Pengukuran & Penilaian 3

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 35

Tajuk 3

JENIS-JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

OBJEKTIF :

Menyenaraikan dan menghuraikan enam jenis ujian; Membezakan ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria; Merumuskan tiga daripada empat jenis penilaian; Mengenalpasti dan membezakan penilaian formatif dan penilaian sumatif; Membicarakan tiga daripada lima kaedah pengukuran

Jenis-jenis Ujian

Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria

Jenis-jenis Penilaian

Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif

Kaedah Pengukuran

Konsep Pengujian dan Penilaian


Nilai Sikap Kecergasan

Ujian IQ
Ujian bilik darjah

Personaliti

Pergerakan

Kecergasan

Kognitif

Afektif

Psikomotor

Formatif

Penilaian

Sumatif
Penggredan

URK
Diagnostik

URN
Penempatan

JENIS-JENIS UJIAN

Ujian Ujian Ujian Ujian Ujian Ujian Ujian

Pencapaian Kecerdasan Prestasi Diagnostik Kecekapan Bakat Personaliti

Ujian Pencapaian

Ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Boleh dijalankan dalam bentuk membuat perbandingan dengan pelajar lain dalam sesuatu bilik darjah (rujukan norma) atau membuat rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik (rujukan kriteria) sesebuah kurikulum. Kebanyakan pembinaan ujian pencapaian serta penskoran adalah berteraskan ujian rujukan norma. Boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian akademik, aptitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Dalam bidang akademik ia dapat mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dibina oleh guru dan pada peringkat institusi seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Penggubalan pada peringkat perseorangan dikenali sebagai ujian di bilik darjah dan di peringkat pusat dikenali sebagai PMR, SPM, STPM dalam sebagainya.

Ujian Kecerdasan

Dikenali juga sebagai ujian mental. Mengukur perbezaan di antara individu. Sejarah ujian ini bermula sejak tahun 1796. Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada tahun 1969 apabila beliau cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental serta pencapaian intelektual di antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam mengukur aspek mental termasuklah Wundt, Cattell d n Binet (Abu Bakar, 1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah skala Binet-Simon. Bagi kanak-kanak, ujian kecerdasan tidak menekankan aspek kebahasaan. Ia mencerminkan pengalaman pada peringkat kanak-kanak dan ia memberikan bukti secara tidak langsung tentang potensi yang ditunjukkan murid-murid berdasarkan prestasinya. Kerap kali digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh: Ujian IQ, Skala Stanford-Binet, Weschler, Ujian Lorge-Thorndike dan lain-lain.

Ujian Prestasi

Memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan kepada menjawab soalan. Penekanan yang diberikan tertumpu kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan yang diberi berbanding hanya menjawab soalan sahaja. Ini kerana maklumat personaliti seseorang tidak bernilai jika dia menyedari bahawa dia sedang dinilai. Dengan itu dia akan melakukan dengan sebaik yang mungkin. Dalam konteks ujian prestasi, tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai `baik. Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah seperti pemerhatian (perbincangan kumpulan, peranan murid dalam aktiviti) atau laporan kendiri (menilai diri sendiri melalui soal selidik tertentu yang menilai peribadi diri) untuk mendapatkan maklumat pelajar.

Ujian Diagnostik

Bertujuan untuk menentukan kedudukan murid dalam pelajarannya dan mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kelemahan murid dalam pembelajarannya. Apabila sesuatu sebab dapat dikenal pasti maka tindakan selanjutnya dalam merancang dan memulihkan keadaan yang berlaku dapat dilaksanakan. Ciri-ciri ujian diagnostik - tidak memberikan skor atau gred kepada murid. Dilaksanakan pada masa p&p masih berjalan, bukan pada akhir proses p & p. Maklumat daripada ujian diterjemahkan dalam bentuk profil individu berasaskan skor tentang aspek-aspek pembelajaran. Profil yang dibuat dapat memperlihatkan kepada guru tentang aspek yang belum dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid. Contoh : ujian menilai bacaan murid yang bertujuan mengenal pasti kemahiran murid untuk mengenal huruf dan menyebut huruf. Penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventori, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa selain secara formal (pensil & kertas).

