Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

ISU-ISU DAN TREND TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN: ISU-ISU DAN TREND TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN Oleh

: IPG KAMPUS KENINGAU PISMP BM AMBILAN JAN 2010

http://buayancrew.blogspot.com/ EDU3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengenalan : Pengenalan Teknologi kini kian berkembang , terutama dalam Internet, World Wide Web (www), CD-ROM dan video disc . Rentetan perkembangan pesat ini , maka menjadi satu kemestian untuk mengkaji isu-isu dan trend yang perlu diambil perhatian agar dapat melindungi hak cipta terpelihara hasilan dan produk orang lain.

Hak Cipta Terpelihara: Hak Cipta Terpelihara merupakan hak eksklusif pemilik terhadap bahan berhak cipta mereka . Undang-undang yang melindungi hak cipta di Malaysia ialah Akta Hak Cipta 1987. Akta ini memberikan perlindungan kepada karya sastera , muzik , seni , filem , rakaman bunyi , siaran dan terbitan

Slide 5: Perlindungan diberi apabila memenuhi tiga syarat yang ditetapkan iaitu ; 3) Penciptanya merupakan orang berkelayakan atau karyanya telah dianut di Malaysia atau karyanya mula-mula diterbitkan di Malaysia. 1) Usaha yang cukup untuk menjadikannya karya asli 2) Karya tersebut tertulis atau direkod

Slide 6: Tujuan hak cipta ialah untuk mengawal penggunaan karya , bahan cetak , filem dan klip video bagi satu tempoh yang ditetapkan daripada pemiliknya untuk apa jua cara pun (KPM, 2008). Akta Hak Cipta 1987 memberikan perlindungan kepada pemiliknya agar tidak dieksploitasi dengan bebas tanpa kebenaran pemiliknya .

Slide 7: Dalam konteks ini , pengguna harus meminta kebenaran daripada tuan punya bahan yang dihakciptakan . Adakalanya kita harus mengemukakan bayaran agar dapat menggunakan bahan berkenaan . Umumnya , lebih baik menghubungi pengedar atau penerbit bahan berbanding menghubungi penulis jika ingin meminta kebenaran kerana kebiasaannya pihak penerbit atau pengedar akan menguruskan hal kebenaran atau yuran penggunaan .

Slide 8: Antara perlakuan yang melanggar hak cipta termasuklah mengeluarkan semula dalam bentuk menayang , mempamer , melakukan , mengedarkan kepada awam , melalui kabel atau menyiarkan keseluruhan atau sebahagian bentuk asli atau terbitan . Salah jika mengimport apa-apa artikel bagi tujuan perdagangan tanpa lesen pemilik hak cipta ( Bahagian Buku Teks , 2007).

Keselamatan : Keselamatan Keselamatan peralatan dalam makmal dan komputer perlu dipelihara . Para pengguna perlu sentiasa mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan pengguna , peralatan makmal dan bilik terpelihara . Dari segi penggunaan ; terdapat peraturan menggunakan makmal . Setiap perkakasan komputer perlu dijaga dengan baik dari segi alat paparan video (monitor), kekunci , tetikus dan unit sistem dan pencetak .

Slide 10: 1) Mengenal pasti tanda-tanda virus yang mungkin boleh merosakkan fail data atau memusnahkan fail dan cakera , 2) Keselamatan data- perlu disimpan dalam cakera keras di samping adanya salinan dalam cakera linut atau ke dalam storan sekunder

yang lain. Tujuan supayan salinan fail asal selamat jika fail asal dirosakkan oleh virus. Antara langkah keselamatan ;

Slide 11: 3) Persekitaran keselamatan komputer - bilik komputer perlu sesuai , pencahayaan tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap . Skrin komputer sebaik-baiknya 15 hingga 30 dengan aras mata dan jarak antara mata dengan skrin seharusnya antara 4070cm. 4) Ketahanan yang lama- peralatan harus bersih dan tidak berdebu serta diletakkan pada tempat yang udara persekitarannya tidak panas atau terlalu lembap serta aras meja yang stabil . Saiz meja sesuai , jarak meja dengan dinding sesuai untuk peredaran udara .

Slide 12: 5) Keselamatan alat paparan video atau monitor- bersihkan skrin menggunakan cecair pembersih yang tidak menghakis , atau mengelap dengan kain basah . Pastikan semua hubungan bekalan kuasa elektrik dari soket ditanggalkan terlebih dahulu . Papan kekunci harus dijaga dengan menterbalikkannya untuk

mengeluarkan habuk . Celah-celah kekunci dibersihkan . Setiap makmal mesti mempunyai peraturan-peraturan untuk menjaga keselamatan peralatan demi mengekalkan hayat peralatan serta membolehkan pengajaran pembelajaran berlaku dengan berkesan .

KERAHSIAAN: KERAHSIAAN Rahsia : ada kaitan dengan penjagaan & pemeliharaan bahan dan alat / objek , bahan bertulis seperti peta .

Slide 14: Pengurusan yang efektif & sistematik dapat memelihara & membina unsur-unsur kerahsiaan . Menjaga & memelihara bahan dan alat / objek , bahan bertulis .

