Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

JENIS FRASA Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan

atau jika terdiri daripada satu perkataan. Frasa berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu Frasa Endosentrik dan Frasa Eksosentrik. Frasa Endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti . Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. Antara frasa endosentrik ialah Frasa Nama, Frasa Kerja, dan Frasa Adjektif. Frasa Eksosentrik ialah frasa yang tidak mempunyai unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung kepada suatu unsur luaran. Frasa Sendi Nama merupakan jenis frasa eksosentrik.

You might also like