Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 37

Gejala Rempit

Pengenalan
Istilah 'mat rempit' adalah hasil gabungan dua perkataan 'mat' dan 'rempit' dimana 'mat' adalah merujuk kepada seseorang atau sekompok individu, sementara 'rempit' difahami sebagai kegiatan membonceng motosikal dengan laju dan tidak mengikut undang-undang jalan raya Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya

www.rmp.gov.my
JENAYAH JALANAN KONTINJEN JAN JUN 2012 3,235 3,244 1,278 386 492 167 225 566 204 649 104 226 297 34 11,107 JAN JUN 2013 2,934 4,101 1,069 662 443 114 256 400 203 568 114 189 288 29 11,370

+/-301 857 -209 276 -49 -53 31 -166 -1 -81 10 -37 -9 -5 263

% -9.3 26.4 -16.4 71.5 -10.0 -31.7 13.8 -29.3 -0.5 -12.5 9.6 -16.4 -3.0 -14.7 2.4

KUALA LUMPUR SELANGOR JOHOR PULAU PINANG KEDAH KELANTAN MELAKA NEGERI SEMBILAN PAHANG PERAK TERENGGANU SABAH SARAWAK PERLIS MALAYSIA

Punca
Pengaruh rakan sebaya
Mengejar keseronokan

Pengaruh filem
Kurang didikan agama

Keruntuhan rumah tangga


Desakan naluri

Kurang kasih sayang

Cara hidup

Pengaruh Rakan Sebaya


Remaja akan mengikuti apa-apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Bagi mereka, rakan-rakan adalah segala-segalanya. Ketiadaan rakan-rakan menyebabkan remaja berasakan diri mereka tersisih. Oleh itu, remaja sanggup mengikuti rakan-rakan yang tidak bermoral dan tidak sekepala dengan mereka asalkan mereka tidak dipulaukan.

Pengaruh Filem
Terdapat juga sebahagian mat rempit dipengaruhi oleh filem atau drama lumba haram seperti KL Menjerit, Initial D dan siri filem The Fast and the Furious Walaupun penerbit filem-filem tersebut telah meletakkan amaran agar tidak meniru aksi-aksi lumba haram di dalam filem mereka, namun ramai pelumba haram yang tidak mengendahkan amaran tersebut Mereka juga melalui novel, cerpen dan komik seperti siri mangga Initial D dan Wangan Midnight atau permainan video seperti Need foe Speed: Underground dan Need for Speed: Most Wanted untuk mempelajari aksi-aksi tersebut.

Keruntuhan Rumah Tangga


Hampir kesemua para mat dan minah rempit ini adalah mereka yang berasal dari keluarga yang bermasalah. Anak-anak remaja terutamanya,bagi mereka keluargalah tempat mereka jadikan rujukkan dan tempat mengadu masalah. Contohnya ibubapa selalu bergaduh antara satu sama lain pada setiap waktu,di pihak anakanak pula mereka akan merasa bosan dengan apa yang berlaku Disebabkan ini mereka sanggup keluar dari rumah untuk mendapatkan apa yang mereka hajat di rumah.Di luar rumahlah mereka akan terdedah debu-debu jejala yang tidak sihat dan seterusnya mereka akan terlibat sama

Mengejar Keseronokan
Remaja merempit untuk mencari keseronokan bagi mendapatkan kepuasan, kemasyhuran, wang dan juga perempuan. Kepuasan dan keseronokan yang mereka kecapi adalah untuk melepaskan diri sementara dari tekanan hidup Malah, mereka menganggap mereka akan menjadi perhatian umum apabila mereka menunjukkan aksi-aksi yang berbahaya di jalan raya. Mereka berasa bangga dan puas apabila mempamerkan aksi-aksi yang berbahaya di khalayak ramai.

Desakan Naluri
Remaja suka mencuba dan tidak takut pada risiko yang bakal ditempuh. Mereka berani melakukan apa-apa sahaja yang dirasakan seronok dan menghiburkan perasaan walaupun perkara tersebut berbahaya. Remaja mudah berasa seronok dan ingin mencuba apa-apa yang dipaparkan oleh media. Bagi memuaskan nafsu, remaja berani mempertaruhkan nyawa untuk melakukan sesuatu perkara yang mereka sukai dan mencabar.