Seorang pemegang amanah , pentadbir atau pekerja perkhidmatan awam tidak bersubahat dan menyebarkan sesuatu bahan sulit kepada pihak lain.

Microsoft : Microsoft Mempunyai rahsia tersendiri untuk membangun & memajukan

teknologinya . Kini penggunaan jenamanya digunakan secara meluas di serata dunia . Pemeliharaan nilai-nilai kerahsiaan dapat mempertingkat &

memperkukuhkan organisasi .

NILAI-NILAI KERAHSIAAN: NILAI-NILAI KERAHSIAAN Harus dipelihara terutamanya penggunaan alat

komunikasi seperti komputer . Maklumat peribadi [status kewangan . Insurans , kesihatan , tempat tinggal ] perlu dirahsiakan . Hantar data, imej atau grafik melalui emel . Pengguna teknologi mesti berhati-hati & bertanggungjawab mengendalikan data yang diterima bagi mengelakkan maklumat tersebar ke pihak yang mempunyai agenda negatif .

Slide 17: Teknologi maklumat digunakan untuk membina & memelihara kerahsiaan pembangunan dalam pengurusan dan pentadbirannya . Kaedah kerahsiaan yang dilaksanakan melalui amalan penguatkuasaan undang-undang , peraturan , perlesenan & praktis penguatkuasaan pentadbiran .

KESELAMATAN PENGENDALIAN E-MEL RAHSIA RASMI :: KESELAMATAN PENGENDALIAN E-MEL RAHSIA RASMI : penyulitan mesti dilakukan ke atas semua e- mel rahsia rasmi . penerima e- mel rahsia rasmi mesti mengesahkan kesahihan dokumen . penerima mesti membuat akuan penerimaan . e- mel rahsia rasmi bertanda Rahsia Besar dan Rahsia tidak boleh dimajukan kepada pihak lain. Sementara e- mel bertanda Sulit dan Terhad yang hendak

dimajukan kepada pihak lain memerlukan izin daripada pemula dokumen ; e- mel yang melibatkan maklumat rahsia rasmi yang hendak dimusnahkan perlulah ditulis ganti (overwrite) sekurang-kurangnya tiga (3) kali dengan fail yang lain sebelum dipadamkan . agensi perlu menentukan sistem e- mel rahsia rasmi yang disambungkan kepada Internet atau Intranet mesti mempunyai sistem keselamatan yang mencukupi seperti Firewall dan Virtual Private Network.

KESIMPULAN: KESIMPULAN Demi menjaga keselamatan organisasi & negara , pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menerima maklumat tersebut mestilah terdiri daripada mereka yang benar-benar bertanggungjawab , amanah & jujur . Jika tidak , kecuaian boleh membawa padah kepada organisasi tersebut . Pendidikan harus

mementingkan aspek pemeliharaan kerahsiaan selain penguasaan kemahiran teknologi supaya dapat membina kekuatan mental pelajar daripada pengaruh anasiranasir negatif .

KAWALAN KENDIRI: KAWALAN KENDIRI Kawalan Kendiri : suatu usaha kehendak diri terhadap tingkah laku , tindakan dan proses pemikiran .

Slide 21: Berpusatkan kepada kebolehan seseorang untuk menekankan kuasa akal diri terhadap segala rintangan yang menyekat tondakannya . Pengalaman & pendedahan kepada pelbagai media boleh mempengaruhi & mengurangkan kapasiti pelajar untuk mengawal diri dengan berkesan .

Slide 22: Kita mempunyai tanggungjawab diri untuk mengurus dan menggunakan teknologi serta apa-apa jua bahan sedia ada . Gunakan sistem teknologi dengan wajar serta

menyedari implikasi tentang tindakan diri . Semasa menggunakan bahan , pengguna berkebolehan untuk mengawal diri daripada melayari bahan yang melanggar undang-undang atau kod etika diri dan lain-lain.

Slide 23: Data elektronik kini mudah diperoleh pada komputer sama ada bentuk video digital, muzik , teks imej dan sebagainya . Semasa memuat turun bahan tersebut , pengguna perlu berhati-hati dan disiplin diri amat diperlukan agar tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan .

TANGGUNGJAWAB PENTADBIR SISTEM ICT: TANGGUNGJAWAB PENTADBIR SISTEM ICT menentukan setiap akaun yang diwujudkan atau dibatalkan telah mendapat kelulusan Ketua Jabatan .

menggunakan perisian pemecahan kata laluan yang dibenarkan . menghalang kemasukan maklumat dari laman Internet yang berunsur ganas , lucah , permainan elektronik dan lain-lain. menyimpan jejak audit selama sekurang-kurangnya dua (2) bulan di dalam pelayan e- mel berkenaan .

Slide 25: menjalankan pemantauan dan penapisan kandungan fail elektronik dan e- mel secara berkala . melaksanakan jadual penstoran dan pengarkiban e- mel agensi . memaklumkan kepada Ketua Jabatan sekiranya mengalami insiden keselamatan seperti pencerobohan sistem , serangan virus atau sebarang masalah kerosakan . melaksanakan penyelenggaraan ke atas sistem e- mel dengan baik dan menentukan segala patches terkini yang disediakan .

