Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

1.

PENGENALAN Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) merupakan satu program yang dijalankan oleh pihak Badan Pendidikan Guru melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Melalui program ini saya didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan sekolah seperti iklim sekolah, ilmu sebagai pendidik, prasarana dan murid-murid di sekolah. Saya telah menjalankan PBS di sebuah sekolah di kota bharu iaitu di Sekolah Kebangsaan chicha menyabong . PBS yang telah saya jalani hanya kerana saya sedang menjalani latihan perguruan beasaskan sekolah di sekolah ini. . Dalam melaksanakan PBS ini, saya dikehendaki mencari maklumat mengenai sekolah, serta melaksanakan beberapa kajian kepada pelajar sekolah rendah mengikut peringkat iaitu dari peringkat 1 umur 6 7 tahun, peringkat 2 umur 8-10 tahun dan peringkat 3 umur 11-12 tahun bagi mengetahui proses Perkembangan Kanak- Kanak mengikut peringkat-peringkat tersebut. Semasa menjalankan PBS ini saya telah mendapatkan maklumat daripada beberapa pihak seperti Guru Besar, guru penolong kanan, guru panitia, kakitangan sekolah dan muridmurid yang bersekolah di sekolah ini. Saya juga menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan program PBS ini. Data-data yang telah saya dapati dan dianalisis telah saya kumpulkan untuk dijadikan satu portfolio ini. Berdasarkan data dan analisis yang telah saya dapati ini, saya berharap tugasan ini dapat membantu saya agar lebih mengenali sekolah dan saya berharap tugasan ini dapat memenuhi kehendak pensyarah yang terlibat.

2. FOKUS UTAMA TUGASAN Fokus utama tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semester 1 bagi guru pelatih Program j- QAF Institut Perguruan kampus tuanku bainun adalah untuk mengenali persekitaran sekolah. Selain itu, PBS ini juga bertujuan untuk membiasakan guru pelatih dengan keadaan dan persekitaran guru-guru di sekolah. Selain itu, PBS ini juga memfokuskan guru pelatih untuk mendapat gambaran dan mengetahui persekitaran dan iklim bilik darjah untuk diaplikasikan semasa menjadi guru kelak. Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini, tugasan juga difokuskan untuk mendapat maklumat mengenai pelaksanaan beberapa kajian tentang proses Perkembangan Awal Kanak- Kanak mengikut peringkat umur selaras dengan kehendak kerja kursus yang telah diberikan oleh pihak IPG.

3. TUJUAN TUGASAN Tugasan yang dilaksanakan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah untuk memberi gambaran awal kepada guru pelatih untuk memahami sekolah dan persekitarannya sama ada persekitaran sekolah atau persekitaran bilik darjah serta melihat tingkah laku pelajar sekolah dalam menjalani proses persekolahan dalam seharian. Melalui PBS ini juga, guru pelatih dapat berinteraksi dengan guru-guru, kakitangan dan murid sekolah. Hal ini sekaligus dapat meningkat kemahiran intrapersonal dalam diri seorang guru. Selain itu, guru pelatih dapat mengetahui peranan dan tugas seseorang guru melalui pemerhatian dan penelitian dokumen yang terdapat di sekolah.

Ilmu-ilmu yang diperolehi di sekolah akan dapat dipraktikkan semasa guru pelatih menjadi guru yang sebenar kelak. 4. MERANCANG STRATEGI PELAKSANAAN Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan selama 2 minggu di sekolah yag dipilih oleh IPGM. Oleh kerana masa yang agak singkat, guru pelatih perlu merancang apa yang perlu dilakukan pada setiap hari. Antara perancangan yang telah saya buat ialah: 1) Menyediakan senarai semak maklumat yang ingin diperoleh 2) Menyediakan soalan-soalan untuk ditanyakan kepada pihak-pihak yang berkaitan seperti guru besar, guru panitia dan yang lain-lain 2) Mencatat aktiviti harian yang telah dijalankan.

