Minit Mesyuarat Folio Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Kali Kedua

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT FOLIO TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA KALI KEDUA TARIKH : 16.3.

2013 HARI : Sabtu

MASA : 3.50 Petang-5.00Petang TEMPAT: Kafe Universiti Malaysia Kelantan KEHADIRAN Ahmad Ruzaidi Bin Mohd Syahid Izwan Bin Muhammad Muhammad Sabri Bin Sidek Hamizi Bin Mohd Shah Muhammad Tarmizie Bin Samsudin Mohd Sofi Bin Ali (C12A012) (C12A092) (C12A210) (C12A076) (C12A213) ( C12A173)

UCAPAN OLEH KETUA KUMPULAN Ahmad Ruzaidi Bin Mohd Syahid selaku ketua kumpulan mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan dalam menjalankan tugas masing-masing.

PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Saya, Hamizi bin Mohd Shah selaku setiausaha dalam kumpulan membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Minit mesyuarat yang lalu menerangkan tentang setiap tugas dan tajuk yang perlu difahami oleh setiap ahli dalam kumpulan. Minit mesyuarat yang lepas telah dilakukan pada hari Isnin dan bertarikh 8.3.2013 yang lalu.

PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN DAN DIBANGKITKAN 1. Dalam mesyuarat dikalangan ahli kumpulan,perkara yang dibincangkan ialah tentang Ilmu Astronomi Dalam Islam. Antara perkara yang dibincangkan untuk menjadikan tajuk tersebut sebagai satu folio ialah sejarah perkembangan ilmu astronomi dalam islam, sejarah perkembangan ilmu astronomi pada abad prasejarah, pertengahan dan zaman moden astronomi menurut islam dan mengenali tokoh-tokoh astronomi dalam islam

2. Perkara yang dibangkitkan adalah mengenai asal-usul astronomi dalam pandangan islam.Ilmu astronomi merupakan ilmu bintang atau ilmu falak yang digunakan untuk beribadat iaitu mencari kiblat. 3. Mengenalpasti adakah ilmu astronomi diterokai oleh orang islam atau orang barat. 4. Setiap ahli mengetahuai bahawa ilmu astronomi iaitu ilmu sains adalah ketiga yang terpenting dalam islam selepas ilmu tauhid dan ilmu fiqh. 5. Setiap ahli membentangkan tajuk dan tugas yang telah diselesaikan pada mesyuarat yang lepas untuk menjadikan ia satu folio. 6. Ahli dalam kumpulan membangkitkan perkara mengenai dalil dalam Al-Quran untuk diletakkan dalam setiap fakta sebagai bukti yang kukuh tentang ilmu astronomi dalam islam. 7. Memahami kosmologi menurut pandangan islam dan Al-Quran tentang tahap-tahap penciptaan alam semesta ini. 8. 8.Setiap ahli menyenaraikan tokoh-tokoh astronomi islam dan sumbangannya terhadap bidang astronomi dalam islam.

PEMANTAUAN KERJA Setiap ahli memantau kerja yang dilakukan oleh ahli yang lain supaya maklumat yang dicari tidak sama dan bertembung apabila hendak difoliokan.

HAL-HAL LAIN Hal-hal lain seperti kerja penaipan, penambahan maklumat dan penyusunan dokumen dilaksanakan oleh setiap ahli kumpulan dengan kadar segera.

PENANGGUHAN MESYUARAT Mesyuarat tidak akan diadakan dan ditangguhkan pada masa akan dating berikutan folio telah disiapkan.

DISEDIAKAN OLEH, --------------------------------(HAMIZI BIN MOHD SHAH)

You might also like