Ujian Kecekapan

Digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid atau calon dalam melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan. Lazimnya ia melibatkan penggunaan instrumen yang konkrit seperti penggunaan gambar dan radas dan tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan pensel-kertas melainkan sewaktu mendapatkan arahan Contoh : ujian pada peringkat pra-persekolahan dengan meminta murid mencantum-cantumkan perkataan dengan gambar yang diberikan atau membina semula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberi atau menjalankan uji kaji menggunakan radas tertentu.

Ujian Bakat

Dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Suatu waktu dahulu bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa semulajadi yang dimiliki oleh seseorang individu. Dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu: (i) berasaskan kajian secara besar-besaran. Cth.: 1930, kajian oleh Universiti Minnesota tentang bakat mekanikal (ii) berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu. Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat asas dalam membuat telahan prestasi masa depan calon. Lazimnya digunakan untuk pemilihan calon melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Contoh: Ujian kemasukan ke maktab perguruan (UKELP). Ujian ini juga digunakan bagi tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon atau individu.

Ujian Personaliti

Ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks. Contoh:Ujian Keirsey Temperament.

Jenis-jenis Penilaian

Penilaian Rujukan Norma

Penilaian Rujukan Kriteria

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

Penilaian Rujukan Norma


Keputusan yang diperolehi oleh murid-murid memberikan beberapa maklumat kepada guru. (i) keputusan yang diperolehi oleh murid-murid itu dibandingkan dengan keputusan murid yang lain yang mengambil ujian yang sama (ii) kedudukan seseorang murid boleh dibandingkan dengan murid lain boleh dalam bilik darjah yang sama atau dalam sesebuah negara. Ujian atau penilaian yang dibina adalah bertujuan untuk mendapatkan perbezaan yang maksimum antara murid-murid berkenaan. Bagi memastikan tercapai tujuan berkenaan, tahap kesukaran item dikawal agar tidak terlalu sukar dan terlalu mudah. Lazimnya kesukaran soalan adalah berdasarkan nisbah 25% mudah, 50% sederhana dan 25% sukar. Keputusan daripada penilaian atau ujian akan mencerminkan siapa lebih pandai atau di mana kedudukan seseorang pelajar dalam sesuatu bilik darjah atau sekolahnya.

Ujian rujukan norma ini tidak memberikan maklumat secara terperinci tentang kemahiran seseorang murid. Sebaliknya apa yang diberikan penekanan ialah tentang siapa lebih baik daripada siapa. Keadaan ini memerlukan item penilaian benar-benar dapat memastikan perbezaan (mendiskriminasikan) antara pelajar. Menurut Popham (1981), ujian rujukan norma digunakan bagi menentukan status seseorang murid berpandukan prestasi murid yang lain dalam sesuatu ujian berkenaan. Misalnya, seorang murid dapat menjawab 50 item dengan betul daripada 60 butiran ujian. Skor mentah murid ini ialah 50. Kedudukan murid ini dibandingkan dengan calon lain dengan menggunakan satu jadual norma. Jadual berkenaan akan menunjukkan kedudukan calon dalam bentuk pangkat peratusan berbanding dengan satu kumpulan norma yang ditetapkan. Andaikan skor mentah tadi memberikan bacaan pangkat peratusan ke-83 mengikut jadual norma, maknanya murid tersebut berprestasi melebihi atau menyamai 82 peratus daripada murid-murid lain dalam kumpulan norma. Dalam konteks penilaian ini, jika ramai murid yang mendapat skor yang rendah, markah lulus lazimnya cenderung akan rendah. Begitu juga sebaliknya. Dengan itu, ada kemungkinan murid yang lemah akan lulus kerana terdapat murid-murid lain yang lebih lemah.

