Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Kejayaan Ibnu Sina Ibnu Sina merupakan tokoh yang dianggap unik di mata dunia.

Hal ini demikian kerana, belau bukan sahaja mampu menguasai satu bidang, malahan beliau juga mampu menguasai bidang-bidang yang lain tidak kira sama ada dari segi teori mahupun praktikal. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa, beliau sangat terkenal sebagai doktor perubatan, ahli falsafah, ahli sains, ahli muzik, ahli politik dan ahli agama. Beliau juga seorang tokoh yang mampu menghasilkan karya-karya yang begitu terkenal. Salah satu karya beliau yang terkenal ialah al-Syifaa. Karya ini memuatkan pelbagai dan segala cabang-cabang dalam ilmu falsafah. Buku yang dihasilkan oleh beliau ini, mempunyai 18 jilid, sekaligus buku ini dianggap sebagai ensiklopedia falsafah yang memuatkan ilmu metafizika, fizika, psikologi dan lainlain. Manakala dalam Kitab al-Hudud, Ibnu Sina telah membicarakan dan mengutarakan pelbagai jenis rumusan perihal istilah atau pengertian yang digunakan dalam ilmu falsafah. Seterusnya, dalam Kitab al-Insaaf, Ibnu Sina telah membicarakan mengenai proses keinsafan. Manakala dalam Kitab al-Isyarat wa al-Tanbihat, Ibnu Sina mengupas mengenai bimbingan dan peringatan. Dalam kitab tersebut juga, Ibnu Sina telah memberikan beberapa peringatan serta memperkatakan prinsip ketuhanan dan keagamaan. Selain bidang karya, Ibnu Sina juga sangat terkenal dan telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang logik, iaitu sebagai asas kepada bidang falsafah. Dalam bidang logik ini, Ibnu Sina berpendapat bahawa ilmu logik hanya diperlukan oleh mereka yang tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir. Sebaliknya, bagi orang yang memiliki kemampuan semula jadi tersebut, ilmu logik tidak diperlukan. Bandingannya ialah seperti ilmu tatabahasa yang tidak diperlukan oleh individu yang secara semula jadi, bijak berbahasa. Ibnu Sina merupakan orang pertama yang berbicara mengenai kejadian pembentukan gunung. Beliau berpendapat bahawa antara sebab-sebab pembentukan gunung dan muka bumi adalah bergantung kepada beberapa hal yang berbeza. Antaranya ialah, goncangangoncangan ataupun gegaran yang berlaku di kulit bumi seperti gunung berapi ataupun bekas-bekas air yang melakukan proses abrasi (erosi) di lembah. Selain itu, Ibnu Sina juga ada mengatakan bahawa lapisan tanah itu mempunyai bahagian-bahagian tahap kekerasan tanah yang berbeza, iaitu terdapat lapisan-lapisan tanah yang keras dan terdapat juga yang lembut. Menurut beliau, lapisan tanah yang lembut itu, banyak terdedah kepada angin dan dialiri air, manakala tanah yang keras terjadi kerana ianya tidak terdedah kepada angin dan air.

Menurut Ibnu Sina gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenakan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah. Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia, ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah

memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan , Bapa Kimia Muslim. Dalam bidang kimia, Ibnu Sina pernah mengemukakan teorinya mengenai kemungkinan untuk membentuk kekuningan dengan warna putih yang diambil dari cairan perak, ataupun membentuk perak dengan warna merah hingga seperti warna emas. Walaupun warna sesuatu logam tetap mengandungi unsur dasarnya yang berperanan membezakan fungsinya daripada logam-logam lain. Ibnu Sina yakin bahawa logam itu muncul daripada sumber alam, iaitu penyatuan antara merkuri (cecair raksa) dan sulfat (garam asid belerang), pada kadar pemanasan yang tinggi . Teori ini pernah dibicarakan oleh Jabir bin Hayan. Namun, Ibnu Sina menambah sedikit kesimpulan bahawa penyatuan itu boleh membentuk logam baharu tetapi tidak mungkin mengubah sesebuah bentuk logam kepada sesebuah jenis logam lainnya yang sedia ada. Ibnu Sina juga telah memberikan sumbangan dalam bidang ilmu astronomi. Ahli-ahli sejarah Islam ada mencatatkan bagaimana beliau telah diberikan kepercayaan oleh pemerintah, Alaud Dulah untuk memperbaiki system kalendar sedia ada. Beliau turut diperintahkan oleh baginda untuk membuat perancangan bagi pembinaan sebuah balai cerap untuk tujuan pemerhatian ke angkasa lepas. Dalam bidang politik, Ibnu Sina menyatakan bahawa politik dan agama adalah dua elemen yang tidak akan dapat dipisahkan. Hal ini demikian kerana hamper kesemua cabang yang terdapat dalam politik dan agama, saling berkait rapat. Justeru, beliau sering menggunakan istilah political and religious philosophy. Ibnu Sina turut menggambarkan idea negara yang diimpikan dan diidamkannya dalam karyanya al-Madinah al-Fadhilah (Negara Kolektivisme). Ianya merupakan cita-citanya dalam mencapai sebuah negara yang bercorak

