Ciri Kepimpinan Islam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

7.

Agihan Kuasa Kuasa merupakan satu aspek yang penting terutamanya bagi seseorang

pemimpin untuk mendapatkan sokongan dari orang yang diperintah dan memerintah bagi menjalankan sesuatu dasar. Dalam buku Asas Sains Politik yang telah dikarang oleh K. Ramanathan, menyatakan bahawa kuasa merupakan pengaruh, hak mutlak seseorang individu berhubung dengan kuasa pemerintah. Kuasa juga membawa maksud pengaruh, kawalan dan penyatuan yang berkait rapat antara satu sama lain. Berdasarkan buku Politik dan Kerajaan Moden pula, kuasa politik pula membawa maksud keupayaan mempengaruhi tingkah laku orang lain melalui bentuk sekatan yang tertentu. Sekatan mungkin boleh berbentuk paksaan ataupun pujukan. Kuasa Kuasa pula akan diagihkan mengikut kepentingan dan kelayakan seseorang. Berdasarkan buku Basic Political Concepts yang telah ditulis Alan Renswick dan Ian Swinburn telah membahagikan kuasa kepada tiga bahagian iaitu:

Kuasa Ekonomi

Kuasa

Kuasa Politik
Pembahagian Kuasa

Kuasa Ketenter aan

Kuasa politik merupakan satu bahagian kuasa yang tidak boleh digugat. Apabila seseorang pemimpin diberi mandat untuk memimpin, maka golongan yang dipimpin tidak boleh mempertikaikan kuasa yang ada pada pemimpin tersebut. Kuasa politik merupakan nadi utama yang menggerakkan sesebuah organisasi pentadbiran atau pemerintahan. Ini kerana melalui kuasa politik yang ada, pemerintah atau mereka yang diberi kuasa serta tanggungjawab untuk membuat dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan atau organisasi. Kebesaran atau tahap kuasa politik bergantung kepada kedudukan seseorang mengikut kedudukan dan pangkat yang dimilikinya. Semakin tinggi kedudukan dan pangkat seseorang di dalam sesebuah kerajaan atau organisasi, semakin besar lingkungan kuasa yang dimilikinya. Sebagai contoh, seorang Perdana Menteri mempunyai cakupan kuasa yang lebih besar berbanding Menteri biasa.Kuasa ekonomi pula merupakan kuasa yang diperolehi dari sumber kekayaan seseorang itu, mengarah dan publisiti. Bahagian yang seterusnya ialah kuasa ekonomi. Kebiasaannya, orang yang memiliki sumber kekayaan dan harta yang banyak akan dihormati dan berkuasa dalam kalangan masyarakatnya. Mereka yang kaya dan mempunyai kuasa ekonomi ini mempunyai kedudukan dan keupayaan untuk memberi arahan serta suruhan kepada masyarakat bawahan. Masyarakat akan patuh dan taat pada mereka yang memiliki kuasa ekonomi ini dengan harapan akan mendapat ganjaran dan habuan. Kuasa ketenteraan juga ada pada pemerintah. Berdasarkan kepada asas ini, pemerintah yang mempunyai kekuatan angkatan tentera yang hebat akan

mempengaruhi kuasanya. Semakin kuat angkatan tenteranya, semakin besar pengaruh kekuasaan pemerintahnya. Kebanyakn pemerintah menggunakan kekuasaan

ketentaraannya untuk melakukan penaklukan kawasan-kawasan yang diingini. Adolf Hitler iaitu pemimpin Jerman suatu ketika dahulu terkenal sebagai seorang pemimpin yang memiliki angkatan tentera yang sangat hebat, kuat dan digeruni. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan dapat dinyatakan bahawa kuasa yang diagihkan dalam pentadbiran Jawatankuasa Tetap Market, Penjaja dan Tujuan Am dibawah struktur organisasi Majlis Daerah Samarahan, agihan kuasa tergolong di dalam bahagian kuasa politik. Hal ini kerana, kuasa di jawatankuasa ini merupakan

tunjang utama masyarakat untuk merujuk perkara-perkara yang berkaitan pemberian lesen untuk pemilik gerai kecil-kecilan menjalankan perniagaan mereka dan seterusnya mengutip cukai ke atas penjaja kecil di pasar basah yang menjual hasil tani dan laut. Jadi masyarakat akan menerima kuasa politik ini dan akan merujuk kepada jawatan kuasa ini untuk menguruskan perkara yang berkaitan perniagaan. Bagi jawatankuasa ini yang terdapat di Majlis Daerah Samarahan, unsur agihan kuasa turut dijalankan. Agihan kuasa ini dijalankan adalah berujuan untuk melincikan lagi sistem pentadbiran di jabatan ini. Agihan kuasa yang telah dijalankan dapat dilihat menerusi pengurusan grafik carta organisasi jabatan pelesenan seperti yang berikut:

