Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 67

Naim Jusri Pertubuhan IKRAM Malaysia Gabungan Selamatkan Syria

"Kerana kebiasaan orang-orang Quraisy, (iaitu) kebiasaan mereka berpergian pada musim sejuk dan musim panas. Maka hendaklah mereka meyembah Tuhan (pemilik) rumah ini (Kaabah), yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka daripada rasa ketakutan." [Quraisy, 106: 1-4]

Pelan utk membahagikan Khilafah Uthmaniyah mengikut Perjanjian rahsia Sykes Picot 1916

BILAD AS-SYAM
Maksud geografi dan politik
Bilad al-Sham boleh digunakan sebagai nama am untuk merujuk kepada keseluruhan Levant atau Syria Raya Wilayah ini juga kadang kalanya ditakrifkan sebagai wilayah yang dikuasai Damsyik al-Syam dalam bahasa Arab merujuk kepada Damsyik.

Latar belakang sejarah


Syria, (atau Suriah) adalah salah satu daripada empat buah negara Kota Syam Khilafah Bani Umayyah: kota Damsyik yang terletak di Syria dijadikan pusat pemerintahan para khalifah ketika itu, menggantikan Madinah Pada zaman Umayyah, Syam dibahagikan kepada empat jund atau daerah tentera: Jund Dimashq, Jund Hims, Jund Filastin dan Jund alUrdunn.

Latar belakang sejarah (samb)


Bilad-us-Syam (The levant) adalah sebahagian dari wilayah Uthmaniah (1517 1922) Perjanjian rahsia Sykes-Picot (1916) membahagikan kpd wilayah di bawah perintah terus British, Perancis, pengaruh British, Perancis dan wilayah mandat British. Asal mula pada lahirnya negara bangsa Lubnan, Jordan, Syria dan Israel (dgn merampas wilayah Palestin mandat British)

Demografi
9 % Nusayriah (Syiah Alawiy) 10% Kristian 3% Druze 78% Muslim (Sunni) * 9% Kurdish

Siapa dia Nusairiyah


Agama baru yang lahir 200 tahun selepas wafatnya Rasulullah SAW pengasasnya bernama Ahmad Nusairiy Menggabungkan agama Islam, Kristian dan Pagan Persamaannya dgn Syiah ialah turut mengkuduskan Ali r.a. Ibnu Taimiyyah r.h. menganggap lebih kafir dari nasara dan majusi Ibnu Katsir merujuk mereka sebagai pagan sahaja

Syria pasca 1945


Syria merdeka dari Perancis tahun 1946 Keadaan politik tidak stabil pada tahun 50 an dan 60 an. 1970 berlaku rampasan kuasa oleh Hafez assad dari Parti Sosialis (Baaths). Parti Yg sama berkuasa di Iraq pd zaman Saddam Hussein. Memerintah selama 30 tahun sehingga 2000 secara kuku besi (menang setiap kali Pilihanraya Presiden)

Tragedi Hama
Hafez Assad membunuh 45,000 penduduk Syria di Hamma pada tahun 1982 (february). Dalam tempoh sebulan. Pembunuhan ini adalah untuk menghapuskan pengaruh Gerakan Ikhwan Muslimun. Peristiwa ini tidak diketahui oleh dunia tdk spt Shabra dan Shatila pada Sept 1981 (> 4000 pelarian Palestin dibunuh oleh Kristian Phalangist atas arahan Israel Ariel Sharon)

Tragedi Hama

Kebangkitan Arab
Kebangkitan Arab yang bermula di Tunisia, Mesir, Libya, Yemen telah memberi inspirasi kpd rakyat Syria untuk mengambil langkah serupa. Peristiwa yang mencetuskannya ialah apabila sekumpulan kanak-kanak menconteng grafiti rakyat hendak jatuhkan kerajaan. Kanak-kanak di tangkap dan disiksa. Apabila ibu bapa dtg menuntut anak-anak mereka dibebaskan askar-askar dgn biadap mengatakan serahkan ibu-ibunya untuk kami rogol dan itulah anak-anak kamu sebagai ganti. Peristiwa ini menimbulkan kemarahan rakyat yang bangkit menentang kezaliman rejim Bashar Assad