5. INSTRUMEN PENILAIAN KENDIRI Instrumen penilaian yang telah digunakan dalam menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah senarai semak, pemerhatian, soal selidik dan temubual. Setiap instrumen yang digunakan ini adalah mengikut kesesuaian aktiviti semasa menjalankan tugasan ini.

6. LAPORAN PERLAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS Pada hari ahad tersebut saya sampai awal ke sekolah kira-kira jam 7.15 pagi. Setelah tiba di sekolah, saya bertanya kepada sekumpulan murid berkaitan lokasi pejabat sekolah. Oleh sebab setiap pagi Ahad diadakan perhimpunan mingguan, saya terpaksa menunggu sehingga perhimpunan tamat untuk menjalankan akitiviti yang dirancang. Selepas tamat perhimpunan pada jam 8.30 pagi itu saya meninjau kawasan sekitar sekolah ini dan berbincang dengan guru-guru lain serta kakitangan sekolah yang lain. Selepas rehat saya bertemu dengan puan guru besar, Puan hjh Rosemawati . Tujuannya untuk berbincang mengenai soalan tugasan peranan pengurus sekolah dalam memperkembangkan aspek-aspek jasmani, rohani, intelek, emosi dan sosioemosi. Beliau memberikan kerjasama yang amat baik dan maklumat yang disampaikan amat membantu. Kemudian beliau mengarahkan saya untuk berjumpa dengan Ketua Panitia Pendidikan Islam agar memudahkan kerja saya. Saya berasa sangat bertuah kerana mentor saya merupakan seorang guru yang berdedikasi di sekolah tersebut. Sepanjang dua minggu saya menjalankan tugas, saya tidak menghadapi sebarang masalah kerana semua warga sekolah memberikan kerjasama dan tunjuk ajar kepada kami semua. Sememangnya inilah yang diharapkan oleh saya sebagai seorang yang baru. Dua minggu menjalankan aktiviti pengalaman berasakan sekolah (PBS) sudah cukup bagi saya untuk mengumpulkan data-data yang diperlukan untuk membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

6. LAPORAN DAN PENILAIAN Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah saya jalani bermula dari 18 ogo 2013 hingga 30 ogos 2013 banyak memberi pengetahuan baru kepada saya. Saya memilih Sekolah Kebangsaan Chicha menyabong . Seperti yang kita semua tahu, sekolah merupakan satu institusi penting dalam mendidik seseorang anggota individu dalam kelompok masyarakat. Pendidikan yang diterima di sekolah bukanlah hanya

menumpukan kepada aspek intelek sahaja, malahan ianya merangkumi pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan sosial. Insan yang seimbang dan harmonis akan dapat dicapai dengan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). Setelah menjalani tugasan ini, saya dapat mengalami sendiri suasana alam persekolah berbanding sebelum ini, saya hanya mempelajari mengenai sekolah dalam teori-teori sahaja. Sebagai guru pelatih, pengalaman menjalani tugasan ini tidak mungkin dilupakan. Jika suatu ketika dahulu saya pernah menjadi seorang muridsekolah, tetapi hari ini saya telah menjadi seorang guru pelatih. Perasaan yang dialami tidaklah sama seperti semasa menjadi murid sekolah dahulu. Pengalaman yang dilalui semasa menjalani PBS yang pertama ini banyak mengajar saya supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah. Melalui persekitaran sekolah, saya dapat melihat sendiri tingkah laku pelajar danpara guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, saya dapat melihat sendiri bagaimana guru mengajar di dalam kelas. Pendekatan yang digunakan para guru juga berbeza mengikut kepintaran murid kerana murid tidak mempunyai minda yang sama walaupun

mereka sebaya. Saya juga dapat mengetahui peranan kakitangan sekolah dalam memastikan sekolah berada dalam keadaan terbaik. Sebagai contohnya, seorang guru besar berperanan penting dalam mencorakkan masa depan sekolah. Usaha ini tidak akan berhasil sekiranya tidak mendapat kerjasama dari guru-guru yang lain.

