Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BAB 2: KONSEP EKONOMI ISLAM

1. Nyatakan kriteria-kriteria penting dalam pembangunan falsafah asas pembangunan ekonomi Islam. Antara kriteria-kriteria penting dalam pembangunan falsafah asas pembangunan ekonomi Islam ialah tauhid, istikhlaf atau wakil harta Allah, ukhuwah atau persaudaraan dan tazkiyyah 2. Nyatakan asas falsafah ekonomi Islam. Terdapat 4 asas falsafah ekonomi Islam iaitu hubungan manusia dengan Allah dimana manusia menyerah sepenuhnya kepada kehendak syariat Allah, hubungan manusia sesama manusia iaitu perpaduan dan persaudaraan yang terjalin, hubungan manusia dengan alam dan tujuan kehidupan manusia di dunia ini sebagai khalifah Allah. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep perpaduan sejagat selari dengan Islam? Umat Islam haruslah hidup secara berjamaah sebagai satu ummah. Mereka haruslah mencorakkan kehidupan selaras dengan peraturan yang ditetapkan Allah SWT serta mengkaji segenap ciptaan-Nya secara harmonis dengan mengutamakan perpaduan dan kerjasama. 4. Apakah yang dimaksudkan dengan tazkiyyah? Tazkiyyah ialah pembersihan elemen luaran atau zahiriah dan dalaman atau batiniah yang berunsur negatif dalam aktiviti-aktiviti ekonomi Islam seperti riba, rasuah, penipuan atau malas. 5. Nyatakan 3 kesan daripada elemen-elemen falsafah dalam tazkiyyah. Kesan yang pertama daripada elemen-elemen falsafah dalam tazkiyyah ialah sebagai individu yang bertindak sebagai pemegang Allah, individu ekonomi Islam akan gunakan segala ilmu, harta, kemahiran dan keseluruhan potensi dirinya untuk kepentingan ummah. Kesan kedua ialah, manusia menyedari bahawa musuh paling besar ialah nafsu kerana sentiasa diuji oleh Allah SWT. Kesan terakhir ialah, manusia melakukan kerja dan kegiatan ekonomi sebagai satu proses ibadah yang memotivasikan individu ekonomi Islam bagi mendapatkan ganjaran di dunia dan pengharapan balasan di akhirat.

6. Nyatakan objektif-objektif pengharaman kegiatan ekonomi yang bertentangan dengan syarak. Tujuan pengharaman kegiatan ekonomi bertentangan syarak pertama, supaya bersikap adil, ehsan, jujur dan memupuk ukhuwwah antara insan dalam rangka memupuk rasa tanggungjawab sesama anggota masyarakat. Kedua, mengelakkan aktiviti peguasaan kekayaan di tangan segelintir manusia sahaja dan terakhir menggalakkan pelaburan pada modal yang dibekukan. 7. Terangkan apa yang dimaksudkan dengan hak milik. Allah adalah pemilik mutlak alam dan segala isinya sebelum manusia dipertanggungjawab memilikinya. Ini kerana manusia ialah pemilik sementara dan diberikan amanah untuk menikmati harta kekayaan yang diperolehi untuk tujuan kebaikan samada peribadi atau masyarakat atau awam. 8. Apakah 3 garis panduan dalam memiliki harta dalam Islam? 3 garisan panduan dalam memiliki harta dalam Islam pertama, melalui jalan yang halal dan meninggalkan riba, penipuan, penindasan dan rasuah serta lain-lain. Kedua, harta peribadi atau swasta dikenakan zakat, cukai dan sumbangan ke jalan Allah. Ketiga, sesuatu yang membahayakan orang lain dan alam sekitar perlu dielakkan dalam pengagihan harta milik peribadi. 9. Apakah contoh harta hak milik awam? Dalam sejarah kerajaan Islam, terdapat beberapa kategori hak milik awam, iaitu tanah simpanan yang dikawal oleh pihak berkuasa untuk kegunaan orang ramai dan tidak boleh dimiliki individu. Seterusnya, ladang yang ditinggalkan sama ada kerana kematian tuannya atau peperangan dan tidak boleh dibahagikan kepada orang ramai atau tentera yang menyertai peperangan. Akhir sekali, bahan galian yang terdapat dalam sebuah negara seperti bijih timah atau emas untuk mengelakkan perselisihan sesame sendiri. 10. Mengapakah kerajaan perlu campur tangan dalam memiliki harta dalam aktiviti ekonomi negara? Kerajaan perlu campurtangan dalam hal ini kerajaan merupakan tunggak sistem ekonomi Islam dan perlu memelihara keimanan dan kewajipan nilai-nilai moral dan prinsip-prinsip organisasi bagi menjamin kestabilan dan keadilan sosial. 11. Nyatakan 4 ciri-ciri utama ekonomi Islam. - Ekonomi Rabbani(ketuhanan) - Ekonomi yang berakhlak(akhlaqi) - Ekonomi yang manusiawi(insaniah) - Ekonomi yang seimbang(wasatiah)

