Perkembangan Matematik Di Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

1. PERKEMBANGAN MATEMATIK DI MALAYSIA 1.1 SEJARAH KURIKULUM DI MALAYSIA DARI SEBELUM MERDEKA HINGGA KINI KSSR.

Sejarah kurikulum matematik formal di Malaysia bermula pada tahun 1968. Encik Abu Hassan Ali telah menerajui suatu projek khas yang dikenali sebagai Projek Khas Kementerian Palajaran Malaysia. Projek ini telah memberi fokus terhadap

penambahbaikan mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden. Kaedah berpusatkan guru telah diperkenalkan melalui projek ini manakala kaedah inkuiri-penemuan telah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian rintis bagi projek ini telah dilancarkan pada tahun 1970 yang melibatkan 30 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Program ini kemudian diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sebelum digantikan dengan Matematik KBSR. Program Matematik Moden telah diperkenalkan di sekolah pada awal tahun 70an oleh Panitia Kurikulum Matematik. Sukatan ini telah dirancang selepas kajian dilakukan terhadap kurikulum British School Mathematics Project dan Scottish Mathematics Group. Pada tahun 1972, topik-topik yang terkandung British School Mathematics Project telah diguna pakai bagi pendidikan Matematik di Tingkatan 4 dan 5. Panitia berkenaan mendapati bahawa topik-topik yang ada dalam British School Mathematics Project sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan Matematik Pilihan C. Perubahan kurikulum matematik di Malaysia berlaku sekali lagi apabila Kurikulum Baru Berasaskan sekolah ( KBSR ) diperkenalkan pada tahun 1983. Melaluinya,

kurikulum matematik telah mengalami perubahan yang lebih besar berbanding Kurikulum Matematik Moden. Perubahan utama yang berlaku ialah mengurangkan kandungan matematik supaya bersesuaian dengan kebolehan murid. Sukatan pelajaran telah dibaagikan kepada dua iaitu aras 1 dan aras 2. Kurikulum ini diwujudkan bagi menyediakan peluang yang sama kepada murid-murid untuk memperolehi

pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang dilancarkan pada tahun 1994 sekali lagi membawa perubahan kepada kurikulum di Malaysia. Kurikulum di sekolah menengah turut mengalami perubahan daripada Kurikulum Berspadu Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.pada tahun 1998. Matlamat utama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah terhadap Pendidikan Matematk ialah memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira. Pendidikan matematik di Malaysia pada perngkat awalnya hanya mementingkan kemahiran mengira mudah di sekolah rendah. Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah. Aritmetik, geometri dan algebra diajar secara terpisahpisah tanpa sebarang usaha ke arah kesepaduan. Pelancaran Sekolah Bestari pada tahun 1995 telah membuka lembaran baru kepada kurikulum matematik di Malaysia. Sukatan matematik sekali lagi telah disemak semula demi memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat) seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020. Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 dilakukan bertujuan untuk mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat

mengaplikasikannya dalam situasi harian sepenuhnya. Jawatankuasa yang berkenaan bertanggung jawab mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada sembilan tajuk utama. Bagi setiap tajuk, kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hiraki. Tajuk- tajuknya ialah nombor bulat dan operasi asas, pecahan dan operasi asas, perpuluhan dan operasi asas, wang, ukuran panjang dan berat, ruang, purata, peratus dan graf. Pada bulan Januari 2003 kurikulum matematik mengalami sedikit perubahan yang mana Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4 dan 6 rendah. Perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat dalam Bahasa Inggeris untuk tujuan pembelajaran dengan mudah, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Melalui transformasi pendidikan, Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR) telah digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula pada tahun 2011. Tujuan KSSR diperkenalkan adalah bagi memastikan murid-murid di sekolah rendah dapat dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan seiring perubahan serta keperluan semasa. KSSR juga diharap dapat meningkatkan penguasaan murid di sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga akan menjadi lebih menarik, efektif dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan kedua-dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar matlamat kerajaan.

1.2 FAKTOR-FAKTOR MALAYSIA

MEMPENGARUHI

PERKEMBANGAN

KURIKULUM

DI

Kurikulum di Malaysia sentiasa berubah mengikut perkembangan dan keperluan semasa. Pelbagai faktor telah diambil kira sebelum sesuatu dasar perubahan kurikulum yang baharu disemak dan digubal. Ini bagi memastikan perubahan ini selari dengan asas keperluan dan kehendak semua serta relevan dengan perubahan keadaan semasa. Antara faktor yang boleh kita lihat ialah :-

1.2.1 Falsafah pendidikan

Falsafah Pendidikan Negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di Malaysia. Intipati yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah seperti berikut :

"

Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara "

Falsafah

pendidikan

negara

mempunyai

implikasi

yang

besar

terhadap

pembentukan kurikulum KBSR dan KBSM di negara ini. Antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah ;

a. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti

penggabungjalinan ( penyatuan kemahiran-kemahiran ) dan penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan. b. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah. c. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. d. Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum diperkenalkan. e. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional. f. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum. g. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan. h. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan. i. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan. j. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.

k. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.

