Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 122

PENILAIAN KESTABILAN UNTUK CERUN POTONGAN DI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA, SELAYANG, SELANGOR.

MOHAMMAD FARID BIN HASSAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

Universiti Teknologi Malaysia


BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***
JUDUL : PENILAIAN KESTABILAN UNTUK CERUN POTONGAN DI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA, SELAYANG, SELANGOR. SESI PENGAJIAN : 2008/ 2009 Saya MOHAMMAD FARID BIN HASSAN ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis ( Diploma / PSM / Sarjana / Doktor Falsafah ) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. 2. 3. 4. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan ( ). SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TERHAD

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

( TANDATANGAN PENULIS ) Alamat Tetap: F164, KAMPUNG PISANG, 09200 KUPANG, BALING, KEDAH DARULAMAN.

( TANDATANGAN PENYELIA )

PROF. DR. AMINATON MARTO (Nama Penyelia)

Tarikh:

MEI 2009

Tarikh:

MEI 2009

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. *** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus atau penyelidikan, atau Laporan
Projek Sarjana Muda (PSM)

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Tandatangan

................................................................

Nama Penyelia

PROF. DR. AMINATON MARTO

Tarikh

04 MEI 2009

PENILAIAN KESTABILAN UNTUK CERUN POTONGAN DI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA, SELAYANG, SELANGOR.

MOHAMMAD FARID BIN HASSAN

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)

Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

ii

Saya akui hasil karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: .......... : MOHAMMAD FARID BIN HASSAN : ..........................................................................

iii

Buat keluarga yang tersayang.. Mak: Azizah Binti Lateh, Abah: Hassan Bin Ahmad, Kakak-Kakak:Fauziah Bt Hassan dan Fadilah Bt Hassan , Adik-adik:Mohammad Fadil Bin Hassan, Muhammad Fuad bin Hassan dan Faizatul Akma Bt Hassan.

Jasa dan kasih sayang kalian tidak mungkin dapat dilupakan..

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah keizinan-Nya dapat saya menyiapkan projek sarjana muda ini dalam masa yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti.

Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia projek, Prof. Dr. Aminaton Marto yang tidak jemu memberi tunjuk ajar serta meluangkan masa beliau sepanjang tempoh perlaksanaan kajian ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat orang yang telah banyak memberi dorongan dan semangat sepanjang menjalankan projek ini iaitu kedua ibu bapa dan keluarga saya. Segala bantuan dari segi moral dan kewangan amat tidak ternilai harganya dan tidak lupa juga buat teman seperjuangan Fahrul Rohman Bin Ahmad dan rakan-rakan lain yang bayak memberikan dorongan dan semangat untuk terus berusaha menyiapkan kajian ini. Jasa kalian semua tidak mungkin dilupakan.

Akhir kata, diharap projek ini memenuhi kehendak dan tujuan asal kajian dan semoga apa yang kita lakukan di dunia ini mendapat rahmat dan berkat dari Ilahi. InsyaAllah...

ABSTRAK

Cerun 2 ialah satu cerun potongan lima (5) tingkat yang berada dalam Kategori 1 risiko tinggi kepada nyawa (bangunan yang tinggi kadar penggunaannya) dengan berketinggian sekitar 30m dari puncak tembok penahan tanah yang dibina di kaki cerun terbabit. Kontur untuk cerun ini adalah antara 105 meter sehingga 135 meter tinggi. Tembok ini disokong oleh struktur tembok RE dan dilitupi oleh rumput pada permukaannya. Rangkaian perparitan dibina di setiap tingkat cerun ini termasuk sistem perparitan bertetangga melalui permukaan cerun terbabit. Namun, kestabilan cerun ini masih menjadi tanda tanya dan menghantui pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Selayang, Selangor. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kestabilan cerun ini dari aspek faktor keselamatan, perubahan paras air bumi dan pergerakan tanah. Pemeriksaan rutin dan pemantauan kerja-kerja penyelenggaraan telah dijalankan oleh pihak kontraktor antara 30 November 2007 sehingga 7 November 2008. Data-data yang diperolehi dianalisis berdasarkan perubahan paras air bumi, pergerakan tanah, pemeriksaan rupe fizikal permukaan cerun dan kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan. Setelah analisis data terkumpul dijalankan, didapati faktor keselamatan berada melebihi kadar yang diperlukan iaitu 1.9 berdasarkan kedudukan paras air bumi yang rendah manakala pergerakan tanah dikategorikan sebagai Terlalu Perlahan iaitu antara 0.6 mm setahun. Penambahan instrumentasi, penggunaan Sistem Robotic Total Station dan peningkatan kualiti didalam kerja-kerja pemantauan dan penyelenggaraan adalah dicadangkan bagi memastikan cerun dapat dipantau dengan lebih baik dan kestabilan cerun dapat

dikekalkan dengan lebih lama. Secara keseluruhan cerun ini dianggap stabil dan selamat sehingga tarikh akhir pemantauan iaitu 07 November 2008.

vi

ABSTRACT

Slope 2 is a five berm cut slope in Category 1Consequence-to-life (heavily used building) with the height around 30m from the top of Reinforced Earth (RE) Wall. The contour is between 105m until 135m. This slope is supported by the RE Wall and the surface of the slope is covered with grass. Surface drainage network has been constructed at the toe of every berm which is also parallel with the slope gradient. However, the stability of this slope is still questionable. The aim of this study is to assess the stability of Slope 2 in term of factor of safety, change in water level, soil movement and the inspection and maintenance work. The routine inspection and maintenance work has been carried out, recorded and documented from November 2007 until November 2008 by the contractor. Collected data were analyzed in term of the change in water level, soil movement, surface visual inspection, and maintenance work. Inclinometer data shows a small soil movement of around 0.6mm. The high factor of safety obtained for the slope of about 1.9 is obtained due to low water level condition. So, this slope can be concluded as stable and safe due to this higher factor of safety and extremely slow soil movement (0.6mm/year). However, the results obtained are from limited data and the instrumentations were placed at quite un-strategic locations. Hence, due to Category 1 status of the slope, it is recommended that a more comprehensive monitoring using inplaced inclinometer and automatic piezometer with alarm system to be carried out. It is also suggested to use a Robotic Total Station with rain gauge. As a conclusion, this cut slope can be assumed as safe and stable until the end of the monitoring and maintenance work at 07 November 2008.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

MUKA SURAT ii iii iv v vi vii xi xii xiv xv 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1.2 Kenyataan Masalah 1.3 Objektif 1.4 Skop 1.5 Kepentingan Kajian

1 2 3 3 4

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 2.2 Cerun 2.2.1 Jenis-Jenis Cerun

5 6 6

viii 2.2.1.1 Cerun Semulajadi 2.2.1.2 Cerun Binaan 2.3 Ketidakstabilan Cerun 2.3.1 Punca-Punca Ketidakstabilan Cerun 7 7 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12 13 13 14 14 14 16 16 17 17 18 20 21 22 22 23 26 29 29 31 34

2.3.1.1 Tindakan Air a) Kesan Resipan dan Air Larian b) Perubahan Paras Air Bumi 2.3.1.2 Hakisan 2.3.1.3 Profil Tanah 2.3.1.4 Luluhawa dan Penurunan Tanah

2.3.1.5 Kehadiran Rekahan Tanah 2.3.1.6 Litupan Tumbuhan

2.3.1.7 Perubahan Keadaan Tekanan 2.3.1.8 Kejelekitan Tanah 2.3.1.9 Penyaliran 2.4 Jenis-Jenis Kegagalan Cerun 2.4.1 2.4.2 2.4.3 Kegagalan atau Gelinciran Putaran Kegagalan atau Gelinciran Jenis Peralihan Kegagalan atau Gelinciran Majmuk

2.5 Mekanisma Kegagalan Cerun 2.5.1 2.5.2 2.5.3 Runtuhan Gelinciran Aliran

2.6 Tanah Runtuh atau Runtuhan Cerun 2.7 Pemantauan Prestasi Struktur Geoteknik 2.7.1 2.7.2 2.7.3 Program Instrumentasi Geoteknikal Penentuan Paras Air Bumi Skala Halaju Pergerakan Tanah

2.8 Kaedah Pengukuhan Cerun 2.8.1 2.8.2 Penggunaan Struktur Permukaan Tegar Aplikasi Permukaan Lembut

2.9 Penyelenggaraan Cerun 2.9.1 Penyelenggaraan Berdasarkan Panduan Penyelenggaraan Cerun JKR

34

ix 2.9.2 Penyelenggaraan Berdasarkan Laymans Guide to Slope Maintenance 2.9.3 2.9.4 2.9.5 2.9.6 Penyiasatan Penyelenggaraan Tindakan Pengurusan Penyelenggaraan Manual Penyelenggaraan Tujuan dan Skop Penyiasatan Penyelenggaraan Rutin 2.9.7 Tujuan dan Skop Penyiasatan Jurutera Untuk Penyelenggaraan 38 37 34 35 36 37

METODOLOGI

40

3.1 Pengenalan 3.2 Fasa 1: Penganugerahan Projek 3.3 Fasa 2: Lawatan Tapak 3.4 Fasa 3: Pengumpulan Data 3.5 Fasa 4: Analisis Latar Belakang Cerun 3.6 Fasa 5: Analisis Data Projek 3.6.1 3.6.2 Peringkat 1: Analisis Data Instrumentasi Peringkat 2: Analisis Data Pemantauan Visual

40 41 41 42 42 43 43 45 46 46

3.7 Fasa 6: Cadangan 3.8 Fasa 7: Dokumentasi

KAJIAN KES

47

4.1 Pengenalan 4.2 Lokasi 4.3 Ringkasan Cerun dan Tembuk Penahan 4.4 Geologi 4.5 Geomorfologi 4.6 Paten Sistem Saliran 4.4 Model Digital Jasad Cerun 4.8 Profil Tanah 4.9 Aggaran Mekanisma Kegagalan

47 48 49 50 51 51 51 53 54

ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

56

5.1 Pengenalan 5.2 Analisis Faktor Keselamatan 5.2.1 Kesimpulan Analisis Faktor Keselamatan

56 57 60 61 61 68 74 74 75 75 79 79

5.3 Analisis Pergerakan Tanah 5.3.1 5.3.2 5.3.3 Inclinometer 2 (Paksi A) Inclinometer 2 (Axis B) Kesimpulan Analisis Pergerakan Tanah

5.4 Analisis Pemantauan Permukaan 5.4.1 5.4.2 5.4.3 Pemantauan Keseluruhan Pemantauan Setempat Kesimpulan Analisis Pemantauan

5.5 Analisis Kerja-Kerja Penyelenggaraan 5.5.1 Kesimpulan Analisis Kerja-Kerja Penyelenggaraan

80

CADANGAN DAN KESIMPULAN

81

6.1 Pengenalan 6.2 Pemantauan Tanah 6.2.1 6.2.2 Paras Air Bumi Pergerakan Tanah

81 82 84 84 85 86 86 88

6.3 Cadangan Pemeriksaan 6.3.1 Penetapan atau Penandaan Lokasi

6.4 Cadangan Penyelenggaraan 6.5 Kesimpulan

RUJUKAN

89

LAMPIRAN 1 5

92-104

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

2.1

Faktor Keselamatan yang Dicadangkan Terhadap Cerun Baru dalam Masa 10 Tahun Tempoh Kembali (Geo Hong Kong) 24

2.2

Skala Halaju Tanah Runtuh yang Dicadangkan (Cruden & Varnes 1996) 27

4.1

Parameter kekuatan tanah diperoleh dari ujian makmal (Ikram Jun 2004) 53

5.1

Nilai Faktor Keselamatan Berdasarkan Kedudukan Paras Air Bumi 60

5.2

Data Pergerakan Tanah Inclinometer 2 Paksi A 62

5.3

Data Pergerakan Tanah Inclinometer 2 Paksi B 68

5.4

Kesilapan Lokasi Cerun November 2007 75 86 87

6.1 6.2

Cadangan Manual Pemantauan Cadangan Manual Penyelenggaraan

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Lokasi Keseluruhan Cerun dan Tembok Penahan Tanah 3 15

2.1 2.2

Gelinciran Putaran Jenis Bulatan (Marhana, 2006) Gelinciran Putaran Jenis Bukan Bulatan (Marhana, 2006)

15 16 17 18 19 20

2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8

Gelinciran Peralihan (Marhana, 2006) Kegagalan Majmuk (Marhana, 2006) Runtuhan (IKRAM, 2001) Gelinciran (IKRAM, 2001) Aliran (IKRAM, 2001) Kadar Pergerakkan Tanah Terhadap Peningkatan Masa (Suhaimi et al 2008)

28 30

2.9 2.10

Penggunaan shotcrete dipermukaan cerun Penggunaan ikatan batuan sebagai satu struktur ikatan tegar

31

2.11

Jenis-jenis aplikasi permukaan lembut yang digunakan 32 33 44 48

2.12 3.1 4.1 4.2

Jenis tumbuhan mengikut kecuraman yang sesuai Paksi A dan B dalam bacaan data inclinometer Lokasi Kompleks MPM Selayang (Innova Nov 2008) Geologi Kawasan Kompleks MPM Selayang (Innova Nov 2008)

50

xiii 4.3 Model Digital Jasad Cerun Sebelum Kompleks MPM Dibina (Ikram 2004) 4.4 Model Digital Jasad Cerun Selepas Kompleks MPM Dibina (Ikram 2004) 4.5 Peringkat berlakunya anggaran mekanisma kegagalan (Ikram 2004) 5.1 5.2 5.3 Paras Air Bumi di Permukaan Cerun Paras Air Bumi 2 meter dibawah Permukaan Cerun Paras Air Bumi dibawah Lapisan Pertama Tanah (5 meter di bawah permukaan cerun) 5.4 5.5 Pergerakan Tanah pada Paksi A Pergerakan Tanah pada Kedalaman 1 meter Paksi A 5.6 Pergerakan Tanah pada Kedalaman 10 meter Paksi A 5.7 Pergerakan Tanah pada Kedalaman 15.5 meter Paksi A 5.8 5.9 Pergerakan Tanah pada Paksi B Pergerakan Tanah pada Kedalaman 1 meter Paksi B 5.10 Pergerakan Tanah pada Kedalaman 10 meter Paksi B 5.11 Pergerakan Tanah pada Kedalaman 15.5 meter Paksi B 5.12 6.1 6.2 Pertindihan parameter yang dipantau Lokasi Cadangan Inclinometer Lokasi Cadangan Piezometer 73 77-78 83 83 72 71 67 70 66 65 59 64 55 57 58 52 52

xiv

SINGKATAN

IKRAM Innova JKR MEdSI MITPE MPM MUET PTK RE Wall RL STPM UTM

Institut Kerja Raya Malaysia - Innova Technologies Sdn Bhd Jabatan Kerja Raya - Malaysian Educators Selection Inventory - Malaysian Information Technology Professional Examination Majlis Peperiksaan Malaysia - Malaysian University English Test - Penilaian Tahap Kecekapan Reinforced Earth Wall Reduced Level - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Universiti Teknologi Malaysia

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

PURPOSE, SCOPE AND FREQUENCY TIMING OF ROUTINE MAINTENANCE INSPECTIONS OF SLOPES (JKR, 2006) 92

SCOPE

OF

ENGINEER FOR

INSPECTIONS

MAINTENANCE OF SLOPES (JKR, 2006) 94

CONSEQUENCETOLIFE CATEGORY (JKR, 2006) OF SLOPES 97

EXAMPLE

MAINTENANCE 99

SCHEDULE AND ITEM IN MAINTENANCE MANUAL 5

KERATAN RENTAS CERUN 2, PAKSI CERUN A 2, DAN DAN PAKSI B

LOKASI DAN 102

INCLINOMETER PIEZOMETER

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang telah ditubuhkan pada 1 Februari 1980 dibawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 (Akta 225) ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi dibawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. MPM bertanggungjawab mengelolakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Malaysian University English Test (MUET), Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), Malaysian Information Technology Professional Examination (MITPE) dan Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI).

Kompleks MPM telah dibina bersebelahan dan bawah cerun potongan dan siap pada tahun 2004. Sehubungan itu proses pemantauan dan penyelenggaraan adalah perlu bagi memastikan cerun potongan ini dapat memberikan satu jangkahayat khidmat yang lama dan tidak membahayakan penghuni kompleks MPM. Kejadian tanah runtuh hasil daripada kegagalan cerun juga akan mengakibatkan kerugian harta benda termasuk meragut nyawa. Maka, proses pemantauan dan penyelenggaraan yang betul dan terancang perlu diambil agar cerun terbabit berada dalam keadaan yang stabil dan selamat sepanjang masa. Pihak MPM adalah salah

2 satu pihak yang telah mengambil langkah awal dengan membiayai satu pihak lain untuk menjalankan pemantauan dan penyelenggaraan yang sesuai terhadap keseluruhan cerun disekeliling premis MPM Selayang. Kedudukan premis MPM adalah terletak diatas kawasan Banjaran Tititwangsa iaitu sama seperti kedudukan Highland Towers dan Bukit Antarabangsa. Namun, struktur tanah dibawahnya ialah daripada batuan granit.

