Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1

Penyebaran Biji Benih 1. Tumbuhan perlu membiak untuk kemandirian spesiesnya iaitu memastikan spesiesnya dapat terus hidup di bumi ini. 2. Salah satu cara bagi tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya ialah melalui penyebaran biji benihnya. 3. Cara tumbuhan menyebarkan biji benihnya.

4. Untuk penyebaran yang berkesan,struktur fizikal biji benih/buah disesuaikan dengan kaedah penyebarannya. 5. Antara penyesuaian ini ialah: Cara Penyebaran Penyesuaian Biji Benih / Buah Haiwan Angin Air Mekanisme letupan Buah berwarna menarik, harum/sedap dimakan Biji benih keras, susah hadam Biji benih halus, bersayap, ringan, berbulu Buah bersabut, kalis air, terdapat banyak ruang udara Permukaan buah menjadi tegang apabila kering.

Asid dan Alkali Keasidan dan Kealkalian Bahan Bahan yang berlainan mempunyai sifat yang berbeza.

Bahan - bahan boleh dikelaskan sebagai asid, alkali atau neutral. Kertas litmus digunakan untuk mengenal pasti sama ada suatu bahan adalah berasid, beralkali atau neutral. Bahan berasid berasa masam dan menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah. Contoh bahan berasid ialah cuka, oren, nanas, asam jawa dan sos tomato. Bahan beralkali berasa pahit dan menukarkan warna kertas litmusmerah kepada biru. Contoh bahan beralkali ialah peria, syampu, ubat gigi dan pencuci. Bahan neutral tidak berasa pahit atau masam. Contoh bahan neutral ialah garam, gula, air mineral, dan minyak masak.

Konduktor 1) Bahan yang mengalirkan elektrik atau haba. 2) Semua logam ialah konduktor elektrik dan haba. 3) Karbon ialah bahan bukan logam yang merupakan konduktor elektrik. 4) Contoh konduktor:

pembaris keluli

karbon Penebat1) Bahan yang tidak mengalirkan elektrik atau haba. 2) Bahan bukan logam ialah penebat bagi elektrik dan haba kecuali karbon. 3) Contoh penebat:

pembaris kayu

sikat plastik Mesin Ringkas - TAKAL (PULLEY) Takal ialah mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang mempunyai alur, mengelilingi bulatannya di antara bibir roda tersebut.

Tali (atau kabel, rantai) menempati alur tersebut yang mana ia disambungkan kepada beban pada satu hujung dan daya dikenakan untuk melakukan kerja pada hujung yang satu lagi.

Dalam kata yang lebih mudah, takal adalah mesin ringkas yang terdiri daripada satu roda yang berputar pada gandar. Tali akan melilit mengelilingi roda. Tali digunakan untuk menyambungkan beban dengan daya. Takal mengubah arah daya, membuatkan ia lebih mudah untuk mengangkat objek ke paras yang lebih tinggi. Takal membantu kita mengangkat beban yang berat, takal boleh memudahkan kerja yang dilakukan. Dalam kegunaan harian, sistem takal membantu untuk mengangkat sesuatu beban ke tempat yang lebih tinggi. Takal diubahsuai daripada takal yang ringkas kepada sistem takal bergabung, untuk membantu manusia mengangkat beban beban yang berat. Terdapat tiga jenis sistem takal iaitu :. #1. Takal tetap atau sistem takal kelas 1

Dalam sistem ini gandar takal tetap pada satu tempat. Roda tidak bergerak. Beban diikat pada satu hujung tali sementara daya dikenakan pada hujung tali yang satu lagi.

Takal tetap hanya mengubah arah daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke atas beban. Ia tidak meningkatkan saiz daya. Daya yang dikenakan adalah sama dengan berat beban yang ditarik ke atas.

Apabila tali ditarik ke bawah, beban akan ditarik ke atas. Jarak pergerakan beban adalah sama dengan jarak daya yang dikenakan. Contoh contoh takal tetap ialah

Takal tetap digunakan pada tiang bendera - Menaik dan menurunkan bendera

Mengangkat objek yang berat

#2. Takal bergerak atau sistem takal kelas

2 Dalam sistem ini gandar takal bebas bergerak. Hujung tali disambungkan pada satu titik tetap, manakala daya dikenakan pada hujung yang satu lagi. Apabila daya dikenakan pada hujung tali yang satu lagi, beban dan akan diangkat dan menggelunsur di sepanjang tali, atau dengan kata lain, takal bergerak adalah takal yang bergerak bersama- sama dengan beban pada arah yang sama. Takal bergerak tidak mengubah arah daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke atas beban. Daya akan dikenakan pada hujung tali menggandakan daya yang dikenakan ke atas beban. Takal bergerak menyebabkan daya yang dikenakan berkurangan berbanding berat beban. Jarak pergerakan daya yang dikenakan adalah lebih jauh berbanding beban. Kekurangan utama takal bergerak ialah kita perlu menarik dan menolak takal ke atas atau ke bawah. Kelebihan utama takal bergerak ialah kita menggunakan daya yang sedikit untuk menarik beban. Takal bergerak juga boleh dikatakan sebagai tuas kelas ketiga. Beban berada di antara fulkrum dan daya. Contoh takal bergerak ialah

#3. Takal bergabung

Takal bergabung ialah kombinasi takal tetap dan takal bergerak dalam satu sistem takal.

Ia mengubah arah gerakan daya. Takal bergabung memudahkan kerja yang dilakukan kerana daya yang diperlukan untuk mengangkat beban adalah kurang daripada separuh berat beban.

Kelebihan utama menggunakan takal bergabung ialah jumlah daya yang diperlukan ialah kurang daripada separuh berat beban.Kekurangan yang utama ialah daya perlu bergerak jauh.

10

Contoh peralatan yang menggunakan takal bergabung ialah kren.

Kren menggunakan takal tetap dan takal bergerak untuk mengangkat beban yang berat. Contoh yang bagus bagi takal bergabung ini ialah Sistem Blok dan Takal. Blok merujuk kepada bekas yang mengandungi takal sebelah menyebelah, dan juga memegang gandar pada tempatnya. Takal ialah tali yang digunak an bersama dengan takal takal ini untuk mengangkat beban.

Sistem blok dan takal digunakan pada kapal, untuk mengangkat layar.

11

Hubungan di antara beban, bilangan tali takal dan daya dalam takal bergabung Daya yang dikenakan, ditarik ke arah bawah untuk mengangkat beban, akan menyebabkan ketegangan tali. Ketegangan tali akan menampung berat beban. Berat beban akan diimbangi oleh ketegangan tali yang disambungkan kepada takal bergerak. Dalam takal bergabung, takal bergerak mempunyai gandar yang bebas, dan ia berfungsi untuk mentranformasi daya daya pada gandar mengimbangi jumlah daya yang diberikan oleh ketegangan tali (yang mana bermagnitud tetap pada setiap segmen.) Sepertimana yang digambarkan di bawah, jika satu hujung tali disambungkan kepada objek tetap, dengan menarik hujung yang satu lagi daya akan dikenakan dua kali ganda ke atas mana mana objek yang disambungkan pada gandar.

12

Lihat diagram di bawah

L = Load T = Tension E = Effort

13

Berat beban L diimbangi oleh daya pada setiap ketegangan tali T. Daya yang dikenakan untuk mengangkat beban semakin berkurangan. Semakin banyak bilangan ketegangan tali, semakin kurang daya yang dikenakan.

You might also like