Kurang Didikan Agama


Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan anak-anak bagi menjadi seorang manusia yang berguna dan berakhlak mulia. Apabila kurangnya didikan agama, maka anak-anak mudah terjebak dengan perkara-perkara yang tidak bermoral. Pegangan agama yang kurang menyebabkan mereka tidak dapat menilai adakah sesuatu perkara yang mereka lakukan salah disisi agama ataupun tidak.

Kurang Kasih Sayang


Ibu bapa yang sering sibuk dengan kerjaya masing-masing menyebabkan anak-anak kurang kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Remaja akan berasa bahawa diri mereka tidak disayangi. Oleh yang demikian, remaja mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luar rumah bersama-sama rakan sebaya yang lain seterusnya melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral seperti merempit.

Cara Hidup
Kebanyakan remaja berpendidikan rendah lebih cenderung melibatkan diri dalam kancah lumba haram ini. Pergaulan mereka hanya terdedah kepada kelompok yang sama dan memiliki tahap pemikiran yang sama apatah lagi sekiranya masingmasing sentiasa memberikan galakan dan semangat berbaur negatif antara satu sama lain. Mereka bangga dan seronok dengan pujian serta cuba menarik perhatian orang lain.

Cara Mengatasi

Perhatian yang secukupnya

Penguatkuasaan undang-undang

Motivasi dan kaunseling

Pendekatan agama

Perhatian Yang Secukupnya


Remaja perlu diberikan perhatian yang secukupnya oleh ibu bapa supaya mereka berasa diri mereka dihargai. Malah ibu bapa juga perlulah meluangkan masa yang banyak kepada anak-anak dengan berbual dengan mereka, mendengar luahan serta rintihan hati mereka.

Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan undang-undang memang perlu dalam usaha menangani gejala ini daripada terus berlarutan. Jangan sekali-kali membiarkan mereka berasa lali dan tidak kisah dengan hukuman yang bakal dikenakan kepada mereka. Malah, hukuman kepada pesalah perlulah ditambah bagi membuatkan mereka yang terlibat takut untuk melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

Motivasi Dan Kaunseling


Kita tidak seharusnya member tekanan kepada mereka kerana zaman remaja sememangnya penuh dengan tekanan dan gelora Mereka sentiasa inginkan perhatian di samping pengiktirafan golongan dewasa Masyarakat perlu berinteraksi secara matang dengan golongan remaja sebegini agar mereka tidak berasakan diri mereka diperlakukan seperti budak kecil.

Pendekatan Agama
Masjid-masjid perlu meraikan golongan remaja begini. Para imam dan pegawai masjid mesti mempunyai kaedah hikmah dan psikologi. Gunakan jarum suntikan secara harus untuk menarik mereka kembali ke pangkal jalan. Jika perlu adakan siri bimbingan fardu ain khas kepada golongan ini terutama tentang kepentingan solat. Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: hidup mu sebelum mati mu, sihat mu sebelum sakit mu, waktu lapang mu sebelum waktu sibuk mu, muda mu sebelum tua mu dan kekayaan mu sebelum kemiskinan mu. (Riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)

Kesan
Sosial Ekonomi

Politik

Sosial
Mengancam ketenteraman dan ketenangan suasana malam. Golongan ini juga sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah ataupun digelar juga sebagai mat gian. Kesan daripada kedua-dua gejala ini membawa kepada kes-kes lain seperti mencuri, pecah rumah, ragut dan lain-lain. Anak-anak gadis sanggup menggadaikan maruah untuk menjadi pembonceng kepada teman lelaki mereka yang merupakan ahli kumpulan mat rempit. Situasi ini juga akan membawa kepada masalah lain seperti pembuangan bayi, anak luar nikah dan pelbagai penyakit membunuh seperti AIDS.

