6.7 Pembentukan Negara Malaysia

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 66

6.7.

1-

GAGASAN PENUBUHAN
MALAYSIA

SEBAB-SEBAB PENUBUHAN MALAYSIA


a) Ancaman komunis
~komunis begitu kuat di Singapura dan merupakan ancaman kepada kerajaan PAP di sana ~Malaya tidak mahu Singapura jatuh ke tangan komunis dan menjadi sebuah pangkalan komunis ke pintu masuk Malaya ~Great Britain, dengan kepentingan dan tenteranya juga tidak mahu komunis menguasai Singapura

b)Mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei


~penyertaan mereka akan menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana mengikut perancangan , Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. ~mereka juga dapat menikmati pembangunan dari segi sosial, ekonomi dan politik.

c) Keseimbangan bangsa
~ percantuman di antara Malaya dan Singapura sahaja akan meletakkan orang Melayu sebagai kaum minoriti. Membawa masuk negeri-negeri Borneo akan memastikan keseimbangan di antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera di negara ini.

d) Proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun


~ dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) pada tahun 1960 telah timbul usul agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan. Kejayaan Malaysia diharapkan dapat memberikan kestabilan politik kepada rantau Asia Tenggara. ~British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo. ~Brirish perlu mengambil langkah-langkah ke arah memastikan kepentingan mereka terus terkawal terutama pangkalannya di Singapura.

e) Mengwujudkan pasaran yang lebih luas

~ penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian. ~kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini seperti Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah seperti getah dan bijih timah.

f) Kemerosotan kuasa Inggeris


~ Kuasa Inggeris sedang merosot ,terutamanya kerana masalahmasalah ekonomi selepas Perang Dunia Kedua. Adalah lebih mudah bagi Inggeris menyerahkan kuasanya kepada sebuah negara yang inginkan kedamaian seperti Malaysia daripada terus wujud sebagai satu kuasa penjajah di Asia Tenggara.

LANGKAHLANGKAH KE ARAH

PEMBENTUKAN

MALAYSIA

TAHUN 1961
Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan Malaysia. Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) telah ditubuhkan di Singapura pada Julai 1961 dipengerusi oleh Donald Stephens. - menerangkan kpd orang ramai tentang gagasan Malaysia - mengumpulkan pandangan penduduk - menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia

Mesyuarat jawatankuasa ini berlangsung sebanyak 4 kali iaitu di Jesselton (Sabah), Kuching (Sarawak), Kuala Lumpur (Persekutuan Tanah Melayu) dan Singapura. Brunei telah menghantar pemerhatinya menghadiri tiga mesyuarat terakhir.

TAHUN 1962
Pada Februari 1962, Suruhanjaya Cobbold telah dibentuk oleh kerajaan Brirish. Memorandum ini mengadungi perkara yang memberi pertimbangan kpd pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan dalam perlembagaan baru. Disertai oleh 3 orang pengawai British iaitu Lord Cobbld, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Rakyat tempatan yang menyertai suruhanjaya ini ialah Dato Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie.

Suruhanjaya juga mengemukakan beberapa cadangan iaitu : ~perlembagaan Malaysia baru harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

~Sarawak dan Sabah diberi kuasa menentukan dasar imegresennya


~Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan ~Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah ~Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk serta penentuan tarikh penubuhan Malaysia

Suruhanjaya ini ditubuh untuk: ~meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia. ~membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British. Suruhanjaya ini mulakan tugas dari bulan Februari sehingga bulan April 1962 dan mengemukakan laporan kepada kerajaan British pada Jun 1962. Menutut laporan suruhanjaya, satu per tiga menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat, satu per tiga menyokong dengan syarat, iaitu kepentingan mereka harus dilindungi dan satu per tiga menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia

Pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang dianggotai oleh wakil Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sarawak dan Sabah telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini dipengerusi oleh Lord Landsdowne (Menteri Negara bagi Tanah Jajahan) dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, Tun Abdul Razak. Mesyuarat sebanyak 24 kali telah diadakan bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam persekutuan Malaysia. Mereka turut membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.

Menjelang Disember 1962, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, dan Sabah bersetuju Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1963. Tetapi ditentang oleh Indonesia dan Filipina.

Perjumpaan antara Malaysia , Indonesia, dan Filipina diadakan untuk mengurangkan ketegangan.
Sidang kemuncak antara ketua kerajaan , iaitu Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal diadakan di Manila dari 30 JULAI hingga 5 OGOS 1963. Hasil dari rundingan ini MAPHILINDO telah ditubuhkan.