Kebangkitan di Syria
Bermula sekitar 16 17 Mac 2011. Kini lebih dari 10,000 rakyat Syria sudah syahid Berbeza dgn Hamma kebangkitan kali ini berpusat di Homs dan kemudian merebak ke seluruh Syria Juga berbeza dgn Hamma, teknologi maklumat telah menghebahkan apa yang berlaku ke seluruh dunia

Bandingan kebangkitan Arab yang lain?


Kebangkitan di Syria bukan sekadar menentang kezaliman pemerintah. Kezaliman yg dilakukan oleh Regim Basyar Assad amat sadis dan menghina Islam. Mereka membunuh kanak-kanak, menyembelih bayi, menembak masjid, mencemarkan masjid serta memperolok-olok solat umat Islam. Mereka paksa rakyat Syria mengucap La Ilaha Illa Basyar

Kenapa kezaliman ini berlaku?


Ada kaitan dgn agama Basyar Assad dan keluarganya. Agama Nusairi adalah dianggap terkeluar dari Islam. Mereka juga bekerjasama dgn Syiah (kerajaan Iran dan Hizbullah Lubnan turut mendukong Basyar Assad). Bahkan ada laporan Hizbullah membunuh pelarian Syria atau menghalau mereka keluar ketika mencari perlindungan di sempadan Lubnan.

Bagaimana sikap PBB?


PBB bercadang untuk mengenakan tindakan ke atas Syria tetapi di veto oleh China dan Rusia yang ada hubungan dan kepentingan dengan Iran. Liga Arab juga mendesak supaya Syria menghentikan tindakan membunuh rakyat, namun tidak ada desakan yang kuat. Turki juga sedang membuat persiapan untuk melindungi sempadannya dan menyelamatkan rakyat Syria tetapi menanggung risiko konflik merebak di antara Syria dan Turki

Mereka menganggap tindakan mengadakan demostrasi menyokong rakyat Syria sebagai termakan dgn hasutan kuasa asing (kuasa barat) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggantung keanggotaan Syria pada 16 Ogos 2012 Dr Morsi menyokong perjuangan Rakyat Syria pada persidangan NAM di Tehran

Bagaimana sikap sebahagian negara Islam?

Turki-Arab Saudi-Mesir
Arab Saudi menjaga kepentingan Tanah Haram daripada perluasan kuasa Syiah Mesir dan Turki menyokong Arab Spring

Teori Konspirasi : Apa Kaitan Arab Spring, Zionis & Pemberontak?


Gerakan rakyat ini dipercayai didalangi oleh beberapa gerakan berasaskan Zionis yang berpusat di serata dunia termasuklah USA, Eropah mahupun Israel sendiri Mereka membekalkan senjata mahupun sumber-sumber lain seperti kewangan kepada beberapa pemimpin gerakan rakyat yang laparkan kuasa untuk terus menggerakkan rakyat Tujuannya lebih bermotifkan apabila kekacauan dalaman berlaku di negara-negara tersebut, maka tumpuan terhadap kebebasan Palestin yang kini semangatnya membebaskan Palestin kian mekar dapat dialihkan.

