Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

FONEM

Fonem

ialah

bunyi

bahasa

yang

menunjukkan

perbezaan

erti. Misalnya

kata bayang dan layang. Bunyinya hampir sama. Yang berbeza hanya [b] dan [l]. Tentulah bunyi-bunyi ini yang menyebabkan perbezaan erti itu. Oleh itu /b/ dan /l/ ialah fonem. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /. Bunyi-bunyi yang berbeza dalam pasangan kata yang berikut merupakan fonemfonem yang berasingan. tabah - tapah sabun - sabung wang - bang tekak - tegak baru - balu siang - tiang

Pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi kedua-dua perkataan yang berpasangan itu mempunyai makna yang berlainan, dinamakan pasangan minimal atau pasangan terkecil. Sekiranya pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang minimal tadi tidak berbeza maknanya, maka bunyi yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon dari satu fonem. Keadaan ini disebut variasi atau kelainan bebas. Contoh: /faham/ - /paham/ dan /bilik/ - /bili?/. Selain daripada pasangan minimal yang dinyatakan di atas , terdapat lagi beberapa contoh yang akan diperjelaskan untuk lebih memberi kefahaman yang mendalam. Contohnya perkataan kaya dan paya. Kedua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza, hal ini disebabkan oleh fonem k dan p. Fonem seperti apa yang kita harus fahami ialah unit yang terkecil yang dapat membezakan makna. Maka bunyi k dan p merupakan unit-unit terkecil itu yang dapat membezakan makna perkataan kaya dan paya. Maka bunyi k dan p boleh dikategorikan sebagai fonem yang membezakan makna. Oleh itu bunyi k dan p diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/.

PERBEZAAN FONEM DAN ALOFON

Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata cari. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu c, a, r, i. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi. Jika c diganti dengan j, maka palu akan bertukar menjadi jari. Oleh itu, c dan j adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya.Misalnya, fonem k, / kadi / daki / paksi>/. Bunyi k dalam /kadi/ dan /daki/ diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna, tetapi dalam /paksi/>, bunyi k diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem k mempunyai dua alofon. Maksudnya bunyi-bunyi alofon tersebut hampir-hampir sama dari segi cara pengucapannya dan juga cara penghasilannya.

You might also like