Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.0 PENDAHULUAN Bilik darjah merupakan kawasan atau tempat yang digunakan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran.

Secara asasnya, di dalamnya terdapat papan hitam, meja murid, meja guru, kerusi, papan kenyataan, kipas dan lampu. Maka, kepentingan dalam pengurusan bilik darjah amat penting untuk menyediakan prasarana yang baik dalam usaha menyediakan persekitaran yang selesa semasa proses P&P berlangsung. Oleh itu, guru haruslah memainkan peranan utama dalam menyediakan bilik darjah yang selesa agar murid dapat belajar dengan selesa dan mudah serta mampu merangsang mereka untuk menimba ilmu dengan lebih berkesan.

2.0 DEFINISI BILIK DARJAH 2.1 MAKSUD BILIK DARJAH Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru. Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik disekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi merangkumi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya. 2.2 KONSEP BILIK DARJAH Tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.secara rasmi Bilik darjah ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. MArland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. 2.3 KONSEP PELAJAR ATAU MURID Akta Pendidikan - pelajar atau murid merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan.

2.4 KONSEP GURU seorang yang mengajar murid-murid di sekolah atau institusi pendidikan, atau menyediakan bahan pelajaran atau menanda skrip jawapan di sesebuah sekolah gaya pos.

3.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan karel pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. Seorang guru haruslah sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak murid mereka. Bagi memainkan peranan sebagai pengurus yang berkesan, kita perlulah memahami kesukaran situasi bilik darjah dan mengenali faktor-faktor yang boleh membantu untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat. Di dalam bilik darjah, selain mengajar guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus yang mengurus rutin bilik darjah,, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. Oleh itu, guru memerlukan ilmu yang khusus dalam mengurus keadaan bilik darjah supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan dengan lancar. Antara pengurusan bilik darjah yang perlu dikuasai oleh seseorang guru ialah pengurusan fizikal, pengurusan bahan-bahan pengajaran dan pengurusan disiplin murid. a) PENGURUSAN FIZIKAL

Pengurusan fizikal ini merujuk kepada iklim dan persekitaran bilik darjah. Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal , sosial, emosi, dan penyusunan bilik darjah. Hal ini demikian kerana suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Oleh sebab itulah suasana fizikal bilik darjah harus dapat

dikawal atau ditentukan oleh guru. Biasanya, pengurusan keadaan bilik darjah ini berkait rapat dengan penyusunan kerusi meja, kedudukan murid,murid, alat-alat, ruang sudut bacaan dan kebersihan bilik darjah. Tujuan utama guru perlu menguasai ilmu ini adalah bagi mewujudkan suasan pembelajaran yang selesaserta keadaan fizikal bilik darjah yang kemas, bersih dan teratur. Antara kerja yang boleh dilakukan oleh murid-murid ialah menyapu lantai, atau beranda, membersih papan hitam, menyusun meja dan kerusi, mengemas sudut pembelajaran, menghias kelas dan sebagainya. Selain itu, melalui pembahagian kerja ini murid-murid dapat dilatih untuk bekerjasama,dan bertangungjawab terhadap kekemasan bilik darjah, menanam rasa bangga terhadap tugas mereka dalam menjaga kebersihan bilik darjah dan melatih muridmurid supaya mementingkan kebersihan. Selain itu, penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan fizikal dan iklim bilik darjah. Walaupun tempat- tempat duduk dalam bilik darjah tidak dapat diganti atau diubah- ubah dari segi fizikal, namun beberapa perkara penting harus diawasi oleh guru. 1). Meja guru. Pada zaman dahulu, meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya. Di kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan dari pintu darjah. 2) Kerusi dan meja murid. Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Ia juga harus ditentukan oleh guru. Satu cara paling mudah ialah mengaturkan tempat duduk mengikut giliran abjad nama murid. Dalam bilik darjah yang bercampur lelaki dan perempuan, penyusunan seperti ini akan mengurangkan masalah disiplin, kerana murid- murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi bersama, dan keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal. Penyusunan kerusi- meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal, dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan.

b)

PENGURUSAN BAHAN-BAHAN PENGAJARAN guru sebagai seseorang pengajar bergantung kepada perancangan

Kejayaan

pengajarannya. Oleh itu, sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru perlu merancang isi pelajaran yang bakal disampaikan olehnya. Ini kerana perancangan yang baik menjamin kejayaan pengajaran dan pembelajaran ( P&P) dan objektif sebenar akan tercapai. Antara perkara yang perlu dititikberatkan semasa mengurus bahan pengajaran ialah: 1) Persediaan Awal

