Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Siti Azhani Bt Abu Bakar

refleksi

PROGRAM MOTIVASI. SEDERAP MENJEJAK PERUBAHAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUNGGAL, KUALA TERENGGANU
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya dan kumpulan mampu melaksanakan tugasan BIG ini bagi semester 4 lepas. Kami amat bertuah kerana di beri pilihan untuk memilih program yang dinyatakan oleh pensyarah kami. Kami mengambil keputusan untuk memilih program motivasi dan ia di jalankan di Sk Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. 6 Julai 2013 yang lepas, satu program motivasi tahun 6 telah dijalankan. Program ini adalah salah satu daripada program wajib yang perlu dilaksanakan untuk murid tahun 6 anjuran guru-guru tahun 6 dan Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa kecemerlangan dalam hidup amat penting dalam menjamin keberlangsungan hidup. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyediakan pelajar dari segi jasmani, rohani, dan intelek dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini disertai oleh semua murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal dan program ini berlangsung selama sehari bermula daripada pagi hingga petang. Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail bin Nik, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal. Semasa perasmian YDP PIBG berpesan kepada semua murid agar menumpukan perhatian sepanjang tahun ini kepada peperiksaan yang bakal mereka hadapi iaitu peperiksaan UPSR. Selain itu, beliau juga berpesan kepada guru-guru agar meningkatkan usaha dalam mendidik murid-murid supaya dapat melonjakkan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini. Kami sekumpulan berpeluang bekerjasama bersama guru-guru Sk Bukit Tunggal dalam Penganjuran motivasi ini. Ianya satu pengalaman yang amat berharga dan bernilai kerana sebagai guru kita mestilah mampu menguruskan sesuatu program dengan baik. Program pada hari itu diteruskan lagi dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Encik Naufal bin Ali, kaunselor daripada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Ceramah yang disampaikan beliau berkisar tentang kepentingan ilmu

Siti Azhani Bt Abu Bakar

refleksi

dan kejayaan di dalam hidup. Selain itu, ceramah beliau juga mengajak murid-murid menyedari pengorbanan ibubapa dan hadiah yang terbaik untuk diberikan bagi membalas jasa mereka. Cara penyampaian oleh beliau sangat menarik kerana beliau menggunakan sesi dua hala iaitu soal dan jawab. Beliau juga menggunakan unsur-unsur kecindan sehinggakan murid-murid kelihatan gembira dan tidak mengantuk. Ceramah ini berlangsung selama satu jam setengah. Setelah itu, muridmurid bergerak ke kantin untuk menjamu makan pagi sebelum memulakan slot seterusnya. Murid murid amat teruja sewaktu program ini dan menunjukkan disiplin yanng baik sepanjang motivasi tersebut. Beberapa orang guru menguruskan sedikit jamuan untuk murid dan juga guru yang terlibat. Saya amat berterima kasih kepada semua rakan-rakan yang terlibat sepanjang program motivasi ini. Kerjasama mereka tiada tandingannya. Sekian, terima kasih.

You might also like