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA TETAP MARKET, PENJAJA DAN TUJUAN AM MAJLIS DAERAH SAMARAHAN

WALIKOTA

Pengerusi

Timbalan Pengerusi

Ahli-ahli

Carta Organisasi Jawatankuasa Tetap Market, Penjaja dan Tujuan Am

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, didapati bahawa kuasa telah diagihkan mengikut pangkat masing-masing berdasarkan tugas yang telah ditetapkan. Setiap pihak memainkan peranan yang tersendiri. Jawatankuasa Tetap Market, Penjaja dan Tujuan Am telah bernaung di bawah Walikota sebagai ketua ahli-ahli Majlis Daerah Samarahan. Bahagian ini telah diketuai oleh Pengerusi dan dibantu oleh Timbalan Pengerusi. Dibawah naungan timbalan pengerusi dibahagikan kepada ahli-ahli kecil dalam jawatankuasa ini. Setiap pihak di bahagian ini telah di agihkan tugas-tugas yang tertentu berdasarkan bidang masing-masing. Bahagian jawatankuasa ini telah diketuai oleh Walikota. Walikota ini merupakan ketua operasi kepada semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh ahli-ahli dalam Jawatankuasa Tetap Market, Penjaja dan Tujuan Am. Walikota juga berfungsi sebagai tempat untuk ketua bahagian merujuk bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang sukar untuk diselesaikan. Dibawah Walikota, terdapat Pengerusi dalam jawatankuasa ini. Pengerusi ini berperanan sebagai seseorang yang memberi kata putus dan membuat keputusan untuk meluluskan ataupun tidak permohonan lesen seseorang penjaja itu. Sebagai pengerusi juga beliau berhak untuk menarik kembali lesen yang telah diberikan atas sebab-sebab tertentu berdasarkan siasatan yang telah dilakukan. Berdsarkan soalselidik yang dilakukan, pengerusi juga berperanan sebagai pemimpin yang melicinkan segala urusan. Pengerusi juga berperanan untuk mempengerusikan program yang dianjurkan MDKS dan dalam masa yang sama ketua bahagian juga akan membentuk ahli jawatankuasa yang baru jika jawatankuasa ini menjadi penganjur bagi sesuatu program. Seterusnya pengerusi akan dibantu oleh timbalan pengerusi. Timbalan pengerusi ini berperanan untuk membantu pengerusi. Beliau juga akan membuat keputusan untuk kelulusan permohonan lesen jika ketiadaan pengerusi. Selain itu, timbalan pengerusi juga ditugaskan dengan segala tugasan pengerusi jika ketiadaan beliau. Timbalan pengerusi merupakan orang kedua yang terpenting di dalam jawatankuasa ini.

Berdasarkan kajian, soal selidik yang dilakukan, dapat dilihat dengan jelas bahawa agihan tugas telah dilaksanakan. Dalam pada itu, setiap pihak menjalankan tugas masing-masing dan secara tidak langsung ianya melicinkan lagi sistem pentadbiran yang wujud.

7.4

Ciri-Ciri kepimpinan Islam

Pengenalan Islam telah menetapkan beberapa garis panduan kepada umatnya dalam segala aspek kehidupan termasuklah aspek kepimpinan. Terdapat pelbagai ciri kepimpinan Islam yang boleh kita lihat dan ia bukan hanya boleh dipraktikkan oleh umat Islam sahaja bahkan seluruh masyarakat boleh mengamalkannya. Hal ini kerana, ciri-ciri tersebut bersifat fleksibel dan umum untuk segala lapisan masyarakat. Menurut laman ILuvislam.com, kepimpinan yang baik menggerakkan manusia ke arah jangka panjang, yang betul-betul merupakan kepentingan mereka yang baik. ini bermaksud, kepimpinan yang efektif adalah kepimpinan yang boleh mengubah manusia kea rah masa depan yang baik bagi tempoh masa yang panjang dan perubahan itu juga membawa kepentingan dan manfaat kepada pengikutnya. Carta dibawah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan Islam yang boleh dipraktikkan dalam usaha mencapai tahap kecemerlangan dalam kepimpinan:

a) Efektif b) Aktif c) Mengikut prinsip, mothodologi dan mempunyai matlamat yang tetap d) Berakhlak mulia e) Amanah f) Musyawarah g) Adil h) Kebebasan berfikir dan memberi pendapat

