Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 35

1.

Pendahuluan

Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau berurutan. Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa. Bahasa bertindak melalui dua bentuk iaitu melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia dan merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna. Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik dan fonologi merupakan satu bidang kajian yang membincangkan mengenai bunyi bahasa. Fonetik merupakan satu bidang kajian yang berfokuskan kepada pembentukan bunyi bahasa. Manakala fonologi merupakan satu bidang kajian yang mengkaji mengenai bunyi bahasa dan mempunyai sistem dan peraturan yang terdapat dalam bahasa tersebut. Menurut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2005), bunyi bahasa merupakan bunyi atau gabungan bunyi-bunyi yang dihasilkan melalui rongga pernafasan yang membentuk perkataan. Menurut Henderson, bidang fonologi ini perlu diasingkan daripada bidang fonetik memandangkan bidang fonetik tidak mungkin dapat merangkumi pemerian seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Sebagaimana yang dinyatakan, bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena bunyi bahasa manusia sejagat, maka pada teori dan praktiknya, bidang ini mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya, dan aspek pendengarannya. Bidang fonetik dibahagikan kepada tiga iaitu fonetik auditori, fonetik akustik dan fonetik artikulasi. Fonetik artikulasi adalah fonetik yang mengkaji bagaimana bunyibunyi bahasa itu dihasilkan atau dikeluarkan. Bunyi-bunyi itu terhasil daripada udara yang keluar daripada paru-paru(udara sebenarnya keluar masuk paru-paru semasa seseorang itu bernafas) kemudian lalu pada pita suara yang boleh menentukan keadaan bunyi itu sama ada nyaring, kuat, perlahan atau sebagainya ,kemudian udara itu keluar melalui rongga ,iaitu rongga tekak, rongga mulut atau rongga hidung untuk mewujudkan gema.

2.0

Definisi fonetik

Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan(1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Websters Collegiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai the system of speech sounds of a language or group of languages. Kamus Oxford Advanced Learners Dictionary of current English (1992:671) fonetik merupakan the study of speech sounds and their production. Mengikut kamus The World Book of Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetik sebagai the science dealing with sounds made in spee ch and the art of pronunciation. concerned with the production of these speech sounds by the articulating organs of the speaker, the sound waves in which they result, and the auditory effect they produce on the hearer. Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) pula menjelaskan fonetik sebagai the science that deals with pronunciation and the representation of the sounds of speech.Mengikut Kamus Linguistik(Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Akan tetapi mengikut Encyclopedia Americana (1994:955)mendefinisikan fonetik sebagai the science that investigates the sounds made by the speech organs, seeking to describe them, account for their production, and classify them. Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopedia pandangan dan pengertian tentang fonetik oleh beberapa beberapa orang tersebut.

sarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskan konsep fonetik

Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku Pengantar Linguistik Umum yang diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in Ge neral Linguistics menyatakan fonetik merupakan bahagian-bahagian yang asas dalam ilmu bahasa, manakala fonologi,
2

hanya satu disiplin Bantu dan terangkum ke dalampertuturan (1993:37).Mengikut Adrin Akmajian et. Al. dalam bukuLinguistik: Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi dan Azizah Hussein daripada buku Linguistik :An Introduction to Language and Communication menyatakan: Fonetik ialah bidang yang

memperkatakan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidang kajian yang dikenali se bagai fonetik artikulasi , dan juga sifat fizikal

gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yang dikenali sebagai fonetik akustik).Sementara istilah fonetik biasanya bermaksud kajian tentang sifat artikulasi dan akustik bunyi. (1995:61). Manakala Marsono dalam bukunya fonetik memberikan definisi fonetik adalah seperti yang berikut: Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidiki bunyibunyi bahasa tanpa melihat fungsi itu sebagai pembeda makna dalam suatu bahasa (1986:1).Prof. Dr J.W.M Verhaar Gadjah Mada Universiti Press, Yogyakarta, 1988, dalam bukunya Pengantar Linguistik memberikan pengertian fonetik seperti berikut: Fonetik atau ilmu bunyi menyelidiki bunyi sebagaimana terdapat dalam parole.Dr. Awang Had Salleh (Nov 1958 : 536-540),menjelaskan bahawa fonetik ialah mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonetikamnya ialah pengkajian terhadap unsur bahasa dalam bentuk bunyi.(199 3:40) Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik dan Fonologi:Suatu Tinjuan menyatakan: Fonetik ialah kajian saintifik mengenai bunyi bahasa dan rumus yang melibatkan pengeluarannya.(1992:2) Mengikut Arbak Othman menghuraikan fonetik sebagai: Fonetik merupakan bidang yang dipelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia) dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd.Dain memberikan pengertian fonetik sebagai berikut Fonetik mengandungi teori-teori mengenai bunyi bahasa. Dalam fonetik akan terdapat konsep-konsep mengenai bunyi bahasa, kriteria-kriteria pengklasan bunyibunyi bahasa, teknik menghuraikan pengeluaran bunyi bahasa dan lain-lain seumpamanya. (1982:40).

