Lagu Tradisional

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAGU TRADISIONAL Lagu tradisional bergantung kepada budaya, adat dan penerimaan sesebuah bangsa.

Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri. Kini, rakyat biasa juga tidak ketinggalan menikmati alunan lagu tradisional ini. Lagu tradisional menggambarkan kebudayaan dan nilai-nilai bangsa dan negara. Ia juga sebagai cara memupuk semangat cintakan negara. Lagu tadisional juga dapat membantu kanak-kanak mengetahui dan mengenali identiti. Lagu tradisional juga digunakan untuk mendodoikan anak. Hal ini dapat dilihat dalam boria dan dikir barat. Tambahan pula, lagu tradisional juga mempunyai nilai-nilai nasihat dan juga berunsur jenaka dalam liriknya. Fungsi lagu tradisional yang pertama ialah untuk mengekalkan warisan. Lagu tradisional diperturunkan dari generasi lama ke generasi baru agar lagu tradisional tidak dilupakan. Hal ini penting agar warisan budaya setiap kaum atau keturunan tidak luput dimakan usia. Lagu tradisional berfungsi sebagai cara untuk memberi nasihat atau didikan. Lagu tradisional juga dijadikan saluran untuk memberikan nasihat atau pengajaran. Selain itu juga, dalam lagu tradisional, kita dapat mengetahui jalan cerita tentang sesebuah kehidupan contohnya seperti dalam lagu Lela Manja. Selain itu, lagu tradisional juga digunakan sebagai hiburan pada zaman dahulu sehingga sekarang. Lagu tersebut juga akan dimainkan ketika ada majlis kenduri kendara, majlis perkahwinan, malis berkhatan dan majlis keramaian dengan tujuan berhibur. Antara lagu popular yang terdapat di Pahang iaitu menggunakan bahasa Semelai seperti Rentak Keralai, Hayang, Fesyen baru dan lainlain. Seterusnya, lagu tradisional juga berfungsi dalam bidang perubatan. Lagu dan muzik yang dinyanyikan berlainan daripada keramaian. Sebagai contoh, semasa upacara diadakan, kaum Semelai di Tasik Bera akan

menggunakan empat buah rebana dan tepukan tidak sehala. Di samping itu, lagu-lagu berentak tradisional seperti asli, masri, inang, zapin dan joget merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai harganya. Sebelum wujudnya media elektronik dan muzik moden di negara ini, lagulagu tradisional ini merupakan medium utama masyarakat untuk berhibur terutama sewaktu acara-acara keraian seperti kenduri kahwin dan sebagainya.

You might also like