Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Penglibatan Aktif Keluarga dan Komuniti Setempat Membantu Peningkatan Prestasi Sekolah Secara umumnya di Sekolah Kebangsaan Lembah

Beringin, setiap ibu bapa inginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran dan mengharapkan anak-anak membantu mereka apabila dewasa kelak. Disamping itu, kebanyakan guru sedar

bahawa penglibatan ibu bapa di sekolah amat penting bagi membantu peningkatan prestasi akademik pelajar kerana pada masa yang sama penglibatan ini dapat membantu pihak sekolah mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah. Berdasarkan data yang diberikan, kebanyakan murid di sekolah tersebut merupakan anak penduduk Lembah Beringin dan sekitarnya yang mempunyai pelbagai latar belakang kerjaya. Diantaranya ialah jurutera, mekanik, pensyarah, guru dan buruh. Kerjasama dan penglibatan ibu bapa di sekolah sebenarnya dilihat

memberangsangkan meliputi pelbagai aspek sama ada dalam bidang akademik, perkembangan sahsiah pelajar, kokurikulum, pembangunan fizikal sekolah dan lain-lain lagi. Dalam hal ini pihak sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat masing-masing sudah menganggap diri masing-masing sebagai rakan kongsi bersama dalam pendidikan, dan ini telah membentuk satu komuniti di sekolah yang akan bergerak bersama-sama dalam usaha untuk membantu pelajar. Sebagai contoh satu program motivasi perdana SKLB 2012 yang dapat menunjukkan kerjasama komuniti. Program ini telah dilaksanakan pada hari Ahad bersamaan 4 November 2012 yang dianjurkan oleh kolej UEM bersama PIBG SKLB. Peserta yang terlibat ialah semua murid tahun 1 sehingga tahun 6 dan fasilitator yang membantu melancarkan program tersebut ialah pelajar kolej UEM. peningkatan dalam pembelajaran

Selain itu pada setiap tahun, pihak SKLB akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa Tahun 6 untuk membincangkan hal yang berkaitan UPSR bagi meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 6. Dengan pertemuan tersebut, kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah dapat dipertingkatkan.

Dengan menjadi menjadi rakan kongsi yang baik, penglibatan pihak ibu bapa dan komuniti setempat dapat membantu pihak sekolah meningkatkan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Joyce Epstein (2009) dalam bukunya School, Family and Community Partnership : Your Handbook for Action, telah menggariskan 6 jenis penglibatan ibu bapa yang dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk membantu meningkatkan pembelajaran pelajar. a. Parenting (Keibubapaan) Melalui penglibatan jenis ini, pihak sekolah boleh membantu pihak keluarga dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan sama ada tentang kemahiran keibubapaan, memberi maklumat tentang perkembangan psikologi anak-anak, serta membantu menyediakan suasana yang dapat memudahkan anak-anak belajar dengan lebih baik di rumah. Penglibatan jenis ini juga secara tidak langsung dapat membantu pihak sekolah memahami latar belakang keluarga dan budaya pelajar berkenaan. b. Communicating (Berkomunikasi) Dalam penglibatan jenis ini, pihak sekolah akan berusaha berkomunikasi secara berkesan dengan pihak ibu bapa melalui pelbagai cara dan media dalam usaha untuk membantu pembelajaran pelajar. Misalnya pihak sekolah menggunakan surat bagi menerangkan programprogram yang dilaksanakan di sekolah ataupun guru menerangkan kepada pihak ibu bapa tentang perkembangan prestasi semasa anak-anak mereka semasa perjumpaan ibu bapa dengan guru. Selain itu, melalui saluran tertentu, pihak ibu bapa juga boleh memberi maklumbalas terhadap perkara-perkara tertentu kepada pihak sekolah. c. Volunteering (Kesukarelawanan) Pihak sekolah boleh melakukan perancangan pelbagai program yang melibatkan ibu bapa di sekolah sama ada sebagai sukarelawan, peserta ataupun sebagai penonton dalam mana-mana aktiviti sekolah. Kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa dalam penganjuran dan pelaksanaan sesuatu aktiviti, secara tidak langsung akan menyumbang kepada kejayaan pelajar. Misalnya aktiviti gotong-royong mengecat bangunan sekolah, ibu bapa membantu pelbagai penganjuran aktiviti pelajar di sekolah. d. Learning at Home (Pembelajaran di Rumah) Melalui penglibatan jenis ini, pihak sekolah dapat mendedahkan kepada pihak ibu bapa tentang pelbagai kaedah yang sesuai bagi membantu anak-anak mereka belajar atau menyelesaikan kerja sekolah di rumah. Dalam hal ini, pihak ibu bapa juga dapat berkongsi idea dengan pihak sekolah bagi menyediakan strategi yang sesuai bagi penambahbaikan kerja rumah anak-anak mereka. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menyediakan maklumat tentang jenis-jenis kemahiran yang diperlukan untuk belajar di rumah.

