Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Topik 3:

PERSEKITARAN KEWANGAN DI MALAYSIA

Definisi dan Peranan Kewangan Definisi : Fungsi perniagaan yang bertanggungjawab mendapatkan dan mengurus dana dengan cekap dan berkesan dalam usaha mencapai matlamat organisasi

3. KEWANGAN PERSEKITARAN KEWANGAN DI MALAYSIA 3.1 Sistem kewangan : Terdiri daripada pengantara kewangan bukan bank dan pengantara bank. Pengantara kewangan bukan bank ialah:
(a) Institusi pembiayaan dan pembangunan kewangan seperti Bank SME Berhad dan Syarikat Permodalan Kewangan Perindustrian Malaysia Berhad (MIDF); (b) Institusi tabungan dan simpanan seperti Lembaga Tabung Haji dan Bank Simpanan Nasional Berhad; (c) Institusi kumpulan wang simpanan dan pencen seperti syarikat KWSP; (d) Institusi insurans termasuklah syarikat takaful; (e) Institusi kredit perumahan seperti Cagamas Berhad, Syarikat Perumahan Malaysia Bhd (MBSB), Syarikat Gadaian Negara; (f) Institusi saham amanah dan institusi pembrokeran termasuklah pasaran saham; dan (g) Kumpulan pengantara kewangan yang lain seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dan Baitulmal.

3. PERSEKITARAN KEWANGAN DI MALAYSIA 3.2 Sistem perbankan dan jenisnya: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Bank Negara Malaysia Bank Perdagangan Syarikat Kewangan Bank Saudagar Syarikat Diskaun Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa Labuan (IOFC) Perbankan Islam

3. PERSEKITARAN KEWANGAN DI MALAYSIA 3.3Pasaran kewangan Ada tiga bentuk pasaran kewangan iaitu pasaran wang dan pertukaran asing, pasaran modal serta pasaran derivatif. a. Pasaran Wang Dan Pertukaran Asing b. Pasaran Modal c. Pasaran Derivatif

a. Pasaran Wang Dan Pertukaran Asing i.merupakan tempat di mana urus niaga dana jangka pendek berlaku ii. Ia tidak mempunyai premis yang tetap sebagaimana di pasaran ekuiti

iii. Peserta berhubung melalui telefon dan internet untuk membuat pesanan
iv. Bagi pasaran wang Instrumen kewangan yang diniagakan terdiri dari instrumen kewangan dan deposit jangka pendek dalam sebutan mata wang tempatan v. Bagi pasaran pertukaran asing ianya melibatkan urus niaga instrumen kewangan dan deposit jangka pendek dalam sebutan mata wang asing

vi. Pasaran wang menggunakan kadar faedah manakala pasaran pertukaran asing menggunakan kadar pertukaran mata wang asing vii. Urusniaga dalam pasaran wang dan pertukaran asing berlaku antara pihak-pihak yang mempunyai dana jangka pendek dengan pihak yang mempunyai kurangan dana jangka pendek viii. Urusniaga ini dilakukan bagi memperolehi hasil faaedah yang lebih tinggi berbanding dengan deposit simpanan di institusi kewangan

ix. Kedua-dua urusniaga ini terlibat dengan urusniaga pembelian dan penjualan surat-surat hutang jangka pendek supaya dibeli oleh unit-unit lain
x. Instrumen hutang yang diurusniaga seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran, penerimaan jurubank, nota janji, sijil deposit boleh niaga, sijil pelaburan kerajaan, bon cagamas dan bil Bank Negara Malaysia

b. Pasaran Modal i. Pasaran modal mempunyai satu struktur organisasi dan premis yang formal ii. Pasaran modal bagi Malaysia ialah Bursa Saham Kuala Lumpur iii. Pasaran modal merujuk kepada pasaran formal yang memperdagangkan aset-aset kewangan jangka panjang seperti bon kerajaan atau swasta dan saham korporat iv. Pasaran modal bertujuan mengembeling dana jangka panjang daripada semua lapisan masyarakat supaya membiayai rancangan pembangunan awam serta pelaburan swasta v. Pasaran ini bertindak menemukan pembeli dan pen jual pada satusatu masa dengan diuruskan oleh broker