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula, asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyibunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975). Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad dalam buku Teks Bahasa Melayu STPM yang diterbitkan oleh Penerbit Fajar bakti Sdn.Bhd (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Menurut Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan dalam bukunya Fonetik Dan Fonologi : Siri P & P Bahasa Melayu (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan. 2.1 Bidang Cabang-cabang fonetik fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi,

fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia dan bahagian-bahagian (articulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur. Fonetik akustik pula mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.

Fonetik auditori pula mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara bunyi-bunyi tersebut diinterprestasikan. Proses yang terlibat

dinamakan sebagai mendekod, yang melibatkan pendengar. Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsir maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006).

2.2

Definisi fonologi

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci. Maksud fonologi juga didapati dan dipetik daripada pendapat beberapa orang sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajianet al dalam bukunya Linguistik: Pengantar Bahasa dan Komunikasi terjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertian tentang fonologi seperti yang berikut: Fonologi ialah subbidang linguistic yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah fonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang mengawal penyebaran bunyi tersebut. Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad Teks Bahasa Melayu STPM terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd, Shah Alam (2006) pula menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.
5

Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (2005) pula, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Abdullah Hassan (2005), pula menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa.Munurut sarjana dari Indonesia dalam bukunya : Pengantar Linguistik , Prof. Dr J.W.M.Verhaar, Gadjah Mada Universiti

Press, Yogyakarta, ,1988, menyatakan bahawa , fonologi ialah bidang yang menyelidiki bunyi bahasa hanya menurut segi fungsionalnya sahaja. Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk bahagian teori tentang bahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universal untuk sistem bunyi semula jadi.(1995:112) Manakala Frank parker dalam

Linguistik

Bukan Ahli Linguistik menjelaskan: Fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan. (1974:112). Abdullah Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia

menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.(1993:40) Maksud dan makna fonologi menurut kamus dewan pula ialah,

fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.(1996:354) Dalam Merriam Websters Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages. Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistic yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Kamus Oxford Advanced Learners Dictionanry of CurrentEnglish (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai the study of the systems of speech sounds, especially in a particular language. Manakala kamus Chamber Family Dictionary (1990:572) menghuraikan fonologi sebagai the study of system of sounds in language and of the history of their changes. Dalam Collins Shorter English Dictionary(1993:858) fonologi dikatakan the study of the sound system of a language or of language in general.The World Book Dictionary(1981:1567) menerangkan fonologi sebagai the system of sound used in language. .
6

1.4

KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam

menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara. Kaedah fonetik juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk guru-guru mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Hal ini adalah kerana otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan hurufhuruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu.

3.0

Perbezaan bidang-bidang fonetik dan fonologi

Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006), bidang fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi tersebut. Manakala bidang fonologi pula ialah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini. Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia yang direalisasikan melalui lambang-lambang tertentu. Manakala fonologi pula bertugas untuk merumus,

menghurai dan menjelaskan segala bentuk bunyi sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik. Fonetik ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon) serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Manakala Fonologi ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa yang dikenali sebagai bunyi bahasa. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa manakala fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Fonem merupakan istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam sesuatu bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi. Contohnya bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan "cagar" dan "cakar".

JADUAL PERBEZAAN BIDANG FONETIK DAN FONOLOGI Fonetik Fonetik adalah subdisplin fonologi linguistik, Fonologi adalah subdisplin linguistik yang

kajian tentang bunyi sebagai fenomena mengkaji bunyi bahasa, iaitu tentang fungsi, dalam dunia fizikal, fisiologi, anatomi, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item neurologi dan psikologi manusia yang linguistik menghasilkannya.