Persediaan awal merujuk kepada persediaan yang dilakukan oleh guru sebelum memulakan proses P&P. Guru perlu mengenalpasti sumber atau bahan pengajaran sama ada daripada buku teks, rujukan, lampiran, nota, internet dan sebagainya. 2) Isi Pelajaran telah disusun

Guru perlu mengenalpasti tajuk mana yang bakal diajar. Guru perlu menggariskan sesuatu tajuk itu daripada bab mana, sub topik, perenggan mana dan sebagainya bagi memastikan pelajar dapat menangkap apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh guru. Sebagai contoh jika seseorang guru bahasa arab ingin mengajar bahasa arab maka beliau perlu memastikan bab mana yang bakal diajar, tajuk besar, sub topik, dan halaman berapa. 3) Penggunaan Alat Bantu Mengajar

Guru perlu menguasai kemahiran teknologi bagi memastikan mutu pengajaran berjalan seiring dengan arus peredaran masa. Bagi memastikan P&P menjadi lebih menarik dan berkesan guru perlu menggunakan Alat Audio Visual (LCD), Komputer, Televisyen dan boleh membaca peta, melukis gambar rajah dan sebagainya. Bagi memastikan bilik darjah sentiasa aktif seseorang guru juga perlu mengenalpasti keupayaan tahap keupayaan pelajarnya, hasil pembelajaran yang hendak dicapai, strategi atau kaedah yang digunakan , dan cara menilai atau menguji tahap kepekaan dan kefahaman para pelajarnya. Sebelum memulakan P&P guru perlu refreshing minda para pelajar untuk mengingati balik isi pelajaran yang telah diajar sebelum ini. Keadaan ini membolehkan kesinambungan isi pelajaran dapat difahami oleh para pelajar.

c)

PENGURUSAN DISIPLIN MURID

Menurut Anderson pengurusan bilik darjah yang berkesan terdiri daripada : i. Tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran. ii. iii. Meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru, dan pelajar lain. penggunaan masa pelajaran yang efesien.

Dalam memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkesan aspek disiplin perlulah diambil peduli oleh semua guru. Guru bertanggungjawab untuk menentukan peraturan,mengawal murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah, dan menghukum murid-murid yang melanggar peraturan. Dua ciri disiplin arahan guru yang boleh diperaktikan oleh guru ialah: 1) Autokratik yang merujuka kepada kuasa guru yang mutlak dalam mengawal, mengarah, menguasai, dan menghukum berpandukan peraturan bahawa kesalahan yang dilakukan wajib dihukum. 2) Menghukum merujuk kepada kuasa guru mendenda murid-murid yang melanggar peraturan. Pengurusan tingkah laku pelajar yang dilakukan akan membolehkan perlakuan para pelajar dapat dipantau, penyelesaian segera terhadap tingkah laku negetif dapat diambil dan memastikan setiap pelajar terlibat dalam aktiviti P&P. Punca berlakunya masalah disiplin dalam bilik darjah: 1). Guru kurang berfungsi. Guru merupakan salah satu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat yang dipenuhi dengan modal insan yang progresif. Peranan dan sumbangannya amat diperlukan pada mana- mana peringkat samaada rendah mahupun menengah. Gagal memberi tumpuan kepada bilik darjah akan menghasilkan perubahan tingkahlaku yang negatif dalam diri murid- murid. Kesannya, akan berlaku pengabaian yang tidak formal terhadap murid yang sedia ada di dalam bilik darjah, seterusnya membawa kepada masalah disiplin.

