Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

REFLEKSI BENDAHARI Norsyuhada Binti Samsudin (870313-38-5140)

Bina Insan Guru Fasa 1 Siri 5 telah dilaksanakan dengan jayanya iaitu pada 1 hingga 4 Julai 2013 yang lalu. Saya berasa rendah diri kerana dilantik sebagai bendahari walaupun jawatan ini agak membahayakan diri kerana perlu memegang wang kutipan yang banyak. Zaman persekolahan dahulu, saya pernah memegang jawatan sebagai bendahari Kelab Bola Jaring. Bagi tiga semester berturut-turut yang lalu, saya sekali lagi telah diberi kepercayaan oleh rakan-rakan untuk dilantik sebagai bendahari kelas. Oleh itu, tidak hairanlah saya dilantik sebagai bendahari bagi program Bina Insan Guru (BIG) kali ini. Dalam menjalankan tanggungjawab ini, saya lebih banyak belajar dan memperolehi ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan bagi sesuatu aktiviti. Jika sebelum ini saya hanya mengetahui pengurusan biasa diperingkat sekolah, tetapi sekarang adalah diperingkat institut, maka lebih banyak pengetahuan yang telah saya perolehi. BIG Fasa 1 Siri 5 ini terdiri daripada gabungan tiga buah kelas iaitu Pengajian Melayu, Pengajian Muzik dan Pengajian Tamil. Dalam menjalankan tugas sebagai bendahari, saya tidak mempunyai masalah yang besar kerana masing-masing sudah tahu bahawa kutipan wang bagi BIG ini perlu diselesaikan mengikut waktu yang ditetapkan. Akan tetapi, ia memberi sedikit masalah kepada semua peserta kerana masing-masing belum menerima elaun. Alhamdulillah pembayaran dapat dilakukan dengan lancar. Pada mesyuarat yang pertama, tiada lagi kata putus berapa jumlah bayaran yang perlu dikutip bagi setiap peserta. Selepas buka semester, barulah mesyuarat kali kedua diadakan bagi membincangkan perkara-perkara penting untuk aktiviti BIG kali ini. Kata sepakat telah diberi antara ahli jawatankuasa BIG dalam mengumpul wang untuk pembayaran duit baju dan topi. Bayaran yang perlu dibuat bagi seorang peserta ialah sebanyak RM70.

Bayaran ini merangkumi bagi topi dan baju dua helai. Manakala tambahan RM5 pula adalah untuk pengurusan seperti fotostat dan lain-lain. Oleh kerana BIG kali ini dijalankan 2 minggu selepas kemasukan semester baru, kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk membuat persiapan yang rapi, malah urusan keluar masuk wang tidak begitu kerap. Walaupun begitu, saya tetap mencatatkan setiap urusan masuk dan keluar wang ke dalam buku kewangan dengan teliti. Hal ini dapat memudah dan melicinkan laporan kewangan. Setelah selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai bendahari, saya juga turut membantu rakan-rakan yang lain yang memerlukan bantuan seperti pengurusan peralatan, makanan dan pengurusan-pengurusan yang lain. Kami semua bekerjasama dalam menyiapkan peralatan-peralatan yang perlu dibawa nanti. Mana perkara-perkara yang tidak diketahui, kami bertanya kepada para pensyarah yang terlibat. Oleh itu, semua kerja menjadi mudah. Secara keseluruhannya, program Bina Insan Guru ini telah berjalan dengan jayanya. Melalui program BIG ini, saya dapati semangat kerjasama yang ditunjukkan antara ahli-ahli jawatankuasa sangat bagus. Program ini telah banyak memberi manfaat serta memberi pengalaman yang berharga kepada semua yang terlibat. Akhir kata, berbanyak terima kasih saya ucapkan kepada para pensyarah yang sentiasa memberi bimbingan kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan yang membantu saya sepanjang pelaksanaan program ini. Saya harap, kami semua memperoleh satu pengalaman yang berguna daripada perancangan program kali ini dan dapat diaplikasikan pada masa akan datang. Sekian terima kasih.

You might also like