Fonetik adalah kajian tentang sifat-sifat Kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa semula jadi, produksi dan persepsi bunyi dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut bunyi bahasa yang dihasilkan. secara dengan pasangan sebagainya. Kajian ini dapat dipecahkan kepada tiga, Kajian adalah berkaitan dengan hubungan iaitu fonetik akustik, fonetik artikulatori antara butir-butir leksikal dengan butir-butir dan fonetik auditori. Mengkaji unsur setiap bunyi. leksikal lain yang membentuk ayat. Kajian berkaitan dengan penelitian pola-pola intonasi. umum. sistem Segala dalam yang berkaitan iaitu dan

bahasa

terkecil

fonotaktik

Menghasilkan transkripsi fonetik untuk Menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa. semua bunyi dari semua bahasa. Asas kepada kajian fonologi Input kepada kajian linguistik tinggi, morfologi dan sintaksis Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia, tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak Dapat merumuskan, menghuraikan menjelaskan segala dan bentuk iaitu

bunyidalam sesuatu bahasa secara telitidan terperinci dengan tujuan untuk bunyi

dapat menghuraikan sistem bunyi semua menentukan peraturan dan bentuk bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna. secara spesifik.

Kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi memahami fonologi , aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. Apabila sudah menguasai bidang fonetik barulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami dan dihuraikan dengan sempurna. Hubung kait antara kedua-dua bidang ini sangat rapat di antara satu sama lain.Garis pemisah antara kedua-duanya adalah kurang jelas walaupun ada sarjana cuba meletakkan garis pemisahnya. Selain daripada dapatan di atas, perbezaan fonetik dan fonologi dapat disimpulkan antara lain, i) Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan; ii) Kajian fonetik dapat dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fonetik akustik, fonetik artikulasi, dan fonetik auditori; iii) Bidang fonetik mengkaji unsur setiap bunyi; dan iv) Bidang fonetik menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa. Manakala bagi medan fonologi ialah i) Fonologi merupakan kajian tentang sistem bunyi bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum; ii) Kajian fonologi adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir lekasikal dengan butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat; iii) Bidang fonologi mengkaji pola-pola intonasi; dan iv) Justifikasi bidang fonologi membentuk sistem ejaan sesuatu bahasa.

10

3.0 3.1

Fungsi alat dan daerah artikulasi Alat artikulasi

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 93), alat artikulasi ialah organ atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu alat yang boleh digerak- gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut serta daerah pengeluaran.

Menurut Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar(2006: 30) dalam buku fonetik dan fonologi, alat artikulasi adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu yang pasif dan aktif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya. Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan untuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi dapat dilihat seperti yang berikut :

11

ALAT-ALAT ARTIKULASI

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

12

Anak tekak Menurut buku Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95), anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Menurut buku Frank Parker(1994: 114), anak tekak ialah daging yang tergantung dari lelangit lembut. Menurut Radiah Yussoff dan Nor Aini Ismail(2006: 23), anak tekak ialah sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit lembut. Lidah Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95-96), lidah terbahagi kepada lima bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, belakang lidah dan daun lidah. Kedudukan bahagian belakang lidah ialah bertentangan dengan lelangit lembut manakala kedudukan tengah lidah ialah bertentangan dengan pertemuan lelangit keras dengan lelangit lembut. Hadapan lidah terletak bertentangan dengan lelangit keras. Hujung lidah pula terletak bahagian yang paling akhir lidah. Sementara itu, daun lidah berada di sepanjang garisan yang menghadap gusi. Pita suara Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 96), pita suara terletak di dalam ruang tenggorok. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Menurut Dr. Abdullah Hassan(1983: 44),pita suara terdiri daripada dua pasang selaput nipis yang tumbuh di kiri kanan bahagian dalam rengkung bertentangan dengan halkum.