Ketiga-tiga negara ini mencari jalan penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah dibentuk oleh Setiausaha Agung PBB, iaitu U Thant. Dengan itu, wakilnya Lawrence Michaelmore dari Amerika Syarikat bersama-sama tujuh orang wakil dari Chezchoslovakia, Argentina, Brazil, Ceylon, Pakistan, Jepun dan Republik Arab Bersatu, bagi meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.

Dalam tinjauan ini, didapati majoriti rakyat Sarawak dan Sabah setuju untuk menyertai persekutuan Malaysia. Ini adalah kerana menjelang lawatan misi PBB, majoriti rakyat Sarawak dan Sabah telah mengubah fikiran mereka berbanding dengan keputusan Suruhanjaya Cobbold. Perubahan fikiran ini berpunca drp usaha yang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan usaha Parti Perikatan membentuk parti yang menyokong pembentukan Malaysia yg akhirnya memenangi pilihan raya

Tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda pada 16 September 1963, hal ini kerana laporan drp PBB tidak dapat disiapkan serta tentangan drp Indonesia dan Filipina yg berterusan.

Brunei telah menarik diri pada saat-saat akhir.


Namun, tekanan pihak komunis dan juga tentangan drp Filipina dan Indonesia dapat ditangkis melalui diplomasi politik yg dijalankan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan juga kerajaan British. Pembentukan Malaysia bukan sahaja melibatkan kerjasama serantau tetapi juga kerjasama antarabangsa

SEKIAN TERIMA KASIH


PEMBENTANG: CHONG CHEAH KHENG PISMP 3D

BRUNEI
Brunei telah menolak gagasan Malaysia pd bulan Julai 1963. Antara sebab utama penolakan tersebut adalah berkaitan dgn sumbangan wang dari Brunei kpd Kerajaan Persekutuan & mengenai pelantikan Yang diPertuan Agong Malaysia.

Tinjauan-tinjauan yg dibuat oleh Kerajaan Brunei sebelum itu jg menunjukkan sebahagian besar drpd rakyatnya tidak bersetuju dgn penyertaan Brunei ke dlm Persekutuan Malaysia. Bangkangan yg paling lantang adalah drpd A.M. Azahari, Ketua Parti Rakyat Brunei yg berhaluan kiri & sangat berpengaruh.

Kemenangan Parti Rakyat Brunei dlm pilihan raya pd tahun 1962 tlh menguatkan lagi penentangan penduduk Brunei thdp gagasan Malaysia. Dlm memperjuangkan gagasannya, Azahari mendapat bantuan kewangan & sokongan dr Indonesia & Filipina yg menentang gagasan Malaysia.

Apb Azahari gagal membawa usul menentang Malaysia dlm Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei, beliau & Parti Rakyat berasa kecewa dgn sikap British & Majlis yg melengah-lengahkan desakan mereka. Kegagalan Azahari membawa usul menentang itu telah menyebabkan mereka melancarkan pemberontakan.

Pemberontakan yg berlaku pd malam 7 Disember 1962 itu ditumpaskan oleh tentera British & Persekutuan Tanah Melayu. Akibatnya, Sultan Brunei tlh mengadakan beberapa perundingan dgn pemimpinpemimpin Persekutuan Tanah Melayu.

Kegagalan perundingan tersebut menyebabkan Brunei mengambil keputusan tidak turut serta dlm Persekutuan Malaysia pd bulan Julai 1963.

INDONESIA
Indonesia jg menentang pembentukan Malaysia & menganggapnya sbg sebuah negara neo-kolonialisme. Alasan-alasan penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia sentiasa berubah.

Alasan mulanya adalah kerana Tanah Melayu tidak cuba meninjau sama ada orang-orang Sabah & Sarawak mahu memasuki persekutuan tersebut. Apb laporan PBB menyatakan bhw rakyat Sabah & Sarawak suka memasukinya, Sukarno membantah cara pembentukan persekutuan itu yg berjalan ketika laporan PBB itu sedang dirangka.

Indonesia memberikan dalih demi dalih utk meneruskan dasar konfrontasinya terhadap Malaysia. Ia menjadi satu peperangan kebangsaan utk menentang pembentukan Malaysia. Tunku Abdul Rahman menjadi sasaran rakyat Indonesia.

Persengketaan di antara 2 buah negara tercetus disebabkan oleh keangkuhan Sukarno & semangat kebangsaan rakyat Indonesia.
Presiden Sukarno bercita-cita utk mewujudkan Indonesia Raya yg mengandungi seluruh rantau Kepulauan Melayu Nusantara.

Pd 20 Januari 1963, Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio telah mengumumkan dasar konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.

