Minggu 8

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINGGU 8 ( 1 SEPTEMBER 5 SEPTEMBER 2013 )

Perjalanan harian pada minggu ini adalah sama seperti minggu-minggu yang sebelumnya di mana saya menjalankan aktiviti p&p mengikut jadual pengajaran seperti biasa. Memandangkan saya mengajar tahun 1, 2 dan 3, saya perlu membuat pentaksiran berasaskan sekolah bagi setiap tajuk yang telah saya ajar. Saya mendapat bimbingan daripada guru pembimbing tentang bagaimana untuk menjalankan pentaksiran ini.

1.0. Masalah Masalah yang saya hadapi pada minggu ini adalah tentang bagaimana untuk menjalankan pentaksiran keatas murid. Saya perlu mengenal pasti tahap murid dan menyediakan instrumen pentaksiran mengikut band yang sesuai. Saya masih tidak mahir dalam pentaksiran berasaskan sekolah ini dan mengalami kesukaran dalam menetukan instrumen yang sesuai bagi setiap murid yang mempunyai tahap yang berbeza-beza.

2.0 Analisis 1. Tidak mahir dalam membuat pentaksiran berasaskan sekolah 2. Perlu membuat pembinaan instrumen yang sesuai mengikut tahap murid

3.0 Cadangan Untuk Memperbaiki Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, saya perlu merujuk kepada guru matapelajaran yang sudah biasa dengan pentaksiran berasaskan sekolah ini dan meminta tunjuk ajar mereka untuk menjalankan pentaksiran.

Saya juga perlu sentiasa membuat pemerhatian ke atas pelajar dan mengenal pasti tahap penguasaan mereka atas satu-satu tajuk pembelajran bagi memudahkan saya untuk memilih instrumen pentaksiran yang sesuai mengikut tahap penguasaan mereka.

4.0 Tempoh masa tindakan susulan Saya akan cuba untuk sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada pada diri saya dari masa ke semasa sepanjang saya menjalankan praktikum di sekolah ini. Saya akan menjalankan pentaksiran mengikut tajuk pembelajaran yang telah saya ajar kepada murid.

5.0 Penilaian Kejayaan Saya dapat menjalankan pentaksiran keatas semua murid sesuai mengikut tahap mereka dan megikut tajuk pembelajran yang telah diajar. Ujian pentaksiran yang dijalankan adalah sesuai dan disahkan oleh guru matapelajaran yang asal.

6.0 Tindakan susulan Saya akan sentiasa meminta tunjuk ajar daripada guru matapelajaran tentang pentaksiran berasaskan sekolah ini dan sentiasa mengenalpasti tahap penguasaan murid yang berbeza antara satu sama lain.

You might also like