Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BAB 2

MAKLUMAT PELAKSANAAN AKADEMIK

2.1

PEMBELAJARAN DI IPG KAMPUS 2.1.1 Pembelajaran Program Pensiswazahan Guru (PPG) di IPG Kampus melalui mod pendidikan jarak jauh ini mengambil kira status pelajar PPG sebagai guru dalam perkhidmatan. 2.1.2 Mod pembelajaran PPG merupakan integrasi antara Pembelajaran Kendiri, Pembelajaran Bersemuka dan Pembelajaran Atas Talian (OLL). a. Pembelajaran Kendiri Pembelajaran kendiri membolehkan pelajar memilih masa dan tempat yang sesuai untuk menguruskan pembelajaran pelajar berpandukan kepada modul pembelajaran, buku rujukan dan bahan sumber internet. b. Pembelajaran Atas Talian (OLL) Pembelajaran Atas Talian membolehkan pelajar belajar melalui saluran yang berikut; Mengakses dan muat turun bahan pembelajaran seperti modul pembelajaran, soalan tugasan, nota pensyarah dan bahan rujukan yang membantu pembelajaran anda Berinteraksi dengan pensyarah melalui forum Berkomunikasi dengan Mentor Berkongsi pengalaman pembelajaran dengan pelajar lain Mendapat maklumat terkini atau berita terkini

Semua pelajar WAJIB mendaftarkan diri sebagai pengguna pembelajaran atas talian.

(kemas kini Jan 2012)

Page

c. Interaksi Bersemuka Interaksi bersemuka membolehkan anda berbincang topik-topik pembelajaran dalam modul. Interaksi bersemuka dijalankan sebanyak lima (5) kali setiap semester mengikut kalender akademik program. 2.1.3 Portal Pembelajaran IPG : http://www.moe.gov.my/ipgm/a/atutor/login.php

2.2

PELAKSANAAN AKADEMIK

2.2.1

Pelaksanaan akademik PPG adalah secara berpusat dan menggunakan kurikulum yang sama di semua pusat pembelajaran.

2.2.2

Kalendar Akademik Kalendar akademik adalah jadual kegiatan akademik semester yang ditetapkan oleh Senat IPGM. Semester Januari Pengajaran dan Pembelajaran Minggu Ulangkaji Minggu Peperiksaan Jumlah 15 Minggu 03 Minggu 02 Minggu 20 Minggu

Semester Jun Pengajaran dan Pembelajaran Minggu Ulangkaji Minggu Peperiksaan Jumlah 15 Minggu 03 Minggu 02 Minggu 20 Minggu

(kemas kini Jan 2012)

Page

2.2.3

Penawaran Kursus Setiap Semester IPGM mempunyai kuasa muktamad dalam menentukan kursus yang ditawarkan pada satu-satu semester tertakluk kepada keputusan Senat IPG. Kursus yang ditawarkan dalam setiap semester akan dimaklumkan kepada pelajar pada awal permulaan semester.

2.2.4

Tempoh Pengajian Tempoh pengajian PPG adalah lapan (8) semester.

(kemas kini Jan 2012)

Page

2.2.5

Jumlah Jam Pembelajaran Pelajar Satu (1) jam kredit bersamaan dengan 40 jam pembelajaran ( Notional Credit Hours) untuk setiap kursus dalam setiap semester. Jam pembelajaran merujuk kepada agihan masa untuk interaksi bersemuka, pembelajaran atas talian dan pembelajaran kendiri. Jam pembelajaran diterjemahkan seperti yang berikut: Agihan Jam pembelajaran Mengikut Kredit Kursus Aktiviti-aktiviti Pembelajaran
Tanpa Amali (3+0) (1+2)

3 Kredit
Amali (2+1) (0+3) (2+0) Tanpa Amali

2 Kredit
Amali

1 Kredit
Tanpa Amali (1+0) Amali

(0+2) (1+1)

(0+1)

Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / tugasan terarah / amali Menghadiri kelas interaksi bersemuka (5 kali) Amali* Pembelajaran Atas Talian Kerja Kursus Ulangkaji Peperiksaan Jumlah 10 7 20 10 2 10 10 7 20 10 2 120 10 10 7 20 10 5 7 17 10 2 5 8 7 17 10 2 80 5 8 7 17 10 5 5 10 5 2 40 5 5 5 10 5 70 60 63 38 30 62 13 10

* Penilaian Amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif. 2.2.6 Jumlah Kredit PPG Seseorang pelajar dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian setelah berjaya menyempurnakan pengajian selama 8 semester dengan 133 kredit.

(kemas kini Jan 2012)

Page

2.3

PENGECUALIAN KREDIT

2.3.1

Pelajar PPG layak mendapat (29) pengecualian kredit secara pukal. Kursus-kursus yang layak untuk pengecualian kredit adalah seperti yang berikut:

Kursus

Bilangan Kursus

Jumlah Pengecualian Kredit (Pukal)

Rujuk Maklumat pada Muka Surat

Kokurikulum Pengajian Profesional Praktikum Jumlah Besar

6 4 -

5 12 12 29

11 13 14

2.3.2

Kursus Kokurikulum Olahraga (1 kredit) dikekalkan selaras dengan pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mulai 2011.

2.3.3

Dua puluh sembilan (29) kredit yang tersebut di atas tidak diambil kira dalam pengiraan PMG/PMGT bagi tujuan pengijazahan.

2.3.4

Pengecualian kredit secara PUKAL ini telah mendapat kelulusan Senat IPG untuk pelajar PPG yang mengikuti pengajian di IPG.

(kemas kini Jan 2012)

Page

You might also like