Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Ucapan Dimaksudkan dengan apa-apa yang diucapkan atau perkataan yang diucapkan atau cara menyebut atau melafazkan

sesuatu kata yang Mengandungi harapan, dalam bentuk syarahan atau pidato. Ringkasnya, ucapan didefinisikan sebagai penyampaian idea melalui pelafazan, dan disampaikan secara pidato sehala. Format Ucapan 1. Kata alu-aluan atau sapaan 2. Kandungan 3. Penutup 4. Aspek kebahasaan Antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian semasa menyediakan atau menyampaikan ucapan ialah: Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu atau kumpulan yang diraikan. Apabila menyampaikan ucapan pengenalan, berucaplah dengan ringkas dan elakkan menyentuh isu pokok. Apabila menyampaikan ucapan dalam majlis penyampaian anugerah, elakkan ucapan yang beremosi tetapi mengutamakan ucapan yang bersifat faktual. Apabila menyampaikan ucapan setelah menerima sesuatu anugerah, terapkan perasaan keharuan dan nilai yang diberikan kepada anugerah yang diperoleh. Apabila menyampaikan ucapan selepas makan malam, sampaikan secara bersahaja, ringkas dan menyelitkan suasana humor. Pastikan perucap memakai pakaian yang bersopan serta menggunakan bahasa yang sesuai. ____________________________________________________________________

Taklimat Boleh didefinisikan sebagai keterangan ringkas tentang sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang dihasilkan. Taklimat merupakan sebuah ucapan pemakluman dan disampaikan secara hubungan dua hala dalam situasi formal atau tidak formal. Dalam taklimat, ada sesi soal jawab antara perucap dengan khalayak. Format Taklimat

Taklimat boleh dibahagikan kepada dua bentuk berdasarkan jenis atau taraf khalayaknya, iaitu taklimat satu taraf dan taklimat dua taraf. Taklimat Satu Taraf (Sama Taraf) mengandungi: Tajuk Salam, kata sapaan biasa atau salutasi protokol Kata alu-aluan Pengenalan diri, organisasi, jawatan Kandungan taklimat Penutup Sesi soal jawab

Taklimat Dua Taraf Khalayak mengandungi: Tajuk Salam, salutasi protokol dan sapaan biasa Puji-pujian Ringkasan penyampaian taklimat Kandungan Sesi soal jawab

FORMAT TAKLIMAT Penyedian taklimat berbeza formatnya mengikut taraf khalayak yang akan hadir. 1. Taklimat satu taraf khalayak Tajuk Salam, sapaan biasa atau salutasi berprotokol Kata-kata aluan Pengenalan diri /organisasi/ jawatan/ dan sedikit ringkasan taklimat. Kandungan taklimat Penutup Sesi soal jawab

2.Taklimat dua taraf khalayak tajuk salam, salutasi berprotokl dan sapaan biasa puji-pujian ringkasan sembah taklimat kandungan sesi soal jawab

KANDUNGAN TAKLIMAT Kandungan taklimat ditentukan oleh taraf khalayak dan bergantung kepada : 1. Apa yang hendak dimaklumkan taklimat begini mempunyai tujuan untuk memberitahu maklumat tentang pihak yang menyampaikan taklimat itu. 2. Apa yang khalayak ingin tahu taklimat jernis ini memerlukan penyedian yang teliti terlebih dahulu, seperti membuat penyelidikan, pengumpulan data dari soal selidik atau temubual serta menyusunnya dengan baik.

Contoh taklimat

Teks MUZIUM PERAK Oleh Kurator Muzium

Format Tajuk

Terima kasih saudara Pengerusi Majlis yang dihormati, Guru Sapaan Biasa Besar Sekolah Kebangsaan Larut Matang, Yang dikasihi Guru Penasihat Persatuan Alam dan Manusia sekolah ini, cikgu-cikgu dan ahli-ahli persatuan berkenaan. Assalamualiakum dan selamat pagi. Saya selaku Kutaror Muzium Perak, terlebih dahulu ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana pihak Persatuan Kata-kata Aluan Alam dan Manusia sekolah ini sudi menjemput saya untuk memberi sedikit maklumat tentang muzium Perak Untuk tidak membuang masa lagi, marilah kita sama-sama meninjau kembali sejarah Muzium Perak ini. Muzium ini terletak Pengenalan Muzium di Jalan Taming Sari, Taiping dan merupakan muzium yang tertua dan Sejarah Ringkas di Malaysia. Muzium Perak telah diasaskan pada tahun 1883 oleh Inggeris secara berperingkat-peringkat. Pembinaan keseluruhan bangunan utama muzium ini siap dalam tahun 1903 dan merangkumi empat buah balai pameran utama dan sebuah pejabat serta perpustakaan. Koleksi bahan-bahan pameran memainkan peranan penting dalam penambahan jumlah bangunan muzium ini. Sejak penubuhannya, koleksi ditumpukan kepada bahagian zologi, herbarium, arkeologi Kandungan taklimat dan ethnologi. Beberapa buah buku juga dijilid tahun demi tahun Salam

untuk perpustakaan. Pada masa sekarang, muzium sedang mengadakan pameran senjaya zaman batu dan seterusnya akan menhadakan Hari Kandungan taklimat Muzium Terbuka yang akan dirasmikan Oleh D.Y.T.M Pemangku Raja Perak, Raja Nazri Shah. Para hadirin dijemput hadir. Penutup Setakat inilah sahaja taklimat saya tentang Muzium Perak. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila kemukan kepada saya dalam sesi soal jawab selepas ini. Terima kasih.

You might also like