1.2.2. Kehendak masyarakat

Kehendak masyarakat merupakan suatu faktor yang menyebabkan kurikulum pendidikan digubal dan mengalami penambahbaikan. Masyarakat memainkan peranan dalam menentukan sama ada sesuatu kurikulum itu bersesuaian atau tidak digunakan di sekolah. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat yang kompleks. Ini kerana banyak lagi aspek yang perlu diambil kira sebelum sesuatu kuriklum itu diubah atau dilaksanakan di sekolah.

Justeru perubahan kurikulum yang digubal telah memberikan tumpuan terhadap aspek pembelajaran utama iaitu i. murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira; ii. konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi; iii. serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik.

Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah telah digubal dengan tujuan untuk membolehkan murid-murid :a) menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan, b) menguasai kemahiran asas berbahasa seperti bertutur, membaca dan menulis,

c) menguasai kemahiran mengira, d) menguasai Bahasa Inggeris, e) membina dan memupuk akhlak yang mulia, f) meningkatkan ilmu pengetahuan tentang manusia dan alam, g) dapat bergaul dalam masyarakat, h) mengembangkan bakat dan daya kepimpinan.

1.2.3 Faktor politik Kurikulum pendidikan di sekolah telah menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahan di sesebuah negara dalam memperkasakan pengaruh mereka. Dasar Pendidikan Negara juga sering digubal sejajar dengan hasrat pemerintah yang memerintah negara pada ketika itu.

Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning menyatakan : "Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education"

Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan

perkembangan sesuatu kurikulum.

Ketika zaman penjajahan British, dasar pelajaran yang ditekankan hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibubapa mereka. Aspek pendidikan yang menyatupadukan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini tidak berlaku pada zaman penjajahan British. Setelah mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara itu.

1.2.4. Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia Perkembangan dan pembangunan sesebuah negara amat berkait rapat dengan kemajuan kurikulum pendidikan di negara tersebut. Dalam memenuhi cita-cita untuk menjadi sebuah negara yang terkemuka dalam pelbagai bidang, kerajaan telah menggubal kurikulum pendidikan dalam merealisasikan hasratnya pada masa hadapan. Kepelbagaian pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran diterapkan dalam penggubalan kurikulum pendidikan negara agar sentiasa relevan mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi semasa serta masa hadapan.

Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)

1.2.5 Faktor perubahan sosial Masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat yang kompleks juga menjadi faktor sesuatu kurikulum pendidikan itu digubal. Ini bertujuan agar masalah sosial yang berlaku dapat ditangani dari peringkat sekolah lagi. Sekiranya usaha ini tidak dilakukan dengan segera, negara pasti akan berdepan dengan masalah sosial yang lebih berat di kalangan penduduknya pada masa hadapan. Antara masalah sosial yang mendapat perhatian daripada kerajaan ialah peluang pekerjaan. Masyarakat yang tidak menguasai dan mementingkan bahasa Inggeris telah menyebabkan kebanyakan graduan tidak mendapat tempat dalam pasaran kerja yang membabitkan penggunaan bahas Inggeris. Justeru pada suatu ketika dahulu, kerajaan telah menggubal kurikulum matematik dan sains ke dalam bahasa Inggeris dengan hasrat membolehkan masyarakat Malaysia pada masa akan datang menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

1.2.6 Faktor perancang dan pelaksana kurikulum Bahagian perancang dan pelaksana kurikulum negara merupakan bahagian yang bertanggung jawab dalam membentuk dan menentukan hala tuju pendidikan negara. Mereka bertanggungjawab sepenuhnya mengkaji dan merancang keperluan yang perlu diberikan dalam pendidikan pelajar di sekolah. Tindakan dan keputusan yang diambil secara semberono boleh menyebabkan sesuatu dasar kurikulum yang dilaksanakan itu menemui kegagalan. Pelbagai aspek perlu diambil kira, dikaji, diteliti dan diperhalusi agar dasar kurikulum yang bakal dilaksanakan itu relevan dengan keperluan murid, ibu bapa, masyarakat dan negara pada masa hadapan. Menurut Kamaruddin Hj. Husin, Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid .

1.2.7 Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat Murid-murid di sekoalah merupakan klien utama dalam bidang pendidikan. Keupayaan mereka dalam menguasai sesuatu perkara dan pelajaran juga berbeza antara satu sama lain. Minat dan keperluan mereka juga berbeza-beza. Justeru itu, sistem kurikulum yang digubal juga banyak dipengaruhi oleh faktor murid, kehendak dan keperluan masyarakat. Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor keupayaan, minat dan perkembangan individu yang berbeza dari sudut kognitif, psikomotor dan afektif perlu dititik beratkan semasa sesuatu dasar kurikulum yang baharu dibentuk. Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum yang digubal haruslah dapat menyediakan murid-murid ini dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.