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA: TANGGUNGJAWAB PENGGUNA menggunakan akaun atau alamat e- mel yang diperuntukkan oleh jabatan ; memaklumkan kepada pentadbir sistem ICT dengan

segera sekiranya mengesyaki akaun telah disalahgunakan ; menggunakan kata laluan yang baik dengan ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian . memastikan setiap fail yang dimuat turun bebas dari virus. bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kandungan fail elektronik termasuk e- mel di dalam akaun sendiri . pengguna perlu bertindak bijak , profesional dan berhati-hati apabila berkomunikasi menerusi saluran elektronik .

Slide 27: memutuskan talian dengan serta-merta sekiranya kakitangan disambungkan ke laman Internet yang mengandungi unsur-unsur tidak menyenangkan ; mengadakan salinan atau penduaan pada media storan kedua elektronik. memastikan kemudahan e- mel digunakan dan dibiarkan aktif pada keseluruhan waktu bekerja . menggunakan kemudahan password screen saver atau log keluar apabila hendak meninggalkan komputer ; memaklumkan kepada pentadbir sistem ICT sekiranya berada di luar pejabat dalam tempoh waktu yang panjang . memaklumkan kepada pentadbir sistem ICT atau pegawai keselamatan ICT (ICTSO) sekiranya berlaku atau mengesyaki berlakunya insiden keselamatan ICT.

KHIDMAT NASIHAT: KHIDMAT NASIHAT Sebarang kemusykilan berkaitan pekeliling ini bolehlah dirujuk kepada MAMPU. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri Aras 6, Blok B2, Parcel B Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA. Tel.: 03-88882250, Faks : 03-88883286 E- mel : ictsec@mampu.gov.my

TREND-TREND TEKNOLOGI PENDIDIKAN MASA DEPAN: TREND-TREND TEKNOLOGI PENDIDIKAN MASA DEPAN PENGGUNAAN MEDIA TRADISIONAL SECARA BERTERUSAN. PEMBELAJARAN ELEKTRONIK.

PENGGUNAAN MEDIA TRADISIONAL SECARA BERTERUSAN.: PENGGUNAAN MEDIA TRADISIONAL SECARA BERTERUSAN. Ramai guru ingin melupakan media tradisional & memberi fokus kepada teknologi baharu . Namun , ramai antara para pendidik masih menggunakan media tradisional kerana media jenis ini lebih memberikan manfaat berbanding teknologi baharu yang lain. Guru mesti bijak memilih media yang sedia ada untuk merangsang pembelajaran .

PEMBELAJARAN ELEKTRONIK: PEMBELAJARAN ELEKTRONIK Pendidik memberikan bimbingan kepada pelajar secara berleluasa . Internet digunakan untuk menyampaikan arahan kepada pelajar semakin meningkat . Komputer merupakan alat berkesan memudahkan

pembelajaran serta boleh dihubungkan melalui internet menjadi alat yang efektif untuk pembelajaran . Pemerolehan maklumat untuk penyelidikan , penerbitan dan pembelajaran semakin meningkat .

E-pembelajaran: E- pembelajaran Secara interaktif merupakan alternatif penyampaian maklumat secara elektronik . Pembudayaan teknologi maklumat & komunikasi dalam pendidikan semakin giat kerana perkongsian maklumat mudah diperoleh dengan berkesan . Pelajar tidak semestinya memperoleh bahan daripada buku teks , tetapi boleh mengakses laman web berkenaan .

Slide 33: Dilaksanakan melalui CD-ROM yang mengandungi elemen-elemen aniamsi , permainan , teks , grafik seronok . Memudahkan guru menyampaikan suatu topik . Pelajar boleh menerima pembelajaran daripada modul e- pembelejaran melalui internet atau CD. Guru berperanan sebagai fasilitator , murid memperoleh bahan pembelajaran , latihan , tutorial.

Perubahan dalam Peranan Guru: Perubahan dalam Peranan Guru Peranan guru kian berubah dengan pertambahan dalam penggunaan teknologi dalam bilik darjah . Peranan guru : Penyampai maklumat Penyelaras resos pembelajaran ( menjadi fasilitator , pengurus dan penggerak membantu pelajar mencari dan memproses maklumat daripada pelbagai punca ). Guru menjadi pembimbing , bukan lagi sebagai penyampai di atas pentas . Kini , permintaan guru berkemahiran dalam komputer kian meningkat . Oleh itu , amat penting guru memiliki kemahiaran dalam bidang teknologi agar dapat memudahkan pelajar dan mengekalakan minat mereka dengan pelbagai jenis media pengajaran .

Penggunaan Teknologi untuk Pelajar Berkeperluan Khas: Penggunaan Teknologi untuk Pelajar Berkeperluan Khas Pengintegrasian teknologi dalam bilik darjah membantu guru menghadapi kepelbagaian keperluan khas pelajar ( masalah pembelajaran ; pintar cerdas , masalah fizikal ).

SEKIAN: SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like