Sistem Sapaan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PENDAHULUAN Bahasa sapaan dikenali juga dengan nama bahasa panggilan atau panggilan hormat.

Ia merupakan sebahagian daripada aspek kesantunan berbahasa. Sistem sapaan dan panggilan melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Bahasa sapaan terdapat dalam semua masyarakat, baik masyarakat itu terdiri daripada etnik minoriti (kelompok orang asli misalnya) mahupun etnik majoriti di sesebuah negara. Menurut Amat Juhari Moin (1989), yang mengkaji sistem panggilan (bahasa sapaan) dalam bahasa Melayu mendapati sistem panggilannya lebih halus dan kompleks. Beliau mendapati sistem panggilan masyarakat Melayu membezakan golongan, pangkat dan keturunan orang yang disapa. Manakala, menurut S. Nathesan (2007) pula, sistem panggilan merupakan cara sopan yang digunakan untuk bercakap atau menulis semasa merujuk kepada seseorang individu atau kumpulan ketika berkomunikasi. Mengikut Abdul Sukor Shari, Nuraini Yusoff dan Mohd Isa Awang (2003), bahasa sapaan merujuk kepada bahasa yang digunakan ketika menegur sapa ataupun caracara untuk memilih bentuk panggilan dan ganti nama bagi diri sendiri dan orang yang dilawan cakap. Lakuan sapaan perlu mengikut syarat-syarat dan juga norma-norma yang betul berdasarkan beberapa faktor antaranya adalah status sosial, jarak sosial, konteks ujaran, dan jantina penutur. Jika faktor-faktor ini tidak diambil berat, maka ia akan mengganggu interaksi seterusnya.

Dalam budaya Melayu, perkahwinan adalah sebahagian daripada ibadat agama. Peraturan sosiobudaya berkenaan penggunaan kata ganti nama dalam budaya Melayu adalah sangat ketat. Peraturan ini berkait rapat dengan penjagaan susunan status, darjat dan martabat dalam masyarakat Melayu. Kebiasaannya, majlis perkahwinan akan diadakan di rumah pengantin, di dewan atau di hotel mengikut kemampuan masing-masing. Lokasi majlis perkahwinan ini dapat dijadikan penentu sistem panggilan atau sapaan yang akan digunakan sama ada lebih bersifat formal ataupun tidak. Hal ini demikian kerana gelaran kekeluargaan dan panggilan cara kampung hanya digunakan dalam situasi tidak rasmi. Namun begitu, apabila majlis persandingan diadakan di dewan dan hotel-hotel, Pembawa Majlis dan para penyambut tetamu tidak boleh menggunakan panggilan kekeluargaan dan gaya kampung. Kajian ini adalah mengenai sistem sapaan atau panggilan ketika dalam majlis perkahwinan iaitu kenduri kahwin. Kajian ini juga cuba meneliti dan meninjau sistem sapaan atau panggilan yang digunapakai oleh orang-orang yang terlibat atau yang menghadiri sesebuah majlis perkahwinan.

KAJIAN LEPAS Kajian-kajian lepas yang dilakukan dalam aspek lakuan sapaan antaranya seperti Hafriza Burhanudeen (1998), Kasih (2002, 2004), Waldvogel (2007), dan Ibrahim AG Youssouf et al. (1976). Para pengkaji ini menyentuh aspek status sosial, jarak sosial dan juga jantina sebagai faktor-faktor yang memberi pengaruh terhadap lakuan sapaan.
2

Hafriza Burhanudeen (1998), menjalankan kajian mengenai kata sapaan dalam kalangan kerabat raja. Hasil kajian yang dilakukan beliau dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu sapaan terhadap Raja, Pemerintah dan Putera Mahkota. Manakala

kajian yang dilakukan oleh Kasih (2004), bertajuk Sistem Sapaan Anak-anak dan Remaja dalam Bahasa Minangkabau: Suatu Analisis Sosiolinguistik. Kajian beliau mengenai bentuk sapaan yang digunakan oleh kanak-kanak dan juga remaja. Waldvogel (2007), menjalankan kajian yang bertajuk Kata Sapaan dan Penutup dalam E-mel di Tempat Kerja. Kajian ini telah membuktikan bahawa budaya tempat kerja merupakan factor yang lebih penting dalam mengambil kira kekerapan kata sapaan dan kata penutup berbanding faktor status, jarak sosial dan jantina.

