Kertas Kerja Perkhemahan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS KLIA 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN

PERKHEMAHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA TAHAP 2 (2011) TARIKH : 23 HINGGA 25 SEPTEMBER 2011 TEMPAT: PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS KLIA, 71800, NILAI NEGERI SEMBILAN

ANJURAN :

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS KLIA 71800, NILAI NEGERI SEMBILAN

PERKHEMAHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM TAHAP 2 SK KOMPLEKS KLIA

1.

RASIONAL

Perkhemahan Unit Beruniform (Pergerakan Puteri Islam Malaysia) merupakan aktiviti pasukan badan beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform SK Kompleks KLIA Nilai, Negeri Sembilan. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid sekolah dalam aktiviti perkhemahan di samping menyemai sikap dan nilai kerjasama dan berdikari dalam diri murid-murid sekolah rendah. Selain itru, aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum.

2.

OBJEKTIF

Di akhir perkhemahan ini, murid-murid akan dapat: i) Memberi peluang kepada murid-murid merasai pengalaman dalam menyertai perkhemahan. ii) Membentuk murid-murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi. iii) Melatih murid-murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar. v) Melahirkan murid-murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. vi) Memupuk semangat bekerjasama antara ahli kumpulan. vii) Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, intelek, rohani, emosi dan sosial.

3.

MASA DAN TARIKH Tarikh : 23 hingga 25 September 2011 (Jumaat hingga Ahad)

4.

TEMPAT Padang Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA, 71800, Nilai Negeri Sembilan.

5.

PESERTA

30 orang murid Pergerakan Puteri Islam Malaysia Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA.

6.

PENSYARAH PENASIHAT DAN AJK

Guru Penasihat PPIM Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA seramai 4 orang.

7.

SUMBER KEWANGAN Peruntukan Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA.

8.

ANGGARAN PERBELANJAAN

(((((( zan, bahagian ini ko tolong hentam je lah ye aku try attach, tp tak bolehlah tolong ye..)))))

JAWATANKUASA PELAKSANA Penaung : En. Yusof bin Mohamad (Guru Besar SK Kompleks KLIA)

Ketua Perkhemahan: Encik Abdul Wahid bin Ahmad Guru Penolong Kanan (Kokurikulum) Guru Penasihat : Norliza Binti Abu ( Ketua) Norhanimah binti Mahadi Norizan binti Omar Roziah Binti Ali Rostam (((((bubuh lagi nama yg lain2 tu))))))

Pengerusi Naib pengerusi Setiausaha Bendahari

: Nurul Huda Binti Muhammad : Rabiatul Aina Binti Rosli : Aimi Hazwani Binti Abdul Kamal : Syaza Zinnirah Binti

AHLI JAWATANKUASA AJK Makanan : Fatin Fatihah Binti Amir (Ketua) Farah Najwa Binti Kamaluddin AJK Kerohanian : Nur Ilyana Athirah Binti Abdullah ( Ketua) Nur Alya Binti Musa AJK Hadiah dan Sijil : Nor Izzati Binti Hashim Hani Khalisha Aishah Binti Azman AJK Disiplin : Nur Azira Binti Ammar (Ketua)

Ain Natasha Binti Shahrol Haizat AJK Peralatan : Puteri Balqis Batrisyah Binti Maarof (Ketua ) Hanifah Hafizah Binti Ahmad Tarmizi AJK Kebajikan AJK Pertandingan : Aisyah Humairah Binti Isa (Ketua) : Haidatul Hafizah Binti Ahmad Tarmizi (Ketua)

10.

ATUR CARA PEKHEMAHAN

HARI PERTAMA (Jumaat 23 September 2011) 12.00 01.00 ptg Pendaftaran, Taklimat dan membina Khemah Aktiviti 1 - Jalinan Silaturahim 01.00 02.30 ptg 02.30 04.00 ptg 04.00 05.00 ptg 05.00 09.00 mlm 09.00 11.00 mlm Pengurusan diri, makan dan solat Gajet ikatan dan simpulan Tatacara perjumpaan dan kawat kaki Pengurusan diri, makan , solat dan tazkirah Ice Breaking : Menuju Impian Dunia dan Akhirat 11.00 malam Minum malam dan tidur

HARI KEDUA (Sabtu 24 September 2011) 05.00 07.00 pagi Qiamullail Solat subuh/ tazkirah 07.00 07.30 pagi 07.30 09.00 pagi 09.00 12.00 pagi Senaman / riadah /tatacara perjumpaan Minum pagi dan pengurusan diri Ikhtiar Hidup Pertandingan Masakan Ala

Rimba 12.00 02.00 ptg 02.00 04.00 ptg 04.00 05.00 ptg 05.00 09.00 mlm 09.00 10.30 mlm 10.30 - 11.00 mlm 11.00 malam Pengurusan diri /makan tengah hari dan solat Pertolongan Cemas Tatacara Perjumpaan dan Senam Robik Zikir Pengurusan diri, makan dan solat dan tazkirah Malam Kebudayaan Minum malam Tidur dan jaga malam

HARI KETIGA (Ahad 25 September 2011) 05.00 07.00 pagi 07.00 07.30 pagi 07.30 08.30 pagi 08.30 10.30 pagi 10.30 11.30 pagi 11.30 - 12.00 tgh 12.00 01.00 ptg Solat subuh pengurusan diri Senaman pagi Sarapan Aktiviti khidmat Masyarakat Pengurusan khemah Refleksi dan Majlis Perasmian Penutup Makan tengahari Bersurai (pulang ke rumah masing-masing)

11. TUGAS JAWATANKUASA PERKHEMAHAN

TUGAS AHLI JAWATANKUASA MAKANAN 1.Memastikan para peserta perkhemahan mendapat makanan yang disediakan pihak pengurusan. 2.Memastikan pinggan dan cawan yang digunakan disusun di tempat yang betul setelah digunakan.