1.2

Kenyataan Masalah

Kegagalan cerun yang menyebabkan tanah runtuh adalah satu isu yang sedang hangat diperkatakan di seluruh negara ketika ini. Kegagalan cerun biasanya dikaitkan dengan kenaikan paras air bumi dan pergerakan jasad cerun. Proses pemantauan dan penyelenggaraan dijalankan adalah untuk memastikan status cerun sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Ini kerana, sekiranya cerun terbabit gagal ia mungkin akan meragut banyak nyawa selain kehilangan harta benda.

Jenis instrumentasi yang dipilih dan digunakan untuk menentukan paras air bumi dan pergerakan tanah juga perlulah sesuai agar data yang diperolehi adalah data yang sahih. Penentuan instrumentasi ini juga penting agar dapat mengelakkan kekeliruan dan mengalih perhatian daripada parameter yang penting dalam kajian ini. Dengan ini, proses pemilihan instrumentasi dan proses pemantauan dan penyeleggaraan perlulah dijalankan dengan teliti dan betul agar cerun yang terlibat sentiasa berada dalam keadaan yang stabil pada jangkamasa panjang.

1.3

Objektif

1) Menilai kestabilan Cerun 2 Kompleks MPM Selayang dari aspek faktor keselamatan rekabentuk, perubahan paras air bumi dan pergerakan tanah.

2) Menilai kestabilan Cerun 2 Kompleks MPM Selayang dari aspek kerja-kerja pemantauan dan penyelenggaraan yang telah dijalankan

1.4

Skop

Di sekitar kompleks MPM terdapat dua cerun potongan iaitu Cerun 1 dan Cerun 2, satu cerun semulajadi iaitu Cerun 3 dan satu cerun tambakan iaitu Cerun 4. Lokasi pembinaan semua cerun ini dapat dilihat dengan lebih jelas didalam Rajah 1.1. Sebahagian daripada kawasan cerun ini iaitu bahagian atasnya adalah terletak di dalam kawasan hak milik persendirian.

Kompleks MPM

Rajah 1.1: Lokasi Keseluruhan Cerun dan Tembok Penahan Tanah (Innova, Nov 2008)

4 Untuk kajian ini, hanya Cerun 2 (cerun potongan) sahaja akan di fokuskan. Maka, instrumentasi yang terdapat di cerun ini hanyalah Inclinometer 1 dan Inclinometer 2 sahaja. Namun, data Inclinometer 1 tidak wujud kerana Inclinometer 1 telah diabaikan daripada dipantau. Maka, hanya data daripada Inclinometer 2 sahaja yang akan digunakan. Data pemantauan Piezometer 2 juga diambil kira kerana ia adalah piezometer terhampir dengan cerun ini yang boleh dirujuk. Laporan pemantauan dan penyelenggaraan rutin yang dijalankan oleh pihak kontraktor adalah satu data penting yang perlu dirujuk bagi menjayakan lagi kajian ini. Pemantauan dan penyelenggaraan ini telah dijalankan bermula dari November 2007 sehingga November 2008. Perkara lain juga akan turut di fokuskan hanya untuk Cerun 2 sahaja termasuk dari aspek faktor keselamatan, faktor geologi dan sebagainya.

1.5

Kepentingan Kajian

Kepentingan bagi kajian ini adalah agar dapat mengenalpasti sama ada kerjakerja pemantauan dan penyelenggaraan telah dijalankan dengan baik oleh pihak kontraktor. Kerja-kerja pemantauan dan penyelenggaraan yang telah dijalankan oleh pihak IKRAM dan Innova Technologies Sdn Bhd adalah berpandukan kepada garis panduan pemantauan cerun yang telah dikeluarkan oleh pihak JKR dan Laymans Guide to Slope Maintenance.

Kajian ini juga penting supaya dapat memberikan kepastian sama ada keadaan cerun potongan stabil dan selamat. Oleh itu, ia dapat memberikan jaminan kepada pihak MPM untuk boleh terus menggunakan kompleks MPM tersebut. Maka, dengan itu jenis instrumentasi dan kaedah pemantauan data instrumentasi yang betul juga dapat ditentukan agar struktur cerun potongan ini sentiasa berada dalam keadaan yang stabil dan selamat tanpa menimbulkan kerisauan pihak penghuni kompleks MPM Selayang.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Kejadian tanah runtuh yang berlaku seperti tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993 dan yang terbaru tragedi 6 Disember 2008 di kawasan Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor, Malaysia telah membuka mata banyak pihak tentang pentingnya pemantauan terhadap cerun yang wujud dipremis mereka.

Kerisauan terhadap kejadian seperti ini telah memaksa Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique mengeluarkan kenyataan akhbar. Projek di kawasan cerun 26 darjah hingga 35 darjah dibekukan sehingga sistem kawalan yang sempurna dapat diwujudkan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. "Pemaju atau kontraktor bagi projek-projek tersebut akan diarah supaya melaksanakan kerja-kerja pengukuhan struktur tanah termasuk mengadakan sistem saliran yang sempurna bagi memastikan struktur tanah tersebut selamat daripada sebarang kejadian tanah runtuh," kata Menteri Wilayah Persekutuan

6 Datuk Seri Zulhasnan Rafique. Sementara itu, untuk pembangunan di lereng bukit yang telah mendapat kelulusan tidak akan diberikan kelulusan kerja tanah sehingga keputusan diperolehi ( Malaysia Today, Friday, 12 December 2008).

Bab ini menerangkan tentang sifat-sifat cerun, kegagalan pada struktur cerun, pemantauan, pengukuhan dan penyelenggaraan yang boleh dijalankan terhadap cerun agar cerun terbabit stabil, tidak mengalami kegagalan dan tidak membahayakan struktur berhampiran.

2.2

Cerun

Cerun merupakan suatu permukaan tanah yang terdedah yang membentuk suatu sudut terhadap satah ufuk. Kebiasaannya kegagalan cerun dikaitkan dengan keadaan cerun yang curam tetapi ini adalah tidak benar kerana terdapat banyak kes kegagalan cerun yang berlaku pada cerun yang landai (Marhana, 2006). Keadaan ini menunjukkan bahawa kestabilan sesuatu cerun bergantung kepada banyak faktor selain dari sudut kecondongannya.

2.2.1 Jenis-Jenis Cerun

Kestabilan cerun merupakan aspek yang paling penting dalam bidang kejuruteraan awam. Terdapat 2 jenis cerun utama dalam pembinaan iaitu (Ong, 2000): 1) 2) Cerun Semulajadi Cerun Binaan

7 2.2.1.1 Cerun semulajadi

Cerun semulajadi merupakan cerun-cerun yang dibentuk secara semulajadi di permukaan bumi tanpa dibentuk oleh manusia. Cerun jenis ini terdapat dengan banyaknya di kawasan berbukit-bukau. Walaupun ia terbentuk secara semulajadi, kestabilan cerun jenis ini masih boleh diragui, terutamanya jika berlaku pertambahan beban atasnya atau selepas kejadian hujan lebat.

2.2.1.2 Cerun Binaan

Cerun binaan pula merupakan cerun yang wujud akibat kerja-kerja pembinaan oleh manusia, terutamanya pembinaan yang menyebabkan perubahan aras tanah. Cerun jenis ini merupakan cerun yang direkabentuk. Oleh yang demikian, kestabilan lebih terjamin. Walau bagaimanapun, perubahan tekanan air liang semasa pembinaan dan selepas pembinaan merupakan faktor kritikal yang akan menyumbang kepada ketidakstabilan cerun jenis ini. Dengan ini, perhatian yang serius harus diberikan kepada tekanan air liang pada cerun binaan.

Cerun binaan terdiri daripada dua jenis iaitu cerun tambakan dan cerun potongan. Cerun tambakan ialah cerun yang wujud hasil daripada proses penambakan tanah di atas aras asal tanah. Cerun potongan pula ialah cerun yang wujud hasil daripada proses pemotongan bukit atau cerun semulajadi dikawasan binaan terbabit. Cerun potongan lebih stabil berbanding cerun tambakan kerana struktur zarah tanah cerun potongan tidak terganggu manakala struktur zarah tanah cerun tambakan menjadi longgar dan gembur sebelum proses tambakan dijalankan. Hasil pemadatan untuk cerun tambakan adalah tidak sama dengan kepadatan tanah untuk struktur cerun potongan atau cerun semulajadi. Walau bagaimanapun, sekiranya potongan cerun terlalu curam, cerun tersebut akan menjadi tidak stabil.

8 2.3 Ketidakstabilan cerun

Kebanyakan cerun direkabentuk untuk kegunaan-kegunaan tertentu dengan mengenal pasti aspek-aspek keselamatan, ekonomi dan penyenggaraan. Menurut Bromhead (1992), faktor utama terhadap ketidakstabilan cerun adalah disebabkan oleh:

1. 2.

Peningkatan tekanan air liang Perubahan terhadap sokongan pada kaki cerun samada kerana kerja korekan atau hakisan tanah.

3. 4. 5.

Perubahan pada tanah atau kekuatan ricih tanah Beban akibat gempa bumi Beban pada cerun samada kerana pergerakan isipadu pada tambakan atau potong

2.3.1 Punca-Punca Ketidakstabilan Cerun

Punca-punca kegagalan cerun tanah adalah dari tindakan alam semulajadi ataupun dari tindakan manusia. Faktor daripada tindakan semulajadi tidak dapat dielakkan tetapi ianya dapat dikawal dengan kaedah-kaedah pengawalan cerun. Faktor-faktor tindakan semulajadi adalah sifat bahan, hakisan, cuaca serta keadaan geologi. Faktor tindakan manusia adalah aktivitiaktiviti yang dijalankan di kawasan berhampiran dengan kawasan cerun yang boleh menyebabkan kegagalan cerun. Faktor lain yang turut mempengaruhi kegagalan cerun ialah geomorphologi dan hidrogeologi kawasan. Kegagalan cerun tanah di kawasan kediaman boleh menyebabkan kemalangan nyawa orang ramai dan kerosakan harta benda serta menjejaskan aktiviti sosio-ekonomi di kawasan tersebut.

9 Menurut Marhana (2006), terdapat beberapa faktor yang menjadi punca berlakunya ketidakstabilan cerun iaitu faktor geologikal, fizikal, aktiviti manusia, morphologikal dan tindakan air. Adalah penting bagi kita mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan ketidakstabilan cerun supaya cerun yang akan kita bina berada dalam keadaan selamat. Faktor-faktor yang menjadi punca berlakunya

ketidakstabilan cerun adalah seperti:

1) 2) 3) 4) 5) 6)

Tindakan air Hakisan Profil (susun lapis) tanah Luluhawa dan penurunan tanah Kehadiran rekahan tanah Litupan tumbuhan

2.3.1.1 Tindakan Air

Salah satu punca suatu cerun itu boleh gagal kerana tindakan air samada yang mengalir sebagai air larian permukaan ataupun yang bertindak sebagai air liang. Air boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap cerun yang dibina ataupun yang secara semulajadi.

a)

Kesan Resipan dan Air Larian

Anggaran resipan dan air larian amat penting dalam rekabentuk saiz dan sistem saliran untuk cerun. Pendekatan yang munasabah ialah menyediakan sistem saliran yang secukupnya.

10 b) Perubahan Paras Air Bumi

Perubahan paras air bumi secara mendadak pada cerun turut dikesan sebagai punca berlakunya ketidakstabilan cerun. Peningkatan paras air bumi pada cerun mampu meningkatkan tekanan air liang dan mengurangkan tegasan berkesan pada cerun tanah yang tepu dengan air. Ini boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh. Peningkatan paras air bumi juga boleh meningkatkan kesan pergerakan tanah yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh atau ketidakstabilan cerun.

Pada tanah, penyusupan dan tekanan air liang negatif memberi pengaruh yang besar terhadap ketidakstabilan cerun tanah. Ini adalah kerana kesan penyusupan akan meningkatkan kandungan lembapan tanah dan mengurangkan darjah tekanan air liang negatif dan seterusnya akan mengurangkan kekuatan ricih tanah.

2.3.1.2 Hakisan

Hakisan juga merupakan faktor penyebab ketidakstabilan cerun dan merupakan agen pencetus pada gelinciran aliran besar pada tanah yang sensitif. Hujan yang lebat biasanya akan menyebabkan berlaku hakisan yang teruk terutama terhadap tanah lembut yang sensitif kepada gangguan. Hakisan cerun oleh sungai atau agen semulajadi biasanya berlaku di kaki cerun tetapi boleh juga berlaku di sepanjang lapisan lebih lemah atau satah yang boleh menyebabkan terjadinya pemotongan bawah.

11 2.3.1.3 Profil Tanah

Profil tanah memainkan peranan penting dalam kestabilan cerun terutama pada profil pemendapan. Permukaan satah ricih yang lemah akan berlaku sekiranya terdapat ketidaksinambungan dalam profil tanah terutamanya di antara tanah lembut pada bawah cerun.

2.3.1.4 Luluhawa dan Penurunan Tanah

Pengurangan kekuatan batu dan tanah boleh berlaku melalui proses luluhawa dan tindakan kimia yang lain. Proses yang berlaku ini menyebabkan ketidaksepaduan butiran batuan seperti granit dan pasir dan seterusnya melemahkan ikatan serta kekuatan tanah.

Proses luluhawa kimia adalah sangat aktif dalam cuaca panas seperti di Malaysia. Proses ini akan mengubah sifat batuan menjadi tanah dan proses yang berterusan akan mengurangkan kekuatan ricih tanah dan seterusnya akan mengakibatkan berlakunya runtuhan.

12 2.3.1.5 Kehadiran Rekahan Tanah

Kehadiran rekahan tanah di cerun akan mengurangkan kestabilan cerun dan sekaligus meningkatkan keupayaan cerun untuk gagal. Pertamanya panjang permukaan gelincir di mana kekuatan ricih akan dikurangkan dan keduanya apabila rekahan mengandungi air akan menyebabkan daya gangguan tambahan yang bergantung kepada tekanan hidrostatik.

2.3.1.6 Litupan Tumbuhan

Kesan tumbuhan pada kestabilan cerun akan bertambah kompleks bergantung kepada keadaan biasa tanah seperti kedalaman tanah, kecondongan dan jenis tumbuhan. Litupan tumbuhan dalam beberapa keadaan akan mempengaruhi kestabilan cerun di mana kesan litupan tumbuhan akan mengurangkan tindakan agen iklim pada tanah asal. Ini akan meningkatkan kestabilan cerun dengan cara (Marhana, 2006):

a)

Pemintasan dan perlindungan tanah dari tindakan cahaya matahari, angin dan hujan.

b)

Menahan jumlah air hujan yang melimpahi sebahagian besar permukaan yang dilakukan oleh daun, dahan, batang pokok dan menukarkan air sebagai wap.

c)

Menghapuskan penyejatpeluhan.

sebahagian

besar

air

dari

tanah

melalui

d)

Kesan tumbuhan pada lantai hutan akan menetapkan sejumlah besar air dan mengurangkan larian permukaan dan hakisan.

e)

Sistem

akar akan meningkatkan rintangan ricih tanah

dan

menghasilkan tekanan negatif di mana akan meningkatkan jelekitan tanah.

13 2.3.1.7 Perubahan Keadaan Tekanan

Pemindahan sokongan sisi melalui aktiviti manusia adalah faktor penting dalam ketidakstabilan cerun. Ini berlaku apabila kerja-kerja pemotongan cerun untuk pembinaan jalanraya atau tapak rumah, pengorekan, kuari dan lombong. Pembebanan struktur di atas tanah juga akan meningkatkan daya gangguan terhadap cerun .

2.3.1.8 Kejelekitan Tanah

Cerun yang terdiri dari tanah jelekit sepeti tanah liat dan kelodak adalah lebih stabil disebabkan oleh kekuatan ricih yang wujud daripada geseran dan rekatan antara zarah tanah. Daya geseran dan rekatan ini menguatkan ikatan tanah dan seterusnya dapat menahan kegagalan atau gelangsar pada permukaan ricihnya. Cerun yang terdiri daripada tanah tidak jelekit seperti pasir dan kelikir mempunyai kekuatan ricih daripada satu komponen sahaja iaitu daya geseran antara zarahnya. Daya geseran ini kadangkala tidak berupaya menahan berat tanah yang menyebabkan tanah menggelangsar. Oleh yang demikian, cerun bagi tanah jelekit boleh dibina lebih curam daripada cerun bagi tanah tidak jelekit.

14 2.3.1.9 Penyaliran

Kewujudan air samada dalam bentuk statik atau dinamik merupakan penyebab utama kegagalan cerun. Air hujan mengalir turun melalui permukaan cerun ataupun melalui resipan di antara zarah tanah. Air hujan ini menyebabkan peningkatan kandungan lembapan dan aras air bumi di cerun. Peningkatan kandungan lembapan akan menyebabkan berat tanah bertambah dan pada masa yang sama kekuatan ricih tanah akan berkurangan. Bagi mengelakkan gelinciran atau kesan dari air hujan, air hujan perlu disalirkan ke tempat dan arah yang sesuai.

