Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM & MORAL IPG KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH.

SEMESTER 2 DPLI j-QAF Ambilan Disember 2012 TUGASAN PBS ( PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH )

PROGRAM : LPBS DPLI j-QAF Ambilan Disember 2012

NAMA PELAJAR :

KUMPULAN KURSUS : PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN KHAS

SEMESTER : 2

TEMPAT PELAKSANAAN : SEKOLAH YANG DITEMPATKAN

BENTUK TUGASAN ; 1. Sistem Organisasi Sekolah 2. Perbezaan KBSR dan KSSR

TARIKH MULA

16 OGOS 2013

TARIKH TAMAT

31 OGOS 2013

1.0 - PENGENALAN Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi pelajar Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, sebenar seorang guru. tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas

2.0 OBJEKTIF TUGASAN Melalui PBS pelajar dapat :i. ii. memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah; menghayati kerjaya seorang guru;

iii. iv. v. vi. vii.

memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah; mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid; memahami pengurusan dan strategi pengajaran dan pembelajaran; membina kemahiran berinteraksi dengan warga sekolah; mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran dan pembelajaran serta budaya sekolah; membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal; membina sikap positif terhadap profesion keguruan; membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; dan mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi bersama jabatan/pensyarah kursus major selepas PBS dilaksanakan.

viii.

ix. x. xi.

3.0 ARAHAN TUGASAN Pelajar dikehendaki membuat pemerhatian, mengumpul maklumat, berbincang dengan guru dan merekod tentang perkara-perkara berkaitan : 1. Sistem Organisasi Sekolah yang anda berada sekarang, 2. Analisis antara Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 3. Membuat refleksi Prosedur Pelaksanaan Tugasan 1. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi DPLI j QAF dilaksanakan selama dua minggu di sekolah yang telah ditetapkan oleh IPGM iaitu bermula pada 16 Ogos 2013 hingga 31 Ogos 2013. 2. PBS dijalankan di sekolah yang anda ditempatkan. 3. Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan memaklumkan kepada Pengarah IPG dan Guru Besar jika tidak dapat hadir ke sekolah. 4. Membuat pemerhatian dan mendokumentasikan segala hasil tugasan secara berterusan berdasarkan tajuk tugasan yang diberikan. 5. Menyerahkan hasil tugasan PBS kepada Penyelaras j QAF bersama-sama Kerja Kursus bagi kursus major (PIM2203). PENEMPATAN: Pelajar ditempatkan di sekolah rendah dan diuruskan oleh Unit Praktikum Institut

Pendidikan Guru (IPG) dengan kerjasama Penyelaras DPLI dan jabatan kursus major. Penempatan hendaklah mengambil kira keperluan dan kesesuaian pengajian.

Format Penulisan Format penulisan aktiviti PBS adalah seperti berikut : 1. Laporan tugasan dibuat secara bertulis. 2. Panjang tugasan lebih kurang 10-15 muka surat. 3. Font Arial 4. Saiz huruf ialah 12 5. Langkau satu setengah baris 6. Rujukan mengikut format A.P.A. 7. Lampiran

Disediakan Oleh,

Disemak Oleh ,

.................................................

....................................................

You might also like