13

Rongga Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung. Rongga tekak bermula dari bahagian atas selaput pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian dalam, sementara rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung. Bibir Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bibir terletak di bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, bibir ialah kumpulan otot yang kenyal dan boleh diubah-ubah bentuknya dengan mengawal otot-otot pada bibir. Gigi Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi terbahagi kepada dua,iaitu gigi atas dan gigi bawah. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, gigi bermaksud lidah yang tidak bergerak. Gusi Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gusi terletak antara gigi dengan lelangit keras. Menurut laman web

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002, gusi ialah bahagian yang cembung di gigi menurun ke bahagian dalam rongga mulut. Lelangit Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dengan lelangit lembut manakala lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Menurut Linguistik untuk bukan ahli linguistik yang ditulis oleh Frank Parker dan diterjemahkan
14

oleh Raja Rahawani Raja Mamat, lelangit keras ialah tulang yang berbentuk cembung pada bahagian atas mulut manakala lelangit lembut ialah bahagian belakang lelangit keras. Epiglotis Menurut buku Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, epiglotis ialah anak tekak yang terdiri daripada sekolompok otot yang berbentuk bujur daun yang boleh bergerak ke depan atau ke belakang bagi menutup rongga rengkung. Menurut buku yang ditulis oleh Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke larinks.

15

3.2

Fungsi daerah artikulasi

Alat artikulasi atau alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunti bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi bahasa.Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah vokal, konsonan dan diftong. Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan pita suara. Lidah Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang belakang kepada pertuturan manusia. Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu belakang lidah, tengah lidah, hadapan lidah, daun lidah dan hujung lidah serta pembahagian ini membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi. Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan dengan lelangit lembut Tengah lidah atau akar lidah :bahagian lidah yang pertemuan langit keras dan lelangit lembut Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi bertentangan antara

Sebagai contoh, vokal depan sempit [i] dalam perkataan ikan memerlukan bahagian hujung lidah berada pada kedudukan paling tinggi dalam rongga mulut. Selain itu, bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah memainkan peranan yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. Hal ini membolehkan lidah dapat membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi dengan adanya pembahagian-pembahagian ini.

16

Gigi Selain lidah, Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa meskipun peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang seterusnya menghasilkan bunyi. Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Selain itu, Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. . Kedua-dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya, untuk menghasilkan bunyi b, w dan v. Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi terhampar, manakala jika menyembunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut, untuk menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya, udara disekat di bibir. Gusi Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi seperti bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit Lelangit dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Oleh sebab itu, alat artikulasi ini amat penting bagi menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun
17

sebaliknya. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah sengauan manakala jika dinaikkan, bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau. Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan. Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara boleh melalui tanpa sekatan. Makna kata, dalam pernafasan biasa, glotis terbuka. Jikalau glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru-paru yang kuat menyebabkan rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi letupan pita suara. Jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, maka udara dari paru-paru dapat lalu. Sekiranya laluan udara itu menggetarkan pita, bunyi yang dihasilkan disebut bunyi bersuara, misalnya [ a ]. Manakala jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi yang tidak bersuara, misalnya [s]. Tulang rahang Tulang rahang juga terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan gigi dan bibir. Tulang rahang memainkan peranan utama kerana mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup. Anak tekak Lokasi anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut (anak tekak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak tekak berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak tekak juga boleh digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan.
18

3.3

Cara penghasilan bunyi-bunyi bahasa

A )Vokal Hadapan Sempit (i) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, hadapan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput udara. Contoh: [ikan] [lari] [kiri] [tilik] [lihat] [topi]

Rajah 1: Vokal hadapan sempit [i].

19

B) Vokal tengah[] Bahagian tengah lidah dinaikkan ke arah pertemuan antara lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidup, pita suara dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya, pita suara dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya, pita suara akan bergetar. Contoh: [mpat] [ppt] [knduri] [prahu] [tmpat]

( Vokal ini hanya terdapat di awal dan di tengah suku kata sahaja)

Rajah 2: Vokal tengah [].

20

C) Vokal Belakang Sempit (u)

Dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi-tinggi yang mungkin, tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar Contoh: [ubat] [ulat] [undang] [udang] [ulang] [ular]

Rajah 3: Vokal belakang sempit [u].

21

D) Lima bunyi konsonan asli bahasa Melayu Terdapat 18 konsonan asli termasuk dua konsonan separuh vokal .Konsonan dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada 7 jenis seperti berikut: 1. Letupan : 3. Geseran : 5. Sisian : l p, b, t, d, k, g s, h 2. Letusan : 4. Getaran : 6. Sengauan: c, j r m, n, ny, ng

7. Separuh vokal : w, y, Cara penghasilan bunyi konsonan asli

1) Konsonan Letupan:

Letupan Dua Bibir[p] dan [b] Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan dua bibir. Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [p] .Contoh [parah], [rupa] Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [b]. Contoh, [baru], [habuk] seperti dalam rajah di bawah :

Rajah 4: Konsonan letupan bibir [p] dan [b].