2.4

Jenis-Jenis Kegagalan Cerun

Daya-daya graviti dan resipan boleh menyebabkan ketidakstabilan cerun. Terdapat beberapa jenis kegagalan cerun yang lazim berlaku berpunca dari ketidakstabilan cerun. Apabila kegagalan berlaku pada cerun tanah liat yang homogen, didapati kebanyakan permukaan gelangsar berbentuk seperti arka bulatan iaitu dalam mod gelangsar putaran (Craig, 1993 ). Beberapa jenis kegagalan dapat ditunjukkan dalam Rajah 2.1 hingga Rajah 2.7. Permukaan gelangsar yang dipengaruhi oleh stratum tanah bersebelahan yang mempunyai kekuatan berbeza mungkin menyebabkan berlaku kegagalan mod translasi dan mod majmuk.

2.4.1 Kegagalan atau Gelinciran Putaran

Kegagalan putaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu gelinciran bulatan dan gelinciran bukan bulatan. Gelinciran bulatan berlaku pada tanah homogen manakala gelinciran bukan bulatan berlaku pada tanah bukan homogen. Gelinciran putaran

15 umumnya berlaku apabila wujudnya pergerakan pada satah kegagalan yang berbentuk bulatan. Semasa gelinciran putaran berlaku, bahagian atas cerun akan hilang kestabilannya dan keadaan ini menyebabkan tanah di bahagian atas cerun yang mengalami pergerakan pada satah kegagalan dalam bentuk bulatan akan bergerak ke bawah. Keretakan tanah secara bersiri akan mengakibatkan tanah pecah kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil dan fenomena ini seterusnya akan menjejaskan kestabilan cerun.

Rajah 2.1: Gelinciran putaran jenis bulatan (Craig, 1993)

Rajah 2.2: Gelinciran putaran jenis bukan bulatan (Craig, 1993)

16 2.4.2 Kegagalan atau Gelinciran Jenis Peralihan

Gelinciran peralihan atau translasi berlaku apabila strata tanah yang keras terletak berdekatan dengan permukaan cerun. Kegagalan cerun jenis ini biasanya dapat dilihat pada kawasan cerun yang mempunyai tekstur tanah yang kasar dan berpasir. Fenomena ini terjadi apabila proses luluhawa dan kesan cuaca yang menyebabkan kekuatan tanah di permukaan cerun berkurangan. Dalam gelinciran peralihan, permukaan kegagalan adalah berbentuk satah dan selari dengan permukaan cerun.

Rajah 2.3: Gelinciran Peralihan (Craig, 1993)

2.4.3 Kegagalan atau Gelinciran Majmuk

Gelinciran majmuk berlaku apabila strata tanah yang keras berada pada jarak yang agak jauh dari permukaan cerun. Gelinciran majmuk terbentuk apabila gelinciran putaran dan gelinciran peralihan terjadi di kawasan yang sama. Kegagalan cerun ini akan mengakibatkan kegagalan dalam bentuk permukaan lengkuk dan bersatah.

17

Rajah 2.4: Kegagalan majmuk (Craig, 1993)

2.5

Mekanisma Kegagalan Cerun

Terdapat pelbagai mekanisma pergerakan cerun yang berlaku. Namun begitu, kriteria-kriteria utama perlulah dikenalpasti bagi tujuan mengklasifikasikan mekanisma kegagalan cerun. Antara kriteria utamanya adalah mengetahui punca dan bentuk runtuhan pergerakan dalam tanah. Pergerakan tersebut mungkin berbentuk runtuhan (falls), gelinciran (slides) dan aliran (flow).

2.5.1 Runtuhan

Merupakan sejenis kegagalan cerun di mana terdapat suatu pergerakan menjauhi jasad asal terutamanya pada tempat yang tidak bersambungan seperti rekahan dan satah-satah kelemahan. Pergerakan jenis ini biasa berlaku pada cerun yang sangat curam. Runtuhan merupakan keadaan apabila tanah tertanggal terus dari

18 cerun dan jatuh (Bromhead, 1986). Bentuk runtuhan ini ditunjukkan didalam Rajah 2.5. Faktor yang meyumbang kepada fenomena runtuhan ialah:

1) Tindakan luluhawa yang menghakis cerun dan mengganggu kestabilannya. 2) Tegasan graviti yang mengakibatkan wujudnya permukaan ricih pada cerun. 3) Perubahan suhu yang menyebabkan sambungan pada batuan terbuka dan tertutup dan membenarkan serpihan tanah memasukinya. Apabila ini berlaku ia menghalang sambungan pada batuan itu menutup semula.

Rajah 2.5: Runtuhan (IKRAM, 2001)

2.5.2 Gelinciran

Kegagalan secara gelinciran merupakan salah satu lagi bentuk mekanisma kegagalan cerun. Ia melibatkan pergerakan tanah pada satah kegagalan yang mengalami ricih yang tinggi. Antara punca kegagalan gelinciran ini berlaku adalah kerana terdapatnya keretakan pada permukaan asal. Keretakan ini akan menjadi kedudukan utama di mana kegagalan akan berlaku.

19

Tanah yang runtuh kemudiannya akan bergerak hingga melebihi kaki cerun dan terkumpul pada kaki cerun. Apabila berlaku kegagalan, gelinciran tanah mengambil tempat di sepanjang suatu permukaan yang agak selari dengan permukaan cerun seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.6. Kegagalan secara gelinciran lazimnya boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kegagalan secara arka bulatan dan kegagalan secara gelangsar lurus.

Rajah 2.6: Gelinciran (IKRAM, 2001)

20 2.5.3 Aliran

Apabila kekuatan ricih tanah menurun akibat peningkatan air liang di dalamnya, jenis kegagalan seperti aliran akan berlaku. Jisim tanah akan mengalir dan menuruni cerun di bawah berat sendiri dalam bentuk cecair. Pergerakan jisim tanah liat melalui mod aliran melibatkan ubahbentuk dalaman yang lebih besar berbanding dengan fenomena gelinciran cerun (Bromhead, 1986). Kejadian aliran akan berlaku dalam tanah yang berjelekit jika kandungan lembapan melebihi had cecair. Gambaran sebenar tentang kegagalan jenis aliran ini ditunjukkan didalam Rajah 2.7. .

Rajah 2.7: Aliran (IKRAM, 2001)

21 2.6 Tanah Runtuh atau Runtuhan Cerun

Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah bagi satu jasad keseluruhan cerun dan boleh menyebabkan kematian atau kerosakan struktur binaan berhampiran. Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek. Walaupun graviti yang bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, namun terdapat faktor tambahan lain yang menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh pada struktur bercerun iaitu:

1)

Cerun batu atau tanah yang lemah akibat mencapai tahap tepu disebabkan oleh hujan lebat atau cairan salji yang bertindak terhadap keseluruhan jasad cerun tersebut.

2)

gempa bumi yang menghasilkan ketegangan atau gangguan pada struktur cerun yang menyebabkan cerun lemah runtuh

3)

gegaran dari mesin, bebanan lalulintas, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.

4)

berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan atau bebanan kepada cerun lemah hingga runtuh.

5)

Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil lalu runtuh.

6)

penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.

Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur dari permukaan cerun tersebut. Campuran pekat batu dan lumpur yang hanyut mungkin menghanyutkan pokok, rumah, kereta dan memberi kesan terhadap struktur binaan yang berhampiran.

22 2.7 Pemantauan Prestasi Struktur Geoteknik

Pemantauan prestasi struktur geoteknik diperlukaan untuk menilai kestabilan jasad cerun dari aspek geoteknikal seperti dari aspek perubahan paras air bumi dan pergerakan tanah padanya. Aspek geoteknikal ini akan menetukan tahap kestabilan cerun ini dengan lebih tepat kerana ia mengambil kira sesuatu perubahan yang mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun ia memberikan satu impak yang sangat besar terhadap kestabilan cerun terbabit. Perubahan dari aspek peningkatan paras air bumi dan pergerakan tanah akan menyebabkan berlakunya kegagalan cerun serta merta yang mungkin akan meragut banyak nyawa. Maka, prestasi struktur geoteknik ini sangat penting untuk menentukan tahap kestabilan cerun dan menentukan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan jangkahayat khidmat cerun terbabit seterusnya mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh.

2.7.1 Program Instrumentasi Geoteknikal

Di dalam konteks pembinaan cerun, instrumentasi di gunakan untuk memantau perubahan pada struktur cerun terbabit seperti perubahan paras air bumi dan pergerakan tanah. Antara instrumentasi geoteknikal yang digunakan untuk memantau perubahan cerun ini ialah piezometer dan inclinometer.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan penggunaan dan kerja-kerja instrumentasi geoteknikal sangat penting dalam penilaian cerun yang telah dibina. Antara faktor-faktor yang telah dikenalpasti ialah seperti berikut (Badrul Hisham, 2005):

23 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Mengesan kegagalan yang bakal berlaku Memberi amaran Menyenaraikan sebarang keraguan Menilai anggapan kritikal rekabentuk Mengurangkan kerosakan akibat pergerakan struktur Mengawal pembinaan Menyediakan data bagi membantu menyelesasikan masalah akan datang.

2.7.2 Penentuan Paras Air Bumi

Paras air bumi ini ialah satu parameter yang penting untuk struktur cerun kerana ia akan menentukan faktor keselamatan untuk cerun terbabit. Paras air bumi perlu dipantau agar tidak mencapai satu tahap yang maksimum iaitu satu aras yang akan mengakibatkan faktor keselamatan menjadi kritikal atau hanya mencapai tahap yang dibenarkan. Jadual 2.1 menunjukkan nilai faktor keselamatan yang sesuai ataupun yang minimum untuk dicapai mengikut jenis cerun yang telah dibina berdasarkan 10 tahun tempoh kembali.

24 Jadual 2.1: Faktor keselamatan yang dicadangkan terhadap cerun baru dalam masa 10 tahun tempoh kembali (Geo Hong Kong) Faktor Keselamatan yang Dicadangkan Terhadap Risiko Terhadap Nyawa Tidak Penting Risiko Ekonomi Faktor Keselamatan yang Dicadangkan Terhadap Risiko Ekonomi dalam Masa 10 Tahun Tempoh Kembali Tinggi 1.4 1.4 1.4 Rendah 1.2 1.2 14 Tidak Penting > 1.0 1.2 1.4 Rendah Tinggi Risiko Nyawa dalam Masa 10 Tahun Tempoh Kembali

Maka, paras air bumi perlulah dikawal agar faktor keselamatan yang minimum diperlukan iaitu 1.4 bagi cerun dari jenis risiko terhadap nyawa dan ekonomi tinggi sentiasa dicapai.

Paras air bumi untuk satu struktur cerun, tambakan ataupun satu lokasi ujian itu dapat ditentukan menggunakan satu alat pengukuran paras air bumi iaitu piezometer. Oleh itu, piezometer adalah sangat penting dipasang pada cerun yang sedang dipantau prestasinya.

25 Piezometer ialah satu kaedah yang digunakan untuk mengukur paras air bumi di lokasi permukaan air yang ingin diukur. Piezometer ialah satu alat yang dipasang pada lubang jara untuk mengukur keadaan semasa paras air bumi pada satu titik di antara equifer.

Piezometer digunakan untuk mengukur tekanan air bumi dan juga paras air bumi dalam tanah telap didalam banyak aplikasi geoteknikal seperti:

1) Kestabilan cerun 2) Prestasi cerun dan tambakan 3) Keberkesanan teknik pembaikan tanah 4) Kesan pembinaan keatas struktur berhampiran 5) Penurunan disebabkan oleh pengairan semula dan ujian pam 6) Penyusupan melalui struktur tanah

Piezometer yang berbeza boleh digunakan untuk memahami arah aliran air bawah tanah dan ciri-ciri equifer. Piezometer-piezometer tersebut ialah seperti (www.hydrometric_piezometer.php_files):

1) piezometer nest, dimana piezometer dipasang pada kedalaman yang berbeza di satu lokasi sahaja. Ini adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai kecerunan hidraulik didalam arah menegak pada sesuatu lokasi ujian.

2) piezometer transect, dimana piezometer ini dipasang dalam satu garisan relative terhadap aras permukaan air. Ini akan memberikan maklumat mengenai aliran air bawah tanah dalam profil menegak termasuk penurunan atau peningkatan aras air bumi yang nyata. Biasanya piezometer ini dipasang dalam bentuk keratan rentas selari dengan aliran air bumi (Woessner, 2000).

3) piezometer network, dimana piezometer diletakkan pada lokasi yang berbeza dalam arah memanjang bagi mendapatkan maklumat mengenai aliran air bawah tanah dalam dimensi mendatar sebagai pandangan atas. Ini terhasil

26 daripada proses pengkonturan semula air bumi yang diperolehi daripada bacaan piezometer. Piezometer ini perlulah dipasang pada equifer yang sama kerana sekiranya berbeza equifer, aras air bumi adalah berbeza walaupun pada lokasi geografi yang sama.

2.7.3 Skala Halaju Pergerakan Tanah

Kadar pergerakan tanah adalah berbeza mengikut cerun yang dipantau. Mengikut Cruden & Varnes 1996, skala halaju ini dapat dibahagikan kepada tujuh (7) Kelas Halaju iaitu seperti yang ditunjukkan didalam Jadual 2.2. Jadual skala halaju tanah runtuh ini dapat digunakan untuk menentukan kelas halaju tanah bagi cerun yang dipantau. Ini akan dapat memberikan gambaran tentang halaju sebenar pergerakan tanah pada cerun terabit dan dapat membuka mata pihak pemantau agar mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi menghadapi sebarang

kemungkinan yang bakal wujud hasil daripada skala pergerakan tanah ini.

27 Jadual 2.2: Skala halaju tanah runtuh yang dicadangkan (Cruden & Varnes, 1996)

Kelas Halaju 7

Ringkasan

Halaju (mm/saat)

Halaju Biasa

Tersangat Cepat 5 x 103 5 m/saat

Sangat Cepat 5 x 101 3m/saat

Cepat 5 x 10-1 1.8 m/saat

Pertengahan 5 x 10-3 13 m/bulan

Perlahan 5 x 10-5 1.6 m/tahun

Sangat Perlahan 5 x 10-7 16 mm/tahun

Tersangat Perlahan

Pergerakan tanah cerun biasanya akan melalui tiga (3) fasa perubahan pergerakan seperti yang ditunjukkan didalam Rajah 2.8 merujuk kepada peningkatan jangkamasa khidmat cerun tersebut (Suhaimi et al 2008). Pada Fasa 1 pergerakan, tanah tersebut akan bergerak dengan kadar yang agak tinggi dalam satu jangka masa yang singkat. Ini adalah kerana tanah tersebut mula bertindak balas terhadap keadaan persekitaran setelah diganggu seperti dipotong ataupun ditambak. Tindakbalas ini adalah kerana zarah tanah yang diganggu cenderung untuk menghasilkan satu ikatan yang kuat dan akan bergerak memenuhi ruang-ruang kosong yang wujud setelah diganggu. Maka, kadar pergerakan adalah lebih tinggi pada satu jangkamasa yang singkat.

28 Pada Fasa 2 pula, tanah yang telah memenuhi lompang akan menghasilkan satu ikatan yang kuat dan stabil. Kadar pergerakan akan terlalu rendah dan boleh dikategorikan sebagai tiada pergerakan. Kadar pergerakan pada fasa ini adalah didalam kadar Terlalu Perlahan seperti merujuk kepada Jadual 2.2, skala halaju tanah runtuh yang dicadangkan (Cruden & Varnes 1996).

Fasa 3 adalah fasa dimana pergerakan drastik zarah tanah berlaku dalam masa yang singkat dan kegagalan cerun mula berlaku seperti kejadian tanah runtuh. Namun, masa yang tepat tidak dapat ditentukan keatas kesemua fasa pergerakan tanah ini kerana ia adalah bergantung kepada pelbagai aspek. Antara aspek yang memberik kesan kepada kadar masa pergerakan tanah adalah seperti parameter tanah, jenis dan tahap gangguan terhadap cerun, keadaan cuaca dan alam sekeliling, dan rekabentuk cerun tersebut. Adalah sukar untuk memberikan satu jangkamasa yang tepat berikutan kehadiran parameter yang mempengaruhi kadar pergerakan tanah dalam kuantiti yang cukup banyak.

Rajah 2.8: Kadar pergerakkan tanah terhadap peningkatan masa (Suhaimi et al, 2008)

29 2.8 Kaedah Pengukuhan Cerun

Cerun perlulah dikukuhkan setelah proses pembinaan selesai agar struktur cerun yang terhasil akan selamat dan stabil. Antara langkah-langkah pengukuhan yang boleh digunapakai ialah pengukuhan cerun menggunakan struktur permukaan tegar, pengukuhan cerun menggunakan struktur permukaan lembut dan tembok penahan tanah.

2.8.1 Penggunaan Struktur Permukaan Tegar

Penggunaan struktur permukaan tegar bagi melindungi permukaan cerun biasa digunakan untuk mengurangkan kadar penyusupan air hujan dan secara langsung mengelakkan berlakunya hakisan permukaan. Perlindungan jenis struktur permukaan tegar yang biasa digunakan ialah seperti:

1) Lepaan chunam - kaedah ini boleh diaplikasikan keatas permukaan cerun dengan menggunakan tanh liat dan lepaan campuran simen. Ketebalan lepaan ini ialah antara 40mm-50mm untuk kerja-kerja kekal.

2) Semburan konkrit (shotcrete) - melindungi permukaan cerun dengan cara menyembur bancuhan mortar kepermukaan cerun.