3.0 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan

3.1 PEMERHATIAN Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah yang salah satunya adalah pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui pemerhatian saya adalah mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah sempurna dan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik terhadap murid-murid di sini. Walaupun begitu masih terdapat prasarana yang kurang selamat digunakan contohnya, padang sekolah, keadaan padang sekolah yang sempit. Selain itu, budaya memberi salam masih kurang dipraktikkan dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah rendah. Selain itu, saya juga memerhati kawasan sekolah. Lanskap sekolah yang hanya berada dalam keadaan memuaskan, mungkin dipengaruhi oleh struktur bangunan yang lama . Namun begitu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk mewujudkan pelbagai tumbuhan hiasan dan herba yang telah ditanam di persekitaran kawasan sekolah tersebut. Terdapat juga mural yang dilukis di dinding-dinding sekolah. Bukan itu sahaja, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah ini. Saya perhatikan guru-guru di sini mengajar dengan penuh dedikasi. Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu P&P tersebut akan diganti oleh guru ganti. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk memberi segala input kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

3.2 SENARAI SEMAK Selain kaedah pemerhatian, saya juga menggunakan kaedah senarai semak. Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengikuti satu taklimat berhubung dengan tugasan ini. Semasa taklimat tersebut. Saya telah dibekalkan dengan satu panduan mengenai tugasan ini. Panduan ini bertujuan untuk memberi garis pandu bagi melaksanakan portfolio tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah mengikut spesifikasi yang dikehendaki oleh Unit Pratikum Institut masing-masing Dalam panduan tersebut, satu senarai semak telah diberikan kepada saya. Senarai semak tersebut mengandungi isi-isi tugasan yang perlu saya buat seperti biodata, pernyataan professional, instrumen ilmu atau

pengumpulan data berhubung tugasan, kolaborasi , pengetahuan baru, refleksi dan laporan akhir.

Senarai semak yang dibekalkan dapat memberi panduan kepada saya tentang perkara yang perlu saya perolehi semasa pengumpulan maklumat berkaitan dengan segala aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah. Panduan ini sangat membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini.

3.3 TEMUBUAL Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini. Saya telah menemubual beberapa orang responden seperti guru besar, guru penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan kokurikulum (KOKU), guru penolong kanan hal ehwal murid (HEM), guru

kaunseling, guru panitia, guru prasekolah, guru pendidikan khas, kakitangan sekolah dan murid. Semasa menjalankan temubual ini, saya telah mengemukakan

beberapa soalan kepada mereka. Kerjasama yang diberikan mereka sangat baik. Saya mendapat jawapan yang sangat memuaskan berhubung tugasan saya ini.

3.4 SOAL SELIDIK Selain ketiga-tiga kaedah di atas digunakan, saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai sekolah tersebut. Saya telah menemubual salah seorang pelajar sekolah ini. Saya menanyakan pelajar tersebut tentang suasana pembelajaran dan apa yangmenarik mengenai sekolah ini.

4.0 KOLABORASI

Semua kolaborasi yang dikehendaki dalam tugasan ini telah saya catatkan dalam lampiran 3 yang disediakan oleh pihak IPGM. Dalam lampiran tersebut, saya telah mencatatkan isi perbincangan dengan beberapa pihak beserta jawapannya sekali. Kolaborasi yang dilakukan oleh saya ialah: 4.1 Perbincangan dengan pengurusan sekolah 4.2 Perbincangan dengan guru panitia 4.3 Perbincangan dengan guru-guru lain 4.4 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 4.5 Interaksi dengan murid.