22

Letupan Gusi [t] [d] Hujung lidah dirapatkan ke gusi. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan hujung lidah dan gusi. Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [t] .Contoh [tanah], [mata]. Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [d].Contoh [dada], [nada].

Rajah 5: Konsonan letupan gusi [t] dan [d].

23

Letupan Lelangit Lembut [k] [g] Belakang lidah ditemukan dengan lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan belakang lidah dan lelangit lembut. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [k] .Contoh [kaki], [laku], [sagu]. Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan digetarkan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [g] iaitu letupan lelangit lembut bersuara. Contoh [gaya], [pagar], [segar] seperti rajah di bawah :

Rajah 6: Konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g].

24

2)Konsonan Geseran: Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ] Hujung lidah dirapatkan pada gusi . Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan di biar bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dan gusi. Oleh sebab bunyi ini bunyi gusi tidak bersuara, glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Contoh [masa], [bas], [salah].Rujuk rajah di bawah :

Rajah 7: Konsonan geseran [s].

25

Geseran Glotis [h] Glotis terbuka luas. Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara ditekan keluar dari paru-paru dan melalui sempitan dilakukan pada bahagian glotis supaya semasa udara keluar melalui ruang tersebut, akan terhasil bunyi geseran. Adakalanya [h] disampaikan sebagai vokal tak bersuara, yang sama daerah artikulasi dengan vokal-vokal yang lain. Contoh [hawa], [maha] rujuk rajah di bawah :

Rajah 8: Konsonan geseran [h].

26

3) Konsonan Letusan: Letusan Gusi Lelangit Keras[c],[j] Bunyi letusan atau afrikat dihasilkan dengan depan lidah ditemukan dengan lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara yang keluar dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan depan lidah dan gusi. Bagi menghasilkan bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara [ j ] ,pita suara digetarkan dan untuk letusan bunyi yang tidak bersuara [ c ] pita suara tidak digetarkan. Contoh [cawan], [baca] . Dalam bahasa Melayu asli keduadua konsonan ini hadir pada awal dan tengah perkataan sahaja.Kehadiranya pada akhir perkataan, hanya pada perkataan-perkataan pinjaman.

Rajah 9: Konsonan letusan [j] dan [c].

27

4) Konsonan Getaran: Getaran Gusi [ r ] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, Hujung lidah dikenakan pada gusi , kemudian hujung lidah tersebut digetarkan . Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan.

Rajah 10: Konsonan getaran [r].

5) Konsonan Sengauan: Terdapat 4 jenis bunyi sengau atau nasal dalam bahasa Melayu iaitu sengau dua bibir [ m ] ,sengau gusi [ n ],sengau lelangit keras[ ny] dan sengau lelangit lembut. [ng ]Bunyibunyi sengau dihasilkan dengan membiarkan udara yang keluar dari paru-paru terus keluar melalui rongga hidung. Udara boleh keluar melalui rongga ini kerana anak tekak dan lelangit lembut diturunkan menyebabkan ruang ke rongga hidung terbuka. Udara itu disekat atau ditahan pada bahagian-bahagian tertentu, seperti pada bibir, gusi, lelangit keras atau lelangit lembut. Dalam bahasa Melayu semua bunyi sengau adalah bunyi

28

bersuara. Hal ini bermakna semasa menghasilkannya, glotis dirapatkan dan pita suara mengalami getaran. Konsonan Sengauan Dua Bibir [m] Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paruparu keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh perkataan [malu], [aman].Rujuk rajah di bawah :

Rajah 11: Konsonan sengauan [m].

29

Konsonan Sengauan Gusi [n] Hujung lidah ditemukan dengan gusi. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paruparu keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh perkataan [nanas]

Rajah 12: Konsonan sengauan [n].

30

Konsonan Sengauan Gusi-Lelangit Keras[ny] Depan lidah ditemukan ke lelangit keras. . Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh perkataan [banyak]

Rajah 13: Konsonan sengauan [ny].

Konsonan Sengauan Lelangit Lembut [ng] Belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Rajah 14: Konsonan sengauan [ng].