1.2.8 Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya Sejarah kehidupan manusia sebelum ini telah menceritakan tentang perkembangan ilmu dan kepentingannya dalam memajukan kehidupan manusia. Kurikulum yang dibentuk memainkan peranan dalam perkembangan ilmu masyarakat di sesebuah negara. Sebagai contohnya, kemajuan bidang sains dan teknolgi yang berlaku dalam kehidupan kita sekarang ini banyak berkait rapat dengan pembentukan kurikulum yang

pernah dilaksanakan suatu ketika dahulu. Bidang matematik dan sains teknolgi menjadi fokus utama para penggubal dasar kurikulum sesebuah negara pada ketika itu. Hasilnya lahirlah masyarakat yang maju dari sudut sains dan teknologi pada hari ini. Namun begitu, dasar kurikulum ini sentiasa berubah seiring kemajuan ilmu yang dicapai oleh masyarakat. Dasar kurikulum yang digubal sering kali merujuk kepada keperluan generasi baharu sebagai persediaan untuk mereka berdepan dengan cabaran perkembangan ilmu yang lebih mencabar pada masa hadapan.

1.2.9 Pengaruh psikologi pendidikan Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek disiplin mental yang penting ialah psikolgi fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Ahli ` fahaman perkaitan mengaggap pembelajaran sebagai pembinaan unit-unit kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G untuk menghasilakn tingkah laku. Fahaman ini telah menghasilkan startegi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil untuk diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini terhadap sekolah ialah matematik diajar semata-mata dengan menggunakan teknik latih tubi. Pemikiran psikologi `behaviourisme telah bertapak dalam kurikulum pendidikan matematik sejak awal 60an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas kosong. Guru berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam gelas

tersebut. Pendekatan ini mengenepikan aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus membina sikap negatif dalam diri pelajar terhadap matematik.

Nik Aziz Nik Pa, 1992 menyatakan; Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matetamatik yang memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan pada penghujung tahun 70an. Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajran Matematik ditekankan kepada fahaman binaan ( konstuktivisme ) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

2 KURIKULUM NEGARA LAIN 2.1 PERBANDINGAN KURIKULUM-KURIKULUM NEGARA LAIN.

2.2 PENGARUH KURIKULUM NEGARA LAIN TERHADAP KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA. Perubahan sejarah pendidikan dunia bermula apabila negara-negara barat seperti Great Britain dan Amerika Syarikat berasa gusar dan terancam kerana ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi. Hal ini berlaku apabila Soviet Union dalam tahun 1957 telah melancarkan Sputnik 1. kapal angkasa lepasnya yang diberi nama

Sehubungan dengan itu berlakulah revolusi dalam sistem pendidikan

khususnya dalam subjek matematik dan sains. Kesannya telah menyebabkan berlaku banyak projek yang membawa kepada perubahan sistem kurikulum di negara mereka. Hubungan akrab Malaysia dalam bidang pendidikan dengan negara-negara luar telah memberi impak terhadap sistem kurikulum matematik di negara ini. Antara projekprojek luar yang telah memberi pengaruh besar terhadap kurikulum matematik di Malaysia ialah Nuffield Mathematics Project ( NMP ), Scottish Mathematics Group (

SMG ), School Mathematics Project ( SMP ) dan School Mathematics Study Group ( SMSG ).

2.2.1 Pengaruh Kurikulum Matematik Negara Britain, Nuffield Mathematics Project ( NMP ) Merupakan projek yang dijalankan di Britain pada tahun 1964 atas pembiayaan Nuffield Foundation dan Kementerian Pelajaran Britain. Nuffield Foundation merupakan sebuah organisasi swasta. Kaedah-kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah telah diperkenalkan oleh Nuffield Mathematics Project. Teori Pembelajaran Piaget merupakan panduan mereka dalam menghasilkan kaedah-kaedah pembelajaran yang baru. Mereka telah membimbing pelajar sekolah rendah belajar matematik melalui pengalaman konkrit. Ini kerana Piaget mengatakan bahawa pembelajaran kanak-kanak yang berumur antara 6 hingga 12 tahun akan berlaku sekiranya ada interaksi dengan bahan konkrit. Proses pengajaran dan pembelajaran mengutamakan aplikasi pemusatan pelajar dan bahan beserta kaedah inkuiri penemuan. Pelajar akan belajar dalam kumpulan kecil melalui pelaksanaan projek yang melibatkan penyelesaian masalah. Kandungan sukatan pelajaran juga disusun dengan teliti agar bermula dari yang mudah kepada yang lebih sukar, dari konkrit kepada abstrak dan berasaskan pengalaman biasa kepada luar biasa.