5.0 Ilmu/ Pengetahuan Baru

5.1 PEMERHATIAN Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan banyak ilmu baru yang telah saya perolehi. Setelah beberapa hari menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Chicha menyabong, saya telah memperolehi banyak pengetahuanbaru, melalui pemerhatian yang telah saya jalankan sepanjang berada di sekolah tersebut. Sebelum ini saya tidak banyak mengetahui berkenaan dengan peranan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Kaunseling, Guru Kelas dan Guru Panitia dalam memperkembangkan aspek intelek, jasmani, emosi, rohani, dan sosial murid-murid serta dalam proses mengetahui perkembangan awal kanak-kanak. Sebagai contohnya, saya telah mengikut guru semasa beliau menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Semasa P&P dijalankan, banyak ilmu telah saya dapati. Ilmu baru yang saya dapati adalah proses P&P perlu dijalankan dengan lebih menarik untuk menarik perhatian para pelajar. Keadaan ini juga mampu menguji daya kreativiti seorang guru dalam menguruskan kelasnya semasa proses P&P dijalankan. Hal ini kerana aktiviti P&P yang menarik dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar suatu mata pelajaran tersebut. membantu para guru untuk mengajar. Alat Bantu Mengajar juga sangat membantu. Oleh itu, sebagai seorang guru, saya seharusnya lebih kreatif dalam mereka Alat Bantu Mengajar dan merancang strategi pengajaran yang berkesan. Kelas yang terdapat di sekolah ini juga kemas dari segi susun aturnya dan dipercayai dapat memperkembangkan pembelajaran murid-murid. Kawalan bilik darjah juga penting dalam melicinkan proses P&P. Hal ini kerana, jika guru tidak dapat mengawal tingkah laku pelajar, maka proses pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sebaiknya sekaligus

objektif pembelajaran tidak dapat dicapai. Selain itu, persekitaran sekolah yang menarik turut memberi kefahaman yang baru kepada saya. Melalui pemerhatian saya, lanskap sekolah yang menarik mampu mengubah suasana belajar menjadi lebih ceria sebagai contoh, penanaman tumbuh- tumbuhan hijau. Hal ini kerana banyak tumbuhan ditanam di sekitar kawasan sekolah. Tumbuhan yang ditanam bukan sahaja dapat memperindah kawasan sekolah, malahan iainya turut dilabel di sesetengah tumbuhan contohnya tumbuhan herba. Dengan penanaman pelbagai jenis tumbuhan, ianya dapat memupuk semangat cintakan alam semulajadi dalam kalangan murid2 sekolah ini. Bukan itu sahaja, kawasan sekolah turut dihiasi dengan mural yang dapat menarik perhatian murid-murid. Mural yang dilukis cantik turut disertai dengan pelbagai kata-kata, formula dan sebagainya. Dengan adanya moral ini, ianya dapat menambahkan ilmu para pelajar dan menguatkan ingatan tentang sesuatu yang telah dipelajari. Kebersihan di kawasan sekolah juga sangat memuaskan. Pada hari pertama saya datang ke sekolah ini, saya agak terkejut kerana pada awal pagi lagi, pekerja kebersihan sudah menjalankan tugas. Bilik selesa guru turut dihias cantik. Saya juga turut melawat surau yang terdapat di sekolah ini.Susun atur pakaian sembahyang, AlQuran dan meja kecil disusun rapi. Tambahan lagi, apa yang saya dapati dari pemerhatian saya ialah pelajar di sini kurang dari segi sahsiah. Kebanyakan mereka kurang memberi salam kepada guru. Walaupun begitu, tidak semua pelajar berkelakuan sebegitu. Hanya segelintir pelajar sahaja yang kurang mengamalkan budaya salam dalam kehidupan seharian mereka.

Guru-guru juga menunjukkan sikap komited terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan. Para guru dilihat menepati masa datang ke sekolah. Para guru juga mengajar di setiap kelas pada waktu tang ditentukan dan sekiranya guru tersebut tidak hadir, maka seorang guru yang lain akan ditugaskan sebagai guru ganti bagi masa tersebut.