Percubaan-percubaan utk menamatkan konfrontasi telah gagal & ia berterusan selama 2 tahun.

FILIPINA
Tuntutan Filipina ke atas Sabah jg tlh menimbulkan suasana kekeruhan politik serantau dlm proses pembentukan Malaysia. Pada tahun 1962, kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal tlh membuat tuntutan ke atas Sabah.

Filipina menggesa kerajaan Inggeris menyerahkan Sabah kepadanya dgn alasan bahawa Sabah adalah sebahagian drpd Republik Filipina kerana negeri itu pd suatu masa dahulu adalah terletak di bawah jajahan takluk Kesultanan Sulu.

Rundingan telah diadakan bagi mencari penyelesaian antara Indonesia & Filipina di satu pihak serta Persekutuan Tanah Melayu bersama Singapura, Sabah & Sarawak di satu pihak yg lain. Persidangan Menteri Luar ketiga-tiga negara telah bersetuju membentuk sebuah gabungan serantau yg diberi nama MAPHILINDO.

Persidangan kemuncak yg dihadiri oleh ketiga-tiga orang ketua kerajaan yg dikenali sebagai Persidangan Manila pd Julai 1963 tlh mengambil persetujuan meminta Setiausaha Agung BangsaBangsa Bersatu meninjau kembali pandangan rakyat Sabah & Sarawak thdp persetujuan menyertai Malaysia. Sementara itu, timbul pula salah faham mengenai cara-cara yg ingin digunakan bagi menjalankan tinjauan tersebut.

Kerajaan Indonesia & Filipina tidak mahu menerima pengumuman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yg menyatakan bhw sebahagian besar drpd rakyat di Sabah & Sarawak menyokong penyertaan & pembentukan Malaysia. Dengan persetujuan Inggeris & negerinegeri gabungan, akhirnya pd 16 Sept 1963 terbentuklah sebuah Persekutuan Malaysia yg merdeka & berdaulat.

6.7.3 Perpisahan Singapura

Ketika konfrantasi sedang berjalan, berlakulah persengketaan di antara Kerajaan Pusat di Kuala Lumpur dengan Singapura.
Perhubungan ini telah menjadi tegang disebabkan oleh perselisihan mengenai dasar dan tujuan pembentukan Malaysia. Pada Ogos tahun 1965, Singapura telah meninggalkan Malaysia dan ia telah menjadi sebuah republic yang berasingan.

Faktor-faktor
Pemimpin-pemimpin Malaysia dan Singapura tidak dapat bersetuju dalam banyak hal termasuklah hal perdagangan, cukai dan peranan yang hendak dimainkan oleh ahliahli politik Singapura dalam hal ehwal neger-negeri lain di Malaysia.

Singapura tidak puas hati mengenai kuasa kerajaan Negeri berhubung dengan kuasa Kerajaan Persekutuan.
Para pemimpin Singapura merasa iri hati terhadap MCA dan mahu merenggangkan perikatan UMNOMCA. Parti tindakan Rakyat (PETIR) dari Singapura menggunakan soal perkauman bagi memenangi pilihanraya tahun 1964.

Lee Kuan Yew menggesa Tunku mengiktiraf PETIR ke dalam Kerajaan Perikatan dan yang demikian akan menghentikan perbalahan. Tetapi Tunku menyatakan tidak boleh kerana MCA adalah merupakan rakan lama yang setia dalam Perikatan. PETIR bertindak bermati-matian untuk merampas tampuk kuasa dari parti Perikatan dalam usahanya untuk memerintah Persekutuan Malaysia.

UMNO telah mengapi-apikan semangat orang Melayu di Singapura menentang PETIR sebagai sebuah parti Cina yang menentang kepentingan orang Melayu.
Penghasut-penghasut UMNO telah menuntut hak-hak istimewa untuk orang Melayu Singapura sama seperti yang didapatikan oleh orang Melayu Semenanjung.

Hala tuju Malaysia selepas era pertengahan 1960an

Laporan Rahman Talib, 1960

Jawatankuasa ini ditubuhakan dalam tahun 1960 Dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib (Menteri Pelajaran) Tugas adalah mengkaji sistem pelajaran kebangsaan dijalankan dan melihat kemajuan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pada tahun yang sama, laporan ini menetapkan bahawa menjelang tahun 1983 bahasa penghantar dalam semua jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan bahasa Melayu. Dengan ini, kebanyakan rakyat muda Malaysia yang masih di bangku sekolah hari ini telah diajar bahasa Melayu . Bermakna kebanyakan rakyat Malaysia dapat bertutur dan menggunakan bahasa yang sama.