Taburan Skor Ujian Rujukan Norma

B i l a n g a n C a l o n

25% rendah

50% sederhana

25% tinggi

Skor

Penilaian Rujukan Kriteria


Matlamat ujian ini bukan untuk membandingkan prestasi antara murid. Menumpukan kepada perbandingan kepada kriteria yang sama yang telah ditetapkan sama ada tercapai atau tidak. Pendekatan ini dipelopori oleh Glaser pada tahun 1963 (dipetik daripada Popham, 1971). Menurut Glaser (1973) kriteria yang digunakan tidak bermaksud akhiran sesuatu kemahiran, tetapi kriteria itu bergantung kepada penetapan oleh guru, yakni pada aras mana yang ingin guru tetapkan kriteria yang harus dicapai oleh murid-murid. Menurut Popham (1981) ujian rujukan kriteria digunakan untuk menentukan status individu berhubung domain tingkah laku yang didefinisikan. Ujian rujukan kriteria merujuk kepada satu set tingkah laku kriteria yang telah ditetapkan.

Perbezaan antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria


Perkara Konsep Ujian Rujukan Norma Membandingkan pencapaian pelajar dgn pelajar/ kumpulan lain Membandingkan pencapaian atr pelajar/kumpulan pelajar Menentukan pencapaian lulus/gagal, lemah/sederhana/cemerlang Pensijilan

Ujian Rujukan Kriteria Membandingkan pencapaian pelajar dgn kriteria tertentu yg telah ditetapkan Menentukan tahap penguasaan sesuatu kemahiran yg telah dipelajari Memperbaiki p & p berdasarkan keputusan ujian

Tujuan

Ciri-ciri soalan Ciri-ciri ujian Cakupan kandungan Contoh ujian

Bermula daripada mudah kpd sukar dan mempunyai indeks diskriminasi yg tinggi Penentuan gred bg menentukan pencapaian pelajar dalam pelbagai peringkat Meliputi tajuk/kandungan yg luas Pep. Akhir penggal, UPSR, PMR, SPM, STPM

Hampir sama peringkat kesukarannya dgn berpandukan kpd kriteria/objektif pelajaran tertentu Tiada gred, memadai hanya lulus/gagal sahaja Khusus kepada tajuk-tajuk tertentu Ujian pendek, tugasan, latihan, soal jawab dalam bilik darjah

Penilaian Formatif

Ujian yang dibentuk dalam penilaian ini seharusnya bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran. Ujian ini dijalankan sepanjang masa p & p berlangsung. Maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki p & p agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Ini memberikan motivasi kepada guru dan murid untuk membaiki prestasi masing-masing. Guru memperbaiki prestasi penyampaian manakala murid memperbaiki strategi pembelajaran. Dengan itu penilaian ini bukan sekali-kali bertujuan membandingkan pelajar sebaliknya ingin membantu murid. Oleh itu, tidak ada gred diberikan kepada penilaian atau ujian yang dijalankan. Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.

Tujuan Penilaian Formatif

Memperbaiki p & p. Di samping memperbaiki p & p, secara langsung penilaian yang dijalankan dapat meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. Hal ini dapat direalisasikan melalui ujian-ujian yang dikendalikan yang dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik. Situasi ini akan menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan. Memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dapat dibuat perbandingan pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid yang lalu, mencatatkan masalah yang dihadapi serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan. Mengubah suai pengajaran seseorang guru dengan menentukan pendekatan yang lebih baik dalam setiap penyampaian. Memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid. Maklumat yang diperolehi daripada siri ujian yang dijalankan dapat digunakan oleh murid-murid untuk mengatasi kelemahan mereka bagi mengatasi masalah dan seterusnya meningkatkan penguasaan pembelajaran.

i.

ii.

iii.

Bagi memastikan pelaksanaan penilaian yang berkesan, beberapa langkah atau prosedur perlu diberikan tumpuan atau perhatian oleh guru, iaitu: Menentukan tajuk pengajaran. Langkah terbaik ialah menyusun topik berkenaan mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik. Menyatakan aspek dan tahap penguasaan bagi sesuatu topik pembelajaran. Guru harus mengenal pasti aspek-aspek tertentu setiap topik yang perlu dikuasai oleh pelajar. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan. Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap tajuk. Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran mengikut pemeringkatan, saling bertautan dan tidak terpisah.

iv.