Ekonomi
Peluang kemakmuran dan kemajuan negara dimanfaatkan oleh rakyat asing lantaran kerana anak negeri sendiri tidak berminat untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi membangunkan negara. Rata-rata mat rempit adalah mereka yang masih dalam usia remaja. Mereka masih bergantung kepada kewangan ibu bapa masing-masing. Untuk menyertai lumba haram ini mereka memerlukan wang yang banyak khususnya untuk pengubahsuaian dan membeli alat ganti motosikal, kos petrol serta wang pertaruhan. Bagi sesetangah remaja yang terlibat dengan dadah memerlukan wang yang lebih lagi. Oleh sebab itu, apabila mereka terdesak untuk mendapatkan duit, mereka mula memeras ugut, meragut dan mencuri yang pastinya akan merugikan ekonomi negara kita.

Politik
Mereka berani mempertaruhkan nyawa di atas jalan raya tapi akhirnya memberikan kerugian kepada bangsa, agama dan negara. Bilangan masyarakat yang berkarisma dan berkepimpinan semakin berkurangan. Tenaga kerja dan sumber manusia juga semakin sedikit. Keadaan ini akhirnya menyebabkan mereka menjadi kaum yang terpinggir dalam urusan kemodenan dan kemajuan di tanah air sendiri.

Jenayah Ragut

Pengenalan
Bagi penjenayah dan sesiapa sahaja yang gemar melakukan kejahatan, ragut adalah kerja yang paling mudah dan menguntungkan dalam sekelip mata sahaja. Hal ini kerana dengan beberapa saat sahaja, dompet, telefon atau beg tangan telah berjaya dilarikan oleh peragut. Kerana itulah peragut boleh membuat kerja mudah ini berulang kali dalam sehari. Sekali mereka berjaya melakukannya, menyebabkan mereka gian untuk melakukannya lagi.

JENAYAH INDEKS ( Turun 5% )


KONTINJEN JAN JUN 2012 12,447 19,804 9,586 3,966 4,857 2,985 JAN - JUN 2013 11,012 21,672 8,930 4,296 4,197 2,694

+/-1,435 1,868 -656 330 -660 -291

%
-11.5 9.4 -6.8 8.3 -13.6 -9.7

KUALA LUMPUR SELANGOR JOHOR PULAU PINANG KEDAH KELANTAN

MELAKA
NEGERI SEMBILAN PAHANG PERAK TERENGGANU SABAH SARAWAK PERLIS MALAYSIA

2,269
2,985 2,687 4,319 1,770 3,040 5,096 436 76,247

2,172
3,044 2,555 3,804 1,736 2,812 4,754 449 74,127

-97
59 -132 -515 -34 -228 -342 13 -2,120

-4.3
2.0 -4.9 -11.9 -1.9 -7.5 -6.7 3.0 -2.8

www.rmp.gov.my

Punca
Media massa

Pengangguran dan masalah penagihan dadah


Kecuaian orang ramai tentang keselamatan diri dan barangan berharga Keruntuhan akhlak dan longgarnya pegangan agama

Mencari keseronokan

Pengaruh rakan

Penguatkuasaan undangundang antijenayah yang kurang berkesan

Media Massa
Kemudahan seperti internet, e-mail, televisyen dan radio boleh disalahgunakan oleh masyarakat untuk mendapatkan video tentang cara-cara meragut dan sebagainya. Hal ini lebih mendorong masyarakat untuk melakukan jenayah

Pengangguran Dan Masalah Penagihan Dadah


Semakin ramai orang yang menganggur dan menagih dadah semakin banyak kes ragut berlaku Statistik menunjukkan 90 % peragut merupakan golongan penganggur , manakala 85% penagih dadah. Jumlah penagih dadah memang semakin meningkat di negara ini Meragut menjadi punca pendapatan untuk membeli dadah atau menyara diri Meragut juga merupakan jalan mudah untuk mendapat wang segera yang banyak - ada peragut yang menjadi kaya-raya dengan jenayah yang dilakukan mereka.