3) Ikatan batuan ataupun bata - mengaplikasikan ikatan batuan ataupun blok dipermukaan cerun bagi melindungi permukaan cerun daripada proses luluhawa.

30 Secara umumnya, penggunaan struktur permukaan tegar ini akan

menghasilkan satu lapisan kemasan yang agak janggal sekiranya tidak dibina dengan cantik. Namun, penggunaan struktur ini perlulah dibantu oleh lubang leleh agar tidak berlaku peningkatan tekanan air dibelakang tembok cerun terlibat. Rajah 2.9 dan 2.10 menunjukkan jenis aplikasi penggunaan struktur permukaan tegar yang biasa digunakan.

Rajah 2.9: Penggunaan shotcrete dipermukaan cerun (www.kytc.state.ky.us/EnvAnalysis/Stormwaterquality/PDF)

31

Rajah 2.10: Penggunaan ikatan batuan sebagai satu struktur ikatan tegar (www.kytc.state.ky.us/EnvAnalysis/Stormwaterquality/PDF )

2.8.2 Aplikasi Permukaan Lembut

Selepas langkah perlindungan awalan dijalankan keatas permukaan cerun, kekuatan atau kekukuhan cerun boleh ditingkatkan dengan menggunakan satu lapisan permukaan lembut seperti:

1) Pembenihan Hidro diaplikasikan dengan cara menyembur campuran benih rumput, baja dan nutrient penting ke permukaan cerun. Biji benih rumput tersebut akan bercambah dan mengeluarkan akar yang mana seterusnya bertindak sebagai gentian pengikat keatas permukaan tanah cerun.

2) Penanaman Rumput rumput ditanam secara terus dipermukaan cerun. Setelah rumput mencapai tahap matang, akarnya akan mula bertindak mengikat keseluruhan tanah permukaan cerun tersebut agat tidak terhakis ataupun gagal.

32 3) Penanaman Pokok biasanya dijalankan bersama salah satu daripada kaedah diatas agar menghasilkan struktur cerun yang lebih kukuh dengan menggunakan akar dalam pokok yang digunakan.

Rajah 2.11 (a, b, c, d) menunjukkan jenis-jenis aplikasi penggunaan permukaan lembut yang biasa digunakan untuk mengukuhkan lagi permukaan cerun yang terdedah. Manakala Rajah 2.12 menunjukkan jenis tumbuhan yang sesuai mengikut kecuraman cerun yang dibina.

a) Nilon mesh digunakan sebagai asas penanaman rumput

b) Kepingan rumput ditanam diatas permukaan nilon mesh

c) Pokok ditanam untuk mengukuhkan lagi permukaan cerun

d) Proses Pembenihan Hidro sedang dijalankan

Rajah 2.11: Jenis-jenis aplikasi permukaan lembut yang digunakan (www.kytc.state.ky.us/EnvAnalysis/Stormwaterquality/PDF)

33

Rajah 2.12: Jenis tumbuhan mengikut kecuraman yang sesuai (www.kytc.state.ky.us/EnvAnalysis/Stormwaterquality/PDF )

34 2.9 Penyelenggaraan Cerun

Terdapat dua panduan penyelenggaraan cerun yang boleh digunakan iaitu JKR Guide 2006, Guidelines On Slope Maintenance In Malaysia dan juga Layman Guides to Slope Maintenance. Panduan penyelenggaraan ini perlu dijadikan sebagai rujukan agar segala langkah penyelenggaraan yang diambil betul dan menghasilkan cerun yang berkeadaan selamat. Dua panduan ini mempunyai banyak persamaan dari segi tujuan dan tindakan yang diambil kerana pada dasarnya kedua-dua panduan ini adalah berasal daripada Guide to Slope Maintenance (Geoguide 5) yang telah diterbitkan pada tahun 1995.

2.9.1 Penyelenggaraan Berdasarkan Panduan Penyelenggaraan Cerun JKR

Tujuan panduan ini adalah untuk dijadikan sebagai satu panduan penyelenggaraan cerun diseluruh Malaysia. Panduan ini mencadangkan satu standard untuk penyelenggaraan cerun, tembok penahan dan sebarang kawasan bukit yang diganggu (JKR Guide, 2006):

2.9.2 Penyelenggaraan Berdasarkan Laymans Guide to Slope Maintenance

Berdasarkan Layman Guide (2006), Kod Praktis keatas Pengurusan dan Penyelenggaraan Bangunan (HAD, 2000) diterbitkan dibawah Seksyen 44(1)(b) Ordinan Pengurusan Bangunan (Chapter 344) menyatakan, sebarang cerun atau tembok penahan daripada mana-mana pemilik dipertanggungjawabkan untuk diselenggara agar dalam keadaan baik berdasarkan Geoguide 5 Guide to Slope

35 Maintenance diterbitkan oleh Pejabat Kejuruteraan Geoteknikal, Jabatan

Pembangunan dan Kejuruteraan Awam, Hong Kong.

2.9.3 Penyiasatan Penyelenggaraan

Fasal penyiasatan penyelenggaraan yang telah dikeluarkan oleh JKR Guide dan Laymans Guide adalah sama. Penyiasatan penyelenggaraan ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu:

a) Penyiasatan

Penyelenggaraan

Rutin,

yang

dijalankan

oleh

pihak

bertanggungjawab tanpa sebarang pengetahuan professional dalam bidang geoteknikal ataupun awam.

b) Penyiasatan Jurutera untuk Penyelenggaraan yang dijalankan oleh pihak professional yang mempunyai kelayakan sebagai jurutera awam ataupun jurutera geoteknik.

c) Pemeriksaan Biasa keatas Biro Pemeriksaan Air, yang perlu dijalankan oleh Kontraktor Pakar Pengesanan Kebocoran.

d) Pemantauan Biasa keatas Pengukuran Khas, yang perlu dijalankan oleh firma yang mempunyai kepakaran khusus yang diperlukan oleh khidmat penyelenggaraan. Pemantauan ini diperlukan sekiranya kestabilan jangka panjang cerun atau tembok penahan semakin berkurang disebabkan oleh peningkatan jangkamasa.

36 2.9.4 Tindakan Pengurusan Penyelenggaraan

Tindakan pengurusan penyelenggaraan yang telah dikeluarkan oleh JKR juga sama dengan panduan yang telah dikeluarkan oleh Laymans Guide to Slope Maintenance. Sebarang cerun atau tembok penahan yang mana tidak diselenggara dengan baik akan terjejas dan mungkin akan mengakibatkan kegagalan cerun yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada penduduk dan kemusnahan harta benda. Sekiranya perkara ini berlaku, kerja-kerja pembaikan akan menelan belanja yang cukup besar. Tembok penahan kecuali tembok bata hanya memerlukan penyelenggaraan yang cukup rendah dari aspek penyelenggaraan struktur tembok penahan terbabit. Namun, ia memerlukan penyelenggaraan rutin untuk aspek longkang dan lubang leleh.

Individu atau pihak tuan tanah perlulah menjalankan kerja-kerja penyiasatan dan penyelenggaraan dikawasan cerun mereka sendiri tanpa perlu menggunakan kepakaran dari pihak lain sekiranya tanah tersebut adalah dibawah hak milik mereka sendiri. Namun sekiranya kawasan tanah tersebut adalah berstatus kegunaan bangunan tinggi seperti flat atau apartment, Kesatuan Pemilik perlulah mengupah satu pihak lain untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan keatas cerun didalam kawasan mereka.

Menurut

JKR

Guide

dan

Laymans

Guide,

sekiranya

kerja-kerja

penyelenggaraan ini tidak memberi sebarang kesan, dua tindakan segera yang perlu diambil oleh pemilik tanah tersebut ialah seperti yang telah dicadangkan didalam Manual Penyelenggaraan:

1) Mulakan dengan Penyiasatan Penyelenggaraan Rutin diikuti oleh kerja-kerja penyelenggaraan yang diperlukan. 2) Menyediakan penyiasatan pertama jurutera untuk kerja penyelenggaraan secepat yang mungkin bagi cerun atau tembok penahan yang tanpa Manual Penyelenggaraan.

37 2.9.5 Manual Penyelenggaraan

Manual penyelenggaraan yang dikeluarkan oleh JKR juga adalah mempunyai tujuan yang sama dengan manual yang dikeluarkan oleh Laymans Guide to Slope Maintenance. Ia adalah bertujuan sebagai satu panduan yang digunakan oleh manamana pihak yang menjalankan penyelenggaraan keatas setiap cerun yang terlibat. Manual penyelenggaraan yang dikeluarkan untuk setiap cerun adalah berbeza mengikut keadaan setiap cerun yang akan diselenggara. Sekiranya cerun yang ingin diselenggara tidak mempunyai manual penyelenggaraan, pihak jurutera ataupun pihak yang menjalankan penyelenggaraan perlulah mengeluarkan satu manual agar dijadikan sebagai panduan untuk menjalankan penyelenggaraan keatas cerun terbabit. Contoh perancangan tahunan program penyelenggaraan dan pembaikan cerun dan senarai item yang perlu dipantau ditunjukkan didalam Lampiran 5.

2.9.6 Tujuan dan Skop Penyiasatan Penyelenggaraan Rutin

Tujuan dan skop penyiasatan penyelenggaraan untuk JKR adalah sama dengan panduan penyelenggaraan yang telah dikeluarkan oleh Laymans Guide to Slope Maintainance. Antara perkara-perkara yang perlu dijalankan didalam penyiasatan penyelenggaraan rutin ialah:

a) Membersihkan pertambahan sampah sarap didalam saliran longkang dan permukaan cerun. b) Membaiki kerosakan atau keretakan saliran longkang atau turapan permukaan c) Membaiki atau menggantikan semula pelindung permukaan cerun rosak atau retak d) Membuang sebarang objek yang menghalang aliran keluar air dari lubang leleh ataupun penghujung keluar paip aliran. yang

38 e) Membuang sebarang tumbuhan yang menyebabkan keretakan kepada pelindung permukaan cerun ataupun saliran longkang. f) Menanam semula rumput diatas permukaan cerun yang terdedah g) Membuang batuan atau tunbuhan yang tercabut daripada kedudukan asalnya untuk cerun batuan h) Menyelenggara rawatan landskap keatas cerun i) Membaiki sebarang kebocoran paip air dikawasan cerun

2.9.7 Tujuan dan Skop Penyiasatan Jurutera Untuk Penyelenggaraan

Aspek penyiasatan jurutera juga mempunyai persamaan antara JKR Guide dan juga Laymans Guide iaitu bertujuan untuk:

a) Untuk menentukan sekiranya Penilaian Kestabilan dijalankan, laporan untuk penilaian tersebut perlu dinilai dari aspek pendekatan kejuruteraan yang digunakan, andaian dan penutup yang digunakan adalah bersesuaian dengan praktis terkini dan piawaian keselamatan yang diperlukan. b) Untuk menilai sekiranya berlaku tanda atau petunjuk sebelum sesuatu kejadian tanah rntuh berlaku. Sekiranya Penilaian Kestabilan dijalankan keatas cerun yang gagal tersebut sebelum kegagalan berlaku, maka data penilaian dinilai semula dan dibandingkan dengan situasi sebenar ditapak bina. Proses penilaian semula ini dijalankan untuk menilai implikasi data daripada Laporan Penilaian Kestabilan yang dikeluarkan keatas cerun yang gagal. c) Untuk menilai semula kesannya keatas jangka hayat cerun dan struktur tembok penahan. d) Memeriksa semula Laporan Penyiasatan Penyelenggaraan Rutin dijalankan atau tidak dan adakah dokumentasinya memenuhi kehendak e) Untuk memastikan ketepatan kaedah dan kerja-kerja penyelenggaraan rutin yang telah dijalankan

39 f) Untuk menilai semula kekerapan proses meyelenggaran rutin, pemriksaan jurutera dan juga pemeriksaan biasa keatas biro perkhidmatan air. g) Untuk melihat dan menimbangkan implikasi aspek yang dinilai didalam penyelenggaraan rutin dan menarik perhatian pemilik sekiranya didapati sesuatu perkara tersebut memerlukan tindakan segera (sekiranya sesuatu itu menunjukkan perubahan yang berbahaya). h) Untuk menentukan samada Pemeriksaan Biasa untuk Perkhidmatan Air dan/atau Pemantauan Biasa untuk Pengukuran Khas (sekiranya diperlukan) dijalankan dan didokumentasikan dengan betul i) Untuk menasihatkan samada Penilaian Kestabilan untuk cerun dan struktur tembok penahan diperlukan atau tidak j) Untuk mencadangkan kerja-kerja diperlukan k) Untuk menyediakan atau mengemaskini Manual Penyelenggaraan yang sedia ada termasuk data daripada Penialain Kestabilan yang lalu, penentuan dipejabat dan penyiasatan ditapak bina. penyelenggaraan pencegahan yang

Disini dapat disimpulkan bahawa panduan penyelenggaraan yang telah dikeluarkan oleh JKR Guide dan juga Laymans Guide adalah sama dari aspek penyelenggaraanya. Persamaan ini telah dibuktikan dibahagia atas dari aspek penyiasatan penyelenggaraan, tindakan pengurusan penyelenggaraan, manual penyelenggaraan, tujuan dan skop penyiasatan penyelenggaraan rutin dan penyelenggaraan jurutera. Maka, disimpulkan bahawa kedua-dua panduan ini boleh digunakan. Namun, dirasakan JKR Guide adalah lebih sesuai digunapakai di malaysia kerana ia lebih menumpukan kepada keadaan cerun dan cuaca di malaysia berbanding Laymans Guide yang lebih fokus kepada situasi di Hong Kong.

BAB 3

METODOLOGI

3.1

Pengenalan

Bab ini menerangkan metodologi yang dilakukan bagi mencapai objektif kajian. Metodologi yang dilakukan boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu:

FASA 1 FASA 2 FASA 3 FASA 4 FASA 5 FASA 6 FASA 7

: Penganugerahan Projek : Lawatan Tapak : Pengumpulan Data : Analisis Latar Belakang Cerun : Analisis Data Projek : Cadangan : Dokumentasi

41 3.2 Fasa 1: Penganugerahan Projek

Di dalam fasa pertama ini, wakil daripada pihak UTM telah dijemput oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk mendapatkan pandangan kedua mengenai status dan keadaan semasa keseluruhan cerun di sekitar kompleks MPM Selayang, Selangor. Tujuan jemputan pihak MPM ini adalah diatas rasa bimbang terhadap isu kegagalan cerun yang sedang hangat berlaku seperti Tragedi Bukit Antarabangsa pada 06 Disember 2008 dan yang terbaru Tanah Runtuh Miri pada 16 Januari 2009. Maka, wakil daripada pihak UTM dijemput untuk memastikan semua rekod pemantauan dan penyelenggaraan yang telah dijalankan oleh pihak IKRAM dan Innova Technologies membuktikan status semasa cerun terbabit. Sehubungan dengan itu, penulis merupakan seorang dari pihak UTM yang telah bersama-sama hadir ketika perbincangan tersebut. Penulis juga terlibat di dalam kajian menentukan kestabilan cerun yang terdapat di sekitar kompleks MPM ini.

3.3

Fasa 2: Lawatan Tapak

Pada 14 Januari 2009, wakil daripada pihak UTM telah berkunjung ke Kompleks MPM Selayang untuk berbincang mengenai skop kerja yang perlu dijalankan dan juga mengadakan lawatan tapak. Lawatan tapak dijalankan bertujuan untuk memahami keadaan sebenar cerun ditapak, mengenalpasti kedudukan dan keadaan semasa cerun, memantau lubang jajar, memantau permukaan cerun dan struktur tembok penahan tanah yang digunakan.

Pembahagian tugas untuk menyiapkan kajian dibahagikan kepada setiap ahli yang terlibat. Namun, penulis hanya akan fokus terhadap Cerun 2 yang terletak di belakang kompleks MPM tersebut. Cerun-cerun lain dibahagikan kepada ahli-ahli kumpulan lain yang turut serta menjalankan kajian keatas cerun ini.

42 3.4 Fasa 3 : Pengumpulan Data

Pada peringkat ketiga metodologi ini, proses yang dijalankan ialah proses pengumpulan data untuk semua cerun yang telah dibina. Antara data yang dikumpulkan untuk dianalisa ialah data penyiasatan tapak dan pembinaan oleh pihak IKRAM pada tahun 2004, data pemantauan oleh pihak IKRAM selepas tamat pembinaan cerun yang terlibat, data pemantauan dan penyelenggaraan oleh pihak IKRAM pada penghujung tahun 2004 sehingga penghujung tahun 2005, dan diakhiri oleh data pemantaun dan penyelenggaraan yang telah dijalankan oleh pihak Innova Technologies bermula penghujung tahun 2007 sehingga penghujung tahun 2008.

Data-data yang dikumpulkan ini adalah sangat penting bagi proses analisis untuk menentukan status cerun tersebut. Data ini digunakan untuk memastikan tahap keselamatan cerun, dan sebarang perubahan yang telah berlaku keatas cerun tersebut. Data ini juga boleh digunakan untuk memastikan kaedah pemantauan dan penyelenggaraan keatas cerun terlibat adalah berpandukan Panduan Penyelenggaraan Cerun JKR 1996 ataupun Panduan Penyelenggaraan Cerun Laymans.

