Sejarah Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

,

1916

. 1970-

70-

,
.

. ,
. ,

.

..

. 1960- .
1916- 45 30
.

70-

. ,

.
1976-

3.5

100

24

.
.
. ,
..

1970-

1990-

. ,1990- ,
.

5-

SJK(T) Ladang Kalumpong ditubuhkan pada tahun 1916 di zaman penjajahan


Inggeris di Tanah Melayu.Barlow Plantation adalah syarikat Inggeris yang memiliki
dan mengusahakan Kalumpong Estate ( Ladang Kalumpong ) sejak sebelum perang
dunia kedua.

Penempatan kaum India di ladang ini adalah disebabkan syarikat Inggeris ini
telah membawa masuk orang India dari Selatan India untuk bekerja di Ladang Getah
di Kalumpong Estate. Apabila ramai orang India bekerja dan menetap bersama
keluarga di ladang ini. Kaum-kaum India yang bekerja di ladang ini merasakan
anak-anak mereka perlu diberi kemudahan pelajaran pada peringkat awal
persekolahan.

Pada tahun 1916 atas permintaan orang-orang India yang menetap di ladang
ini sebagai pekerja ladang, pihak Kalumpong Estate ( Tuan Pengurus Ladang
Kalumpong ) telah mendirikan sebuah bangunan kayu berdinding bertam dan
berbumbung atap sebagai Sekolah Tamil di Kalumpong Estate. Bangunan ini
berukuran 45 kaki panjang X 30 kaki lebar di atas tanah Ladang Kalumpong ( Estate)
berhampiran rumah pekerja dan keluasan tanah 100 kaki panjang X 80 kaki lebar.

Dari segi geografi Ladang Kalumpong terletak di seberang Sungai Kurau dan
bandar terdekat ialah Bagan Serai. Pihak Ladang pada masa itu menyediakan Feri
dan sampan untuk pekerja ladang menyeberangi Sungai Kurau dari Kampong
Kalumpong ke seberang sungai Kampong Kedah untuk ke Bandar.Jalan raya yang
digunakan ialah Jalan Banjar ( Jalan Chety) ke pekan Masjid Tinggi dan ke Bandar
Bagan Serai jaraknya 8 km. Perhubungan jalan darat untuk ke bandar ialah jalan
tanah dan saliran (terusan air ) disediakan di sebelahnya oleh DID kemudian ditukar
kepada JPT dan JPS bekalan air dari Gunung Semanggol menggunakan parit
hingga ke Gula. Pada tahun 60an kerajaan menaik taraf jalan tanah dengan diturap
menjadikan jalan raya dikenali sebagai Jalan Gula yang menghubungkan pekan
Simpang Empat Semanggol hingga ke Gula jaraknya 24 km. Jalan inilah yang

digunakan sebagai jalan darat oleh pihak ladang membawa hasil ladang ke kilang
dan di jual .

Bagi penduduk inilah kemudahan jalan untuk urusan pejabat di bandar Taiping
dan Bagan Serai. Perhubungan jalan air turut digunakan pada tahun 60an dan 70an
menggunakan Sungai Kurau di mana kapal untuk mengangkut minyak kelapa sawit
menyusur melalui Sungai Kurau dari Bandar Kuala Kurau hingga ke Kilang Kelapa
Sawit Ladang Kalumpong pada awal bulan (1 hb ) dan pertengahan ( 15 hb ) setiap
bulan. Kapal ini turut membawa barang dagangan untuk dijual kepada penduduk
berhampiran.

Pada tahun 70an setelah lebih 50 tahun beroperasi, pihak sekolah , ibu bapa
dan penduduk ladang merasakan sekolah ini tidak lagi sesuai dan tidak selamat
untuk digunakan. Bilangan pelajar turut bertambah dan sekolah tidak mampu
menampung bilangan pelajar yang ramai serta kemudahan sekolah yang serba
kekurangan menyebabkan perlu satu sekolah baru dibina. Pihak sekolah, ibu bapa
dan penduduk ladang ini telah membuat permohonan kepada kerajaan agar kerajaan
dapat membeli tanah dan mendirikan sekolah baru. Pada masa itu sekolah melayu
berhampiran ialah Sekolah Kebangsaan Kampong Kedah.

Pada tahun 1974/75 pihak kerajaan telah membeli sebidang tanah daripada
pihak Ladang Kalumpong ( Estate ) seluas 3.5 ekar. Setelah pembelian tanah
daripada pihak ladang selesai, pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan baru
dua tingkat berkonkrit berukuran 100 kaki panjang X 24 kaki lebar. Sekolah ini siap
dan mula digunakan pada tahun 1976 . Sekolah ini dinamakan SJK (T) Ladang
Kalumpong sempena nama ladang itu. Sekolah ini telah menerima bantuan kerajaan
sepenuhnya.Guru besar pada masa itu ialah En. Verrian a/l Anganan.

Pada awal 60an, 70an, 80an enrolmen sekolah ini telah melebihi 200 orang
murid India. Pada tahun 90an pelajar mula berkurangan iaitu dibawah 100 orang
murid. Bilangan murid yang ramai adalah dipengaruhi oleh kegiatan ekonomi

masyarakat India sebagai pekerja ladang terutamanya penanaman getah . Pada


tahun 2000 bilangan pelajar mulai berkurangan iaitu kurang daripada 35 orang.
Kekurangan murid sekolah ini disebabkan penghijrahan kaum India dari sektor
ladang ke sektor perkilangan di bandar.

Mulai tahun 70an hingga kini pelajar SJK(T) Ladang Kalumpong adalah terdiri
dari anak-anak pekerja ladang dan Kilang Kelapa sawit yang kini dimiliki oleh Syarikat
Guthrie Sdn Bhd. Pada tahun 90an dan 2000 pekerja Ladang Kalumpong dibanjiri
orang Melayu yang anak mereka belajar di SK Dato Masud , Kampong Kedah dan
pekerja Indonesia dari Pulau Lombok. Mulai tahun 2005 pihak Ladang dan Kilang milik
Syarikat Ghutrie SDN BHD telah mendirikan penempatan baru berhampiran sekolah
berjumlah 112 buah rumah berkembar dua. Jaraknya dari sekolah kira-kira 200 meter
sahaja. Kebanyakkan penghuni rumah tersebut ialah masyarakat melayu yang bekerja
kilang dan ladang. Anak-anak mereka melebihi 80 orang kini belajar di SK Dato
Masaud, Kampong Kedah yang kini kemudahan perhubungan ialah sebuah jambatan
konkrit yang hampir siap menggantikan pengangkutan sampan untuk menyeberangi
sungai kurau.

You might also like