kemasayarakatan.

Negara yang adil pula adalah negara yang memegang teguh kepada hukum dan menjunjung keadilan. Keadilan pula, menurut Ibnu Sina perlu dan seharusnya meliputi bidang ekonomi. Beliau bermaksud pembahagian yang adil dan sama rata perlu dilakukan oleh pemerintah sesebuah negara. Dalam karyanya Al-Madinah al-Hasanah er-Siyrah (Negara Moralis), Ibnu Sina berpendapat bahawa negara moralis membawa maksud, negara yang menjunjung dan sentiasa mengamalkan moral yang tinggi, bukan sahaja setiap warganya harus menurut akhlak yang utama tetapi juga masyarakat dan negara juga harus tunduk kepada hukum moral yang tidak tertulis. Selain itu, Ibnu Sina juga memperkatakan mengenai negara Islam yang ideal. Beliau turut menyenaraikan sifat-sifat ataupun ciri-ciri yang harus dimiliki oleh setiap anggota masyarakat agar mereka dapat menikmati hidup bahagia. Dalam karyanya Patrialchal Theory (Politik Seorang Bapa), Ibnu Sina mengandaikan bahawa penyusunan negara dan keluarga adalah sama kerana ketua negara harus memberikan keutamaan kepada rakyatnya tanpa pilih kasih sama seperti seorang bapa yang memberikan kasih sayang kepada semua anaknya.

PENUTUP Kesimpulannya, sepanjang hayat Ibnu Sina, beliau telah banyak memberikan sumbangan khususnya dalam bidang perubatan. Dalam bidang perubatan, Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan atau lebih dikenali sebagai Psychosomatic medicine pada masa ini. Selain itu, beliau turut memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenalpasti keadaan humor. Diagnosis ini masih dipraktikan oleh hakim-hakim iaitu doktor-doktor islam di Pakistan, Afghanistan dan Parsi. Selain daripada itu, Ibnu Sina turut memberikan sumbangan dalam bidang seperti geografi, geologi, kimia, muzik dan sebagainya. Keadaan ini membuktikan dan menambahkan lagi keutuhan bagi membuktikan bahawa Ibnu Sina merupakan seorang tokoh yang berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang ilmu. Oleh itu, sebagai manusia kita haruslah mencontohi dan mengambil teladan daripada sikap terpuji yang terdapat pada diri Ibnu Sina kerana beliau bukan sahaja seorang yang berilmu, namun beliau juga juga merupakan seorang ilmuan yang mempunyai budi pekerti yang mulia. Ibnu Sina tidak pernah jemu untuk menuntut ilmu dan melakukan pembaharuan sehingga beliau menghembus nafasnya yang terakhir pada usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H / 1037M. Jasad beliau telah dimakamkan di Hamdan.

REFLEKSI KENDIRI

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Setinggi-tinggi

kesyukuran

dipanjatkan

kepada Allah Subhanu Wataala dan junjungan besar Nabi Muhammad kerana pada hari ini saya masih lagi diberikan peluang untuk bersama sahabat-sahabat dalam satu penyatuan yang sama iaitu menuntut ilmu dunia dan akhirat. Tanpa belas kasih sayang dan keizinanNya, sudah tentu saya dan rakan seperjuangan saya tidak berjaya menyempurnakan tugasan Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS) ini dengan sebaiknya. Memang benarlah kata pepatah Melayu, Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Begitu juga dengan kami, jika kami tidak mencanai usaha membentuk gagasan kerjasama yang utuh, sudah tentu tugasan ini berlangsung ala kadar asalkan siap sahaja. Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan saya kesihatan yang baik sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Syukur Alhamdulillah kerana saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang diberi. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Puan Adibah kerana telah memberikan penjelasan yang jelas mengenai kerja kursus ini serta telah membimbing kami dalam menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan seperjuangan dan sekumpulan saya iaitu, Lily Suhanna Jauli dan Ashely Jord Anak Ali atas kerjasama yang diberikan sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekelas saya dalam perkongsian ilmu sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.