Kerajaan Syria terhadap Palestin


Penglibatan Hafez dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Tel Al-Zaatar. Bukit Golan yang diduduki oleh Zionis terletak hanya beberapa kilometer dari Damsyik, tidak pernah diganggu-gugat oleh Hafez HAMAS telah keluar daripada Syria

Sokongan China dan Rusia


Parti Baath merupakan ahli kepada Sosialist International (SI) 20,000 wanita Rusia menjadi isteri kepada rakyat elit Syria yang mendapat pendidikan tinggi di Russia sejak tahun 60an Pelabuhan tentera Rusia dan USD700juta setahun perbelanjaan ketenteraan

Sokongan Iran
Perluasan kuasa, Greater Iran Syria penghubung kepada Hezbollah di Lubnan Iraq dan Lubnan dibawah pengaruh Iran Matlamat mendapatkan Tanah Haram dan menjadi Khilafah? Sekiranya Syria jatuh, terputus jalan ke Lubnan,kuasa akan mengecil dan pemberontakan di Iran akan berlaku

Syiah
Ali al-Kuraani: " Yang menjadi para pengganas di Syria sekarang ialah pengikut-pengikut dan cucu cicit keturunan Abu Sufyan dan tenteratentera Yazid " Ali Sistani (Ulama syiah terkenal) : " Barangsiapa yang mahu membela Syiah, maka dia mestilah berusaha membantu Basyar. Barangsiapa yang cuai maka sebenarnya dia hanya akan membantu pembunuh-pembunuh Husein yang kafir golongan Nawaseb!"

Syrian National Council (SNC)


Berpusat di Istanbul, Turkey Ditubuhkan pada 23 August 2011 Dianggotai oleh Ikhwan, memayungi 120 organisasi pembangkang Diketuai oleh Abdulbaset Sida daripada kaum Kurdish

Free Syrian Army(FSA)


Terdiri daripada askar yang berpaling tadah serta sukarelawan Tanpa agenda politik,Cuma mahukan Assad jatuh-Riad al-Asaad Senjata: AK-47 dan RPG-7 (ringan) Berpusat di Selatan Turki

Ikhwanul Muslimin Syria


Hilang penguasaan di lapangan sejak diharamkan di Syria-Hama 1982 Tidak memposisikan diri untuk merebut kekuasaan di Syria Menjadi ahli Ikhwan hukumannya bunuh Mempunyai Ulama yang berpengaruh

Apa pandangan Ulama?


Ulama Al-Azhar : Basyar Assad sudah melampaui batas dan beliau wajib dibunuh sebelum lebih ramai rakyat Syria menjadi mangsa kekejaman beliau Dr Muhammad Badi (MA IM) : dengan tegas mengatakan Basyar Assad akan dihukum oleh rakyatnya. Dr Yusuf Qaradhawi (Ketua Ikatan Ulama A/B): berjanji rakyat Syria akan diberi kemenangan dan beliau akan bersembahyang Jumaat dan berkhutbah di Damsyik

Kenyataan Media Gabungan Selamatkan Syria (GSS)


Gabungan Selamatkan Syria mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kekejaman dan tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat Syria oleh rejim Bashar al-Assad. Fakta kekejaman rejim Bashar terhadap rakyat di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang rakyat, seramai 39,000 orang awam cedera dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa.

Kenyataan media (samb)


Kekejaman mereka lebih terserlah apabila mereka mencuri harta-harta rakyat, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak..

Tuntutan GSS
Gabungan dengan ini menuntut: 1. Bashar al-Assad menghentikan kezaliman dan pembunuhan rakyat Syria dengan serta merta. 2. Bashar al-Assad hendaklah berundur dengan serta-merta. 3. Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian mengutuk kezaliman Bashar al-Assad dan memanggil balik Duta Malaysia di Syria.

Perhimpunan dan perarakan


Satu perhimpunan rakyat telah diadakan pada hari Jumaat, 16 Mac 2012 jam 2.45 petang di Kedutaan Syria, Jalan U-thant, Ampang, Kuala Lumpur. Memorandum rakyat Malaysia yang diwakili oleh Gabungan Selamatkan Syria telah diserahkan kepada Kedutaan Syria.