vi. Urus niaga pasaran prima melibatkan urus niaga ke atas sekuriti yang baru pertama kali diterbitkan. Ia terdiri daripada terbitan awam permulaan dan terbitan bermusim. vii. Urus niaga pasaran skunder melibatkan urus niaga jual beli sekuriti yang sudah disenaraikan di pasaran saham. viii. Kebaikan pasaran modal ialah membolehkan para pemegang sekuriti mencairkan aset mereka dan mengurangkan kos transaksi. ix. Prestasi pasaran modal diukur menggunakan indeks. Di BSKL terdapat Indeks Komposit, Indeks Emas, Indeks Papan Kedua dan Indeks Sektorial. x. Sistem Depositori Pusat (CDS) diperkenalkan pada tahun 1992 bagi membolehkan urus niaga tanpa skrip dijalankan

xi. Pasaran pertukaran asing terlibat dalam urus niaga pertukaran mata wang asing dengan dikawal oleh Akta Pertukaran Wang 1953 xii. Pertukaran mata wang berlaku antara bank dan broker wang berlesen xiii. Pelanggan utama ialah syarikat-syarikat yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa yang memerlukan mata wang asing untuk membuat pembayaran dan juga penerimaan keluar negara menerusi bank perdagangan xiv. Antara bank yang diberi lesen untuk bergiat dalam pasaran mata awang asing ialah Bank Islam Malaysia Bhd dan Maybank

c. i.

Pasaran Derivatif Merupakan sebuah pasaran opsyen dan niaga hadapan kewangan

ii. Niaga hadapan kewangan dimulakan pada tahun 1995 menerusi penubuhan Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) yang memperdagangkan kontrak Niaga Hadapan Indeks Komposit BSKL
iii. Kontrak Niaga Hadapan Kadar Tawaran 3 Bulan Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) didagangkan di Bursa Komoditi dan Kewangan Malaysia (COMMEX) iv. Pasaran derivatif di kawal selia oleh Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993. v. Pada tahun 2002 semua bursa-bursa disatukan menjadi Bursa Derivatif Malaysia (MIDEX)

3. PERSEKITARAN KEWANGAN DI MALAYSIA 3.4 Instrumen-instrumen tabungan dan pelaburan


Adalah alat pemindahan dana. Dikeluarkan oleh institusi perbankan dan pengantara kewangan bukan bank. Contoh instrumen ialah;

i.

Akaun Semasa : Sejenis akaun deposit yang menawarkan kemudahan cek kepada pelanggan

ii. Akaun Simpanan Sejenis akaun yang menawarkan kadar faedah kepada penyimpan iii. Akaun deposit tetap: Akaun pelaburan dimana sejumlah deposit diletakkan ke dalam bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan untuk tempoh masa tertentu dengan diberi kadar faedah tetap. Akaun deposit Islamik menggunakan konsep al Mudharabah iv. Sijil deposit boleh niaga Ialah dokumen yang menyatakan jumlah wang yang disimpan dengan institusi berkenaan. Satu kadar faedah tetap akan dibayar pada tarikh matang yang ditetapkan. Sijil boleh diniaga dipasaran wang sebelum ianya matang. Ia ditawarkan oleh bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan.

v. Perjanjian beli balik (Repo). Perjanjian antara pihak bank yang menjual kertas bernilai kepada pelabur dengan persetujuan untuk membeli balik kertas tersebut pada masa hadapan. Tujuan: mendapatkan dana jangka pendek dalam pasaran wang. Contoh: sijil deposit niaga, bil perbendaharaan, sekuriti kerajaan Malaysia vi. Saham biasa Sekuriti yang didagangkan dipasaran modal. Pemegang saham merupakan pemilik syarikat dan berhak mengundi dan diundi sebagai lembaga pengarah. Saham terdedah kepada risiko. Contoh: Jika syarikat mengalami kebangkrapan pemegang saham biasa adalah pihak terakhir mendapat agihan aset syarikat. vii. Bon Sekuriti hutang yang dijual oleh pihak kerajaan atau badan korporat dalam membiayai projek pembangunan. Pemegang bon mendapat faedah setiap tahun yang disebut kadar kupon. Jika syarikat mengalami kebangkrapan pemegang bon berhak menuntut aset terlebih dahulu sebelum pemegang saham biasa.