12. Apakah langkah-langkah pengagihan pendapatan yanga adil dan saksama? Langkah-langkah pengagihan pendapatan yang adil dan saksama ialah: 1. sediakan peluang pekerjaan bagi penganggur yang bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran mereka 2. pembayaran zakat oleh mereka yang cukup syarat 3. mesti dilaksanakn agama Perundangan Islam seperti sistem faraidh 4. galakan melalui infaq sunat seperti sedeqah, hibah dan sebagainya. 13. Manusia dihidupkan dimuka bumi Allah ini bertujuan. Nyatakan tujuannya yang seperti diwahyukan oleh Allah SWT\. Manusia dihidupkan dimuka bumi untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah untuk memelihara segala kurniaan Allah. Selain itu, manusia disuruh beribadat kepada Allah SWT disamping taat dan mengikut petunjukNya dalam segala tindakan. Akhir sekali, manusia diminta untuk memakmurkan bumi dengan melakukan kebaikan, menambah pengeluaran, mempertingkatkan khidmat kepada masyarakat dan membangunkan ekonomi. 14. Mengapakah negara kita memerlukan keadilan sosial dalam masyarakat? Ini kerana sikap keterlaluan boleh menindas golongan yang lemah dalam ekonomi. Di samping, golongan miskin akan terhimpit dengan kemewahan golongan kaya yang berbelanja tanpa had sehingga terganggu keseimbangan masyarakat. Selain itu, ia akan boleh menyebabkan ketidaktenteraman dan ketidakmakmuran negara. 15. Apakah peranan kerajaan dalam ekonomi Islam? -merialisasikan nilai akhlak dan rohani - jaminan terhadap kerajaan - pengagihan kekayaan dan pendapatan -menjamin hak dan keperluan yang sama - mengawasi pasaran - menjamin hak dan keperluan yang sama - membasmi kemiskinan - melaksanakan polisi kerja dan upah 16. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi berteraskan akidah? Ekonomi berteraskan akidah ialah perlaksanaan istikhlaf dalam aktiviti ekonomi. Kegiatan ekonomi sebagai suatu ibadat kepada Allah, kehidupan dan keperluan ekonomi bukan matlamat tetapi sebagai alat untuk mencapai kehidupan ukhrawi yang abadi, dan kegiatan ekonomi haruslah kearah mencpai kebaikan dan kebajikan manusia.

17. Nyatakan etika ekonomi yang menepati syarak Islam. -tauhid : kepercayaan manusia hanya kepada Allah melalui kepatuhannya terhadap peraturan yang digariskan al-Quran dan as-Sunnah - adil : keadilan dalam ekonomi sesame manusia dimana tidak melakukan perkara negatif seperti riba dan penipuan - kebebasan kehendak : manusia diberi kebebasan dalam berkehendak selagi ia tidak bertentangan dengan syarak - bertanggungjawab : selaras dengan istikhlaf iaitu tanggungjawab terhadap harta yang dianugerahkan oleh Allah SWT secara manfaat untuk semua 18. Manusia mendapat kebebasan dalam mengumpul kekayaan dan keuntungan. Namun ia bersyarat. Nyatakannya. Kebebasan dalam ekonomi terbahagi kepada 2 iaitu kebebasan jiwa yang lahir dari keimanan dimana manusia dididik memahami isi kandungan al-Quran secara syumul serta tarbiyyah yang berterusan dan mantap menjadikan jiwa mereka berputik keimanan dan mampu menghasilkan ummah pengasih, jujur dan amanah. Kategori kedua ialah, kebebasan dalam lingkungan peraturan dan undang-undang kecuali ketika darurat di mana kebebasan yang tidak melanggar syarak seperti riba atau rasuah. 19. Terdapat kesan tauhid yang mempengaruhi individu Muslim. Sebutkan 3 daripadanya. - Amanah dan bertanggungjawab terhadap Allah, Rasul dan sesama manusia dilaksanakan bersungguh-sungguh tanpa kezaliman - Yakin bahawa sistem dan peraturan Islam adalah yang terbaik dalam memenuhi keperluan hidup manusia. - Mendakwahkan manusia kepada keunggulan Islam dan mempertahankannya 20. Nyatakan matlamat ekonomi Islam seperti yang dirumuskan. Antara matlamat ekonomi Islam yang pertama ialah mencapai kesejahteraan ekonomi dan keperluan hidup seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal dengan syarat bersederhana dan tidak berlebih-lebih. Matlamat yang kedua ialah pengagihan pendapatan yang adil dan saksama iaitu berdasarkan kemampuan dan keupayaan dan bukan dari segi kuantiti semata-mata. Yang terkhir ialah bebas dan tidak bergantung kepada orang lain bererti umat Islam perlu membina kekuatan diri dari segi mental dan bebas dari kongkongan musuh Islam.

You might also like