3.5

Fasa 4: Analisis Latar Belakang Cerun

Fasa keempat metodologi ini ialah proses dimana sebarang maklumat berkaitan cerun dikumpulkan dan difahami sebelum proses analisis dijalankan. Antara maklumat yang perlu difahami ialah sifat cerun, jenis-jenis kegagalan cerun, faktor kegagalan cerun, panduan penyelenggaraan yang betul seperti Panduan Penyelenggaraan Cerun JKR 1996 dan Panduan Penyelenggaraan Cerun Laymans, instrumentasi tanah yang sesuai digunakan dan kaedah analisis yang boleh digunakan untuk menganalisa data yang terkumpul.

43 Pemahaman terhadap semua maklumat yang dikumpulkan ini adalah sangat penting bagi memastikan proses analisa data terkumpul yang dijalankan adalah betul dan tepat. Pada fasa ini juga dapat menentukan jenis instrumentasi tanah yang sesuai dan kaedah pemasangan yang betul berbanding instrumentasi tanah yang sedia ada ditapak bina. Maka, dengan ini ia juga menentukan kaedah pemantauan dan penyelenggaraan yang betul yang telah dijalankan keatas cerun yang terlibat.

3.6

Fasa 5: Analisis Data Projek

Analisis data projek adalah fasa terpenting yang perlu dititikberatkan agar keputusan yang terhasil daripada analisa adalah betul dan tepat. Sekiranya proses analisa yang dijalankan ini salah, maka keputusan yang terhasil tidak boleh digunakan. Proses analisa data terkumpul ini boleh dibahagikan kepada dua

peringkat iaitu:

Peringkat 1 Peringkat 2

: Analisis Data Instrumentasi : Analisis Data Pemantauan Visual

3.6.1 Peringkat 1:Analisis Data Instrumentasi

Didalam peringkat pertama analisis data ini, hanya bacaan data instrumentasi iaitu daripada piezometer dan inclinometer sahaja yang dianalisa. Ini bermakna, data yang terhasil daripada mana-mana instrumentasi yang digunakan dianalisa.

44 Analisis data ini dapat membuktikan berlakunya perubahan kepada struktur cerun yang diuji dari aspek pergerakan jasad cerun dan juga perubahan paras air bumi. Piezometer digunakan untuk mengukur perubahan paras air bumi manakala inclinometer pula adalah untuk mengukur pergerakan jasad cerun. Kedua-dua instrumentasi ini dibina dalam bentuk mudah alih yang bermakna ianya bukan instrumentasi kekal ditapak bina. Data diukur dengan menggunakan alat ukur mudah alih seperti deepmeter untuk menentukan paras air bumi dan Inclinometer Mudah Alih untuk menentukan pergerakan jasad cerun yang berlaku.

Pergerakan jasad cerun yang diukur adalah melalui dua paksi iaitu Paksi A (Axis A) dan Paksi B (Axis B). Paksi A adalah merujuk kepada pergerakan jasad cerun kehadapan atau kebelakang cerun manakala Paksi B adalah merujuk kepada pergerakan sisi cerun. Rajah 3.1 menerangkan tentang pandangan paksi A dan B yang digunapakai keatas cerun terbabit.

Rajah 3.1: Paksi A dan B dalam bacaan data inclinometer

45 3.6.2 Peringkat 2: Analisis Data Pemantauan Visual

Pemantauan data visual dianalisa pada peringkat kedua proses analisa data ini. Data pemantauan visual ini adalah data yang dicerap hanya menggunakan visual pandangan pemerhati yang mana ia tidak wujud dalam bentuk data instrumentasi. Antara data-data pemantauan visual yang dianalisa ialah seperti ubah bentuk pada struktur tembok penahan tanah dan jasad cerun, hakisan permukaan, perubahan pada struktur shotcrete, dan prestasi tembok penahan dari aspek lubang leleh dan juga pertumbuhan rumput atau pokok renek di celahan panel tembok penahan tanah.

Data visual ini boleh juga digunakan untuk membuktikan hasil daripada analisis data instrumentasi. Sebagai contoh, dari aspek pergerakan jasad cerun, sekiranya berlaku pergerakan jasad cerun yang agak besar, maka ubah bentuk pada struktur jasad cerun dan struktur tembok penahan dapat membuktikan secara visual pergerakan ini berlaku.

Data pemantauan visual ini juga boleh digunakan sebagai tanggapan awal sesuatu perubahan telah berlaku terhadap cerun terbabit. Sebagai contoh, sekiranya didapati terdapat kesan lelehan air pada lubang leleh, ini boleh dianggap struktur jasad cerun terbabit mengandungi paras air bumi yang agak tinggi. Ia juga boleh dianggap berfungsi secara baik kerana air yang tertahan didalam jasad cerun ini mampu dialirkan keluar bagi mengelakkan peningkatan paras air bumi berterusan berlaku.

46 3.7 Fasa 6: Cadangan

Fasa keenam menerangkan tentang sebarang cadangan yang dirasakan sesuai bagi memperbaiki lagi mutu prestasi cerun terlibat disamping mengelakkan daripada cerun terbabit gagal. Antara cadangan yang dirasakan sesuai ialah dari aspek kaedah pemantauan dan penyelenggaran cerun, dan pemilihan dan pemasangan

instrumentasi tanah yang sesuai.

Dari segi pemilihan dan pemasangan instrumentasi tanah, cadangan mungkin boleh lebih fokus kepada jenis, susunan dan kaedah pemantauan data instrumentasi tanah terbabit. Ini kerana sekiranya terdapat peningkatan mutu instrumentasi, maka ketepatan data dapat ditingkatkan.

3.8

Fasa 7: Dokumentasi

Dokumentasi ialah fasa terakhir didalam projek ini. Ini bermakna semua data yang telah dianalisa dibukukan termasuk cadangan dan kesimpulan yang terhasil daripada analisis data tersebut. Proses dokumentasi ini memudahkan pembaca memahami perjalanan projek dan tindakan yang perlu diambil sekiranya situasi yang sama berlaku lagi. Diharap, dengan berakhirnya proses dokumentasi ini, ia dapat membantu menangani masalah cerun yang sedia ada dan akan datang.

BAB 4

KAJIAN KES

4.1

Pengenalan

Pada bab ini, segala maklumat mengenai kajian kes cerun potongan iaitu Cerun 2, Kompleks MPM Selayang, Selangor diterangkan dengan jelas dan terperinci bagi memberi gambaran sebenar mengenai tapak kajian yang dikaji. Segala maklumat seperti lokasi, geologi, geomorfologi, paten sistem saliran yang digunakan, model jasad cerun dan aggaran mekanisma kegagalan yang mungkin bakal berlaku dibincangkan dengan lebih lanjut.

48 4.2 Lokasi

Kompleks Majlis Peperiksaan Malaysia telah dibina di atas tanah seluas 3 hektar di Bandar Baru Selayang, Mukim Gombak, Selangor Darul Ehsan. Kompleks ini terletak sejauh 7 km dari pusat bandar Kuala Lumpur di kawasan utara Wilayah Persekutuan. Kompleks ini terletak di kawasan teres berbukit dan tanah beralun. Rajah 4.1 menunjukkan lokasi Kompleks MPM Selayang.

Rajah 4.1: Lokasi Kompleks MPM Selayang (Innova, Nov 2008)

49 4.3 Ringkasan Cerun dan Tembuk Penahan

Kompleks MPM terletak diatas tanah tambak dan dikelilingi dengan 2 cerun potongan, 1 cerun semulajadi dan 1 cerun tambakan. Tembok Penahan Tanah telah dibina di kaki kesemua cerun yang ada. Tinggi tembok penahan ini adalah antara 10 hingga 15 meter tinggi diukur dari kaki cerun tersebut. Lapisan shotcrete telah dibina di atas permukaan Cerun 1 yang mana terletak didalam kawasan hak milik persendirian pihak lain bertujuan untuk menghalang berlakunya hakisan permukaan cerun tersebut.

Cerun potongan dibina bermula dari puncak tembok penahan tanah setinggi 8 meter. Kadar kecerunan ialah pada kadar 1H:1V pada kadar ketinggian antara 6 meter untuk cerun bawah dan 35 meter untuk cerun atas ( Innova, Nov 2008).

Sistem saliran seperti saliran bertetangga dan saliran mendatar dibina untuk mengalirkan curahan dan air larian permukaan berukuran 600mm lebar di setiap cerun potongan.

Enam lubang jara telah dibina oleh pihak IKRAM Sdn Bhd yang bertindak sebagai kontraktor pada tahun 2004. Lubang jara ini di bina untuk menempatkan dua (2) piezometer dan empat (4) inclinometer didalam kawasan cerun sekitar kompleks MPM ini.

50 4.4 Geologi

Secara umumnya, kawasan ini terletak di antara pembentukan batuan granit di kawasan sempadan batuan granit utama. Batuan granit ini terhasil daripada pembentukan batuan enapan tua yang terdiri daripada lapisan phylite dan schist (Innova Nov 2008). Dikawasan selatan laluan batu kapur Kuala Lumpur ini ialah sebuah kuil tersohor iaitu Kuil Batu Caves. Kuari pemprosesan batuan granit terletak tidak jauh daripada kawasan kompleks MPM ini.

Rajah 4.2: Geologi Kawasan Kompleks MPM Selayang (Innova, Nov 2008)

51 4.5 Geomorfologi

Geomorfologi sebenar kawasan ini dan kawasan sekitarnya ialah bercirikan teres berbukit. Julat ketinggian teres ialah antara Reduced Level (RL) 95 sehingga RL 170 meter. Pembinaan kompleks MPM ini telah mengubah tahap topografi kawasan ini dari topografi biasa ke topografi pertengahan. Sebahagian daripada bukit telah di potong untuk membina kompleks MPM ini. Kecerunan umum cerun potongan yang terhasil adalah antara 30 hingga 42 darjah (Innova, Nov 2008).

4.6

Paten Sistem Saliran

Saliran mendatar, saliran bertetangga dan saliran sisi jalan telah dibina untuk mengalirkan air permukaan atau curahan. Tadahan semulajadi bersaiz 2 meter lebar terletak di tengah-tengah dua bukit di kompleks MPM ini (Innova, Nov 2008).

4.7

Model Digital Jasad Cerun

Jasad cerun ini telah dimodelkan secara digital dari aspek ciri-ciri semulajadi jasad cerun terbabit. Model digital ini membantu memaparkan geomorfologi, sistem perparitan buatan atau semulajadi, bentuk cerun dan orientasi cerun tersebut (Ikram 2004). Rajah model digital ini ditunjukkan didalam Rajah 4.3 dan Rajah 4.4.

52

Rajah 4.3: Model Digital Jasad Cerun Sebelum Kompleks MPM Dibina (Ikram, 2004)

Rajah 4.4: Model Digital Jasad Cerun Selepas Kompleks MPM Dibina (Ikram, 2004)

53 4.8 Profil Tanah

Jadual 4.1: Parameter kekuatan tanah diperoleh dari ujian makmal (Ikram Jun 2004) Lapisan Tanah Tanah Baki Granit Terluluhawa Sepenuhnya Granit Terluluhawa Tinggi Berat Unit (kN/m3) 18.5 19 19 Kejelekitan Berkesan C (kPa) 5 12 18 Sudut Geseran (o) 32 33 37

Jadual 4.1 menunjukkan parameter kekuatan tanah yang diperolehi dari ujian makmal yang dijalankan oleh pihak IKRAM pada pada 23 Februari 2004 dan selesai pada April 2004. Berdasarkan laporan penyisatan tanah dari Ikram pada Jun 2004, secara keseluruhanya keadaan asal tanah bawah cerun 2 ini meliputi 5m tanah jenis pasir berkelodak dalam keadaan mampat (granit terluluhawa sepenuhnya) yang seakan-akan kekuningan warnanya dan di ikuti dengan 12 m tanah granit yang terluluhawa tinggi yang terdiri daripada sederhana keras dan amat keras pasir berkelodak sehingga menghampiri kerikil. Batu hamparnya pula adalah sejenis batu granit pada setebal 13 m dengan kedalaman dari 17m ke 30m. Keratan rentas cerun ini ditunjukkan dengan lebih jelas dalam Lampiran 5 (keratan rentas cerun 2).

54 4.9 Aggaran Mekanisma Kegagalan

Antara mekanisma kegagalan yang mungkin dianggarkan dikawasan cerun potongan Kompleks MPM Selayang ini adalah seperti yang di tunjukkan didalam Rajah 4.5 (Ikram 2004). Aggaran mekanisma kegagalan ini dipengaruhi oleh rekahan tegangan yang wujud seperti yang dianggarkan didalam rajah tersebut. Mekanisma kegagalan ini mungkin mengalami tiga (3) peringkat kegagalan iaitu:

Peringkat Pertama (1) Peringkat Kedua (2)

- Kewujudan rekahan tegangan - Penyusupan air larian permukaan kedalam rekahan tegangan

Peringkat Ketiga (3)

- Pergerakan kegagalan yang mungkin berlaku

Rekahan tegangan wujud disebabkan oleh kegagalan ikatan zarah tanah permukaan lalu menghasilkan satu punca yang akan menyumbang kepada kegagalan keseluruhan jasad cerun. Air larian permukaan hasil daripada hujan akan menyusup masuk kedalam rekahan tegangan tersebut. Kehadiran air larian permukaan kedalam jasad cerun ini akan meningkatkan bebanan jasad cerun dan melemahkan ikatan zarah tanah jasad cerun tersebut. Pergerakan permukaan akan berlaku setelah jasad cerun terbabit tidak lagi mampu menanggung bebanan yang semakin bertambah.

55

Peringkat 1: Kewujudan rekahan tegangan

Peringkat 2: Penyusupan air larian permukaan kedalam rekahan tegangan

Peringkat 3: Pergerakan kegagalan yang mungkin berlaku

Rajah 4.5: Peringkat berlakunya anggaran mekanisma kegagalan (Ikram, 2004)

BAB 5

ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

5.1

Pengenalan

Dalam bab ini, analisis data akan dijalankan iaitu merangkumi data faktor keselamatan cerun yang ditentukan oleh kedudukan paras air bumi, pergerakan tanah, kerja-kerja pemantauan dan juga kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan. Analisis ini dijalankan untuk membuktikan tahap kestabilan cerun yang dikaji. Memandangkan cerun ini dikategorikan di dalam Kategori 1 risiko tinggi kepada nyawa, mengikut jadual dalam Lampiran 3 maka faktor keselamatan minimum yang boleh dicapai ialah 1.4 (Jadual 2.1). Faktor keselamatan berubah mengikut kedududkan paras air bumi sekiranya cirri-ciri tanah tidak berubah.

57 5.2 Analisis Faktor Keselamatan dan Paras Air Bumi

Rajah 5.1: Paras Air Bumi di Permukaan Cerun

Rajah 5.1 menunjukkan contoh nilai faktor keselamatan yang diperolehi bersama dengan bentuk runtuhan permukaan yang dijangkakan bakal berlaku apabila paras air bumi berada pada permukaan cerun tersebut. Nilai faktor keselamatan yang diperolehi apabila paras air bumi berada pada permukaan cerun ialah 1.089 (Morgenstern Price), 1.062 (Ordinary), 1.146 (Bishop) dan 1.070 (Janbu). Nilai faktor keselamatan ini ditunjukkan dengan lebih jelas dan tersusun mengikut kedudukan paras air bumi di dalam Jadual 5.1. Nilai faktor keselamatan adalah rendah dengan kehadiran paras air bumi dikedudukan ini. Warna hijau didalam Rajah 5.1 menunjukkan runtuhan permukaan yang dijangkakan bakal berlaku apabila paras air bumi berada pada permukaan cerun.

58

Rajah 5.2: Paras Air Bumi 2 meter dibawah Permukaan Cerun

Rajah 5.2 menunjukkan contoh nilai faktor keselamatan yang diperolehi bersama dengan bentuk runtuhan permukaan yang dijangkakan bakal berlaku apabila paras air bumi berada pada kedudukan 2 meter dibawah permukaan cerun tersebut. Nilai faktor keselamatan yang diperolehi apabila paras air bumi berada 2 m dibawah permukaan cerun ialah 1.545 (Morgenstern Price), 1.548 (Ordinary), 1.548 (Bishop) dan 1.543 (Janbu). Nilai faktor keselamatan meningkat sedikit setelah paras air bumi menurun dari kedudukan pada permukaan cerun kepada 2 m dibawah permukaan cerun. Pada kedudukan ini, faktor keselamatan yang dicapai adalah 1.54 berbanding nilai minimum yang diperlukan cerun Kategori 1 iaitu 1.4. Sehubungan itu, jika paras air bumi melebihi 2 m dari bawah permukaan cerun dianggap stabil dengan faktor keselamatan besar daripada 1.4. Warna hijau didalam Rajah 5.2 menunjukkan runtuhan permukaan yang dijangkakan bakal berlaku sekiranya paras air bumi berada pada kedudukan 2 m dibawah permukaan cerun.

