Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Bahasa Melayu & Komunikasi II

LAPORAN
Mohamad Hafizudin bin Rosli Faizatul Nur binti Md Isa Lim Ee Yie

Definisi laporan
Kertas yang mengandungi khabar atau maklumat. Ia ditulis bagi melaporkan sesuatu hal atau perkara yang telah berlaku. Juga dikenali sebagai dokumen menyampaikan maklumat khusus kepada pembaca tertentu.

Tujuan Laporan
Terdapat beberapa tujuan yang penting untuk membuat laporan. Antaranya: merakamkan dan merekodkan sesuatu memaklumkan pelaksanaan dan perkembangan sesuatu menyalurkan cadangan mempertahankan tindakan membentangkan perancangan

Jenis Laporan
(a.) Terdapat pelbagai laporan yang ditulis untuk tujuan dan maksud tertentu (b.) Jenis-jenis laporan ditentukan berdasarkan sifat dan kandungan laporan itu (c.) Laporan terbahagi kepada 2 kategori; Laporan lisan 1. Laporan berita 2. Laporan langsung atau ulasan selari

Laporan bertulis 1. Laporan tahunan 2. Laporan khas 3. Laporan prestasi 4. Laporan penilaian 5. Laporan sulit 6. Laporan kajian 7. Laporan lawatan 8. Laporan aktiviti persatuan

1. Laporan Tahunan Disediakan oleh sesebuah persatuan, organisasi, syarikat atau institusi. Tujuan : Menyediakan perancangan yang lebih baik & mencapai prestasi yang lebih tinggi pada masa akan datang. Dibuat setahun sekali. Disampaikan mengikut urutan tarikh. 2. Laporan Khas Tujuan : Mendapatkan maklumat yang pantas, tepat & jelas. Berguna kepada organisasi & masyarakat mendapatkan gambaran sebenar sesuatu peristiwa. 3. Laporan Prestasi Mengandungi penjelasan tentang tugas yang telah selesai & kejayaan yang dicapai oleh sesebuah syarikat atau organisasi.

4. Laporan Penilaian Menyatakan mutu, nilai, keadaan atau sifat sesuatu yang menjadi fokus penilaian. Matlamat akhir laporan penilaian adalah memberi maklumat kepada pihak tertentu untuk membuat keputusan atau hanya sebagai makluman.

5. Laporan Sulit Mengandungi maklumat tentang latar belakang individu. Maklumat mestilah tepat Membantu sesuatu pihak membuat keputusan terhadap permohonan seseorang calon.
6. Laporan Kajian Dilakukan oleh sesuatu jawatankuasa atau lembaga yang dipertanggungjawabkan untuk mengkaji sesuatu isu, kejadian,dasar dll Hasil kajian didedahkan dalam bentuk laporan & disampaikan kepada pihak tertentu untuk tindakan selanjutnya. Tidak bersifat fiksyen.

7. Laporan Lawatan Tujuan : Merakamkan peristiwa yang berlaku sepanjang lawatan itu berlangsung. Dilaporkan mengikut perkembangan peristiwa. Tepat & mudah difahami. 8. Laporan Aktiviti Persatuan Tujuan : Merakamkan atau memaklumkan sesuatu. Ditulis mengikut format tertentu. Disediakan oleh setiausaha persatuan.

Ciri-ciri Laporan
1. Bersifat objektif dan sahih, iaitu bukan tanggapan atau agakan 2. Mempunyai unsur penilaian, iaitu pandangan berkaitan perkara atau isu yang hendak dilaporkan 3. Mempunyai unsur ilmiah, empirikal dan konkrit, misalnya laporan hasil kajian 4. Disertakan gambar, jadual atau graf bagi memudahkan gambaran minda dan pemahaman pembaca 5. Bahasa yang ringkas dan padat.

Format Laporan
Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris. Atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang. Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup. Pengakuan pelapor: Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir. Tarikh : Ditulis di sebelah kanan laporan, setentang dengan pengakuan pelapor. Tandatangan pelapor : Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor. Nama Pelapor : Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan. Jawatan Pelapor : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di hujungnya. Akhirnya ditulis nama persatuan yang diwakili.

Contoh

Bibliografi
Lazim, U. M. Penulisan. Pelangi Publishing Group Bhd. http://tatabahasabm.tripod.com/tulisan/klap oran.htm http://mtbibt.blogspot.com/p/format.html

Sekian, terima kasih.

You might also like