Instrumen kewangan Islam: 1. Al-Murabahah 2. Al-Mudarabah, 3. Bai Al- Inah


Instrumen untuk aktiviti pelaburan dan pembiayaan: 1. pembiayaan ekuiti - Al- Musharakah dan Al-Mudarabah 2. pembiayaan hutang - Al-Murabahah, Al-Istisna, Al-Ijarah, Al-Bai Bithaman Ajil, dan sebagainya.

Nota: Operasi Perbankan Islam wajib menghindari riba dan perkara-perkara seperti riba yang boleh menindas dan merugikan pihak yang lain.

Perbankan Islam: bermaksud penggerak dana-dana dan menggunakannya selaras dengan syariah Islam bagi tujuan mengembangkan ikatan kesatuan Islam dan memastikan keadilan pengagihan serta menggunakan dana-dana tersebut selaras dengan prinsipprinsip Islam (Persatuan Bank-Bank Islam Antarabangsa).

Contohnya ialah Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat. Perbankan Islam menggunakan instrumen atau alat-alat kewangan Islam untuk beroperasi secara halal dan berlandaskan syariat Islam yang betul. Operasi Perbankan adalah berasaskan Al-Quran dan AlSunah.

3. KEWANGAN DI MALAYSIA 3.5 Kewangan Syarikat 3.5.1 Pengguna maklumat kewangan Pengguna Dalaman Digunakan oleh pihak dalam syarikat. Bertujuan: merancang, menyusun dan menjalankan operasi perniagaan seperti pengurus pemasaran, penyelia pengeluaran, pengarah kewangan dan lain-lain pegawai syarikat. Bentuk dan sifat maklumat: terperinci dan disediakan berkala serta tepat mengikut masa.

Pengguna luaran: pihak di luar syarikat untuk mengetahui kedudukan kewangan syarikat. Contoh: pelabur (pemilik) dan kreditor (pembekal dan bank), LHDN, Agensi Kawal selia (SEC), Pelanggan dan Kesatuan Buruh. Bentuk dan sifat maklumat tidak terperinci

3. KEWANGAN DI MALAYSIA 3.5 Kewangan Syarikat 3.5.2 Penyata-penyata kewangan


Rujuk: 1. Format penyata kewangan perniagaan milikan tunggal http://mhdazlan.files.wordpress.com/2010/02/modul-format-penyata-kewangan.pdf 2. Model penyata kewangan syarikat. http://www.myaxp.com/media/orderform/Model%20Penyata%20Kewangan%20PERS. pdf

3. Contoh penyata kewangan syarikat awam berhad: TM Berhad. http://www.tm.com.my/ap/about/investor/Documents/TM_AR2012_BM.pdf


4. Contoh penyata kewangan agensi kerajaan: Maktab Kerjasama Malaysia http://www.mkm.edu.my/c/document_library/get_file?uuid=64ae36cd-7d22-422db109-ec69d0dfea23&groupId=10171 5. Contoh penyata kewangan Nestle http://www.nestle.com.my/Common/NestleDocuments/Documents/pdf/2011_financi al_report_bm.pdf

Soalan

Ujian 1 1. Terdapat beberapa kejadian jenayah melibatkan kewangan berlaku di negara ini. Bagaimanakah Bank Negara Malaysia dapat memainkan peranan yang lebih berkesan bagi mengelakkan merbaknya kejadian-kejadian berkenaan?

2. Mengapakah Bank Negara Malaysia harus mengenakan syarat cadangan berkanun dan aset tunai minimum terhadap bank saudagar dan syarikat kewangan?

Ujian 2 Mengapakah kerajaan membenarkan penawaran kegiatan yang sama oleh bank perdagangan dan bank saudagar?

You might also like