TUGAS JAWATANKUASA KEROHANIAN 1. Memantau dan memastikan semua peseta perkhemahan menunaikan sembahyang berjemaah (kecuali uzur) dan mengikuti tazkirah.

TUGAS JAWATANKUASA HADIAH DAN SIJIL 1. 2. Menyediakan tempat untuk menyusun cenderamata Menyediakan dulang, alas meja, bunga dan sebagainya untuk hiasan.

3. Membantu dan menyelaraskan tugas dan tanggung jawab di atas pentas dengan pengerusi, pengacara majlis penutupan rasmi dan jawatan kuasa pertandingan

TUGAS JAWATANKUASA DISIPLIN 1.Membantu guru memantau peserta perkhemahan. 2.Sentiasa mengingatkan, memberi teguran kepada peserta perkhemahan sepanjang perkhemahan. 3.Melaporkan kepada guru penasihat yang bertugas jika perlu.

TUGAS JAWATANKUASA PERALATAN 1.Membantu guru menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan sepanjang perkhemahan. 2.Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk aktiviti dan pertandingan yang dijalankan semasa perkhemahan. 3.Menyemak peralatan sebelum pergi dan semasa memulangkan. 4.Membantu guru penasihat mengemas, menyusun peralatan ke dalam bas/coaster semasa pergi dan balik. 5.Membantu guru penasihat memastikan semua peralatan bersih/dibersihkan sebelum disimpan semula dalam stor.

TUGAS JAWATANKUASA KEBAJIKAN 1. Menolong guru penasihat menjaga kebajikan peserta perkhemahan. 2. Membantu peserta perkhemahan yang menghadapi masalah dan melaporkan kepada guru penasihat yang bertugas jika perlu.

TUGAS JAWATANKUASA PERTANDINGAN 1. Membantu guru penasihat memantau persediaan menjalankan pertandingan.

2. Memastikan setiap kumpulan yang menyertai pertandingan membuat persediaan dengan sebaiknya. 3. Memantau perjalanan pertandingan.

12. BARANG-BARANG YANG PERLU DIBAWA OLEH SETIAP PESERTA 1.Pakaian seragam PPIM beserta kasut hitam bertutup 1 2.Seluar panjang/track bottom 3.T-shirt PPIM/T-shirt PJ 4.Baju kerja secukupnya 5.Stokin 6 pasang 6.Kasut sukan dan selipar 7.Perkakas mandi 8.Peralatan sembahyang dan sejadah 9.Alat tulis dan buku catatan 10.Wisel 11.Lampu picit 12.Selimut

13.Tikar/surat khabar 14.Baju hujan jika perlu 15.Sleeping beg 16. First Aid (1 sahaja) 18. Kain Anduh

PERHATIAN Sila berjumpa dengan guru penasihat untuk keterangan yang lebih lanjut.

13. PERATURAN PERKHEMAHAN 1.Peserta perkhemahan perlu tahu cara-cara mendirikan khemah, menggunakan dan menjaga khemah pada waktu siang, malam dan semasa cuaca buruk. 2.Khemah mesti dijaga dengan baik sebelum dan selepas digunakan, jangan menyidai pakaian diatas khemah atau tali khemah. 3.Khemah mesti dibuka atau dilipat dengan betul. Jangan sesekali menggunakan lilin atau pelita dalam khemah. 4.Kawasan khemah mestilah dalam keadaan yang bersih dan makanan mestilah ditutup. 5.Setiap kumpulan haruslah menyiapkan alat-alat yang perlu dibuat dan mengetahui cara menggunakan dan menjaga dengan baik. Alatan mestilah dibasuh dan dijaga dengan rapi. 6.Peserta perkhemahan perlu makan dan mandi mengikut masa yang ditetapkan. 7.Peserta perkhemahan harus berpakaian seragam bagi tatacara perjumpaan, perasmian dan penutup.

8.Peserta perkhemahan berada dalam kumpulan masing-masing semasa bekerja, menjalankan aktiviti dan sebagainya. 9.Dapur hendaklah dibersihkan dan sisa-sisa makanan hendaklah dikumpulkan terlebih sebelum dibuang. 10.Peserta perkhemahan hendaklah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang baik dan sopan.11.Peserta perlu memakai pakaian yang bersih dan sesuai bagi setiap aktiviti. 12.Peserta perkhemahan tidak membuat bising semasa waktu tidur. 13.Peserta perkhemahan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa kebenaran kem komanden. 14.Peserta tidak dibenarkan meniup wisel kecuali dalam kecemasan. 15.Peserta perkhemahan tidak dibenarkan membawa barang-barang kemas/berharga.

14. PENUTUP Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Unit Beruniform ini dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak sekolah. Semoga tema segala matlamat dan objektif perkhemahan dapat direalisasikan semasa perkhemahan tersebut. Disediakan oleh , ............................... (Norhanimah binti Mahadi) Setiausaha Kokurikulum, SK Kompleks KLIA, 71800 , Nilai Negeri Sembilan.

Disahkan oleh ,

............................................ (Encik Mohd Latiff) Guru Besar, SK Kompleks KLIA, 71800 Nilai , Negeri Sembilan.

You might also like