PENYATAAN MASALAH Sesebuah majlis perkahwinan kebiasaannya akan dihadiri oleh sahabat handal, jiran, adik beradik keluarga dipihak isteri, keluarga dipihak suami, sanak saudara dan ramai lagi. Sistem sapaan/ panggilan akan digunakan untuk menyapa seseorang kerana sistem ini berperanan sebagai penghubung orang yang disapa dan menyapa. Kegagalan menggunakan bahasa sapaan yang betul akan menjejaskan hubungan dan ikatan sosial mereka. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin, Harishon Radzi dan Maslida Yusof (2002) mengatakan bahawa implikasi daripada salah guna bahasa akan memasukkan pengguna tersebut ke dalam golongan kurang sopan atau tak tahu bahasa kerana penggunaan ganti nama sangat dipengaruhi oleh faktor budaya Melayu. Antara masalah yang akan wujud ialah:
3

1. Majlis perkahwinan akan dihadiri oleh ramai orang dan pelbagai bahasa sapaan atau panggilan yang digunakan tanpa mengambilkira sama ada bahasa sapaan atau panggilan tersebut sesuai ataupun tidak. 2. Terdapat pelbagai jenis gelaran atau panggilan yang akan digunakan 3. Kajian ini juga akan meneliti sistem panggilan/sapaan yang digunakan sama ada majlis perkahwinan diadakan sama ada di rumah pengantin atau diadakan di dewan atau hotel. Dengan adanya kajian ini, kesalahan dari segi penggunaan kata sapaan atau panggilan yang digunakan di rumah kenduri iaitu dalam majlis perkahwinan dapat dikurangkan dan seterusnya memupuk penggunaan sistem panggilan yang tepat dalam kalangan tetamu.

KEPENTINGAN KAJIAN Bahasa dan masyarakat adalah saling melengkapi. Penggunaan kata sapaan/ panggilan yang betul harus diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan kata sapaan / panggilan dalam majlis perkahwinan. Hal ini demikian kerana dalam kebudayaan Melayu, terdapat banyak gelaran dan kata sapaan yang digunakan. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi penjelasan bahawa terdapat system sapaan atau panggilan yang digunakan mengikut situasi dan konteks yang
4

sesuai. Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dengan pendengar. Hal ini disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam situasi yang berlainan. Kata sapaan/ panggilan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut. Situasi formal dan tidak formal mempunyai system sapaannya yang tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya

mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah cuba untuk mengkaji: 1. Mengenal pasti kata sapaan atau panggilan yang digunakan oleh para tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan sama ada majlis tersebut diadakan di hotel ataupun di rumah pengantin. 2. Mengenal pasti sama ada betul atau tidak kata sapaan atau panggilan yang digunakan oleh masyarakat Melayu dari segi penggunaan terutamanya kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan serta kedudukannya dalam masyarakat amnya. 3. Mengenal pasti kesilapan penggunaan kata-kata sapaan atau panggilan yang digunakan oleh Pembawa Majlis dalam majlis perkahwinan.

SOALAN KAJIAN
5

1. Apakah kata sapaan atau panggilan yang digunakan oleh para tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan sama ada majlis tersebut diadakan di hotel ataupun di rumah pengantin? 2. Adakah kata sapaan atau panggilan ini digunakan dengan betul dalam masyarakat Melayu mengikut kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan serta kedudukannya dalam masyarakat amnya? 3. Apakah kesilapan yang dilakukan oleh Pembawa Majlis dalam majlis perkahwinan dari segi penggunaan kata sapaan atau panggilan?