5.2 SENARAI SEMAK Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah belajar menggunakan senarai semak dengan betul. Ketika mencari maklumat berhubung tugasan ini, senarai semak digunakan sepenuhnya agar tiada perkara yang dikehendaki tertinggal. Senarai semak merupakan satu borang yang sangat penting dalam menjalankan tugasan atau kajian. Perkara yang terdapat dalam senarai semak yang perlu saya penuhi adalah pengurusan dan organisasi sekolah, prasarana sekolah, dan kurikulum. Setiap bahagian ini mengandungi tajuk-tajuk kecil yang perlu didapatkan maklumat seperti pelan fizikal sekolah, kemudahan sekolah, nilai-nilai murni, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kokurikulum, buku rekod pengajaran guru dan sebagainya. Semasa proses mencari dan mengumpul maklumat-maklumat ini, banyak pengetahuan mengenai pendidikan telah saya perolehi. Sebagai contohnya mengenai kemudahan sekolah. Tidak semua kemudahan yang disenaraikan ada di sekolah yang saya jalani PBS ini, sebagai contoh tempat untuk menjalani aktiviti kokurikulum. Begitu juga dengan ruang pembelajaran atau kelas. Sekolah ini merupakan sekolah 1 sesi dan mempunyai murid seramai lebih daripada 330 orang. Terdapat 2 buah kelas dalam setiap darjah iaitu pintar dan cemerlang.

5.3 TEMU BUAL Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi. Dalam temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri. Banyak perkara yang saya tidak ketahui berjaya dirungkai. Saya telah menemubual beberapa pihak seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru

kaunseling, guru panitia, kakitangan sekolah dan murid. Pada mulanya saya agak gementar untuk menemu bual pihak berkenaan, tetapi lama kelamaan perasaan itu hilang sendiri. Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Antara yang telah saya perolehi adalah peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam kalangan pelajar serta bagaimana proses perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut di ukur sama ada melalui ujian khas atau ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri. Selain itu, soalan-soalan yang ditanyakan telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan pihak tersebut. Antara soalan yang ditanyakan ialah : 1.Apakah peranan guru dalam merealisasikan FPK? 2. Bagaimanakah penglibatan kokurikulum dalam kalangan pelajar? 3. Apakah bidang tugas yang dilakukan oleh pembantu tadbir? 4. Adakah mata pelajaran Bahasa Melayu menyumbang kepada kecemerlangan akademik?

5. Adakah keselamatan sekolah ini terjamin? 6. Aktiviti apakah yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah dalam memantapkan akademik murid? 7. Bagaimana perkembangan kanak-kanak diukur? 8. Apakah perbezaan Prasekolah, Pendidikan Khas dan Pemulihan? 9. Apakah cadangan dalam meningkatkan pendidikan bagi kanak-kanak khas?

SOAL SELIDIK Soal selidik yang telah saya laksanakan adalah dapat mengetahui siapa yang memegang jawatan sebagai Guru Besar, GPK, ketua panitia dan guru bilik darjah. Saya juga dapat mengetahui peranan dan

tanggungjawab masing-masing selepas menjalankan soal selidik. Selain daripada itu juga, saya juga mengetahui nilai-nilai mumi di kalangan murid-murid. Definisi nilai-nilai mumi adalah sifat yang baik yang terdapat dalam seseorang. Antara contoh nilai-nilai murni adalah keadilan, kejujuran, hormat, keberanian, rasional, kejujuran, semangat bermasyarakat, berdikari, kesyukuran, baik hati, berhemah tinggi, berpendirian teguh, disiplin, kasih sayang, setiakawan dan sebagainya. Terdapat muridmurid yang rajin membantu guru.

Bukan itu sahaja, kami memperoleh maklumat tambahan ini dengan bertanyakan serba sedikit tentang sekolah ini pada beberapa orang responden. Contohnya, saya telah bertanyakan para pelajar mengenai pembelajaran yang dialami oleh mereka. Saya cuba mendapatkan maklumat ini pada masa kelas ganti.

You might also like