2). Wujud kumpulan tertentu. Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok bilangan murid tertentu seperti kumpulan- kumpulan elite yang mempunyai prestasi pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan murid yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka kerana wujudnya perasaan rendah diri. Inilah titik tolak kepada masalah disiplin yang lain. 3). Pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan bidang pendidikan melahirkan modal insan yang berjaya didunia dan akhirat. Kegagalan guru dalam menyusun corak pengajaran yang baik akan menyebabkan tumpuan murid- murid juga gagal dicapai. Maka akan berlakulah sikap- sikap yang kurang menyenangkan didalam bilik darjah seterusnya membawa kepada masalah disiplin. 4). Halangan komunikasi. Komunikasi adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Kebiasaannya, murid- murid akan mengadu hal tentang ketidakfahaman mereka terhadap sesuatu topik. Kegagalan guru bagi mewujudkan komunikasi yang positif dalam hubungannya dengan murid akan mendatangkan kesan malu dan rendah diri murid kerana mereka menganggap guru kurang memberi perhatian tentang pertanyaan mereka. Biasanya, golongan- golongan inilah yang akan bermasalah didalam bilik darjah. Oleh itu, untuk mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah. guru juga boleh menggunakan kaedah Ganjaran dan Dendaan dalam mempengaruhi disiplin murid-murid. Ganjaran adalah sebagai satu pengiktirafan kepada para pelajar keatas hasil kerja atau perbuatan baik yang telah dilakukan manakala dendaan bersifat memberi kesedaran keatas kesalahan yang dilakukan. 1. Ganjaran perlakuan yang baik. Murid perlu diingatkan bahawa perlakuan yang positif di bilik darjah akan diberi ganjaran. Guru akan memberi perhatian kepada murid yang berkelakuan baik. Pujian yang sederhana dan berpatutan merupakan satu ganjaran yang mudah dan berkesan. 2. Penggunaan bahasa isyarat. Guru tidak perlu memberhentikan pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak memberi tumpuan. Guru boleh menggunakan bahasa isyarat, seperti merenung atau menggeleng-

geleng kepala kearah murid tersebut, atau menggunakan isyarat tangan agar murid memberi perhatian kepada guru. 3. Mempelbagaikan kaedah pengajaran. Salah satu sebab murid berasa resah ketika guru mengajar adalah kerana mereka bosan dengan cara guru menyampaikan pelajaran. Murid kerap berasa jemu sekiranya guru hanya menggunakan kaedah yang sama ketika menagjar. Guru perlu berusaha mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajran agar ianya sesuai dengan keadaan dan isi pelajaran serta mampu menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran guru. 4. Gunakan kaedah kaunseling. Ada kalanya, masalah disiplin murid tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Guru perlu merujuk masalah tersebut kepada guru kaunseling. Dengan latihan dan kepakaran yang ada, guru kaunseling mungkin dapat mengatasi masalah tersebut.

4.0 KESAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN. Pertama, banyak kajian telah dilakukan yang mengaitkan keberkesanan pengurusan bilik darjah denagn kejayaan murid. Kajian menunjukkan bahawa pencapaian murid adalah hasil daripada pelakuan guru, seperti merancang, mengurus dan mengajar dan pelakuan murid seperti melibatkan diri, menguasai pelajaran dan menyelesaikan tugasan. Cole (1994), merumuskan bahawa kejayaan dan keberkesanan pengurusan bilik darjah bergantung kepada empat faktor yang perlu ada pada seseorang guru, iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran merancang dan mengurus, kemahiran mengajar dan keupayaan guru menggunakan motivasi dan pengukuhan. Keempat- empat faktor ini sama pentingnya dan guru yang dapat mengurus kelas denagn baik. Ketidakberkesanan pengurusan bilik darjah ada kalanya tidak langsung berkaitan dengan perlakuan negatif murid. Kedua, pengurusan bilik darjah yang berkesan menggalakkan daya pemikiran kreatif yang tinggi dikalangan murid. Ia berkaitan dengan corak penyusunan tempat duduk dan pengaturan bilik darjah. Penggalakkan murid- murid supaya aktif didalam bilik darjah adalah bergantung kepada corak bilik darjah tersebut. Perkara ini memerluakn imaginasi guru supaya perkongsian ilmu melalui perbincangan dapat dilakukan antara mereka dengan suasana yang selesa. Papan kenyataan dalam bilik darjah juga menggalakkan pemikiran yang lebih baik sekiranya diamnfaatkan secara berkesan.

Ketiga, pengajaran dapat dilaksanakan denagn berkesan. Ini kerana, kemampuan seorang guru dalam mengurus bilik darjah secara fizikal, iklim, komunikasi dan pengawala disiplin dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar seterusnya objektif dan matlamat dapat dicapai.

5.0 KESIMPULAN Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif. Guru yang berwibawa sentiasa berfikir kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang cemerlang, diantara perkara utama yang harus dipandang berat ialah memahami amanah yang diberikan padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik. Tugas guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama yang ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya didunia dan akhirat. Oleh itu, semua guru dan bakal guru haruslah menitikberatkan apa yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dari segala aspek agar matlamat dan objektif pendidikan dapat dicapai.

Papan hitam

Meja guru

Meja murid

Papan maklumat

You might also like