Gabungan Selamatkan Syria


1. Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)

2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 3. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) 4. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) 5. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) 6. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) 7. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) 8. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) 9. Syrian Student Association 10. DACS Shah Alam 11. Global Peace Malaysia (GPM) 12. World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Malaysia 13. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Di Parlimen

Muktamar Syria anjuran al-Ittihad alAlami Lil Ulama al-Muslimin (The International Association of Muslim Scholars) yang dipengerusikan oleh Prof Dr Yusuf al-Qardhawi) dan Rabitah Ulama Suriyiin (Syria) dari 1 - 3 Julai 2012 di Istanbul, Turki "Hanya sanya yang takut kepada Allah ialah dari kalangan hambaNya yang berilmu (al-ulama')

Tema pada logo muktamar "Sesungguhnya kamu adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu , maka hendaklah engkau bertakwa"
Moto muktamar: "Ummatan wahidah" (Umat yang satu)

Hadis ttg Ghuthah.


Rasulullah saw. bersabda : Pusat kepimpinan kaum Muslimin pada hari peperangan yg paling besar (Malhamah al-kubro)adalah di sebuah negeri yg bernama Ghuthah, yg mana di negeri itu terdapat sebuah kota yg bernama Damsyik (Damaskus), ia merupakan tempat tinggal yg terbaik bagi kaum Muslimin pada waktu itu. (Hadis riwayat Iman Ahmad, Abu Daud disahkan oleh Al-Abani dlm soheh AlJami)

Sheikh Raed Solah bersama Dr Hafidzi

FATWA SYRIA
1) Wajib bagi umat Islam untuk bersama-sama dengan kebangkitan rakyat Syria kerana perjuangan mereka adalah di antara hak dan batil, di antara keadilan dan kezaliman. Perjuangan mereka juga adalah untuk melawan pemerintah yang membunuh dan menindas rakyat. Dan ini menunjukkan bahawa wajib bagi umat Islam untuk membantu dan menyatakan sokongan kepada umat Islam yang dizalimi.

FATWA SYRIA (2)


2) Wajib ke atas setiap pemimpin umat Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan kepada kebangkitan rakyat Syria. Sokongan samada dari sudut bantuan kewangan, senjata dan pelbagai bantuan agar kebangkitan mereka mendapat kemenangan. Mereka juga perlu menyatakan sokongan dan memberi bantuan senjata kepada Tentera Pembebasan Syria yang telah berjihad dan berjuang melawan regim Basyar yang zalim.

FATWA SYRIA (3)


3) Haram bagi umat Islam menyatakan sokongan dan dokongan kepada regim Basyar mahupun sekutunya dari sudut ketenteraan, harta benda, sokongan politik dan sebagainya.

FATWA SYRIA (4)


4) Merupakan kewajipan untuk menyokong golongan yang memperjuangkan kebenaran. Maka, tidak ketinggalan kepada para alim ulama' dan juga pemikir Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan mereka terhadap kebangkitan rakyat Syria. Dan haram bagi mereka diam membisu melihat kezaliman demi kezaliman berlaku di Syria.

FATWA SYRIA (5)


5) Haram membunuh di atas dasar hawa nafsu dan juga kepuakan. Haram hukumnya membunuh dan menumpahkan darah tanpa hak. Akan tetapi apabila berada di dalam medan jihad, maka ia merupakan kewajipan untuk mempertahankan maruah diri dan juga agama. Kami juga mengingatkan kepada Tentera Pembebasan Syria agar berjihad tujuannya adalah untuk mempertahankan maruah diri, agama dan juga negara bukan