e. Decision Making (Pembuatan Keputusan) Pihak sekolah juga melibatkan ibu bapa sebagai rakan kongsi dalam pembuatan keputusan dalam beberapa aspek di sekolah. Misalnya di dalam penganjuran beberapa aktiviti, mesyuarat PIBG, jawatankuasa bersama dalam program sekolah dan lain-lain. f. Collaborating with the Community (Bekerjasama dengan Masyarakat Setempat) Hubungan baik sekolah dengan masyarakat setempat dapat diwujudkan dengan melibatkan pihak jabatan kerajaan, swasta atau badan-badan lain dalam pelbagai program di sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga boleh mendidik pelajar dan keluarga mereka tentang cara-cara menjadi warganegara yang baik.

Antara ciri penting yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Lembah Beringin ialah penglibatan pihak sekolah, pelajar, keluarga dan masyarakat setempat secara bersama-sama dalam pencapaian visi sekolah. Berdasarkan temubual dengan pengerusi PIBG, Dr. Nordin B Mamat. Kebanyakan ibu bapa di sekolah ini menyedari tugas bagi penambahbaikan pendidikan anak-anak bukan sahaja menjadi

tanggungjawab pihak sekolah tetapi juga melibatkan pihak keluarga dan komuniti setempat. Selain itu, sekolah sentiasa mengalu-alukan kedatangan ibu bapa ke sekolah tanpa mengira latarbelakang ibu bapa pelajar.

Sehubungan itu, pihak sekolah, khususnya pentadbir sekolah dilihat sentiasa cuba membuat pilihan yang tepat dalam tindakan merancang penglibatan ibu bapa dan masyarakat. Tindakan ini menjadi faktor bagi membantu pencapaian matlamat utama sekolah dengan lebih bermakna.

Secara kesimpulannya Ibu bapa di Sekolah Kebangsaan Lembah Beringin sentiasa menjadi rakan kongsi yang baik, mereka dilihat sentiasa cuba membantu pihak sekolah meningkatkan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah di siplin di sekolah. Dengan ini terbuktilah tugas bagi penambahbaikan pendidikan anak-anak bukan sahaja menjadi

tanggungjawab pihak sekolah tetapi juga melibatkan pihak keluarga dan komuniti setempat.

Lampiran

AHLI JAWATANKUASA PIBG SK LEMBAH BERINGIN SESI 2013

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19

NAMA PENUH EN. NORDIN B MAMAT EN. ROSMANIRZAM B OTHMAN EN. HAMDAN B MAT EN. MOHD AMRAN B SULAIMAN EN. MOHAMAD MALIKE B SHAFIE EN. RASHID B JARMIN LT. KOL (B) HJ ZULKIFLI B MOHD SAID EN. ZURIMI B DIN PN SITI SABRINA BT MOHD ZAIN PN. JULIANA BT ALIAS PN. JASWATI BT ESMAEL PN. HJH NORLIA BT SUKRI EN. SHUKRI B SULONG EN. ABD RAHMAN B MAT PN. NORLIZA BT NORDIN EN. KHAIRIL AZAM B MD YAHYA EN. MAAROF B SALLEH EN. NASATION B MOHAMAD IDRIS PN. SITI MAHANA BT MANAP

JAWATAN PIBG YDP PIBG NAIB YDP PEMERIKSA KIRA-KIRA AJK AJK AJK AJK AJK AJK AJK AJK GURU BESAR PK PENTADBIRAN (BENDAHARI) PK HEM PK KOKURIKULUM SETIAUSAHA PEMERIKSA AJK AJK

PEKERJAAN PENSYARAH PEGAWAI BANK KERANI KANAN PENTADBIRAN MEKANIK PENSYARAH JURU UKUR BAHAN PESARA PEMBANTU PEJABAT SURI RUMAH PENSYARAH PENSYARAH GURU GURU GURU GURU GURU GURU GURU GURU

You might also like