Tugasan kerja kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini mengkehendaki kami untuk memilih sebuah tajuk daripada 10 tajuk yang diberikan dan menghasilkan esei sepanjang 2500 hingga 3000 patah perkataan. Oleh itu, dengan persetujuan saya dan rakan sekumpulan saya, kami telah bersetuju untuk melaksanakan tugasan nombor 3, iaitu memilih seorang tokoh dalam tamadun masa lalu, kemudian huraikan peranan dan sejauh manakah kejayaan dan sumbangan beliau kepada kemajuan tamadun pada hari ini. Kami juga telah membuat kata putus untuk memilih tokoh Ibnu Sina. Bagi memudahkan kami untuk menyiapkan kerja kursus ini, kami telah membahagikan kerja-kerja tersebut. Hal ini demikian kerana, tugasan ini kami lakukan semasa cuti, maka peluang untuk berbincang mata ke mata sangat sukar. Oleh itu kami telah bersetuju untuk melakukan sedemikian. Tidak dapat dinafikan, dan saya sendiri akui, sepanjang menyiapkan kerja kursus ini, terdapat pelbagai kekangan dan halangan yang saya hadapi. Memandangkan terdapat banyak tugasan lain yang perlu disiapkan, maka timbul perasaan tertekan dalam diri ini dek tugasan-tugasan yang bertimbun. Namun saya sedar dan tahu bahawa ianya bukanlah alasan untuk saya tidak menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masanya. Salah satu masalah yang saya hadapi ketika menyiapkan kerja kursus ini ialah dalam mencari bahan-bahan yang sesuai bagi membuat esei. Hal ini demikian kerana maklumatmaklumat yang terdapat di dalam buku dan laman sesawang, kurang mencukupi. Saya juga menghadapi sedikit kekangan ketika membuat esei tersebut, kerana dikhuatiri kerja yang saya lakukan tidak menepati soalan yang diberikan. Namun saya mengambil keputusan untuk mengajukan soalan kepada rakan-rakan mengenai maslah tersebut. Selain itu, sepanjang menyiapkan kerja kursus ini, saya akui, minda saya terbuka dengan luas mengenai sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh tokoh tamadun masa lalu, iaitu Ibnu Sina. Setelah membaca dan meneliti serta menganalisis sumbangan-sumbangan yang diberikan beliau, sememangnya memberikan kesedaran kepada diri saya sebagai seorang guru pelatih Major Muzik, bahawa untuk menguasai bidang ilmu, kita bukan sahaja perlu menguasai bidang yang diceburi sahaja, malah semua bidang-bidang ilmu yang terdapat dalam dunia. Hal ini demikian kerana, dengan adanya ilmu di dada, kita mampu untuk mencipta ataupun memberikan satu penemuan baru, sekaligus memberikan sumbangan rujukan kepada generasi yang akan datang. Sememangnya, hati dan minda saya sangat terbuka untuk mendalami bidang-bidang yang lain setelah membaca perihal sumbangan Ibnu Sina tersebut.

Penghasilan kerja kursus ini juga telah mendidik saya untuk lebih bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi sebarang kekangan atau masalah yang mungkin berlaku. Hal ini demikian kerana, sepanjang menyiapkan kerja kursus ini, saya juga mempunyai masalah peribadi yang tersendiri, namun dengan berfikiran terbuka dan positif, kerja kursus ini dapat dibuat dengan tenang. Selain itu, cabaran seperti ini juga mendidik saya untuk menjadi seorang yang lebih berfikiran positif dan berani untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang diberikan. Akhir kalam, semakin hari, semakin banyak ilmu berkaitan dunia pendidikan yang saya perolehi, saya berharap ilmu-ilmu ini dapat membimbing saya dalam melayari kehidupan di alam perguruan kelak. Amin.

ATHIRAH IZZATI BINTI ROSLY PISMP MZ1113

You might also like