Membentuk soalan ujian. Setiap elemen dalam sesuatu topik seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.
Bentuk soalan Siapa? Apa? Dimana? Terangkan Huraikan, Bandingkan, Bezakan, Nyatakan

Tahap Penilaian Pengetahuan Kefahaman

Aplikasi
Analisis Sintesis Penilaian

Gunakan, Selesaikan, Kelaskan, Pilih


Kenapa? Kenal pasti sebab, Rumuskan, Tentukan, Buktikan Selesaikan (lebih dr satu jwpn betul) Nilaikan, Pilih, Membicarakan, Menaksirkan

v.

Mencadangkan langkah susulan. Sekiranya murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut.

3. Menghubungkaitkan elemen-elemen dlm tajuk 4. Membentuk soalan ujian

1. Menentukan topik pembelajaran

Perlaksanaan Penilaian Formatif

2. Menentukan aspek dan tahap penguasaan

5. Mencadangkan tindakan susulan

Penilaian Sumatif

Untuk menentukan tahap penguasaan atau pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan. Memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. Dengan adanya gred yang diberikan, guru boleh membuat kesimpulan peringkat pencapaian pelajar mengikut kumpulan tertentu misalnya kumpulan pelajar lemah, sederhana dan cemerlang. Contoh: peperiksaan akhir penggal, peperiksaan percubaan, UPSR, PMR dan sebagainya.

Tujuan Penilaian Sumatif

Menentukan pencapaian murid sebagai satu kumpulan dengan membezakan antara pencapaian pelajar berdasarkan gred yang telah ditentukan. Mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan. Membuat ramalan akan kejayaan murid dalam sesuatu mata pelajaran. Pencapaian pada peringkat awal biasanya mempunyai perhubungan yang tinggi dengan peringkat pencapaian yang seterusnya. Dapat dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan. Pencapaian murid dalam menguasai kemahiran asas yang diperlukan dalam sesuatu kursus baru memberikan tempat bagi mereka bagi mengambil kursus tersebut. Dapat memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan-kumpulan tertentu. Cth :, perbandingan pencapaian dapat dibuat dalam menentukan kelompok pelajar lemah, sederhana dan cemerlang serta kelas (bilik darjah) yang lemah dan cemerlang.

i.

ii.

iii.

iv.

v. vi.

vii.

Bagi memastikan keberkesanan dalam pentadbiran penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diberikan penekanan: Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi. Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan. Mengumpul item secara sistematik dengan mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif bermuladengan aras rendah diikuti aras lebih tinggi. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah muridmurid. Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan. Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

1. Membentuk JPU 6. Pemilihan isi kandungan Perlaksanaan Penilaian Sumatif 5. Menyiapkan skema pemarkahan 4. Menguji soalan melalui kajian rintis 3. Mengumpul soalan secara sistematik 2. Membina soalan

Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif


Aspek
Konsep

Penilaian Formatif
Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.

Penilaian Sumatif
Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar. Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan. Dibuat secara formal ujian pensel-kertas, lisan. Dijalankan secara berkumpulan

Tujuan

Waktu penilaian

Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung

Kaedah

Formal : pensel-kertas Tidak formal : pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan Dibuat secara individu atau dalam kumpulan Membaiki kelemahan murid serta merta dengan mengulang semula topik pembelajaran pemulihan Menjalankan aktiviti pengukuhan pengayaan

Selepas penilaian dijalankan

Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai. Memberikan pengiktirafan sijil, hadiah dsb. Membaiki kurikulum / mata pelajaran

Kaedah Pengukuran
Kaedah Pemerhatian TEKNIK-TEKNIK KAEDAH PENGUKURAN Kaedah Pertimbangan Profesional

Kaedah Lisan

Kaedah Portfolio

Kaedah Penulisan

Kaedah Pemerhatian
Ia adalah kaedah pengumpulan maklumat yg kemudiannya dijadikan ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang dilakukan oleh seseorang dan orang lain yang berkenaan yang berada disekelilingnya Dibahagi kepada dua bentuk: i. Pemerhatian Sistematik Pemerhati terlebih dahulu menetapkan tingkah laku yang ingin diperhati sebelum membuat pemerhatian Pemerhati kemuadiannya akan mengira kekerapan dan lama sesuatu tingkah laku itu berlaku ii. Pemerhatian tidak sistematik Tidak ditumpukan kepada tingkah laku yang tertentu Pengulangan tingkah laku dan maklumat yang diperolehi daripadanya dijadikan panduan dalam pemerhatian Batasan: o Pentafsiran terhadap tingkah laku mungkin tidak tepat o Memerlukan masa yang panjang o Wujud kesan pemerhatian kepada orang yang diperhatikan

