya pelajar di Daerah Perak Tengah sedar tentang bahaya salah laku yang melibatkan jenayah kepada mereka. 1.6 Memaklumkan jenayah ponteng berlaku secara berleluasa. 1.7 Di sarankan mewujudkan Portal KPJ peringkat sekolah masing-masing. 1.8 Memberitahu ada pekeliling yang menerangkan tatacara dalam penubuhan Kelab. 1.9 Bilangan keahlian kelab untuk Daerah Perak Tengah seramai 500 orang pada hari Pelancaran tersebut 1.10Surat untuk sekolah-sekolah akan dikeluarkan oleh PPD Perak Tengah 1.11Tempat pelancaran di cadangkan di Dataran SKDS Tindakan : Makluman : : : KHAMIS / 23 FEBRUARI 2012 2.30 PETANG 4.00 PETANG BILIK MESYUARAT SK DATO SAGOR

2. Taklimat Program Perasmian Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah Rendah Daerah Perak Tengah Tahun 2012(pembentangan kertas konsep) 2.1 Penyelaras KPJS memaklumkan bahawa SK Dato Sagor telah dipertanggungjawabkan untuk mengelola program perasmian kelab di peringkat daerah. 2.2 Program akan diadakan pada hari Sabtu, 10 Mac 2012, bermula jam 8.00 pagi. 2.3 Badan kerajaan dan agensi-agensi yang dijemput menyertai sama adalah seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dan Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Perak Tengah. 2.4 Antara aktiviti yang akan diadakan oleh badan-badan ini adalah seperti pameran dan pemeriksaan kesihatan. 2.5 Dijangkakan program tersebut akan dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak. 2.6 Pihak Jabatan Kesihatan akan mengadakan pameran kesihatan dan akan berusaha untuk mengadakan demo kesihatan. 2.7 Pihak Polis akan cuba melakukan gimik dalam persembahan pembukaan dan pameran. 2.8 AADK tidak hadir dan penyelaras kelab akan menghubungi pihak mengenai sumbangan daripada pihak terbabit. 2.9 Kehadiran melibatkan SK, SRJKC, dan SRJKT serta bilangan kehadiran untuk murid serta ahli kelab pencegahan jenayah seramai seramai 500 orang. 2.10.Dicadangkan baju ahli kelab untuk hari pelancaran oleh pihak PPD.

3. Lantikan Jawatankuasa Pelaksana 3.1 Pelantikan AJK induk adalah seperti berikut : PENASIHAT En. Kamal Bin Mansor (Pegawai Pelajaran Daerah Perak Tengah) PENGERUSI En. Norashid Bin Bidin (Penolong PPD Kurikulum Kemanusiaan) NAIB PENGERUSI En. Abdul Muttalib Bin Omar (Guru Besar SKDS) PENYELARAS En. Ahmad Zakuan Bin Mohd Razi

(Penolong PPD HEM) SETIAUSAHA Tn. Hj. Sabree Bin Ahmad (Guru KPJ SKDS) AHLI JAWATANKUASA Polis Di Raja Malaysia (Daerah Perak Tengah) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (Daerah Perak Tengah) Jabatan Kesihatan Daerah Perak Tengah Jawatan Kuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Perak Tengah Jabatan Penerangan Daerah Perak Tengah PIBG SK Dato Sagor Kewangan 3.2 Pengerusi memaklumkan bahawa setakat ini peruntukan untuk program perasmian tersebut adalah sebanyak RM500.00 akan disumbangkan oleh PPD Perak Tengah dan Sumbangan daripada JKKD sebanyak RM 500.00 Tindakan 4. Hal-hal Lain 4.1 Mesyuarat akan di adakan semula pada 1.3.2012 di Bilik Mesyuarat SKDS. 4.2 Pihak PDRM, JKD, AADK, PIBG, JKKD akan membentangkan aktiviti yang akan di adakan pada hari Pelancaran tersebut. 5. Penutup 5.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua hadirin. 5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada 4.00 petang dan disudahi dengan bacaan Surah Al-Asr. Disediakan oleh: : Makluman

(HJ. SABREE BIN AHMAD)

Setiausaha, Jawatankuasa Pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah, Daerah Perak Tengah

You might also like