Hasil dari projek ini telah memberi impak kepada perubahan kurikulum matematik di Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1970 telah melancarkan Projek Khas hasil daripada kejayaan projek ini di Britain.

2.2.2 Pengaruh Kurikulum Matematik Scotland melalui Scottish Mathematics Group ( SMG ) Sekumpulan ahli matematik Scotland telah menulis sesiri sembilan buah buku teks yang berjudul Modern Mathematics for Schools. Tajuk-tajuk buku ini seperti Sets, Numbers Systems, Number Bases, Modular Mathematics, Transformation, Inequalities, Linear Programming dan Matrices telah dicetak dan perkenalkan antara thun 1965 dan 1969. Pengaplikasian tajuk-tajuk berkaitan penyelesaian masalah seharian merupakan salah satu ciri utama yang terkandung dalam sukatan ini. Sukatan ini telah menjadi bahan rujukan utama dalam Projek Matematik Moden untuk Sekolah Menengah Rendah Malaysia dan dilancarkan pada tahun 1970.

2.2.3 Pengaruh Kurikulum Matematik melalui School Mathematics Project ( SMP ) School Mathematics Project ( SMP ) pada mulanya merupakan suatu kajian untuk menimbang perubahan yang sewajarnya dalam pengajaran matematik di Britain berikutan pelancaran Spuntik 1 oleh Soviet Union. Kajian ini telah dipengerusikan oleh Bryan Thwaites dari Universiti of Southampton pada tahun 1961. Pendekatan tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran matematik telah digantikan dengan pendekatan yang lebih bersepadu. Para pelajar telah diaja dengan

tajuk-tajuk yang berbeza secara bersepadu. Buku teks yang dihasilkan oleh SMP telah digunakan secara meluas di Great Britain, namun dapatan mendapati kandungannya terlalu akademik dan abstrak. Sukatan ini telah diputuskan tidak sesuai untuk pelajar yang lemah dalam matematik. Namun yang demikian, bahan SMP telah menjadi sumber rujukan yang penting untuk buku teks Matematik Moden di Malaysia.

2.2.4 Pengaruh Kurikulum Matematik Amerika Syarikat melalui School Mathematics Study Group ( SMSG ) Pada tahun 1985, sekumpulan ahli fikir akademik Amerika telah menubuhkan sebuah kumpulan dengan fokus membawa perubahan dalam pendidikan matematik selaras dengan kemajuan yang telah ditunjukkan oleh Soviet Union. Kumpulan ini diketuai oleh Edward G. Begle dan dibiayai oleh National Science Foundaton. Peningkatan mutu matematik di sekolah rendah standing Russia menjadi objektif utama projek ini. Kumpulan ini telah membina dan melaksanakan kurikulum matematik sekolah rendah dan sekolah menengah di Amerika Syarikat sehingga ia ditamatkan oada tahun 1977. New Mathematics merupaka hasil usaha yang dilakukan oleh kumpulan ini. Kumpulan ini yang ahlinya terdiri daripada ahli matematik, guru-guru, pakar psikologi dan nazir sekolah telah berjaya membawa perubahan dalam pendidikan matematik di Amerika. News Mathematics menitik beratkan penjelasan struktur matematik dalam konsep abstrak sepeti teori set dan asas nombor selain daripada asas 10. Penggunaan bahasa matematik yang khusus untuk memahami sesuatu konsep juga turut dititikberatkan.

Projek yang telah dilaksanakan oleh SMSG telah memberikan idea-idea yang berguna kepada para pendidik di Malaysia sebagai langkah meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran matematik pada ketika itu. Projek atau kajian yang telah dilaksanakan oleh negara luar sememangnya banyak mempengaruhi perubahan sistem kurikulum matematik di Malaysia. Malaysia mengaplikasikan projek dan kajian yang dilakukan oleh negara luar dalam usahanya meningkatkan mutu pendidikan matematik di negara ini. Oleh yang demikian, perubahan yang dilakukan berasaskan contoh kajian dan projek tersebut memberi impak kepada kemajuan bidang matematik di negara ini khususnya terhadap sistem kurikulum matematik di sekolah.

3 MENCARI DAN MENGANALISA PANDANGAN SECARA AKADEMIK TENTANG PERKARA BERIKUT: 3.1 KURIKULUM YANG DIGUNA PAKAI SEKARANG

3.2 KEKURANGAN DAN KELEBIHAN KURIKULUM YANG DIGUNA PAKAI SEKARANG SERTA PENAMBAHBAIKAN DAN CADANGAN JIKA ADA.

SUMBER RUJUKAN. http://kulanzsalleh.com/sejarah-perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia/ http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/perkembangan-kurikulummatematik-di-malaysia/ http://mujahid.tripod.com/math4.html

You might also like