Ciri-ciri kepimpinan Islam yang Terdapat dalam Kepimpinan Tokoh Berdasarkan soal-selidik yang kumpulan kami jalankan, kami mendapati terdapat ciri-ciri kepimpinan Islam yang diamalkan oleh Encik Irwan b. Abdullah. Beliau melaksanakan sistem musyawarah dalam membuat sesuatu keputusan. Hal ini dapat dilihat di mana beliau dan anak buah yang lainnya sering mengadakan perjumpaan untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan bidang kerja mereka. Menurut kajian yang dilakukan, perjumpaan tersebut kebiasaannya dilakukan sekali dalam seminggu. Perbincangan atau musyawarah yang dipraktikkan ini sejajar dengan saranan kepimpinan yang dituntut dalam Islam. Sehubungan dengan itu, ini membolehkan pegawai-pegawai bawahan beliau membuat aduan, membincangkan tindakan yang harus dilakukan, memperbaiki dan menambahbaik seseuatu perkara, mengusul cadangan di samping dapat mengelakkan berlakunya salah faham sesama mereka. Dengan melaksanakan musyawarah terhadap sesuatu tindakan dilakukan, pemimpin akan dapat membuat keputusan dengan adil dan saksama kerana sesuatu keputusan tersebut dicapai hasil daripada persetujuan bersama. Selain itu juga, sifat adil ini dapat dilihat melalui agihan kuasa yang telah dilakukan dalam jabatan tersebut. Agihan kuasa yang telah dilakukan menunjukkan bahawa pucuk pimpinan MDKS dan juga setiap ketua jabatan mereka bukanlah seseorang individu yang tamak sehingga memonopoli pentadbiran jabatan tersebut. Keadilan yang wujud ini juga telah membolehkan autoriti dibahagikan mengikut bidang tugas setiap jawatan masingmasing. Perkara ini dibuktikan lagi dengan kenyataan majoriti borang soal-selidik yang dianalisis, terdapat pegawai bawahan mengatakan ketua mereka seorang berkarismatik. Bukti lain mengatakan adalah ketua saya tidak menggunakan kuasa yang ada denagan sewenang-wenangnya untuk kepentingan diri sendiri. Kepimpinan Islam juga mengajak setiap khalifah ataupun ketua memimpin secara efektif di mana seseorang khalifah itu harus megikut methodologi, matlamat dan prinsip dalam kepimpinannya. Ini bertepatan dengan kepimpinan yang telah diamalkan oleh Encik Irwan b. Abdullah mengikut garis panduan yang ditetapkan. Hal ini

dibuktikan lagi dengan kenyataan responden mengatakan ketua mereka seorang

menjalankan tanggungjawab berlandaskan undang-undang yang ditetapkan. Selain bekerja untuk mencapai matlamat, beliau juga menyarankan anak buah di bawah kepimpinan beliau menjalankan amanah dan tugas yang telah diberikan selaras dengan misi dan visi MDKS iaitu : Visi : Peneraju Pihak Berkuasa Tempatan; dan Misi : KAMI KOMITED untuk memacu Transformasi Ke Arah Pembangunan Mampandan Penyampaian Perkhidmatan Majlis Yang Unggul

Di samping itu, beliau merupakan seorang yang suka memberi peluang kepada orang bawahan untuk menyatakan pandangan bagi sesuatu perkara. Perkara ini dapat dilihat pada salah satu kenyataan responden di mana mereka menyatakan ketua mereka seorangh yang rendah hati dan tidak menampakkan kelebihannya serta tidak merendahkan keupayaan orang lain. Sifat sebegini sangat bertepatan dengan ciri

kepimpinan yang disarankan dalam ajaran Islam di mana pemimpin haruslah memberi peluang kepada orang bawahannya mengutarakan pendapat supaya sesuatu kumpulan ataupun organisasi itu boleh bertukar-tukar ilmu dan pendapat antara satu sama lain. Selain itu juga, keadaan ini akan mewujudkan perasaan kepunyaan bersama iaitu perasaan yang membolehkan sesebuah kumpulan merasakan bahawa hasil kejayaan yang telah dicapai itu adalah hasil titik peluh mereka dan kerjasama antara semua ahli kumpulan dan bukannya hasil individu. Walaupu begitu, kesempurnaan itu mustahil untuk dicapai oleh mana-mana manusia sekalipun kerana manusia tidak semuanya sempurna. Manusia diciptakan dengan kebolehan tersendiri oleh Tuhan. Berdasarkan kajian soal selidik yang telah dijalankan, terdapat juga responden menyatakan bahawa pihak atasan tidak mengambil tindakan ke atas semua aduan yang dibuat. Lantaran itu, terdapat beberapa aduan sahaja yang tidak diambil tindakan dan bukannya semua. Perkara ini tidak bermakna pihak atasan tidak mengambil berat tentang semua aduan yang dilakukan. Mungkin berlaku salah pemahaman ataupun aduan tersebut masih dipertimbangkan oleh pihak atasan dan mungkin juga disebabkan oleh aduan yang berunsur untuk mempermainkan

MDKS yang diadukan. Namun, kita juga sedar bahawa, walaupun aduan yang diadukan tersebut merupakan perkara kecil, kita tidak boleh memandang enteng dan menganggapnya tidak penting. Hal ini kerana, saya percaya bahawa masalah besar yang timbul itu berpunca daripada masalah kecil yang dperbesar-besarkan. Oleh yang demikian, sebagai pemimpin seseorang itu harus mengambil berat terhadap apa jua masalah yang dihadapi.

You might also like