ULASAN KEPUSTAKAAN Kata sapaan atau panggilan merupakan satu aspek yang penting dalam memulakan sesuatu perbualan. Apabila seseorang itu hendak bercakap atau bertegur sapa dengan seseorang yang lain, kata sapaan atau panggilan yang sesuai haruslah diutamakan terlebih dahulu kerana hal ini akan melambangkan kesopanan seseorang penyapa. Menurut Amat Juhari Moain (1989), dalam masyarakat Melayu, kedudukan pangkat, jawatan, umur atau usia, ataupun hubungan sebagai teman antara si penyapa dengan orang yang disapa dapat ditentukan dari sudut pemilihan kata-kata yang digunakan pada masa kedua-kedua mereka sedang berkomunikasi. Manakala menurut Awang Sariyan (2007), seseorang itu boleh dianggap tidak bersopan semasa bertutur apabila tiada kata sapaan yang digunakan bagi memulakan perbualan. Demikian juga dalam sistem sapaan dan panggilan yang melibatkan kata ganti nama, gelaran, kata-kata rujukan kehormat dan kata-kata lain, sebenarnya menunjukkan hubungan yang erat antara si penyapa dengan orang yang disapa dari sudut dua matra yang menjadi asas kepada seluruh kehidupan masyarakat iaitu matramatra kekuasaan dan kesetiakawanan.(Brown dan Gilman, 1960). System sapaan
6

dalam bahasa Melayu yang melibatkan gelaran, rujukan kehormat, kata ganti nama serta nilai kata yang digunakan. Semuanya itu penting kerana ia menunjukkan kedudukan seseorang dalam masyarakat, kekuasaan yang ada pada dirinya, kewibawaan yang dipegangnya, pandangan dan penilaian orang lain terhadapnya (Amat Juhari Moain, 1989).

METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian dibahagikan kepada beberapa peringkat: 1. Mengumpul maklumat berkaitan dengan kajian dengan membuat rujukan di perpustakaan dan internet untuk mendapatkan maklumat terkini. 2. Membuat pemerhatian tentang bahasa sapaan yang digunakan di rumah-rumah kenduri serta di dewan atau di hotel. 3. Pemerhatian dilakukan sewaktu majlis perkahwinan dilangsungkan. Pemerhati menjalankan kajian ini dengan menghadiri sendiri majlis tersebut dan meneliti melalui video-video dipaparkan di laman web. Sampel kajian terdiri daripada tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan. Lokasi kajian di rumah kenduri Encik Mohd Zali, Taman Bandar Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.

DAPATAN KAJIAN

Hasil kajian mendapati sistem sapaan atau panggilan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:i. ii. iii. Sapaan Keluarga Sapaan Masyarakat Panggilan Hormat

a. Sapaan Keluarga Sapaan keluarga berlaku apabila wujud interaksi antara hubungan kekeluargaan dalam majlis perkahwinan tersebut. Menurut Noor Azlina (1975), ada banyak panggilan kekeluargaan yang digunakan dalam bahasa Malaysia sebagai ganti kata-kata ganti nama. Nik Safiah Karim (1981), panggilan kekeluargaan melambangkan kehormatan, keeratan dan kesopanan. Selain penggunaan nama panggilan kekeluargaan sebagai kata ganti diri kedua terdapat juga penggunaan kata ganti diri pertama dan diri ketiga (Yunus Maris, 1958) Antara nama panggilan kekeluargaan yang digunakan dalam majlis perkahwinan: a. Abang saudara kandung lelaki yang lebih tua. b. Kakak - saudara kandung perempuan yang lebih tua. c. Adik - saudara kandung lelaki atau perempuan yang lebih muda. Hasil kajian juga mendapati nama-nama panggilan di atas disebut beserta nama. Contohnya, Abang Mat atau Bang Mat. Selain itu, terdapat bentuk panggilan yang berdasarkan pertalian darah dan melambangkan pertalian kekeluargaan antara orang
8