59

Rajah 5.3: Paras Air Bumi dibawah Lapisan Pertama Tanah (5 meter di bawah permukaan cerun)

Rajah 5.3 menunjukkan contoh nilai faktor keselamatan yang diperolehi bersama dengan bentuk runtuhan permukaan yang dijangkakan bakal berlaku apabila paras air bumi berada pada dibawah permukaan lapisan tanah pertama (warna kuning). Nilai faktor keselamatan yang diperolehi apabila paras air bumi berada pada permukaan cerun ialah 1.990 (Morgenstern Price), 1.966 (Ordinary), 2.034 (Bishop) dan 1.957 (Janbu). Faktor keselamatan telah mencapai tahap yang cukup tinggi pada kedudukan ini dan akan menghasilkan satu keadaan atau situasi yang selamat kepada penghuni kompleks MPM. Warna hijau didalam Rajah 5.3 juga menunjukkan runtuhan permukaan yang dijangkakan bakal berlaku sekiranya paras air bumi berada pada kedudukan 5 m dibawah permukaan cerun iaitu diatas permukaan lapisan kedua tanah.

60 Kesemua nilai faktor keselamatan terhadap ketiga-tiga lokasi kedudukan paras air bumi seperti dalam Rajah 5.1 sehingga Rajah 5.3 ditunjukkan dengan terperinci di dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Nilai Faktor Keselamatan Berdasarkan Kedudukan Paras Air Bumi Faktor Keselamatan Morgenstern Price Bishop

Janbu

Ordinary

Kedudukan Paras Air Bumi Pada Permukaan Cerun 2 meter di bawah Permukaan Cerun Di bawah Lapisan Tanah Pertama (5m di bawah Permukaan Cerun) 1.990 1.957 1.966 2.034 1.089 1.070 1.062 1.146

1.545

1.543

1.548

1.548

5.2.1 Kesimpulan Analisis Faktor Keselamatan dan Paras Air Bumi

Daripada analisa yang telah dijalankan keatas perubahan paras air yang mana ianya dengan secara langsung memberi kesan kepada perubahan kadar faktor keselamatan struktur cerun terlibat, maka dapat dibuktikan bahawa cerun ini dianggap berada dalam keadaan yang stabil dan selamat dengan faktor keselamatan sebanyak 1.96 pada paras air bumi di kedudukan 5 meter dibawah permukaan cerun. Empat nilai faktor keselamatan yang berbeza diperolehi daripada 4 jenis kaedah

61 analisis yang digunakan iaitu Morgenstern-Price, Ordinary, Bishop dan Janbu. Nilai ini sedikit berbeza kerana nilai dan kaedah anggapan yang telah digunakan oleh setiap jenis analisis ini adalah berbeza dengan setiap satunya. Namun, perbezaan kecil ini boleh di pertimbangkan kerana hanya sedikit perbezaan nilai yang terhasil ketiga-tiga lokasi paras air bumi ini.

5.3

Analisis Pergerakan Tanah

Analisis pergerakan tanah ini terbahagi kepada dua iaitu pergerakan tanah pada paksi A (pergerakan arah hadapan dan belakang cerun) dan pergerakan tanah pada paksi B (pergerakan arah sisi cerun). Analisis ini dijalankan untuk menentukan kadar pergerakan tanah pada cerun ini sama ada berada dalam keadaan yang stabil atau sebaliknya. Penentuan tahap pergerakan tanah juga boleh ditentukan berdasarkan kadar kelajuan pergerakan tanah pada cerun ini.

5.3.1 Inclinometer 2 (Paksi A)

Jadual 5.2 dibawah menunjukkan data pergerakan tanah untuk Inclinometer 2 pada Paksi A iaitu pada arah kehadapan dan kebelakang cerun. Data pergerakan tanah cerun pada Mei 2004 masih dijadikan datum kepada perbandingan keatas data pergerakan tanah yang diperolehi hasil daripada pemantauan bermula November 2007 sehingga November 2008. Bacaan juga diambil pada skala 0.5 meter kedalaman sehingga mencapai kedalaman 23.5 meter.

62 Jadual 5.2: Data Pergerakan Tanah Inclinometer 2 Paksi A Pergerakan Tanah (mm) Kedalaman (meter) 0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5 4 4.5 5 5.5 6 6.5 7 7.5 8 8.5 9 9.5 10 10.5 11 11.5 12 12.5 13 13.5 14 14.5 Mei 2004 0.91 1.34 1.28 1.2 1.18 1017 1.12 1.09 1.05 1.02 0.97 0.94 0.83 0.82 0.79 0.78 0.76 0.74 0.73 0.65 0.63 0.65 0.64 0.63 0.58 0.62 0.61 0.61 0.6 Nov 2007 0.92 1.36 1.26 1.22 1.2 1.18 1.12 1.11 1.07 1.05 0.1 0.96 0.85 0.85 0.81 0.79 0.76 0.76 0.75 0.68 0.65 0.66 0.63 0.63 0.58 0.63 0.61 0.61 0.6 Jan Mar Jul 2008 0.92 1.34 1.28 1.2 1.2 1.18 1.12 1.09 1.05 1.02 0.97 0.96 0.85 0.82 0.79 0.8 0.76 0.76 0.73 0.65 0.63 0.65 0.63 0.63 0.58 0.63 0.61 0.61 0.6 Ogos 2008 0.92 1.35 1.28 1.2 1.2 1.18 1.12 1.1 1.05 1.02 0.97 0.96 0.85 0.82 0.79 0.8 0.76 0.76 0.73 0.65 0.63 0.65 0.63 0.63 0.58 0.62 0.61 0.61 0.6 Nov 2008 0.92 1.36 1.26 1.22 1.2 1.18 1.12 1.09 1.05 1.02 0.97 0.96 0.85 0.85 0.81 0.79 0.76 0.76 0.75 0.68 0.65 0.66 0.67 0.63 0.58 0.62 0.61 0.61 0.6

2008 2008 0.92 1.34 1.28 1.2 1.2 1.18 1.12 1.09 1.05 1.02 0.97 0.96 0.85 0.82 0.79 0.79 0.76 0.76 0.73 0.65 0.63 0.65 0.63 0.63 0.58 0.62 0.61 0.61 0.6 0.92 1.34 1.28 1.2 1.2 1.18 1.12 1.1 1.05 1.02 0.97 0.96 0.85 0.82 0.79 0.8 0.76 0.76 0.73 0.65 0.63 0.65 0.67 0.63 0.58 0.62 0.61 0.61 0.58

Jadual 5.2 (sambungan) 15 15.5 16 16.5 17 17.5 18 18.5 19 19.5 20 20.5 21 21.5 22 22.5 23 23.5 0.6 0.54 0.52 0.51 0.49 0.48 0.48 0.45 0.47 0.43 0.45 0.4 0.42 0.1 0.01 -0.02 -0.04 -0.06 0.6 0.54 0.52 0.51 0.49 0.48 0.48 0.45 0.47 0.44 0.46 0.41 0.44 0.1 0.01 -0.02 -0.04 -0.06 0.6 0.54 0.52 0.51 0.49 0.48 0.48 0.45 0.47 0.44 0.46 0.41 0.44 0.1 0.01 0.6 0.54 0.52 0.51 0.49 0.48 0.49 0.45 0.47 0.44 0.46 0.41 0.44 0.1 0.01 0.6 0.54 0.52 0.51 0.49 0.48 0.48 0.45 0.47 0.44 0.46 0.41 0.44 0.1 0.01 -0.02 -0.04 -0.06 0.6 0.54 0.52 0.51 0.49 0.48 0.48 0.45 0.47 0.44 0.46 0.41 0.44 0.1 0.01 -0.02 -0.04 -0.06 0.6 0.54 0.52 0.51 0.49 0.48 0.48 0.45 0.47 0.43 0.45 0.41 0.44 0.1 0.01 -0.02 -0.04 -0.06

63

-0.02 -0.02 -0.04 -0.04 -0.06 -0.06

Rajah 5.4 menunjukkan pergerakan sebenar yang terhasil daripada data pergerakan tanah dari Jadual 5.2. Data pergerakan tanah pada bulan Mei 2004 masih dijadikan sebagai datum untuk perbandingan. Pergerakan yang dianalisa adalah bermula pada November 2007 sehingga November 2008. Merujuk kepada data pemantauan ini, ulasan yang sesuai yang dirasakan boleh diberikan ialah sama seperti ulasan pada pergerakan tanah Paksi A iaitu:

1) Tiada perubahan pergerakan yang ketara bermula daripada 8 Mei 2004 sebagai datum rujukan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan bermula November 2007 hingga November 2008. 2) Pergerakan tanah adalah pada kadar yang paling minima. 3) Pergerakan hanya lebih tinggi pada permukaan cerun berbanding pada bahagian bawahnya.

64

Bacaan Inclinometer (mm)


-2 0 0 2 4 6 8 10

Kedalaman (m)

10

15

Nov-08 Aug-08 Jul-08 Mar-08 Jan-08 Nov-07 Mei2004

20

25

Rajah 5.4: Pergerakan Tanah pada Paksi A

Rajah 5.5 - 5.7 dibawah menunjukkan tentang kadar pergerakan tanah pada 3 kedalaman yang berbeza. Kadar pergerakan ini berbeza berdasarkan jarak daripada permukaan tanah ke kedalaman yang dipantau.

65

1.365

1.36 1.36

1.36

Data Pergerakan Tanah (mm)

1.355

1.35

1.35

1.345

1.34 1.34 1.34 1.34 1.34

1.335

1.33 May 2004 1 Nov 2007 2 Jan 2008 3 Mar 2008 4 Jul 2008 5 Aug 2008 6 Nov 2008 7

Rajah 5.5: Pergerakan Tanah pada Kedalaman 1 meter (Paksi A)

Rajah 5.5 menunjukkan pergerakan tanah pada kedalaman 1 meter pada paksi A merujuk kepada pergerakan pada bulan Mei 2004 sebagai datum perbandingan. Berlaku pergerakan tanah antara Mei 2004 dan November 2007 iaitu sebanyak 0.02 milimeter. Tanah kembali ke kedudukan asal selepas dua bulan iaitu pada Januari 2008. Tanah kekal tanpa sebarang pergerakan selama tujuh (7) bulan sebelum kembali bergerak pada Ogos 2008 dan November 2008 sehingga kembali mencecah nilai 1.36 milimeter pergerakan keseluruhan. Ini adalah kerana lapisan permukaan tanah lebih terdedah kepada tindakan persekitaran terutama sekali kadar hujan.

66

0.685 0.68 0.68 0.68

0.675

Data Pegerakan Tanah (mm)

0.67

0.665

0.66

0.655

0.65 0.65 0.645 0.65 0.65 0.65 0.65

0.64

0.635 1 May 2004 2 Nov 2007 3 Jan 2008 Mar 2008 4 Jul 2008 5 Aug 2008 6 Nov 2008 7

Rajah 5.6: Pergerakan Tanah pada Kedalaman 10 meter (Paksi A)

Rajah 5.6 menunjukkan pergerakan tanah pada kedalaman 10 meter pada paksi A merujuk kepada pergerakan pada bulan Mei 2004 sebagai datum perbandingan. Pergerakan tanah pada kedalaman ini adalah hampir sama dengan pergerakan pada kedalaman 1 meter. Hanya sedikit berbeza iaitu pada bulan Ogos 2008, tiada pergerakan berlaku berbanding pada kedalaman 1 meter. Pergerakan ini tidah menyerupai pergerakan pada kedalaman 10 meter Paksi B kerana paksi A adalah kearah hadapan dan belakang cerun. Beban daripada cerun bahagian atas kedalaman 10 meter ini akan mengakibatkan berlakunya pergerakan disamping faktor persekitaran. Pergerakan tanah ini adalah dalam arah kehadapan cerun mengikut kecerunan cerun tersebut.

67

Rajah 5.7: Pergerakan Tanah pada Kedalaman 15.5 meter (Paksi A)

Rajah 5.7 menunjukkan pergerakan tanah pada kedalaman 15.5 meter pada paksi A merujuk kepada pergerakan pada bulan Mei 2004 sebagai datum perbandingan. Tidak berlaku sebarang perubahan pergerakan bermula Mei 2004 sehingga November 2008. Ini membuktikan bahawa cerun hanya mengalami pergerakan permukaan. Perubahan pergerakan semakin berkurang mengikut peningkatan kedalaman cerun sehingga mencapai tahap tidak berlakunya perubahan pergerakan seperti yang dibuktikan didalam Rajah 5.7 diatas.

68 5.3.2 Inclinometer 2 (Axis B)

Data pergerakan tanah untuk Inclinometer nombor dua (Inclinometer 2) pada arah paksi B iaitu pada arah pergerakan sisi cerun bermula November 2007 sehingga bulan November 2008 diberikan seperti didalam Jadual 5.3 dibawah. Bacaan pergerakan ini diambil pada skala 0.5 meter sehingga mencapai kedalaman dasar iaitu 23.5 meter. Bacaan diambil secara manual oleh pihak yang bertanggungjawab.

Jadual 5.3: Data Pergerakan Tanah Inclinometer 2 Paksi B

Pergerakan Tanah (mm) Kedalaman (meter) 0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5 4 4.5 5 5.5 6 6.5 7 7.5 8 8.5 9 Mei 2004 0.06 0.74 0.72 0.65 0.67 0.62 0.6 0.56 0.52 0.54 0.45 0.32 0.09 0.09 0.04 0.04 0.03 0.2 Nov 2007 0.08 0.76 0.71 0.66 0.68 0.61 0.6 0.56 0.52 0.56 0.45 0.33 0.11 0.11 0.06 0.06 0.03 0.2 Jan 2008 0.08 0.76 0.72 0.65 0.67 0.62 0.6 0.56 0.52 0.54 0.45 0.33 0.11 0.11 0.06 0.06 0.03 0.2 Mar 2008 0.09 0.76 0.75 0.65 0.67 0.62 0.6 0.56 0.52 0.56 0.45 0.33 0.11 0.11 0.06 0.06 0.05 0.2 Jul 2008 0.08 0.76 0.72 0.65 0.67 0.62 0.6 0.56 0.52 0.54 0.45 0.33 0.11 0.11 0.06 0.06 0.03 0.2 Ogos 2008 0.92 1.34 1.28 0.65 0.67 0.62 0.6 0.56 0.52 0.54 0.45 0.33 0.11 0.11 0.06 0.06 0.03 0.2 Nov 2008 0.08 0.76 0.71 0.66 0.68 0.61 0.6 0.56 0.52 0.56 0.45 0.33 0.11 0.11 0.06 0.06 0.03 0.2

Jadual 5.3 (sambungan) 9.5 10 10.5 11 11.5 12 12.5 13 13.5 14 14.5 15 15.5 16 16.5 17 17.5 18 18.5 19 19.5 20 20.5 21 21.5 22 22.5 23 23.5 0.09 0.05 -0.02 -0.02 0 -0.04 -0.08 -0.15 -0.18 -0.21 -0.19 -0.18 -0.39 -0.34 -0.33 -0.24 -0.26 -0.26 -0.15 -0.14 -0.12 -0.17 -0.22 -0.11 0.09 -0.08 0 0 -0.08 0.09 0.05 -0.02 -0.04 0 -0.04 -0.08 -0.18 -0.18 -0.21 -0.19 -0.2 -0.39 -0.36 -0.33 -0.25 -0.26 -0.26 -0.15 -0.12 -0.11 -0.17 -0.26 -0.11 -0.09 -0.08 0 0 -0.08 0.09 0.05 -0.02 -0.02 0 -0.04 -0.08 -0.15 -0.18 -0.21 -0.19 -0.18 -0.39 -0.34 -0.33 -0.24 -0.26 -0.26 -0.15 -0.14 -0.11 -0.17 -0.26 -0.11 -0.09 -0.08 0 0 -0.08 0.09 0.05 -0.02 -0.02 0 -0.04 -0.08 -0.17 -0.18 -0.21 -0.19 -0.18 -0.39 -0.34 -0.35 -0.24 -0.26 -0.26 -0.15 -0.15 -0.11 -0.17 -0.26 -0.11 -0.09 -0.08 0 0 -0.08 0.09 0.05 -0.02 -0.04 0 -0.04 -0.08 -0.17 -0.18 -0.21 -0.19 -0.18 -0.39 -0.34 -0.33 -0.24 -0.26 -0.26 -0.15 -0.12 -0.11 -0.17 -0.26 -0.11 -0.09 -0.08 0 0 -0.08 0.73 0.65 0.63 0.65 0.63 -0.04 -0.08 -0.17 -0.18 -0.21 -0.19 -0.18 -0.39 -0.34 -0.35 -0.24 0.48 0.48 0.45 0.47 0.44 0.46 0.41 0.44 0.1 0.01 -0.02 -0.04 -0.06 0.09 0.05 -0.02 -0.04 0 -0.04 -0.08 -0.18 -0.18 -0.21 -0.19 -0.2 -0.39 -0.36 -0.33 -0.25 -0.26 -0.26 -0.15 -0.12 -0.11 -0.17 -0.26 -0.11 -0.09 -0.08 0 0 -0.08

69

70 Rajah 5.8 menunjukkan pergerakan sebenar yang terhasil daripada data pergerakan tanah dari Jadual 5.3. Analisa pergerakan ini adalah merujuk kepada pergerakan tanah pada bulan Mei 2004 sebagai datum untuk perbandingan. Pergerakan yang dianalisa adalah bermula pada November 2007 sehingga November 2008. Merujuk kepada data pemantauan ini, terdapat beberapa perkara yang dirasakan dapat diulaskan iaitu:

1) Tiada perubahan pergerakan yang ketara bermula daripada 8 Mei 2004 sebagai datum rujukan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan bermula November 2007 hingga November 2008. 2) Pergerakan tanah adalah pada kadar yang paling minima. 3) Pergerakan hanya lebih tinggi pada permukaan cerun berbanding pada bahagian bawahnya.