Kecuaian Orang Ramai Tentang Keselamatan Diri Dan Barangan Berharga


Gagal mengikuti mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa berada di tempat terbuka atau di tempat awam Menunjuk-nunjuk barangan berharga atau wang Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut Letak beg tangan dalam bakul motosikal yang terdedah Menyandang beg tangan di bahu tanpa di pegang Meletak barangan berharga di dalam kereta yang mudah dilihat peragut cth. beg tangan di atas tempat duduk kereta Berjalan mengikut arus trafik menyebabkan mangsa gagal peragut yang datang dari arah belakang Berjalan bersendirian di tempat sunyi Salah anggapan bahawa kawasan yang biasa dilalui adalah selamat Anggap mereka tidak akan menjadi mangsa

Penguatkuasaan Undang-undang Anti Jenayah Yang Kurang Berkesan

Kehadiran anggota keselamatan yang berpakaian seragam/kereta peronda mudah dikesan peragut Kawasan operasi peragut terlalu luas Anggota keselamatan ada tugas lain dan kekurangan tenaga Peragut bijak mengelak dikesan anggota keselamatan Sukar menangkap/menahan peragut kerana kejadian berlaku pantas dan ditempat yang sesak-lagipun peragut menggunakan motosikal dan berkumpulan.

Keruntuhan Akhlak Dan Longgarnya Pegangan Agama

Semakin banyak orang hari ini yang rendah akhlak dan terlibat dengan pelbagai masalah sosial -mereka juga semakin menjauhi ajaran agama yang dianggap penghalang kepada kehidupan bebas Meragut bagi mereka bukan satu dosa yang perlu difikirkan sedangkan diri mereka bergelumang dengan pelbagai dosa besar yang lain seperti berzina, minum arak, mengambil dadah, membunuh, dan sebagainya.

Cara Mengatasi
Mewujudkan operasi berkonsepkan kepolisan agresif dengan menggabungkan setiap jabatan dan cawangan untuk mengesan mereka yang terlibat dalam apa jua jenayah di ibu negara Bagi pihak polis pula, diharapkan pendekatan itu dilakukan secara besar-besaran supaya ia dapat menutup peluang untuk semua penjenayah ragut bermaharajalela. Polis boleh menugaskan lebih ramai anggota yang tidak beruniform bagi memantau kawasan berisiko terutamanya di kompleks membeli-belah kerana di situ terdapat ramai pelancong. Memerhatikan sekeliling anda samasa berjalan di lorong kecil atau kawasan yang sepi.

Orang ramai perlu memerhatikan orang yang disyaki dan cuba bersembunyi identiti mereka dengan memakai topi keledar, cermin mata hitam ataupun memakai topi dengan menarik ke bawah untuk menutup muka mereka. Orang ramai perlu memegang telefon bimbit pada tangan supaya anda boleh mendapatkan pertolongan pada bila-bila masa. Orang ramai juga perlu mengelakan daripada menggunakan lorong kecil dan jalan yang sepi serta mencari beberapa orang kawan menemani anda jika anda terpaksa menggunakan jalan yang gelap dan sepi.

Kesan
Keselamatan seluruh masyarakat kini semakin teruk Kesan kepada imej negara daripada kejadian jenayah yang melibatkan pelancong-pelancong sedikit sebanyak memberi kesan jangka panjang kepada mangsa tersebut Bagi mangsa yang diragut, mereka akan menanggung kesengsaraan akibat kecederaan fizikal dan masalah kesihatan di samping mengalami trauma akibat gangguan mental dan emosi seperti rasa takut, tekanan perasaan dan rasa rendah diri.

Rujukan
http://pengurusanbm.blogspot.com/2010/08/gejalamat-rempit_31.html http://remajadimalaysia.blogspot.com/2010/10/matrempit.html http://jalanjalancaripasalgejalasosial.blogspot.com/2010/09/mat-rempit.html http://cikgufuzahbadlishahpa.blogspot.com/2012/07/ masalah-sosial-merempit-definisi-rempit.html http://masalahsosialdimalaysia.blogspot.com/2010/08 /jenayah-ragut.html http://khirjohariamajid.blogspot.com/2011/03/puncapeningkatan-jenayah-ragut.html

You might also like