Cadangan/saranan Muktamar
1. Keperluan untuk menyatakan sokongan yang sepenuhnya dari sudut bantuan kewangan, moral dan juga ketenteraan kepada rakyat Syria untuk memberi kejayaan dan kemenangan kepada revolusi Syria. 2. Mengembangkan maklumat secara komprehensif untuk menyedarkan kepada dunia berkenaan isu sebenar yang berlaku di Syria. Ia juga untuk menjelaskan isu sebenar yang berlaku akibat masih ramai yang tidak jelas berkenaan isu Syria. 3. Para hadirin mu'tamar bersetuju bahawa sesungguhnya umat Islam itu bersatu. Maka wajib bagi setiap umat Islam mengambil cakna dan tindakan terhadap saudara mereka yang dizalimi di mana-mana tempat sekalipun terutamanya di Syria. 4. Penyelarasan antara organisasi bantuan kemanusiaan dan pertubuhan amal, Bulan Sabit Merah, Palang Merah, dan organisasi yang bekerja untuk menyokong kebangkitan rakyat Syria. Ia dengan melalui pembentukan Suruhanjaya Tinggi yang seragam. 5. Pembentukan Jawatankuasa Bersatu Ulama' dan pemikir di setiap negara untuk menyokong kebangkitan rakyat Syria, dari sudut penyebaran maklumat dan juga politik. 6. Pembentukan panel peguam dan pakar dalam undang-undang antarabangsa untuk mendakwa Bashar al-Asad, dan pembantu-pembantunya terhadap jenayah kemanusiaan yang telah dilakukan. 7. Permintaan kepada pembangkang Syria agar bersatu dan bernaung di bawah payung Majlis Kebangsaan Syria melalui perangkaan pelan strategik termasuk keperluan masa kini dan masa depan.

Cadangan/saranan Muktamar(samb)
8. Memanggil kesemua Kementerian Wakaf, Jabatan Masjid, pusat-pusat Islam dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk membimbing pendakwah bagi menjelaskan berkenaan peristiwa sebenar apa yang berlaku terhadap rakyat Syria dan kewajipan menyokong mereka. 9. Menyeru agar para ulama' untuk melawat pelarian-pelarian Syria di Turki, Jordan, Lubnan, dan Iraq bagi membimbing, mengukuhkan semangat dan keadaan mereka. 10. Memanggil kesemua doktor-doktor untuk melakukan misi kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa regim Basyar samada di dalam negara Syria mahupun luar Syria. 11. Menyeru agar Hari Jumaat ini (6/7/2012) sebagai Jumaat kemenangan untuk rakyat Syria. Para khatib jumaat di negara masing-masing perlu menyebutnya di dalam khutbah dan memperuntukkan malam-malam Ramadan untuk berdoa/qunut nazilah di seluruh masjid. 12. Menterjemahkan segala maklumat-maklumat daripada laman-laman/FB berkenaan Revolusi Syria ke dalam bahasa umat Islam dan seluruh dunia. 13. Menyeru agar umat Islam untuk memboikot negara-negara yang menyokong regim zalim Basyar dari sudut ekonomi, politik dan juga komersial. 14. Kami di mu'tamar ini akan sentiasa memperingati dan memberi sokongan kepada kebangkitan rakyat Syria disamping tidak pernah lupa perjuangan rakyat Palestin. Kami juga menyakini bahawa kemenangan revolusi di Syria suatu ketika nanti disamping kejayaan revolusi di Mesir, Tunisia, dan Libya, adalah permulaan kepada pembebasan Baitulmaqdis di Palestin.

Pertubuhan Ikram Malaysia Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)


No. Akaun: 12029-01006-3512

Terkini di Syria

Perdana Menteri Syria


Dakwan FSA menguasai 70% ,Assad 30% daripada Syria Riad Farid Hijab

Kesimpulan
Perjuangan Rakyat menentang diktator Nusairy dan sokongan Syiah kpd Basyar Assad merumitkan lagi isu - dari menentang kezaliman kpd konflik yang berbentuk sektarian (antara kelompok) Campurtangan asing berlaku kerana kedudukan Syria yang strategik

video-video kebangkitan Rakyat Syria di Youtube, membuktikan betapa jelasnya matlamat mereka dengan perjuangan ini. Laungan keramat mereka: "Siapa yg beri kemenangan?? Obama? Erdogan? Sarkozy?? Allah! KEMENANGAN ITU MILIK ALLAH!"

REVOLUSI INI DARIPADA ALLAH, DAN ALLAH YANG MEMBERIKAN KEMENANGANYA -SHEIKH MUNIR GHATBAN

Selamatkan Syria!

You might also like