Bacaan Inclinometer (mm)


-2 0 0 2 4 6 8 10

Kedalaman(m)

10

15

Nov-08 Aug-08 Jul-08 Mar-08 Jan-08 Nov-07 Mei2004

20

25

Rajah 5.8: Pergerakan Tanah pada Paksi B

71

1.6

1.4

1.34

1.2

Data Pergerakan Tanah (mm)

0.8 0.74 0.6 0.76 0.76 0.76 0.76 0.76

0.4

0.2

0 May12004 Nov 2 2007 Jan 3 2008 Mar 2008 4 Jul 2008 5 Aug 2008 6 Nov 2008 7

Rajah 5.9: Pergerakan Tanah pada Kedalaman 1 meter (Paksi B)

Rajah 5.9 menunjukkan pergerakan tanah pada kedalaman 1 meter pada paksi B merujuk kepada pergerakan pada bulan Mei 2004 sebagai datum perbandingan. Berlaku sedikit peningkatan pergerakan pada November 2007 iaitu sebanyak 0.02 milimeter. Pergerakan tidak berlaku sehingga bulan Julai 2008. Pertambahan pergerakan sebanyak 0.58 milimeter berlaku antara Julai 2008 dan Ogos 2008. pergerakan kembali keparas normal iaitu pada 0.76 milimeter pergerakan pada November 2008. Peningkatan pergerakan antara Julai dan Ogos 2008

berkemungkinan terhasil akibat daripada faktor persekitaran seperti hujan atau sebarang gangguan kepada struktur jasad cerun terbabit. Pergerakan seperti ini berlaku kerana Malaysia mengalami musim hujan ketika ini. Tindakbalas terhadap hujan mengakibatkan berlakunya pengembanagan zarah tanah, pengecutan zarah tanah dan pergerakan mengikut arah pembebanan.

72

0.7 0.65

0.6

Data Pergerakan Tanah (mm)

0.5

0.4

0.3

0.2

0.1

0.05 0 May1 2004

0.05 Nov 2 2007

0.05 Jan 2008 3

0.05 Mar 2008 4

0.05 Jul 2008 5 Aug 2008 6

0.05 Nov 2008 7

Rajah 5.10: Pergerakan Tanah pada Kedalaman 10 meter (Paksi B)

Rajah 5.10 menunjukkan pergerakan tanah pada kedalaman 10 meter pada paksi B merujuk kepada pergerakan pada bulan Mei 2004 sebagai datum perbandingan. Tiada peningkatan pergerakan dicatatkan bermula Mei 2004 sehingga Julai 2008. Sedikit peningkatan pergerakan berlaku antara Julai dan Ogos 2008 iaitu sebanyak 0.15 milimeter. Pergerakan kembali keparas normal pada bulan November 2008 iaitu pada 0.05 milimeter pergerakan. Bentuk perubahan pergerakan yang dicatatkan pada Rajah 5.6 adalah hampir sama dengan perubahan pergerakan pada Rajah 5.5. Ini membuktikan factor persekitaran memberi kesan kepada perubahan antara Julai 2008 dan November 2008 ini. Namun, perubahan pergerakan adalah pada kadar yang lebih kecil dikedalaman 10 meter berbanding perubahan pergerakan dikedalaman 1 meter.

73

Rajah 5.11: Pergerakan Tanah pada Kedalaman 15.5 meter (Paksi B)

Rajah 5.11 menunjukkan pergerakan tanah pada kedalaman 15.5 meter pada paksi B merujuk kepada pergerakan pada bulan Mei 2004 sebagai datum perbandingan. Tidak berlaku sebarang perubahan pergerakan bermula Mei 2004 sehingga November 2008. Ini membuktikan bahawa cerun hanya mengalami pergerakan permukaan. Perubahan pergerakan semakin berkurang mengikut peningkatan kedalaman cerun sehingga mencapai tahap tidak berlakunya perubahan pergerakan seperti yang dibuktikan didalam Rajah 5.11 diatas.

74 5.3.3 Kesimpulan Analisis Pergerakan Tanah

Daripada analisa yang telah dijalankan keatas pergerakan tanah dikedua-dua paksi A dan B, terbukti bahawa hanya berlaku pergerakan permukaan pada jasad cerun ini. Pada kedalaman 15.5 meter, tiada langsung pergerakan dikesan sejak Mei 2004 lalu. Keadaan ini wujud kerana permukaan cerun ini adalah terdiri daripada tanah hasil daripada proses pengluluhawaan batuan granit yang mana ianya akan lebih lemah akibat daripada tindakan persekitaran terumatanya hujan.

5.4

Analisis Pemeriksaan Rutin Cerun

Analisis pemeriksaan rutin cerun ini adalah satu proses analisis data yang hanya diperolehi melalui kaedah pemantauan dari segi visual dipermukaan cerun. Pemantaun dijalankan dengan cara menumpukan pada satu-satu lokasi yang ingin dipantau. Gambar lokasi yang ingin dipantau akan diambil dan pemantauan rutin akan dijalankan bagi memastikan keadaan lokasi tersebut selamat dan stabil. Kerjakerja pemantauan ini dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu:

1) 2)

Pemantauan Keseluruhan Pemantauan Setempat

75 5.4.1 Pemantauan Keseluruhan

Kerja pemantauan yang dijalankan secara keseluruhan untuk satu jasad cerun melibatkan kesemua parameter yang dirasakan perlu mengikut manual

penyelenggaraan yang telah dikeluarkan. Data pemantauan direkodkan berdasarkan jenis parameter yang dipantau dan sebarang tindakan yang bersesuaian juga dicadangkan untuk mengatasi masalah yang wujud. Pemantauan keseluruhan dijalankan untuk keseluruhan cerun yang terlibat termasuk tembok penahan tanah disekitarnya.

Namun terdapat sedikit kesilapan dalam melabelkan nombor cerun yang terlibat pada bulan November 2007. Ini mungkin disebabkan berlaku salah faham ketika pihak pemantau meneliti sistem label setiap cerun. Dibawah ialah Jadual 5.4 yang menerangkan tentang kesilapan tersebut.

Jadual 5.4: Kesilapan Lokasi Cerun November 2007 Lokasi Sebenar Lokasi Nov 2007 (dilabelkan) Cerun 1 Cerun 2 Cerun 2 Cerun 3 Cerun 3 Cerun 1

5.4.2 Pemantauan Setempat

Perincian daripada hasil pemantauan keseluruhan yang telah dijalankan dan lebih fokus kepada lokasi masalah tersebut. Pemantauan setempat direkodkan dan dilaporkan dengan menggunakan kaedah pernomboran foto. Bilangan dan lokasi pernomboran foto adalah berubah-ubah mengikut masalah yang dikenalpasti ketika pemantauan dijalankan.

76 Namun, sistem pernomboran gambar lokasi pemantauan ini hanya bermula pada Mac 2008. Ini bererti pada bulan November 2007 dan Januari 2008, sistem ini masih belum digunakan oleh pihak pemantau. Walaupun sistem pernomboran ini telah digunakan bermula Mac 2008 untuk meningkatkan lagi kualiti pemantauan yang dijalankan, didapati masih terdapat beberapa kekurangan yang dikenalpasti pada aplikasi sistem ini. Kekurangan ini bukan hanya disebabkan oleh sistem pernomboran yang digunakan, namun ia juga disebabkan oleh ketidakpekaan pemantau yang menjalankan proses pemantauan. Antara kekurangannya ialah seperti:

1) sistem pernomboran tidak menyatakan lokasi dengan tepat tanpa memberikan bacaan bearing lokasi atau sebarang tanda yang dapat memudahkan kerjakerja penyelenggaraan dijalankan. Keadaan ini berkemungkinan akan menyebabkan pihak yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan tidak dapat menemui lokasi masalah yang telah direkodkan sekiranya tindakan segera tidak diambil. 2) berlaku keciciran parameter yang dipantau dengan hanya disebabkan oleh perbezaan lokasi pemantauan. Ini akan menyebabkan kelewatan atau kegagalan kerja penyelenggaraan keatas parameter yang tercicir. 3) Berlaku pertindihan parameter yang dipantau ketika proses merekodkan data pemantauan dijalankan.

Rajah 5.12 menunjukkan berlaku pertindihan keatas parameter yang dipantau pada cerun yang sama iaitu pada Cerun 2. Masalah ini wujud disebabkan oleh kecuaian pihak pemantau ketika merekodkan hasil pemantauan. Rumput dan longkang menjadi parameter kedua-dua foto pemantauan dibawah.

77

a) Foto No.1

78

b) Foto No. 7

Rajah 5.12: Pertindihan parameter yang dipantau (antara foto no.1 dan foto no.7)

79 5.4.3 Kesimpulan Analisis Pemeriksaan

Disini dapat disimpulkan bahawa kerja-kerja pemeriksaan yang dijalankan dijalankan adalah sedikit lemah dan memerlukan langkah-langkah peningkatan untuk meningkatkan lagi kualiti kerja pemantauan yang dijalankan seterusnya

meningkatkan kestabilan dan keselamatan cerun ini.

5.5

Analisis Kerja-Kerja Penyelenggaraan

Kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan adalah merujuk kepada laporan pemantauan rutin yang telah dikeluarkan oleh pihak pemantau. Kerja-kerja penyelenggaraan ini juga dijalankan oleh pihak pemantau tersebut. Kaedah pemantauan dan penyelenggaraan yang dijalankan oleh satu pihak yang sama akan dapat memberikan satu hasil yang baik keatas masalah yang wujud. Ini adalah kerana pihak yang memantau akan lebih mengetahui masalah yang wujud pada setiap cerun terlibat. Sekiranya pihak tersebut memahami masalah yang wujud, maka pihak tersebut akan dapat memberikan satu kaedah penyelenggaraan yang sesuai berdasarkan masalah yang wujud.

Namun, masih terdapat beberapa kekurangan yang dapat dikenalpasti didalam laporan pemantauan dan penyelenggaraan rutin. Antara kekurangan yang telah dikenalpasti ialah seperti:

1) Laporan pemantauan dan penyelenggaraan adalah merujuk kepada Laymans Guide to Slope Maintenance. 2) Laporan pemantauan dan penyelenggaraan rutin hanya memberikan cadangan keatas masalah yang wujud tanpa menunjukkan hasil penyelenggaraan yang telah dijalankan keatas masalah tersebut pada laporan pemantauan dan

80 penyelenggaraan rutin berikutnya. Sekiranya tiada rekod penyelenggaraan, ini bermakna tiada bukti bahawa setiap masalah yang wujud telah diselenggara dengan baik dan betul. 3) Kebarangkalian untuk pihak penyelenggara tersalah lokasi penyelenggaraan ataupun tercicir parameter yang perlu diselenggara adalah tinggi disebabkan oleh lokasi pemantauan tidak ditunjukkan secara terperinci ataupun ditanda dengan sesuatu agar lokasi penyelenggaraan dapat dikesan dengan mudah.

5.5.1 Kesimpulan Analisis Kerja-Kerja Penyelenggaraan

Keseluruhan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan dengan baik dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Laymans Guide 2006. Namun, kerjakerja penyelenggaraan ini tidak direkodkan dan dilaporkan sebagai bukti langkah penyelenggaraan telah diambil keatas setiap masalah yang wujud. Maka, kualiti kerja-kerja penyelenggaraan perlulah ditingkatkan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan cerun ini.

BAB 6

CADANGAN DAN KESIMPULAN

6.1

Pengenalan

Cadangan secara terperinci mengenai pergerakan tanah, paras air bumi dan kerja-kerja pemantauan dan penyelenggaraan yang boleh diambil untuk

meningkatkan lagi kestabilan cerun ini untuk satu tempoh khidmat yang lebih panjang di bincangkan seara terperinci didalam bab ini. Diharap dengan adanya cadangan-cadangan ini, kestabilan dan jangkahayat khidmat cerun ini akan dapat ditingkatkan lagi. Kesimpulan mengenai status keselamatan cerun ini diterangkan dihujung bab ini.

82 6.2 Pemantauan Tanah

Proses pemantauan parameter tanah menggunakan instrumentasi perlu diteruskan untuk menilai kestabilan jasad cerun yang dipantau. Proses instrumentasi geoteknik yang dirasakan sesuai ialah untuk mengenalpasti dan menyelia kadar perubahan paras air bumi dan pergerakan tanah pada jasad cerun. Namun, kemampuan dan kecekapan instrumentasi ini perlulah ditingkatkan ke tahap yang cukup baik. Bilangan dan kedudukan instrumentasi juga perlu dititik beratkan agar data yang dipantau adalah data yang paling kritikal. Bagi mendapatkan data yang paling kritikal, instrumentasi perlulah dipasang pada lokasi yang mengalami tindakan persekitaran yang paling teruk. Lokasi yang dirasakan sesuai ialah pada bahagian tengah cerun ini. Daya tertinggi daripada keseluruhan jasad cerun adalah tertumpu pada kawasan ini. Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 dibawah menunjukkan lokasi yang dicadangkan untuk penempatan instrumentasi yang dirasakan sesuai bagi piezometer dan inclinometer.

Inclinometer dicadangkan dipasang pada setiap perubahan tingkat cerun dalam arah selari agar pemantauan pergerakan tanah dapat dilihat dengan jelas. Pergerakan tanah dapat dilihat dengan lebih tepat dalam satu keratan rentas yang selari bemula dari tingkat pertama sehingga tingkat teratas cerun terbabit. Manakala, lokasi cadangan piezometer juga berhampiran dengan lokasi pemasangan inclinometer. Namun, bilangan piezometer yang dicadangkan hanyalah tiga (3) iaitu pada bilangan optimum untuk mendapatkan keratan rentas kedudukan paras air bumi. Satu piezometer perlu dipasang pada kaki cerun terbabit bagi memantau paras air pada lokasi tersebut yang mana ianya juga penting bagi kerja-kerja pemantauan paras air bumi semasa.

83

Rajah 6.1: Lokasi cadangan inclinometer

Rajah 6.2: Lokasi cadangan piezometer

84 6.2.1 Paras Air Bumi

Piezometer digunakan untuk memantau paras air bumi di lokasi piezometer tersebut dipasang. Piezometer yang dirasakan sesuai digunakan untuk memantau perubahan paras air bumi disini ialah menggunakan jenis Piezometer Automatik dengan Sistem Penggera. Ini kerana ia mempunyai beberapa kelebihan seperti:

1) Bacaan diberikan secara automatik ke pengkalan data 2) Bacaan lebih tepat 3) Bacaan boleh diambil berterusan 4) Memberikan amaran sekiranya paras air bumi mencapai tahap kritikal (pada tahap faktor keselamatan 1.4) 5) Dapat menyelamatkan nyawa penduduk berhampiran

6.2.2 Pergerakan Tanah

Peralatan sedia ada dilokasi cerun ini ialah menggunakan inclinometer untuk memantau tahap pergerakan tanah. Namun, dirasakan lebih sesuai inclinometer ini digantikan dengan satu sistem pemantauan baru yang lebih efektif. Sistem ini ialah sistem pemantauan menggunakan Total Station Robotik. Sistem ini mempunyai beberapa kelebihan seperti:

1) Bacaan diberikan secara automatic oleh Total Station Robotik 2) Bacaan lebih tepat 3) Sesuai untuk semua jenis dan ketinggian cerun 4) Boleh dipantau pada jarak yang cukup jauh kerana menggunakan sistem satelit untuk menghantar data ke pengkalan data. 5) Boleh memberikan tanda amaran sekiranya pergerakan mencapai tahap bahaya.

85 Sistem ini telah digunapakai oleh pihak JKR Cawangan Cerun dalam memantau kadar pergerakan tanah di Gunung Pass, Pahang sebagai satu kaedah pemantauan pergerakan permukaan cerun. Dua alat Total Station jenis Sokkia SRX digunakan dalam proses pemantauan ini. Pemantauan dijalankana secara automatik setiap satu jam menggunakan O2 PDA. Data dihantar ke Pusat Kawalan Utama menggunakan GSM Comunication System setiap enam jam sekiranya pergerakan tidak melebihi 30mm/jam.

6.3

Cadangan Pemeriksaan

Cadangan ini adalah untuk meningkatkan lagi kualiti pemeriksaan dan membantu kerja-kerja penyelengggaraan yang bakal dijalankan. antara cadangan yang dirasakan sesuai bagi meningkatkan lagi kualiti pemantauan ini ialah mengikut langkah-langkah seperti dibawah:

1) Mulakan dengan menjalankan kerja-kerja pemantauan keseluruhan 2) Senaraikan setiap parameter yang ingin dipantau 3) Senaraikan lokasi yang bermasalah berdasarkan parameter-parameter yang dipantau

Jadual 6.1 menunjukkan kaedah yang dirasakan sesuai untuk proses pemantauan dan juga boleh dijadikan sebagai manual penyelenggaraan terperinci. Manual ini perlu dikeluarkan secara berasingan mengikut cerun yang dipantau.