Selepas tahun 1945, pemerintahan penjajah baru Inggeris yang mengambil alih telah mula menyatukan sistem-sistem pelajaran yang sama. Menjelang tahun 1963, apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia , terdapat banyak juga kemajuan dicapai. Pada masa yang sama, negeri-negeri ini masih jauh ketinggalan berbanding dengan negerinegeri di semenanjung dalam membentuk suatu sistem pelajaran kebangsaan .

Pelajaran di Sabah dan Sarawak

Oleh kerana itu, telah ditetepkan dalam Perjanjian Malaysia 1963, bahawa Sabah dan Sarawak boleh terus mengawal dasar pelajaran negeri masing-masing buat sementara waktu . Tetapi sejak tahun 1975 pelajaran di Sabah dan Sarawak juga dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pusat di Kuala Lumpur . Dengan ini, Malaysia hari ini mempunyai sistem pelajaran yang benar-benar bercorak kebangsaan.

Ke arah Pembentukan Kebudayaan Malaysia

Kebudayaan adalah suatu perkataan yang sukar ditarifkan kerana ia mempunyai makna yag berlainan. Tetapi sangat mudah bagi kita memahami maksudnya apabila kita memperkatakan tentang kebudayaan Melayu dan Kebudayaan Cina . Tetapi apakah yang dikatakan kebudayaan Malaysia ? Sementara cara hidup berbilang kaum yang berbeza-beza.

Mungkin pada hari ini belum ada lagi kebudayaan Malaysia, tetapi ia akan wujud seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan . Kerajaan Malaysia cuba menggunakan pelbagai cara untuk membentuk suatu kebudayaan Malaysia.

Kementerian Kebudayaan , Belia dan Sukan (1960)

Oleh kerana hal kebudayaan , maka kementerian ini ditubuhkan untuk cuba membentuk suatu kebudayaan Malaysia. Pelbagai cara digunakan untuk untuk mencapai matlamat iaitu menggalakkan kebudayaan dari pelbagai kaum supaya rakyat dapat mengenali dan memahaminya. Pada masa itu, kebanyakan rakyat suka bersukan. Oleh itu, sukan diutamakan supaya dapat menerapkan bidang ini sebagai kebudayaan Malaysia.

Selain itu, Jabatan Muzium diletakan di bawah kementerian ini dan memainkan peranan penting dalam menghidupkan semula kebudayaan, tradisi dan peristiwaperistiwa yang lampau. Di samping itu, kementerian juga berusaha menyatukan rakyat semasa Hari Kebangsaan supaya rakyat Malaysia mempunyai pengalaman yang sama semasa menyambut Hari Kebangsaan.

Rancangan menghapuskan kemiskinan

Sebaik sahaja Malaysia mencapai kemerdekaan, kerajaan baru telah mula merancang masa depanya.

Rancangan ini dibuat supaya dapat meningkatkan taraf kehidupan penduduk.

Dengan itu, rancangan-rancangan ini dijalankan dalam lima tahun dan dikenali sebagai Rancangan Lima tahun Malaya Pertama . Rancangan pertama dijalankan dari tahun 1956 hingga 1960. Rancangan lima tahun Malaya kedua menyusul dari tahun 19611965. Kemudian terbentuk Malaysia dan rancangan Lima tahun Malaysia pertama dilancarkan (1966)

Dasar Ekonomi Baru

Satu rusuhan perkauman meletus di Kuala Lumpur (13 Mei 1969) Perlembagaan telah dibubarkan dan negara diletakan di bawah pemerintah darurat .

Kebanyakkan orang berpendapat punca berlaku kejadian tersebut adalah kerana rancangan lima tahun tidak berkesan dan taraf hiduk penduduk tidak dapat ditingkatkan . Oleh itu, Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Hussein merangka suatu Dasar Ekonomi Baru untuk menyelesaikan masalah negara.

Rancangan Malaysia kedua dan ketiga

Dasar Ekonomi Baru diisytiharkan dalam tahun 1970. Mengandungi dua matlamat asas. Iaitu membasmikan kemiskinan tanpa mengira kaum dan mengelakkan jurang perbezaan antara masyarakat yang berlainan.

Dasar ini telah ditetapkan dalam Rancangan lima tahun Malaysia Kedua (1971-1975) dan Ketiga (1976-1980)
Matlamat kerajaan ialah bumiputera Malaysia akan memperolehi kira-kira satu pertiga bahagian dalam perdangangan dan perusahaan.

Sekian , Terima Kasih !

Sekian , Terima Kasih !

Disediakan oleh : CHEW WEI CHANG

You might also like