Ia adalah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dan merekod apa yang dimaklumkan oleh individu yang menjadi subjek dan orang lain yang baeerkaitan dengannya Dibahagikan kepada dua bentuk: i. Temubual (a) Temubual terbuka Teknik mendapatkan maklumat daripada perbualan yang tidak tertumpu kepada set soalan tertentu (b) Temubual berstruktur Teknik mendapatkan maklumat daripada perbualan yang tertumpu kepada set soalan tertentu ii. Skala Penaksiran Teknik mendapatkan maklumat dengan menggunakan satu set soalan yang memerlukan seseorang memberi jawapan dalam skala tertentu; Cth: Skala Likert Batasan: o Pentafsiran terhadap tingkah laku mungkin tidak tepat o Memerlukan masa yang panjang o Wujud kesan pemerhatian kepada orang yang diperhatikan o Ingatan menjadi tidak tepat apabila jarak masa adalah lama antara peristiwa yang berlaku dengan temubual o Maklumat yang diberi mungkin tidak benar

Kaedah Lisan

Kaedah Penulisan
Ia adalah kaedah pengumpulan maklumat menggunakan kaedah penulisan sebagai respons kepada satu set soalan ujian atau pernyataan soal selidik Respons tersebut menjadi rekod kepada maklumat yang diberikan oleh subjek atau orang lain yang berkenaan Dibahagikan kepada dua bentuk i. Ujian Teknik mendapatkan maklumat daripada jawapan kepada satu set soalan untuk mengukur pencapaian tertentu Maklumat daripada ujian dapat dibahagikan kepada dua jenis (a) Kuantitatif = markah ujian Maklumat kuantitaif boleh ditafsir berasaskan: PRN membandingkan markah pelajar dengan markah pelajar lain PRK membandingkan markah pelajar dengan kriteria tertentu (b) Kualitatif = bagaimana pelajar mendapat jawapan tersebut (soalan mana yang dijawab) ii. Soal selidik/ Inventori Teknik mendapatkan maklumat daripada jawapan kepada satu set pernyataan tertentu

Kaedah Pertimbangan Profesional

i.

ii.

Kaedah pengumpulan maklumat melalui pendapat ahli/kumpulan profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Cth: Pelajar khas terencat akal Pakar Neurologi Kesesuaian pelajar mengikuti sesuatu aliran pengajian Pakar kaunseling kerjaya Kaedah ini adalah terbaik sekiranya pakar bidang tersebut memberi pertimbangan secara jujur/profesional tetapi kesannya buruk sekiranya pandangan yang diberi tidak jujur

Kaedah Portfolio

o o o

Ia adalah kaedah pengumpulan maklumat melalui pendapat penilai terhadap satu set kerja pelajar yang melibatkan pengumpulan hasil kerja pelajar yang berkait dengan pengetahuan/kemahiran yang ingin dinilai Ia lebih subjektif, kualitatif dan holistik Penilaian Portfolio (Portfolio Evaluation) Dibuat bagi objektif pengajaran yang tinggi (analisis, sintesis, penilaian) tetapi boleh juga digunakan untuk menilai pencapaian pada peringkat rendah (pengetahuan, kefahaman, aplikasi) Sesuai untuk menilai kecekapan/keberkesanan strategi yang dipilih dan kemahiran yang diguna untuk menghasilkan sesuatu, biasanya sebuah karya asli penilaian autentik) Menggalakkkan kerjasama berkumpulan bagi menghasilkan sesuatu yang terbaik serta melatih pelajar untuk berfikir dan membuat refleksi tentang kerja yang mereka lakukan Kadangkala ia menjadi tidak sah apabila: hasil kerja yang dikumpul tidak sesuai dengan aspek yang hendak dinilai hasil kerja tersebut bukan karya asli pelajar penilai bukan pakar dalam aspek yang hendak dinilai

You might also like