yang menyapa dan orang yang disapa. Nama-nama panggilan di bawah juga disebut dengan pak, mak, abang atau kak. Contohnya, pak long, mak long, bang long atau kak long. Antara nama panggilan kekeluargaan ialah: a. Long singkatan dari sulung (anak yang sulung) b. Ngah singkatan dari tengah (anak yang kedua) c. Lang singkatan dari Alang (anak yang ketiga) d. Njang singkatan dari Anjang (anak yang keempat) e. Cik singkatan dari kecil (anak kedua sebelum anak yang terakhir) f. Su singkatan dari bongsu (anak yang terkhir) Seterusnya, terdapat juga kata sapaan atau panggilan untuk melambangkan pertalian perkahwinan antara orang yang menyapa dengan orang yang disapa. a. Besan hubungan antara kedua-dua ibu bapa pasangan yang telah berkahwin. b. Biras suami atau isteri kepada ipar c. Ipar saudara kandung kepada suami atau isteri d. Menantu suami atau isteri kepada anak sendiri. e. Mertua Ibu bapa kepada suami atau isteri Walaupun majlis perkahwinan diadakan di hotel atau di dewan, sistem

sapaan/panggilan dalam kekeluargaan masih tetap sama.

d. Sapaan Masyarakat Masyarakat boleh terdiri daripada rakan setugas, jiran tetangga dan rakan-rakan. i. Sapaan rakan setugas dan rakan-rakan

Sistem sapaan atau panggilan yang melibatkan rakan setugas kebiasaan mereka cenderung menggunakan gaya mesra, bukan gaya profesional dan rasmi apabila majlis tersebut diadakan di rumah pengantin. Contoh : Amboi, segaknya Rizal hari nie! Kalau saya tanya, Rizal tak marah, kan? Manakala dalam majlis perkahwinan yang diadakan di hotel atau di dewan, sapaan atau panggilan akan lebih bersifat formal. Contohnya, Apa khabar, Puan NorAni? Puan NorAni sudah makan? ii. Sapaan Jiran Tetangga

Antara sistem panggilan yang mesra digunakan:a. I, you b. Mamat, mat, awang, pak aji, mak aji c. Taukeh, amoi, nyonya d. Ane, aci, tambi
10

e. Kamu, hang, awak f. Abang, kakak, kaklong, kakcik, maklong, paklong g. Tok, wan, nek Manakala sistem panggilan yang digunakan dalam majlis perkahwinan yang diadakan di hotel atau dewan untuk menyapa tetamu yang hadir bersifat lebih rasmi. Contoh: Kata Sapaan Tuan Orang yang ditujukan a. Digunakan bersama nama/jenis jawatan. Contoh : Jemput makan Tuan Pengetua. b. Digunakan kepada tetamu yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim, doKtor c. Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki Contoh : Tuan-tuan sekalian a. Digunakan kepada tetamu yang bergelar Haji, Profesor Encik a. Merujuk kepada tetamu yang mempunyai status lebih tinggi daripada penutur Puan a. Merujuk kepada tetamu perempuan yang sudah berkahwin. b. Merujuk kepada tetamu perempuan yang memegang jawatan. Contoh : Puan Pengetua Cik a. Merujuk kepada tetamu perempuan yang belum berkahwin dan
11

berjawatan lebih tinggi daripada penutur. Saudara (lelaki) / saudari (perempuan) a. Merujuk kepada tetamu yang baru dikenali. b. Digunakan apabila orang yang disapa dan menyapa

mempunyai kedudukan yang setaraf.

e. Panggilan Hormat Panggilan hormat bermaksud panggilan sepatutnya diberi oleh tuan rumah kepada tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan yang diadakan di hotel-hotel disebabkan kedudukan dalam masyarakat. Lazimnya tugas ini digalas oleh pengacara majlis yang dilantik. a. Yang Amat Berhormat merujuk kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar b. Yang Berhormat merujuk kepada Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri c. Yang Berusaha, Yang Berbahagia merujuk kepada Ketua Jabatan, Ketua Bahagian