86 Jadual 6.1: Cadangan Manual Pemantauan Parameter Longkang Rumput Lokasi No. Foto No. Foto Keseluruhan Masalah Kotor dan banyak sampah Retak Panjang Tindakan Cuci Tampal Potong

6.3.1 Penetapan atau Penandaan Lokasi

Penggunaan bearing dan sudut dirasakan tidak praktikal digunakan untuk menentukan lokasi parameter yang bermasalah disetiap cerun terlibat. Maka, dicadangkan proses penandaan adalah menggunakan satu pancang bernombor. Pancang bernombor ini akan dipasang disetiap lokasi bermasalah berdasarkan nombor foto yang telah dilaporkan didalam laporan pemantauan dan

penyelenggaraan rutin. Namun, kerja-kerja penyelenggaraan perlulah dijalankan secepat mungkin bagi mengelakkan berlaku kekeliruan dan ralat dalam menjalankan penyelenggaraan.

6.4

Cadangan Penyelenggaraan

Cadangan ini adalah untuk meningkatkan lagi kualiti penyelenggaraan yang dijalankan berdasarkan manual penyelenggaraan yang dikeluarkan ketika proses pemantauan dijalankan. Antara cadangan-cadangan yang dirasakan sesuai ialah seperti berikut:

1) Gunakan JKR 2006, Guidelines of Slope Maintenance in Malaysia kerana dirasakan lebih sesuai mengikut keadaan cuaca dan tanah dimalaysia.

87 2) Penyelenggaraan dijalankan berdasarkan manual penyelenggaraan yang dikeluarkan ketika proses pemantauan. 3) Penyelenggaraan perlu dijalankan secepat mungkin bagi mengelakkan masalah yang wujud bertambah teruk dan mengelakkan kekeliruan ketika proses penyelenggaraan dijalankan. 4) Kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dijalankan perlulah direkodkan dan dilaporkan didalam laporan pemantauan dan penyelenggaraan rutin yang berikutnya. 5) Manual penyelenggaraan yang dikeluarkan boleh digunakan untuk

menunjukkan kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dijalankan

Jadual 6.2 menunjukkan contoh manual penyelenggaraan yang telah dikeluarkan dan dirasakan sesuai digunakan bagi menunjukkan kerja-kerja penyelenggaraan yang telah selesai. Satu ruangan tambahan (catatan) digunakan untuk melaporkan tindakan yang telah diambil terhadap masalah yang wujud.

Jadual 6.2: Cadangan Manual Penyelenggaraan Parameter Longkang Rumput Lokasi No. Foto No. Foto Keseluruhan Masalah Kotor dan banyak sampah Retak Panjang Tindakan Catatan Cuci Tampal Potong selesai selesai selesai

Memandangkan cerun di sekitar kompleks berada dalam Kategori 1 - risiko tinggi kepada nyawa kerana termasuk dalam heavily used buildings, maka dicadangkan agar pemeriksaan untuk penyelenggaraan oleh Jurutera (Engineer Inspection for Maintenance) dapat dilakukan dengan kadar yang segera. Mengikut Cerun 1 - Guidelines on Slope Maintenance in Malaysia (JKR, 2006), pemeriksaan oleh jurutera (Jurutera Geoteknikal/Awam) perlu dibuat sekurang-kurangnya setiap lima (5) tahun sekali bagi cerun untuk risiko kepada nyawa dalam kategori 1 (tinggi) bagi memastikan cerun sentiasa berada dalam keadaan stabil dan selamat. Prosedur dan tujuan penyelenggaraan oleh jurutera ini diterangkan dengan terperinci didalam lampiran 2.

88 6.5 Kesimpulan

Terdapat empat (4) kesimpulan yang dapat dirumuskan daripada kajian kes ini iaitu:

1)

Cerun berada dalam keadaan stabil sehingga akhir proses pemantauan dan penyelenggaraan yang telah dijalankan oleh pihak Innova Technologies yang berakhir pada 7 november 2008. Cerun adalah stabil dari aspek faktor keselamatan yang cukup tinggi yang di pengaruhi oleh kedudukan paras air bumi yang rendah. Kadar minimum faktor keselamatan diperolehi pada kedudukan paras air bumi lebih kurang 2 meter dibawah permukan cerun.

2)

Pergerakan tanah pada cerun ini juga terlalu kecil dan dikategorikan sebagai Terlalu Perlahan. Maka, cerun dapat disahkan sebagai stabil sehingga 7 november 2008 dari aspek faktor keselamatan dan juga pergerakan tanah.

3)

Cerun ini juga disahkan stabil dari aspek kerja-kerja pemantauan dan penyelenggaraan yang mana ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang bakal menyumbangkan kepada kegagalan cerun ataupun lebih dikenali sebagai kejadian tanah runtuh. Walaubagaimanapun,

pemeriksaan jurutera untuk penyelenggaraan perlu dijalankan setiap 5 tahun sekali bagi memantau cirri-ciri terkini tanah dan pemeriksaan terperinci cerun.

4)

Aplikasi penggunaan dan penambahan bilangan instrumentasi seperti Piezometer Automatik dengan Sistem Penggera dan juga Total Station Robotik akan meningkatkan lagi mutu pemantauan kestabilan cerun ini. Penyelenggaraan Jurutera yang dicadangkan juga akan turut menyumbang kepada peningkatan jangkahayat khidmat cerun ini. Sehubungan itu, secara keseluruhannya cerun adalah dianggap stabil dan selamat.

89 RUJUKAN

Badrul Hisham Bin Hasbi (2005), Rekabentuk Tambakan Cubaan Dan Instrumentasi Tanah Bagi Pemantauan Prestasi Komposit Buluh-Geotekstil Sebagai Kaedah Pembaikan Tanah, Tesis Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

Bromhead, E. N. (1992). The Stability of Slopes (Second Edition). Great Britain: Blackie Academic & Professional.

Craig R.F. (1993). Mekanik Tanah Edisi Keempat. Terjemahan oleh Aminaton Marto,Fatimah Mohd Noor dan Fauziah Kasim, Unit Penerbitan Akademik, Canselori Universiti Teknologi Malaysia.

Cruden DM & Varnes D.J. (1996). Landslide Type and Process in Landslides investigation and mitigation, Special Report 247, pp 36-75. Washington: Transportation Research Board.

Dunnicliff, J. (1988). Geotechnical Instrumentation For Monitoring The Field Performence. John Wiley And Sons. Inc. New York

Geo Hong Kong (Geoguide 5), Guide to Slope Maintenance, The Government of the Hong Kong Special Administrative Region, July 1995

IKRAM (2001). Site Investigation Practice and Advanced Field Tests in Geotechnical Engineering, Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd.

Ikram (Jun 2004). Laporan akhir bagi kajian pemantauan dan pembaikan kawasan lereng bukit dalam dan bersebelahan premis Majlis Peperiksaan Malaysia, Bandar Baru Selayang, Selangor Darul Ehsan.

90 Innova Technologies, Routine Inspection Maintenance and Monitoring of Slopes Geotechnical Instrumentation for Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang, Selangor Darul Ehsan, November 2007

Innova Technologies, Routine Inspection Maintenance and Monitoring of Slopes Geotechnical Instrumentation for Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang, Selangor Darul Ehsan, January 2008

Innova Technologies, Routine Inspection Maintenance and Monitoring of Slopes Geotechnical Instrumentation for Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang, Selangor Darul Ehsan, March 2008

Innova Technologies, Routine Inspection Maintenance and Monitoring of Slopes Geotechnical Instrumentation for Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang, Selangor Darul Ehsan, August 2008

Innova Technologies, Routine Inspection Maintenance and Monitoring of Slopes Geotechnical Instrumentation for Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang, Selangor Darul Ehsan, November 2008

JKR Guide. (2006).Cerun 1 Guidelines on Slope Maintenance in Malaysia, JKR 21503-0001-06.

Layman Guide. (2006), Layman Guides to Slope Maintenance, Geotechnical Engineering Office, Civil Engineering and Development Department, The Government of the Hong Kong, Special Administrative Region.

Marhana Abdul Latif (2006). Penentuan Kestabilan Cerun Disebabkan Oleh Penyusupan Hujan, Laporan Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

Ong Tiam Hwa (2000). Kegagalan Cerun-Punca Dan Cara Mengatasinya, Laporan Projek Sarjana Muda, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia.

91

Suhaimi Jamaludin, Kamal Bahrin Jaafar, Che Hassandi Abdullah & Ashaari Mohammad (2008), Landslide Working System For Mount Pass, Malaysia Base On Surface Monitoring Technique, Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Terado,Y., Hazarika,H.,Yamazaki, T. & Hayamizu, H. (1999). Slope Stability Analysis considering the Deformation of Slices. Proceedings of the International Symposium on Slope Stability Engineering - IS-Shikoku99, Vol.1, m.s. 265-269, A.Balkema, Rotterdam. Netherlands.

Woessner WW, 2000. Stream and fluvial plain ground water interactions: Rescaling hydrogeologic thought. Ground Water 38(3):423-429.

http://www.hydrometric_piezometer.php_files

http://www.kytc.state.ky.us/EnvAnalysis/Stormwaterquality/PDF/Design_Tech_Man ual/3-Slope%2520Protection.pdf

92

LAMPIRAN 1

PURPOSE, SCOPE AND FREQUENCY TIMING OF ROUTINE MAINTENANCE INSPECTIONS OF SLOPES

(JKR, 2006)

93 ROUTINE MAINTENANCE

Purpose and Scope of Routine Maintenance Inspections

As a minimum, it is recommended that Routine Maintenance

Inspections are carried out to ascertain the need for maintenance of man made items, including:

a) clearance of accumulated debris from drainage channels and slope surface b) repair of cracked or damaged drainage channels or pavement c) repair or replacement of cracked or damaged slope surface cover d) unblocking of weepholes and outlet drainpipes e) removal of any vegetation that has caused severe cracking of slope surface cover and drainage channels f) re

turfing of bare soil slope surface areas

g) repair of missing or deteriorated mortar joint in masonry walls h) removal of loose rock debris and undesirable vegetation from rock slopes or around Boulders

i) repair of leaking exposed water carrying services j) repair or replacement of rusted steel slope furniture, and k) maintenance of landscape items on the slope

Frequency and Timing of Routine Maintenance Inspections Consequence to life Category of Slopes and Retaining structure (Refer Lampiran 3) Category 1 and 2 Category 3

Frequency (minimum requirement) Once every year Once every two years

94

LAMPIRAN 2

SCOPE OF ENGINEER INSPECTIONS FOR MAINTENANCE OF SLOPES

(JKR, 2006)

95 ENGINEER INSPECTIONS FOR MAINTENANCE

Scope of Inspection

The purposes of an Engineer Inspection for Maintenance are:

(a)

to determine if Stability Assessment have previously been carried out and if so, to review previous Stability Assessment reports to check whether the engineering approach used, the assumptions and the calculations made in these reports are reasonable in light of current practice and safety standards,

(b)

to identify all visible changes and signs of distress, including landslides that have taken place at or in the vicinity of the slope or retaining structure, in particular changes since the previous Stability Assessment if this has been carried out, and any discrepancies between records and site conditions, which could have implications for stability of the slope or retaining structure, and to judge whether these might be significant,

(c)

to re-assess the consequence-to-life category of the slope or retaining structure,

(d)

to check that Routine Maintenance Inspections have been carried out and documented satisfactorily,

(e)

to assess the adequency of routine maintenance works and supplement the list of man-made items requiring routine maintenance, as necessary,

(f)

to re-assess the required frequency of Routine Maintenance Inspections, Engineer Inspections for Maintenance and Regular Checks of Buried Watercarrying Services,

(g)

to look for and consider the implications of problems that are not explicitly included in the list of man-made items requiring routine maintenance, and bring to the attention of the owner or party required to maintain the land any immediate and obvious danger noted and, if necessary, recommend emergency measures (e.g. repair works or detailed investigations),

96 (h) to identify the presence of exposed and buried water-carrying services on or in the vicinity of the slope or retaining structure (including relevant areas outside the lot boundary), check for signs of leakage of the services and recommend immediate detailed leakage checks, regular checks, repair or rerouting of the services, as necessary, (i) to determine whether the Regular Checks of Buried-carrying services and/or Regular Monitoring of Special Measures (if required) have been carried out and documented satisfactorily, (j) to advice whether a Stability Assessment of the slope or retaining structure is necessary, (k) (l) to recommend the necessary preventive maintenance works (Chapter 5), and to prepare or update the Maintenance Manual to include all relevant information extracted from the previous Stability Assessment and the desk study and site inspection(s) from this Engineer Inspection for Maintenance, (m) to assess if there is any deterioration of the geologic materials, geological structure and groundwater condition.

Consequence to life Category of Slopes and Retaining structure (Refer Lampiran 3) Category 1 and 2 Category 3

Frequency of the Inspections Frequency (minimum requirement) Once every five years Once every ten years

97

LAMPIRAN 3

CONSEQUENCE

TOLIFE CATEGORY OF SLOPES


(JKR, 2006)

98 Typical Examples of Facilities Affected by Landslides in Each Consequence to Life Category Facilities Heavily Used buildings E.g. residential building, commercial office, store and shop, hotel, factory, school, power station, ambulance depot, market, hospital, polyclinic, clinic, welfare centre Other Infrastructures E.g. cottage, licensed and squatter area, bus shelter, railway platform and other sheltered public waiting area, dangerous good storage site (e.g.petrol stations), road with very heavy vehicular or pedestrian traffic density Lightly Used Buildings E.g. indoor car park, building within barracks, abattoir, incinerator, indoor games sport hall, sewage treatment plant, refuse transfer station, church, temple, monastery, civic centre, manned substation. Other Infrastructures E.g. major infrastructure facility (e.g. railway, LRT, flyover, subway, tunnel portal, service reservoir), construction site (if future use not certain), road with heavy vehicular of pedestrian traffic density Heavily used open space and public waiting area E.g. heavily used playground, open car park, heavily used sitting out area, horticulture garden, road with moderate vehicular or pedestrian traffic density Lightly used open air recreation area E.g. e.g. district open space, lightly used playground , cemetery, columbarium, non dangerous goods storage site, road with low vehicular or pedestrian traffic density Consequence To life Category

3 Remote area E.g. country park, undeveloped green belt, abandoned quarry, road with very low vehicular or pedestrian traffic density
Note: The consequence to life category refers to situation where the facilities are located within the expected travel distance of landslide debris. Any indirect consequences should also be taken into consideration, e.g. debris falling into a watercourse can travel long distance and affect other facilities.

99

LAMPIRAN 4

EXAMPLE MAINTENANCE SCHEDULE AND ITEM IN MAINTENANCE MANUAL

Item 1. 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 2. 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 3. 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6

Sub-Item Slope No. 11SW-A/CR XXX Routine Maintenance Inspection* Engineer Inspection for Maintenance Leakage Check of Buried Water-Carrying Services Routine Maintenance Works (if any) Preventive Maintenance Works or Repair Works (if any) Slope No. 11SW-A/F XXX Routine Maintenance Inspection* Engineer Inspection for Maintenance Leakage Check of Buried Water-Carrying Services Routine Maintenance Works (if any) Preventive Maintenance Works or Repair Works (if any) Slope No. 11SW-A/R XX Routine Maintenance Inspection* Engineer Inspection for Maintenance Monitoring of Ground Anchors Leakage Check of Buried Water-Carrying Services Routine Maintenance Works (if any) Preventive Maintenance Works or Repair Works (if any)

Jan

Feb

Mar

Apr

May

Jun

Jul

Aug

Sep

Oct

Nov

Dec

101 Senarai Kerja dan Item Penyiasatan didalam Manual Penyelenggaraan

Penyiasatan Penyelenggaraan Rutin

Penyiasatan Jurutera untuk Penyelenggaraan

Pemantauan Biasa keatas Ukuran Khas

Pemeriksaan Biasa oleh Biro Perkhidmatan Air

(sekurangkurangnya sekali setahun dan selepas hujan lebat)

(sekurang-kurangnya 5 tahun sekali atau seperti dicadangkan oleh Laporan Penyelenggaraan Rutin)

(seperti dicatatkan didalam Jadual Penyelenggaraan)

(seperti dicatatkan didalam Kod Praktis Penyiasatan dan Penyelenggaraan Sumber Air memberi kesan kepada kekuatan cerun)

Jika Perlu

Jika Perlu

Jika Perlu

Jika Perlu

Kerja-Kerja Penyelenggaraan Rutin

Kerja-Kerja Penyelenggaraan Pencegahan

Kerja Pembaikan

Penilaian Kestabilan

LAMPIRAN 5

KERATAN RENTAS CERUN 2, PAKSI A DAN PAKSI B CERUN 2, DAN LOKASI INCLINOMETER DAN PIEZOMETER

103

KERATAN RENTAS CERUN 2

Jadual jenis-jenis lapisan tanah (merujuk keratan rentas cerun 2) Lapisan Tanah 1 2 3 Jenis Tanah Granit Terluluhawa Sepenuhnya Granit Terluluhawa Tinggi Granit

104

Paksi A dan Paksi B Cerun 2

Lokasi BH4 (INC 2) dan BH2 (Piezometer 2)

You might also like