31

REFLEKSI

Pertama sekali pengkaji sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Apa yang dapat pengkaji gambarkan semasa menerima tugasan ini ialah halangan-halangan yang terpaksa hadapi sama ada dari segi kewangan, masa serta sumber. Namun setelah diberi penerangan daripada pensyarah Bahasa Melayu, pengkaji dapat memahami serta memudahkan merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini. Sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini, pengkaji dapati bahawa bidang fonetik dan fonologi bidang yang dianggap remeh atau kurang penting sebenarnya satu bidang yang besar peranan. Sebagai contoh, sebelum ini pengkaji kurang memahami tentang fonologi. Namun begitu setelah pengkaji mengkaji serta mencari maklumat mendalam tentang perkara tersebut bagi tugasan ini, pengkaji dapat memahami bidang fonetik dan fonologi yang merupakan bidang asas dalam bahasa selain ilmu morfologi dan semantik yang sering dibicarakan dalam kajian Bahasa Melayu. Pengkaji dapat memahami bahawa fonologi ini merupakan sesuatu yang indah untuk dipelajari sebagai seorang manusia yang dicipta oleh ALLAH s.w.t di muka bumi ini. Hal ini mengajar pengkaji supaya lebih menghargai setiap satu kelebihan serta kelemahan kami. Apa yang paling membuat pengkaji teruja apabila dapat mengetahui pelbagai bunyi bunyi bahasa yang indah yang selama ini pengkaji langsung tidak mengetahui. Melalui kajian ini juga, pengkaji dapat mengaplikasikan teknik sebutan sesuatu huruf lebih jelas kepada murid. Melaluinya juga, pengkaji dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai fungsi alat dan daerah artikulasi dan membantu pengkaji sebagai seorang guru dalam sesi pengajaran di dalam kelas. Pada masa hadapan pengkaji berharap, dapat mengkaji lebih mendalam bagaimana cara membaiki kesilapan teknik sebutan dengan lebih terperinci. Pengkaji mendapati banyak guru bahasa memandang ilmu ini kurang penting. pengkaji cadangkan,
32

Antara syor-syor yang

1. Kursus khas asas fonetik untuk guru tahap satu. 2. Bidang ini diajarkan dalam semua kursus bahasa di Universiti.

Akhir kata, pengkaji begitu bersyukur serta gembira kerana dapat juga menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun pelbagai halangan terpaksa hadapi sepanjang proses melaksanakan tugasan ini.

33

Rujukan Abdullah Hassan. (2005). Linguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Arbak Othman. (1983). Permulaan ilmu linguistik: Suatu pengenalan konsep dan bidang kajian secara toritis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). Teori bahasa: Implikasinya terhadap pengajaran tatabahasa. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. (2006). Teks bahasa Melayu STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Nor Hashimah Jalaludin (2000) Asas Fonetik, Dewan Bahasa dan Pustaka. Lumpur Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan (2006), Fonetik dan Fonologi PTS Publishing Sdn Bhd (Kuala Lumpur) Professional Kuala

Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain. (1980). Kaedah dan teknik mengajar bahasa: Dengan rujukan khas kepada pengajaran bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu. Sheikh Roslam Sheikh Abdullah & Aminuddin Bin Mamat (2011). Modul

PGSR: WAJ3104 Literasi bahasa. IPG Kampus Kota Bharu. Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I edisi kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan (2006), Fonetik dan Fonologi PTS Publishing Sdn Bhd (Kuala Lumpur) .
34

Professional

http://abkar178.blogspot.com/2012/11/perbezaan-fonetik-dan-fonologi.html http://www.scribd.com/doc/16581406/Fonetif-Dan-Fonologi http://www.scribd.com/doc/53622484/fonetik-dan-fonologi-bunyi-bahasa http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-Vokal BMM3103 Pentaksiran dan Pengujian BM: INTERAKSI 6 : Kaedah Penilaian Bahasa http://mohamednaqib.blogspot.com/2010/08/alat-alat-artikulasi-serta-fungsinya.html http://www.scribd.com/doc/19005927/Alatalat-Artikulasi http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.html http://www.slideshare.net/BelindaPanjang/bm-mei-2012 http://cikgunoorsgi.blogspot.com/2010/10/konsonan-asli-bahasa-melayu.html

35

You might also like