KESILAPAN YANG DILAKUKAN OLEH PEMBAWA MAJLIS PERKAHWINAN

12

Hasil kajian mendapati bahawa terdapat kesilapan penggunaan kata sapaan atau panggilan yang dilakukan oleh Pembawa Majlis terutamanya dalam majlis perkahwinan yang diadakan di rumah pengantin. Antara kesilapan yang dikenalpasti adalah: 1. Menggunakan kata panggilan yang tidak sesuai dengan status sosial. Seperti yang kita sedia maklum, ramai tetamu yang akan membanjiri rumah pengantin sewaktu majlis perkahwinan ini berlangsung. Kesilapan sebegini berlaku kerana Pembawa majlis tidak mengenali status sosial tetamu yang datang. Contohnya, Pak cik, mak cik jemput menjamu selera. Sepatutnya panggilan pak cik dan mak cik tersebut digantikan dengan panggilan puan dan tuan kerana tetamu tersebut merupakan majikan kepada pengantin tersebut. 2. Menggunakan kata panggilan mak ngah kepada tetamu yang memakai pakaian bewarna merah. Contohnya, Amboi, merahnya baju mak ngah! 3. Menggunakan kata panggilan mak cik pak cik kepada semua tetamu tanpa mengira peringkat umur. contohnya, Mak cik boleh duduk di mana-mana saja kerusi yang kosong. Kata panggilan mak cik sepatutnya digantikan dengan panggilan tok kerana orang yang disapa itu berumur 71 tahun sedangkan pembawa majlis tersebut berusia dalam lingkungan 30-an.

13

4. Menggunakan kata panggilan cik adik kepada tetamu yang masih muda dan gaya pertuturan yang lebih bersantai. Kata panggilan yang lebih sesuai digunakan ialah saudara atau saudari. 5. Tidak menggunakan panggilan hajah atau haji kepada tetamu yang sudah menunaikan haji. Hal ini demikian kerana, Pembawa Majlis tersebut tidak mengenali tetamu tersebut. 6. Menggunakan kata panggilan abang, kakak, dan adik kepada tetamu yang tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan pembawa majlis. Pembawa majlis sepatutnya menggunakan kata panggilan yang lebih sesuai seperti saudara atau saudari

KESIMPULAN Penggunaan nama-nama panggilan kekeluargaan dan bahasa sapaan

mencerminkan kedudukan seseorang dalam keluarga serta kedudukannya dalam masyarakat. Penggunaan bahasa sapaan dan panggilan yang betul dan sesuai mengikut konteks iaitu kata sapaan atau panggilan ini lebih bersifat formal sekiranya majlis perkahwinan diadakan di hotel-hotel atau di dewan. Penyapa perlu memastikan penggunaan kata panggilan atau sapaan dengan betul bagi menggambarkan kesopanan dan budi pekerti yang tinggi. Sekiranya kata panggilan atau sapaan ini digunakan sewenang-wenangnya tanpa mengambilkira gelaran dan pangkat orang
14

yang ingin disapa, maka akan timbul perasaan negatif dalam diri orang yang disapa. Pembawa majlis juga seharusnya lebih berhati-hati menggunakan kata panggilan yang lebih sesuai agar persepsi tetamu yang hadir terhadap tuan rumah tidak negatif. Oleh itu, kata panggilan atau sapaan ini penting bagi memulakan perbualan dan melambangkan kesopanan seseorang yang menyapa.

RUJUKAN

Amat Juhari Moain, (1989). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu Suatu Analisis Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Faiziah Hj. Shamsudin, (2012). Bahasa Melayu Komunikatif. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

15

Prof. Abdullah Hassan, Aripin Said & Ainon Mohd, (2004). Pantun & Gurindam Untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan, Dilengkapi dengan Peraturan Sistem Panggilan dan Sapaan. Kuala Lumpur: PTS publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sumalee Nimmanupap, (1994). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Thai. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz, (2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

16

You might also like